Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On25.7.2013.
DAP express disappointment at the nervous haste of Deputy Education Minister II P Kamalanathan in quickly closing the controversy of requiring non-Muslim students to use the shower room as a makeshift canteen in Sekolah Kebangsaan Seri Pristana in Sungai Buloh during the fasting month of Ramadan without giving a full public explanation. The parents of 1,300 students in the school, including the 28 non-Muslim students, want an answer to the inconsistencies and self-contradictions in facts and events, and all Malaysians want the truth and nothing but the truth to be revealed before they are convinced by Kamalanathan’s claims that this is not an issue related to race or religion.
Such nervous hastiness in closing the controversy will be seen as a cover-up unless Kamalanathan can explain why the parents were not informed since March this year that the canteen will be relocated to the shower room because of renovations. Further why were there no signs of renovation of the canteen? If the renovation has been only recently completed, why was the canteen not reopened? Lastly how can Kamalanathan fail to address the parents’ complaints that their children were only asked to eat in the makeshift canteen in the shower room two days into Ramadan?
Kamalanathan said that he was only solving the problem by relocating the canteen out of the shower room. Solving the problem is one thing but punishing the one responsible is equally important to ensure that such incidents do not recur. The public needs to know how such an incident could have happened in the first place because it is humiliating for children to eat in a shower room that is converted into a makeshift canteen.
A strong message must be sent that civil servants must respect the sensitivities and rights of all communities. Failure to do so will only accelerate the negative perception that the sensitivities and rights of non-Muslims can be trampled upon without punishment. Such negative perception can easily turn to a feeling of victimisation by non-Muslims. The failure of the BN Federal government to punish unapologetic Perkasa leaders for its racist and extremist calls to burn the Bible and make anti-Hindu insults, when the young Alvivi couple was rightfully charged in court for being disrespectful to Islam even though they had apologised, clearly does not help to refute allegations of double-standards.
DAP is saddened by the pictures of policemen with heavy weapons standing guard outside a school in Sungai Buloh, holding back angry parents and their friends. Does Malaysian schools have to deteriorate to this level where policemen with weapons are required to stand guard outside schools not to protect the school against criminals but against angry parents seeking answers and justice?
LIM GUAN ENG
——BM version ——
Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 25 Julai 2013.
DAP kecewa dengan cara tergesa-gesa Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dalam menutup kes kontroversi pelajat bukan Islam disuruh menggunakan bilik mandi sebagai kantin sementara di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di Sungai Buloh di dalam bulan puasa tanpa memberi sebarang penjelasan kepada umum. Ibu bapa kepada 1,300 pelajar di sekolah tersebut, termasuk 28 pelajar bukan Islam, mahukan penjelasan terhadap fakta dan kenyataan yang sangat tidak konsisten dan bercanggah berkenaan kejadian terbabit. Seluruh rakyat Malaysia juga mahukan kebenaran didedahkan sebelum mereka boleh yakin dengan dakwaan Kamalanathan bahawa ini bukanlah isu berkaitan kaum atau agama.
Sifat tergesa-gesa yang sedemikian dalam menyelesaikan kes kontroversi tersebut akan dilihat sebagai usaha untuk menutup kebenaran, kecuali jika Kamalanathan boleh menjelaskan kenapa ibu bapa tidak dimaklumkan sejak Mac tahun ini bahawa kantin akan dipindahkan ke bilik mandi atas sebab kerja baik pulih. Tambahan pula, kenapa tidak ada tanda-tanda kerja baik pulih terhadap kantin terbabit? Jika kerja baik pulih telah pun selesai, kenapa pula kantin tersebut tidak dibuka semula? Bagaimana pula Kamalanathan gagal menjawab persoalan ibu bapa tentang bagaimana anak-anak mereka disuruh makan di kantin sementara di bilik mandi itu dua hari selepas Ramadan bermula?
Kamalanathan berkata bahawa beliau hanya menyelesaikan masalah dengan memindahkan tempat makan keluar daripada bilik mandi tersebut. Menyelesaikan masalah adalah satu perkara, tetapi mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab juga adalah sama pentingnya bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang lagi. Umum perlu mengetahui bagaimana insiden sedemikian boleh berlaku kerana adalah sangat memalukan bagi kanak-kanak untuk terpaksa makan di bilik mandi yang dijadikan kantin sementara.
Mesej yang jelas mesti disampaikan supaya penjawat awam dapat menghormati sensitiviti dan hak semua masyarakat. Kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan menambahkan persepsi negatif bahawa sensitiviti dan hak orang bukan Islam boleh diinjak-injak tanpa sebarang hukuman. Persepsi negatif sedemikian dengan mudah boleh bertukar menjadi rasa dimangsakan oleh orang bukan Islam. Kegagalan Kerajaan Persekutuan BN untuk menghukum pemimpin Perkasa yang tidak pun meminta maaf atas seruannya yang rasis dan melampau untuk membakar kitab Bible dan mengeluarkan kenyataan anti-Hindu, sementara pasangan muda Alvivi didakwa di mahkamah kerana menghina Islam meskipun telah meminta maaf, jelas sekali tidak membantu untuk menolak dakwaan wujudnya sikap ‘double standard’.
DAP amat sedih dengan gambar pihak polis dengan senjata berat berkawal di luar sekolah di Sungai Buloh itu, menghalang ibu bapa dan rakan-rakan mereka yang berang. Adakah sekolah-sekolah di Malaysia mesti turun ke tahap ini di mana anggota polis bersenjata diperlukan untuk berkawal di luar sekolah bukan untuk melindungi sekolah daripada penjenayah tetapi daripada ibu bapa yang marah menuntut jawapan dan keadilan?
LIM GUAN ENG
=======Mandarin Version ==========
民主行动党兼峇眼国会议员林冠英于2013年7月25日在吉隆坡发表的文告。
对于双溪毛糯Seri Pristana国民小学在斋戒月要求非穆斯林小学生在浴室用餐所产生的冲突,民主行动党对于卫生部第二副部长卡玛拉纳丹,在还没有给予公众全面的解释之前就赶紧草率作结表示失望。该校1300名学生的家长,包括28名非穆斯林学生,需要得到该事件的答案,而并非一个个反复又自相矛盾的说法,大马人在还没有被卡马拉纳丹那非关种族及宗教的说辞说服之前,先需要知道这事件的真相。
如此将该冲突紧张草率作结,有如要掩盖这件事,除非卡马拉纳丹可以解释为何家长没有获得通知该校食堂自3月起因为食堂装修已经移到浴室内。还有,为何食堂都没有正在施工的迹象?若装修工程最近刚竣工,为何竣工后不重开?最后,卡马拉纳丹为何无法回应家长投诉该校要他们子女把浴室当食堂,是在斋戒月第二天才开始?
卡马拉纳丹声称他只是解决问题,将食堂从浴室中移出。解决问题是一回事,惩罚相关负责人也相对重要,因为这能确保类似事件不重犯。公众最需要知道的是该事件为何会发生,因为要小孩在充当食堂的浴室中进餐,根本是在羞辱这些小孩。
当局必须强烈要求公仆必须尊重各族群的感受与各族群所应享有的权力。若做不到,将会导致非穆斯林的感受与权力被践踏的负面观感。国阵联邦政府无法惩罚永不道歉的土著权威组织领袖以极端种族的言论恸言焚烧圣经及污辱兴都教,相反地,陈杰毅及李美玲这对年轻情侣,已经对他们不尊重圣洁斋戒月的可耻行为作出道歉,还是应得的面对法庭检控。足见国阵难以逃脱双重标准的指控。
行动党为警方重武装在双溪毛糯的小学前阻挡生气的家长与亲友的照片感到难过。难道大马的学校沦落到如此地步,需要警方在校外武装对付只是讨说法与公义的生气家长,而不是打击罪犯保护学校?
林冠英