Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 12.3.2014.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – A Moral Choice For Kajang, Selangor And Malaysia.
Having failed to beat Pakatan Rakyat through the ballot box in the 13th General Election, when the BN lost the popular vote to PR which obtained majority support with 51%, the BN government is pursuing political persecution to defeat PR leaders by dirty means.
In the last week, we have seen two convictions against leading PR leaders whom BN lost repeatedly in the ballot box. Opposition Leader and PR Chief Dato’ Seri Anwar Ibrahim was handed a five-year jail sentence for sodomy or “carnal intercourse against the order of nature,” while DAP National Chairman Karpal Singh, who also happens to be Anwar’s lead defence counsel, was convicted for sedition and fined RM4,000 by the High Court.
Both convictions effectively mean that Anwar and Karpal would be disqualified as Members of Parliament. However, while their disqualification as MPs would be stayed pending appeal, both Anwar and Karpal are effectively ineligible to contest as candidates in elections, hence the need for Anwar’s wife, Datin Seri Wan Azizah to stand for the Kajang by-election.
DAP strongly condemns in no uncertain terms the gross abuse of power and political witch-hunt by the Attorney-General’s Chambers. The fact remains that in any other free and democratic country, both Anwar and Karpal’s cases would not even have seen the light of day in court, considering the clear lack of evidence by the prosecution. In fact, Anwar and Karpal had previously been acquitted in both cases, before the AG’s Chambers appealed.
In addition, the timing of the convictions and sentencing is also suspect, as they were brought forward and rushed in order to disrupt Anwar’s plan to contest in the Kajang by-election. This lends further credence to the claim of political intimidation and has resulted in widespread condemnation and disparagement, both locally and internationally.
For example, the deputy director of Human Rights Watch in Asia, Phil Robertson, said that Anwar’s trial “was all about knocking him (Anwar) out of politics and the government was prepared to do whatever it took to make that happen”. Meanwhile, the International Commission of Jurists (ICJ) condemned Anwar’s conviction as a miscarriage of justice, saying it “casts doubts on the independence and impartiality of the Malaysian judiciary and tarnishes the reputation of the country’s legal system”. The ICJ also commented on Karpal’s conviction by saying that “the decision shows the government’s lack of respect for the principles of free expression and is inconsistent with international law.”
Locally, the cases have elicited strong condemnation by groups such as the Malaysian Bar, Suaram and Lawyers for Liberty, with the latter stating that the conviction reaffirmed “the return of iron-fist authoritarian rule and Najib Razak’s false reformist credentials.” Many have also pointed out the inconsistency of the government in using the archaic Sedition Act, which the Prime Minister Dato’ Sri Najib himself promised to repeal.
The failure of the Prime Minister to fulfill his promise to repeal the much maligned Sedition Act and coupled with continued exploitation of the draconian laws to remove political opponents is ushering in a new period of repression and oppression. With many other PR and civil activist leaders due to face the courts on sedition and other charges, there is a real possibility that many more PR leaders will be convicted in the same manner.
As such, it is a moral imperative that Malaysians stand up and be counted to defend our fundamental constitutional rights of rule of law, justice for all and fairness without fear or favour. This makes the Kajang by-election a crucial test to decide whether justice is a victim of power or serves the ordinary citizens. It is no longer simply a by-election for a state seat in Selangor, but a battle for people’s power for prosperity, stability and moral dignity against the injustice, intimidation and persecution by the BN government.
Therefore, the DAP calls on all Kajang voters as well as all Malaysians to support Kak Wan as the moral choice not only for Kajang voters but also for Selangor and Malaysia as well.
LIM GUAN ENG
—-BM Version —
Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 12 Mac 2014.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Pilihan nurani untuk Kajang, Selangor dan Malaysia.
Setelah gagal mengalahkan Pakatan Rakyat melalui peti undi pada PRU ke 13, apabila BN kalah undi popular dengan Pakatan Rakyat yang berjaya meraih 51% sokongan majoriti, kerajaan BN kini memilih jalan penindasan politik untuk mengalahkan pimpinan Pakatan Rakyat dengan cara yang kotor.
Dalam minggu lalu sahaja, kita telah menyaksikan dua pendakwaan terhadap kepimpinan utama Pakatan Rakyat, yang telah sentiasa mengalahkan BN di peti undi. Ketua Pembangkang merangkap ketua Pakatan Rakyat telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat, manakala Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, yang kebetulan merupakan peguambela utama Datuk Seri Anwar, turut disabitkan dengan kesalahan menghasut dan dihukum denda RM4,000 oleh Mahkamah.
Kedua-dua pensabitan tersebut secara berkesan menyebabkan Anwar dan Karpal hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Pun begitu, meskipun penyingkiran keduanya sebagai Ahli Parlimen akan ditangguh sementara menanti rayuan, kedua-dua Anwar dan karpal hilang kelayakan untuk bertanding sebagai calon dalam pilihanraya, justeru menimbulkan keperluan untuk meletakkan isteri Datuk Seri Anwar, Datin Seri Wan Azizah sebagai calon dalam pilihanraya kecil Kajang.
DAP secara keras mengecam tanpa syarat terhadap salahguna kuasa dan pemangsaan politik oleh Jabatan Peguam Negara. Hakikatnya, dalam mana-mana negara yang bebas dan demokratik, kes Anwar dan Karpal tidak langsung akan dibawa ke mahkamah, berikutan kurangnya bukti di pihak pendakwaan. Malah, Anwar dan Karpal kedua-duanya telah dibebaskan dalam kedua-dua kes, sebelum rayuan Jabatan Peguam Negara.
Tambahan pula, aturan masa untuk penyabitan dan penghukuman juga turut menimbulkan syak, memandangkan ia telah diawalkan dan disegerakan demi mengganggu rencana Anwar untuk bertanding dalam PRK Kajang. Ini menguatkan dakwaan intimidasi politik dan telah mengundang kecaman serta hinaan dari dalam dan luar negara.
Contohnya, timbalan pengarah Human Rights Watch di Asia, Phil Robertson, telah berkata bahawa perbicaraan Anwar adalah demi menamatkan kerjaya politik beliau dan kerajaan bersedia melakukan apa sahaja untuk memastikan itu terjadi. Sementara itu, International Commission of Jurists (ICJ) mengutuk pensabitan Anwar sebagai kegagalan dalam melaksanakan keadilan, sambil mengatakan bahawa ia menimbulkan syak-wasangka terhadap kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman Malaysia serta mencemarkan reputasi sistem undang-undang negara. ICJ juga mengulas pensabitan Karpal dengan berkata bahawa keputusan tersebut menunjukkan kurangnya hormat kerajaan terhadap kebebasan bersuara dan ia tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa.
Di dalam negara, kes-kes ini telah mengundang kutukan hebat daripada oraganisasi seperti Majlis Peguam, Suaram dan Lawyers for Liberty, yang mengatakan bahawa pensabitan tersebut menguatkan kembalinya pentadbiran otoritarian dan kuku besi serta mendedahkan kelayakan palsu Najib Razak sebagai seorang reformis. Ramai yang turut menyebut tentang ketidaksekataan kerajaan dalam menggunakan Akta Hasutan yang sudah lapuk, yang Perdana Menteri Dato’ Sri Najib sendiri telah berjanji untuk mansuhkan.
Kegagalan Perdana Menteri untuk menepati janji memansuhkan Akta hasutan beserta eksploitasi berterusan terhadap undang-undang lapuk demi menewaskan lawan-lawan politik sedang membawa kepada era baru penindasan. Dengan ramai lagi aktivis rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat menanti giliran untuk berdepan dengan mahkamah atas dakwaan hasutan dan lain-lain lagi, wujud kebarangkalian bahawa ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat yang akan disabitkan kesalahan dengan cara yang serupa.
Oleh yang demikian, adalah sangat mustahak bagi rakyat Malaysia untuk bangkit dan mempertahankan hak asasi yang dijamin Perlembagaan untuk kedaulatan undang-undang, keadilan buat semua dan kesaksamaan tanpa mengira batas. Ini menjadikan PRK Kajang satu ujian penting untuk memutuskan sama ada keadilan menjadi mangsa kekuasaan ataupun menjaga kepentingan rakyat biasa. Ia sudah bukan lagi sekadar satu pilihanraya kecil untuk satu kerusi DUN di Selangor, malah satu pertarungan hebat demi kuasa rakyat, kemakmuran, kestabilan dan maruah nurani menentang kezaliman, intimidasi dan penindasan oleh kerajaan BN.
Oleh itu, DAP menyeru semua pengundi Kajang serta seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong Kak Wan sebagai pilihan nurani, bukan sahaja demi pengundi Kajang bahkan demi Selangor dan Malaysia.
LIM GUAN ENG
—–Mandarin Version —–
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2014年3月12日在吉隆坡发表声明:
拿督斯里旺阿兹莎-是加影、雪兰莪及马来西亚的道德选择
国阵在第13届全国大选中,所得多数票输给了民联。民联获得了51%的选票,为此国阵政府一直通过政治迫害,要用肮脏的手段击败民联领袖。
上个星期,我们看到两宗国阵因输掉选举而对民联领袖进行的判决。反对党领袖兼民联领袖拿督斯里安华被判鸡奸或“进行违反自然性行动”罪成,监禁五年;而行动党全国主席加巴星,也是安华的辩护律师,也被高庭判决煽动罪成,罚款4000令吉。
上述两项判决将让安华和加巴星丧失国会议员资格。但是,他们的国会议员资格将保留到上诉期,安华和加巴星都没有资格成为选举的候选人,因为,安华的太太拿督斯里旺阿兹莎必须出战加影补选。
行动党强烈谴责总检察署的滥权及政治灾害行为。事实上,在任何自由、民主的国家,安华、加巴星的案件根本没有机会上庭,因为主控方完全缺乏证据。事实上,安华和加巴星之前已经被无罪释放,是总检察署又再上诉。
再说,上述判决及刑罚在这个时候出现也让人怀疑。他们的审判被提前,以破坏安华参加加影补选的计划。这进一步证明了政治迫害的说法,这种动作也遭到本地及国际的谴责及贬斥。
亚洲人权观察组织副总监皮尔罗柏林说,安华的判刑“纯粹是为了将他赶出政治领域,而政府正尽一切所能来达到它们的目的。”同时,法学家国际委员会也谴责安华的判决为司法的失败,它说“这让人怀疑马来西亚司法的独立及公正性,并毁坏了马来西亚司法制度的声誉。”法学家国际委员会也评论针对加巴星的判决,他们说“有关判决显示政府没有决心尊重表达自由的原则,有违国际法律。”
本地组织如律师公会、大马人民之声、自由律师组织也严厉谴责上述判决。自由律师组织说,上述判决再次确定铁腕独裁政策死灰复燃,也证明纳吉虚假的改革意愿。”很多人也指出政府在引用古老过时的煽动法令时矛盾处处,而首相拿督斯里纳吉本身曾说过会检讨。
首相没有能力履行他的承诺,废除恶名昭彰的煽动法令,而是继续滥用这个恶法来斩除政敌,让国家政局陷入新一轮的压制及迫害。许多民联及公民社会领袖也因煽动罪被控上庭,很有可能越来越多民联领袖将会在这个法令下被提控。
因此,马来西亚人必须站起来,捍卫宪赋的法治、公正平等无畏无惧的权利。加影补选是关健的一项考验,人民必须决定司法是不是服膺于权力,还是为老百姓服务。它不再仅仅是雪兰莪的其中一个补选,而是人民为了国家昌盛、稳定、道德尊严,对抗不公正、威胁及国阵政府迫害的补选。
因此,行动党促请全体加影选民以及马来西亚人民支持旺姐,这不只是加影选民的道德选择,也是雪兰莪及马来西亚的道德选择。
林冠英