DAP Chinese New Year Message By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 3.2.2014.
During this year’s Chinese New Year festivities, the regular topic of discussion in family reunion gatherings is how the toxic atmosphere of playing with the fires of racial and religious hatred has paralysed the pursuit of happiness and hastened the brain drain by accelerating the exodus of human talent. Recent events coupled with the refusal to address the pressing issues of entrenched corruption and cronyism as well as price hikes that threaten the livelihood of ordinary Malaysians have lent credence to the view that BN has stopped governing because they no longer know how to rule.
The violent demonstrations by UMNO supporters, the attempted fire-bomb attack on a Catholic church in Penang and the call by a UMNO division to ban the 200-year old practice of open selling of pork in a 95% non-Muslim area in Penang have raised serious doubts about UMNO‘s true motives and whether UMNO is intent on destroying the very foundations of a nation-state so assiduously built by their founders Tunku Abdul Rahman and Tun Abdul Razak.
Since Merdeka official government statistics have revealed that more than 2 millon highly-skilled and talented Malaysians have left the country. In their place are more than 5 million unskilled foreign migrant workers from Indonesia, Bangladesh, Myanmar and Vietnam – clearly a loss in exchange value in skill gaps and management expertise for Malaysia.
Even these unskilled foreign migrants sent back RM20 billion in remittances in 2012, a figure expected to increase to RM30 billion this year. With so many unskilled foreign migrants, some Malaysians are feeling like strangers in their own land, particularly in Sabah.
Malaysians must not lose hope but compel UMNO to back down from playing with the fires of religious and racial hatred by focusing on the economy. Malaysians must persist to insist in integrity and transparency to fight the cancer of corruption, the pursuit of excellence and competitiveness must not be given up, give hope to the future by providing a platform of equal opportunities not only to build human talent but allow them to realise their potential and most important of all that social harmony can only be achieved by celebrating our differences.
The public can not compromise in demanding good management and productivity skills in our political leaders. Political leaders must be subjected to the criteria of adopting sound management techniques of setting targets, rewarding performance and ensuring that the results can be measured.
Only with an objective outcome-based administration can we ensure that the pusuit of happiness of Malaysians is not aN empty dream but a vision that can be realised through hard work, collaborative effort and respect for rule of law. There can be no rule of law when justice easily falls victim to power. There can only be rule of law when our legal system protects rights of all citizens and serve the people.
LIM GUAN ENG
—–BM Version —-
Perutusan Tahun Baru Cina DAP oleh Setiausaha Agung merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 3 Februari 2014.
Bermain api perkauman dan kebencian agama hanya akan melumpuhkan usaha ke arah kesejahteraan dan melajukan aliran keluar modal insan dengan mempercepatkan penghijrahan mereka.
Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina kali ini, topik yang biasa dibincangkan dalam perhimpunan keluarga ialah betapa beracunnya persekitaran yang sarat dengan permainan api perkauman dan kebencian agama yang melumpuhkan usaha ke arah kesejahteraan dan melajukan aliran keluar modal insan dengan mempercepatkan penghijrahan mereka. Kejadian-kejadian terkini bersekali dengan keengganan untuk menangani isu mendesak yang sudah begitu sebati seperti rasuah, kronisme serta kenaikan harga barang yang mengancam kehidupan masyarakat Malaysia mengukuhkan pendapat bahawa BN telah berhenti menjadi kerajaan kerana mereka sudah tidak tahu lagi bagaimana untuk memerintah.
Demonstrasi ganas oleh penyokong UMNO, cubaan serangan bom api ke atas gereja Katolik di Pulau Pinang dan seruan suatu Bahagian UMNO untuk mengharamkan penjualan khinzir yang sudah berlangsung selama 200 tahun dalam kawasan 95% penduduknya bukan Islam membangkitkan keraguan serius tentang motif sebenar UMNO, dan sama ada UMNO benar-benar ingin memusnahkan asas sebuah negara bangsa yang dibina pengasas mereka; Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.
Sejak Merdeka, statistik rasmi kerajaan telah menunjukkan bahawa lebih daripada dua juta warganegara yang berbakat dan berkemahiran tinggi telah meninggalkan negara. Menggantikan tempat mereka adalah lebih 5 juta pekerja warga asing tidak terlatih dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam – jelas satu kerugian dalam nilai tukaran dari segi jurang kemahiran dan kepakaran pengurusan di Malaysia.
Pekerja asing yang tidak berkemahiran ini pun menghantar pulang sejumlah RM20 bilion ke kampung halaman dalam tahun 2012, angka yang dijangka meningkat menjadi RM30 bilion tahun ini. Dengan kebanjiran warga asing, sesetengah warga Malaysia terasa asing di bumi sendiri, terutamanya di Sabah.
Warga Malaysia tidak harus putus asa malah terus memaksa UMNO untuk mengalah dan berhenti daripada bermain dengan api kebencian kaum dan agama dan lebih memberi fokus kepada ekonomi. Warga Malaysia mestilah terus menuntut integriti dan ketelusan dalam membanteras barah korupsi. Usaha ke arah kecemerlangan dan persaingan sihat juga tidak boleh dihentikan. Berilah harapan untuk masa depan dengan menyediakan landasan bagi peluang saksama; bukan sahaja untuk membina kemahiran malah untuk menyediakan peluang kepada mereka bagi merealisasikan potensi. Dan yang paling penting, keharmonian sosial hanya dapat dikecapi dengan meraikan kepelbagaian sesama kita.
Rakyat tidak boleh berkompromi dalam menuntut urustadbir yang baik serta kemahiran produktiviti di kalangan pimpinan politik. Pemimpin politik harus menepati syarat kemahiran pengurusan yang baik dengan menetapkan sasaran, memberi anugerah atas prestasi cemerlang dan memastikan keputusan dan hasil boleh diukur.
Hanya pentadbiran berteraskan hasilan objektif sahaja dapat memastikan usaha ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia bukan sekadar mimpi, malahan satu visi yang boleh menjadi realiti melalui kerja keras, usaha bersama serta rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang. Tidak mungkin undang-undang itu berdaulat sekiranya keadilan menjadi mangsa kekuasaan. Kedaulatan undang-undang hanya boleh wujud apabila sistem undang-undang kita melindungi hak kesemua rakyat dan berkhidmat untuk mereka.
—–Mandarin Version —-
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英於2014年2月3日在吉隆坡发表民主行动党新年献词:
操弄种族及宗教憎恨之火,只会瘫痪我们追求幸福的旅程,并且加速人才的外流与出走。
今年的华人新年期间,最常在家庭聚会中被提起的热门话题,莫过於是操弄种族及宗教憎恨之火,已瘫痪了我们追求幸福的旅程,并且加速人才的外流与出走。近期发生的一连串事情,诸如贪腐及朋党主义的肆虐、高企不下的物价造成普罗百姓的生活威胁等,国阵都拒绝对这些迫在眉睫的问题作出回应,已让人民失去信任,甚至认为国阵政府已经失灵,因为他们再不懂得如何治理。
这些日子以来,槟城出现巫统支持者暴力示威、天主教堂遭汽油弹攻击、巫统支部呼籲在非穆斯林占95%的地方关闭已有两百年传统的猪肉档等事件,凡此种种,都让人质疑巫统背后真正的动机,他们是不是想摧毁当初东姑阿都拉曼及敦拉萨辛辛苦苦建立起来国家基础?
根据政府的统计数字显示,自我国独立以降,已有超过两百万名技术熟练的大马人才离开祖国到他乡发展。取而代之的,是来自印尼、孟加拉、缅甸及越南的五百万名非技术熟练的外国客工大军。这种人力交换对我国来说,明显是一个巨大的损失。
这些非技术熟练的外国客工,去年汇出了两百亿令吉出国,而今年,相信将会汇出超过三百亿令吉的款项。这些无处不在的非技术熟练外国客工,把大马人层层包围,有时候让国人在自己的故乡都觉得非常陌生,尤其是在沙巴。
即便如此,大马人不应对前程失去希望,我们应当迫使巫统停止操弄宗教及种族憎恨的火焰,並全力关注在经济之上。国人也应当坚持廉洁及透明,以便对抗贪腐这个绝症;对卓越及有竞争力的追求亦不能松懈。要给未来添希望,从今起就必须给予大家一个公平机会的舞台,让所有人可以在这平台展现才华,最重要的是,要达致社会和谐,唯一的途径就是共享差异。
民众对于政治领袖必须有所要求,对于后者的管理能力及生产力等技术要求绝对不能妥协。而政治领袖亦要掌握管理技巧,如设定目标、奖励绩效,同时确保成果可以被量化。
唯有认真当一个“成果型”的政府,国人追求幸福的目标才不至于沦为美梦一场。而这个目标可以透过努力、共同合作及遵从法治得以落实。当正义屈服於权力时,我们就不会有法治,反之,当我们的法律能够保护所有人的权益、为民众服务之际,那么,法治就得以实现了。
林冠英