The Penang State Government’s Priority Is To Avoid Any Water Rationing, Where Efficient And Effective Water Supply And Water Demand Management Is Essential.(en/bm/cn)

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 3 April 2014.

The Penang state government’s priority is to avoid any water rationing, where efficient and effective water supply and water demand management is essential. For the last 6 years, focus has been on water supply management to meet not only increasing demands from Penang’s growing population but also accelerated development and investment projects. This is proven by Penang’s Non-Revenue Water(NRW) of 17.6%, the lowest in the country, as compared to the national average of 36.4%.

There is no doubt that the pace of development in Penang over the last 6 years is more than the previous 18 years. Penang as a location of choice for investment is demonstrated by being the top FDI recipient in Malaysia for the period of 2010 to August 2013, of RM 19.7 billion or nearly 20% of Malaysia’s total FDI of RM103 billion. Previously Penang was never the top investment state in Malaysia but achieved that distinction twice in 2010 and 2011.

Any water rationing would be disastrous not only for residents but also for the business community. Whilst the efficient and effective water supply management has been effective in meeting the growing water needs from 865 million liters per day in 2007 to 1,035 million liters per day(more than 1 billion liters per day) as at March 2014, there must also be efficient and effective water demand management. There can only be so much water sources we can take.

Water demand management depends on pricing, water saving features and education. The Penang state government had earlier opted not to increase pricing even though the last time there was a hike in domestic tariffs was in 1993. However the failure of education programs and water conservation surcharge to penalise those who waste water has resulted in Penang recording the highest consumption of 311 liters per capita per day which is nearly 50% more than the national average of 212.

Such high water consumption is just not sustainable and if left unchecked would leave Penang no choice but to do water rationing in future. Climate change may result in a prolonged drought this year. Worse this drought may recur annually for an extended period for 5 years as had happened in Australia. We must remember that the prospect for a drought is very real with the ASEAN Specialised Meterological Centre in Singapore predicting lower rainfall in April to May and a dry spell between June to October this year.

Let us not forget it is not only Selangor and Johor that are carrying out water rationing. Even the wettest town in Peninsular Malaysia, Taiping, has started water rationing today. The people of Penang has no choice but to reduce water consumption. If higher water tariffs is necessary to reduce water consumption to avoid water rationing, then the state government will bite the bullet and raise water tariffs.

The Penang state government stresses that even after we raise water tariffs, Penang will still enjoy the lowest water tariffs in Malaysia. The Penang Water Supply Corporation or PBAPP had subsidised nearly RM 70 million last year to maintain the domestic tariffs to be the lowest in the country at 31 cents for the first 35,000 liters per month. This 31 cents is more than half the national average of 66 cents, with the most expensive water being Johor at 105 cents.

The Penang state government is compelled to take this step of increasing water tariffs for the future of our children by forcing consumers to cut down on water consumption so that our future generations will have a higher chance of avoiding water rationing.

Lim Guan Eng

——BM Version—-
Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 3 April 2014.

Keutamaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Adalah Untuk Mengelakkan Sebarang Catuan Air, Sementara Bekalan Dan Pengurusan Permintaan Air Yang Cekap Dan Berkesan Adalah Penting.

Keutamaan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah untuk mengelakkan sebarang catuan air, sementara bekalan dan pengurusan permintaan air yang cekap dan berkesan adalah penting. Selama 6 tahun yang lalu, tumpuan telah diberikan kepada pengurusan bekalan air bagi memenuhi bukan sahaja permintaan yang bertambah daripada penduduk Pulau Pinang yang semakin meningkat, tetapi juga projek-projek pembangunan dan pelaburan yang pesat. Ini terbukti apabila Air Tanpa Hasil atau Non-Revenue Water (NRW) Pulau Pinang hanyalah 17.6%, iaitu paling rendah di negara ini, berbanding dengan purata negara sebanyak 36.4%.

Tidak syak lagi bahawa kadar pembangunan di Pulau Pinang sejak 6 tahun yang lalu telah melebihi pencapaian 18 tahun sebelumnya. Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan untuk pelaburan dibuktikan apabila menjadi penerima FDI tertinggi di Malaysia bagi tempoh tahun 2010 hingga Ogos 2013, sebanyak RM 19.7 bilion atau hampir 20% daripada jumlah FDI Malaysia sebanyak RM103 bilion. Sebelum ini, Pulau Pinang tidak pernah tersenarai sebagai negeri yang menerima pelaburan tertinggi di Malaysia tetapi berjaya mencapainya dua kali pada tahun 2010 dan 2011.

Sebarang catuan air akan membawa musibah bukan sahaja untuk penduduk tetapi juga untuk komuniti perniagaan. Walaupun pengurusan bekalan air yang cekap dan berkesan telah berjaya memenuhi keperluan air yang semakin meningkat daripada 865 juta liter sehari pada tahun 2007 kepada 1,035 juta liter sehari (lebih daripada 1 bilion liter sehari) pada bulan Mac 2014, pengurusan permintaan air yang cekap dan berkesan juga penting. Sumber air kita adalah terhad.

Pengurusan permintaan air bergantung kepada harga, ciri-ciri penjimatan air dan pendidikan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini telah memilih untuk tidak meningkatkan harga walaupun kali terakhir kenaikan tarif domestik adalah pada tahun 1993. Walau bagaimanapun, kegagalan program pendidikan dan surcaj pemuliharaan air atau water conservation surcharge untuk menghukum mereka yang membazirkan air telah menyebabkan Pulau Pinang merekodkan penggunaan tertinggi sebanyak 311 liter per kapita sehari yang merupakan hampir 50% lebih daripada purata negara sebanyak 212.

Penggunaan air yang tinggi seperti ini adalah tidak mampan dan jika tidak dikawal, Pulau Pinang tidak akan mempunyai pilihan selain melakukan catuan air pada masa akan datang. Perubahan iklim boleh menyebabkan kemarau yang berpanjangan pada tahun ini. Lebih teruk lagi, kemarau ini boleh berulang setiap tahun bagi suatu tempoh selama 5 tahun seperti yang berlaku di Australia. Kita harus ingat bahawa prospek untuk kemarau adalah amat nyata, apabila ASEAN Specialised Meterological Centre di Singapura meramalkan hujan lebih rendah pada bulan April hingga Mei dan musim kering antara Jun hingga Oktober tahun ini.

Jangan kita lupa bahawa bukan sahaja Selangor dan Johor yang menjalankan catuan air. Malah bandar yang menerima hujan paling tinggi di Semenanjung Malaysia, Taiping, telah memulakan catuan air hari ini. Rakyat Pulau Pinang tidak mempunyai pilihan selain mengurangkan penggunaan air. Jika tarif air yang lebih tinggi adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan air untuk mengelakkan catuan air, maka kerajaan negeri bersedia menghadapi risiko untuk menaikkan tarif air.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menekankan bahawa walaupun selepas kita menaikkan tarif air, Pulau Pinang masih akan menikmati tarif air terendah di Malaysia. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang atau PBAPP telah memberi subsidi hampir RM70 juta pada tahun lalu untuk mengekalkan tarif domestik yang paling rendah di negara ini pada 31 sen untuk 35,000 liter pertama bagi setiap sebulan. Nilai 31 sen ini adalah lebih separuh daripada purata negara sebanyak 66 sen, dengan air yang paling mahal adalah di Johor pada 105 sen.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa mengambil langkah ini untuk meningkatkan tarif air bagi masa depan anak-anak kita dengan memaksa pengguna untuk mengurangkan penggunaan air supaya generasi masa depan kita akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mengelak daripada menghadapi catuan air.

—–Mandarin Version —–

民主行动党秘书长林冠英于2014年4月3日在乔治市光大发表声明:

槟州政府的首要任务是避免任何配水情况,那就是确保有效率的水源供应及需求管理。

槟州政府的首要任务是避免任何配水情况,确保有效率的水源供应及需求管理。过去六年, 我们一直把焦点放在水源供应管理,不只是应付槟城逐年增加的人口,也是为了催化发展及投资项目。由槟州无收入水为17.6%,比起全国无收入水36.4%,为全国最低。

无疑的是,槟城过去6年的发展脚步,快过之前的18年。槟城已经成为投资者的首选地,从2010年到2013年8月期间,我们在招商引资方面是全国冠军,外国投资额达197亿令吉,占了全马外国投资额1030亿令吉的20%。之前,槟城在投资额方面从来没有成为第一名,但是在2010年及2011年都表现杰出。

如果需要进行配水,不只是居民受到影响,商界也会受到影响,当我们有效率及有效力的水供应管理能让我们供应需求,让水供从2007年每天提供8650亿公升水源,至2014年3月每天1亿3500万公升(每天超过10亿公升),我们也必须进行有效率及有效力的水需求管理。我们能用的水源是很少的。

水需求的管理是根据水价、节水仪器及教育。槟州政府之前已经选择不增加水费,尽管最后一次调整家用水费是1993年。但是,由于教育活动及水源附加费惩戒浪费水源人士的失败,导致槟城的每日人均用水量达311公升,比全国每日人均用水量212公升高出50%.

如此高的水消费不只是无法永续,如果放纵下去,槟城将不能免于配水措施。气候变化将导致今年的旱季延长。更糟的是,这种旱季将在未来5年内每年发生一次,像澳洲那样。我们必须记得这种旱季是现实,新加坡的亚细安专业气象中心预料,4月到5月雨量较少,6月到10月可能再次干旱。

让我们别忘记,不只雪兰莪和柔佛州正进行配水。就连马来半岛雨量最多的城市太平也在今天开始配水。槟城人民没有选择,只能减少用水。如果调高水价是减少用水、避免配水的必要措施,州政府会忍辱负重,调高水价。

槟城政府强调,就算我们抬高水价槟城依然是全马水价最低的州属。槟城水供机构在去年已经津贴将近7000万令吉,以维持全国最低的家庭用水价格,那就是一个月3万5000令吉31仙。这个31仙是全国平均水价66仙的一半,水费最高的是柔佛105仙。

为了孩子的未来,槟州政府被迫调高水费,好让消费人减少用水,避免我们的下一代面对配水的烦恼。

林冠英