PSUKPP/21/0511/2 Klt.2(1810/2013)
15 Julai, 2013
YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E1, E6, E7 & E10
Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA
YB Datuk Seri Dr.,
KESAHIHAN KES TIGA (3) ORANG DOKTOR BERBANGSA CINA DI DUA (2) BUAH HOSPITAL KERAJAAN DI PULAU PINANG BERSIKAP RASIS KERANA ENGGAN MEMBERIKAN RAWATAN PERUBATAN KEPADA PESAKIT MELAYU
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang amat serius tersebut di atas.
2. Suatu tuduhan serius telah dilemparkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 3 Julai 2013 bahawa terdapat tiga (3) orang doktor berbangsa Cina di dua (2) buah Hospital Kerajaan di Pulau Pinang bersikap rasis kerana enggan memberikan rawatan perubatan kepada pesakit Melayu ekoran “tsunami Cina“ yang mengakibatkan pengundi Cina tidak memihak kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini.
3. Saya menimbulkan perkara ini kerana saya telah menerima aduan bukan sahaja daripada warga doktor tetapi juga para pesakit yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap permainan perkauman yang dilihat sungguh membahayakan. Malah, pesakit-pesakit Melayu sendiri melahirkan rasa kecewa mereka tentang permainan kontroversi perkauman ini kerana mereka sendiri menceritakan bagaimana doktor-doktor berbangsa Cina di Hospital Kerajaan mahupun Hospital Swasta di negeri ini, memberikan rawatan perubatan sehingga menyelamatkan nyawa mereka.
4. Doktor berbangsa Melayu juga berasa tidak puas hati kerana tuduhan liar yang sama juga boleh dilemparkan ke atas mereka. Sepertimana yang YB Datuk Seri Dr. sedia maklum, semua doktor bekerja secara berpasukan menghadapi tugas yang berat dan melibatkan tempoh masa kerja yang panjang serta ada kalanya, tiada masa rehat yang mencukupi.
5. Pada masa yang sama, sehingga kini, pihak Hospital Kerajaan di Pulau Pinang ataupun Jabatan Kesihatan Pulau Pinang tidak menerima sebarang aduan rasmi berkenaan perkara ini. Oleh kerana aduan tersebut mungkin disampaikan di peringkat atasan yakni di Putrajaya, maka pihak Kerajaan Negeri ingin mendapatkan kepastian tentang aduan ini.
6. Sehubungan itu, kerjasama YB Datuk Seri Dr. adalah dipohon untuk menyiasat kesahihan perkara ini dengan segera. Sekiranya benar, tiga (3) orang doktor terbabit bukan sahaja harus dipecat daripada pekerjaannya, malah harus dibatalkan lesen perubatan sebagai doktor kerana telah melanggari Hippocrates Oath. Namun, sekiranya tuduhan tersebut adalah tidak benar, saya kira adalah wajar untuk YB Datuk Seri Dr. tampil memberikan pembelaan sewajarnya demi membersihkan imej para doktor bukan sahaja yang berbangsa Cina tetapi semua doktor berdasarkan etika profesionalisma dan moraliti.
7. Jawapan awal oleh YB Datuk Seri Dr. amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas,
(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang
—–Mandarin Version —
2013年7月15日
致尊贵的卫生部长
拿督斯里苏巴马念
吁请彻查确认2间槟城政府医院的3名华裔医生因为拒绝治疗巫裔病患而被指控种族主义的事件真伪
1. 在此谨向您透露此事件的严重性。
2. 一名槟城州议员于2013年7月3日公然在州议会殿堂丢下一项指控,指随着刚结束的第13届大选,“华人海啸”导致华人不投国阵,促使2间槟城政府医院的3名华裔医生因为拒绝治疗巫裔病患而被指控种族主义。
3. 我之所以提出这项课题,因为我不只接到医生们投诉这项玩弄种族主义的指控,同时很多病患也不满这项玩火的种族指控。即使是巫裔病患也对这项具争议性的种族指控感到非常失望,因为他们自己也亲身讲述,无论是政府医院或私人医院的华裔医生如何治疗他们的病痛及拯救他们的性命。
4. 巫裔医生也非常不满,因为这种毫无来由的指控也会加诸到他们身上。这里必须告知部长,所有医生工作都是以团队为主,任务繁重、值班时间长,兼且有时候无法获得足够休息。
5. 同时,截至目前为止,槟城政府医院当局尚未接到针对这项事件的正式投诉。有鉴该投诉可能已经直接呈交至布城,因此州政府希望来函能求证此项控诉。
6. 希望卫生部长能协助,迅速彻查这项课题的真伪。若属实,这3名医生不只得从其岗位中被辞退,同时得吊销其医生执照,因为他们已经违反了“希波克拉底誓言”。若指控是指虚乌有,还望部长能还医生们一个公道,同时还回不只是华裔医生,而是全体医生所背负着的专业操守及医德所应有的形象。
7. 望能尽速获得部长回应,仅此谢过。
槟城首席部长
林冠英 启