By Allowing Private Scandal To Defeat Public Policy, BN Is Running A Failed Government.(en/bm/cn)

Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng And MP For Bagan In Kuala Lumpur On 25.10.2012.

One of the basic rules of good and clean governance is the crafting and implementantion of public policies that benefits the people and the nation. Private scandal involving questions about integrity and moral behaviour should neither infringe nor influence public policy to the detriment of the nation’s interests. By allowing private scandal to defeat public policy, BN is running a failed government.

Several exposes have highlighted how the BN government not only condones private scandal but also promotes bad public behaviour. Beginning with the Bank Negara foreign exchange scandal, which the Bank Negara admitted incurred losses of RM 10.1 billion in 1992 and RM5.7 billion in 1993.

What is shocking was not the claim by senior Bank Negara officials that the losses were actually double the RM15.8 billion admitted by BN but that the person behind the colossal losses escaped unpunished and later even promoted as Minister. Tan Sri Nor Mohamad Yakcop was forced to resign from Bank Negara on July 10, 1994 for his role in the RM15.8 billion losses and is now the Minister in the Prime Minister’s Department.

Since then, we have the RM250 million “cows and condos” scandal involving the family of a former Cabinet Minister. Even though she finally resigned when malpractices of the RM250 million loan National Feedlot were exposed, she still retained her post as UMNO Wanita chief. And we have Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib, who has refused to respond to exposes of his alleged extraordinary wealth.

Taib’s former daughter-in-law, Shanaz Abdul Majid, revealed that Taib’s son charged RM782,520.55 to just one of his credit cards for the first six months of this year. Shahnaz is claiming RM400 million in their divorce settlement in the Syariah courts as her husband is reputedly worth RM1 billion with RM 700 million of deposits in 111 bank accounts in local foreign countries.

How BN condones such private scandal can be seen by the refusal to come clean on the RM40 million donation originally meant for Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman but now clarified as meant for Sabah UMNO? Ex-BN MP Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing claimed that the RM40 million had been remitted to the personal account of an Umno leader whilst former UMNO Supreme Council member and now independent MP Lajim Ukin today claimed that state party leaders never knew that RM40 million was donated to Sabah Umno.

Another case is the extravagant lifestyle of Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, in which 130,000 guest were feted in an extravagant record-breaking celebration in Malaysia. Until today Ali Rustam has failed to explain who sponsored such a lavish wedding, which Ali Rustam claimed cost only RM600,000?

Yesterday, an Umno parliamentarian Abdul Ghafur Salleh questioned why a person unrelated to Felda was allegedly given the pink form for one million shares in the recently-listed Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV). This was followed by DAP Petaling Jaya Utara MP Tony Pua expose that a company involved in the setting up of the country’s newest budget carrier, Malindo Airways, has links to two children of Malaysia Ambassador to the United States and Rompin MP Jamaluddin Jarjis.

Malindo Airways is 51 percent owned by National Aerospace and Defence Industries (Nadi), which in turn is owned by four entities. One of these entities is DZJJ Sdn Bhd, in which Jamaluddin’s 27-year-old daughter Nur Anis and 25-year-old son Ikhwan Hafiz are directors.

In contrast despite the best efforts of BN, PR state government leaders are clean and not involved in financial scandals. DAP proposes adopted the 6 tests of integrity to fight corruption by making a public declaration of assets, implementing open competitive tenders, bar family members from being involved with government contracts, protect genuine whistleblowers, remove BN leaders with extravagant lifestyles and come clean on political donations.

LIM GUAN ENG

————————————–

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 25.10.2012

Dengan Membenarkan Skandal Swasta Untuk Mengatasi Dasar Awam, Pentadbiran BN Telah Gagal.

Salah satu peraturan asas dalam pentadbiran cekap dan bersih adalah perumusan dan pelaksanaan dasar awam yang memanfaatkan rakyat dan negara. Skandal swasta yang membabitkan soal integriti dan kelakuan moral tidak harus melanggar atau mempengaruhi dasar awam sehingga menjejaskan kepentingan negara. Dengan membenarkan skandal swasta untuk mengatasi dasar awam, pentadbiran BN telah gagal.

Beberapa pendedahan skandal sudah membuktikan bahawa kerajaan BN bukan sahaja membiarkan skandal swasta tetapi menggalakkan kelakuan awam yang buruk. Ia bermula dengan skandal mata wang asing Bank Negara di mana Bang Negara telah mengakui kerugian RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993.

Apa yang mengejutkan bukan dakwaaan pegawai-pegawai kanan Bank Negara bahawa kerugian sebenar adalah dua kali ganda RM15.8 bilion yang diakui BN, tetapi orang yang bertanggungjawab ke atas kerugian besar tersebut bukan sahaja tidak dikenakan tindakan malah dinaikkan pangkat menjadi Menteri. Tan Sri Nor Mohamad Yakcop dipaksa berhenti daripada Bank Negara pada 10 Julai 1994 kerana peranannya dalam kerugian RM15.8 bilion dan kini beliau menjadi Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri.

Semenjak itu, kita dilanda skandal “lembu dan kondo” RM250 juta yang membabitkan keluarga seorang bekas Menteri Kabinet. Walaupun beliau akhirnya letak jawatan apabila penyelewengan pinjaman RM250 juta National Fidlot telah dibongkar, beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO. Lagi seorang adalah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan menjawab dakwaan bahawa beliau memiliki kekayaan yang luarbiasa.

Bekas menantu Taib, Shahnaz Abdul Majid, telah mendedahkan bahawa anak Taib telah menggunakan kredit sebanyak RM782,520.55 dalam hanya satu kad kredit untuk enam bulan pertama tahun ini. Shahnaz sekarang menuntut RM400 juta sebagai penyelesaian kes cerai di mahkamah Syariah kerana suaminya dikatakan bernilai RM1 bilion dengan deposit berjumlah RM700 juta di 111 akaun bank di dalam dan luar negara.

Cara BN menggalakkan skandal swasta boleh dilihat dengan keengganan untuk menjelaskan sumbangan RM40 juta yang asalnya untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman tetapi sekarang dikatakan untuk UMNO Sabah. Bekas Ahli Parlimen BN Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing telah mendakwa bahawa RM40 juta itu telah diremit ke dalam akaun peribadi seorang pemimpin UMNO sementara bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kini Ahli Parlimen bebas Lajim Ukin hari ini mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin parti negeri tidak pernah tahu bahawa RM40 juta itu telah diberi kepada UMNO Sabah.

Lagi satu kes adalah kehidupan luarbiasa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di mana seramai 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam kenduri kahwin yang memecahkan rekod. Sehingga hari ini, Ali Rustam gagal menjelaskan siapa yang menaja kenduri mega tersebut, yang Ali Rustam mengatakan hanya menelan belanja RM600,000?

Semalam, Ahli Parlimen UMNO Abdul Ghafur Salleh mempersoalkan kenapa seorang yang tidak mempunyai hubungan dengan Felda boleh diberi borang merah jambu untuk satu juta saham Felda Global Ventures Holdings Bhd yang baru disenaraikan. Ini ekoran daripada pendedahan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara DAP Tony Pua bahawa sebuah syarikat yang terlibat dalam syarikat penerbangan bajet terbaru, Malindo Airways, mempunyai kaitan dengan dua orang anak bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat dan Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis.

51 peratus Malindo Airways dimiliki oleh National Aerospace and Defence Industries (Nadi), yang dimiliki oleh empat pihak. Salah satu daripada pihak tersebut merupakan DZIJ Sdn Bhd, di mana anak perempuan Jamaluddin yang berumur 27 tahun Nur Anis dan anak lelaki 25 tahun Ikhwan Hafiz merupakan pengarah.

Jauh berbeza dengan BN, pemimpin-pemimpin kerajaan negeri PR mempunyai rekod bersih dan tidak terlibat dalam skandal kewangan. DAP mencadangkan 6 ujian integriti untuk membanteras rasuah melalui pengisytiharan harta secara terbuka, pelaksanaan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan, melindungi peniup wisel yang tulen, menggugurkan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah dan bersikap telus tentang sumbangan politik.
LIM GUAN ENG

——————————————————————-

民主行动党秘书长及峇眼国会议员林冠英于2012年10月25日在吉隆坡发表的文告

纵容个人丑闻破坏公共政策,国阵是一个失败的政府。

作为一个良好施政及廉洁的政府的基本法则是要拟定及执行利民利国的政策。因此,涉及个人诚信道德的行为不应违反及影响公共政策,进而破坏国家利益。

好几个被揭发的丑闻指出,国阵政府不只纵容个人丑闻,同时还提倡不良的公共行为。这些都可从国家银行的外汇交易丑闻开始,国家银行承认在1992年及1993年的外汇丑闻中,分别造成101亿令吉及57亿令吉的亏损。

让人震惊的不是国家银行的资深官员声称亏损的数额,其实是国阵所承认158亿令吉的双倍,真正让人震惊的是躲在背后导致这巨大亏损的人却能免于被惩罚,而且较后还提拔为部长。丹斯里诺莫哈末在1994年7月10日,因为他在这158亿令吉的亏损中所扮演的角色,被迫从国行辞职,如今他却成为了一位首相署部长。

自那时候开始,我们又有了涉及前内阁部长家族的2亿5000万令吉“牛与公寓”丑闻。即使她最终因为在国家养牛中心2亿5000万贷款的不当行为被揭发而辞职,却仍然保留巫统妇女组主席的权位。我们还有砂拉越首席部长丹斯里泰益,至今仍然拒绝回应其坐拥非比寻常财富的指控。

泰益的前媳妇莎娜兹揭露泰益儿子单单一张信用卡,在今年6个月内就狂刷了78万2520令吉55仙。莎娜兹的丈夫,因为据称在国内外111个银行户口存了7亿令吉,共拥有10亿令吉的财产,所以莎娜兹透过伊斯兰法庭索取4亿令吉的离婚赡养费。

还有原本4000万令吉给沙巴首长丹斯里慕沙阿曼的政治献金丑闻,如今竟然回应说是给巫统的政治献金,国阵怎么可以纵容这些个人丑闻一直存在,而又拒绝公布其献金真正流向?前国阵国会议员拿督斯里威弗烈声称4000万政治献金已经汇入巫统领袖的个人银行户口,如今,另一位国会议员拉京奥津也声称沙巴州党团领袖根本不知道这笔4000万令吉献金已经捐献给沙巴巫统。

另一件案例则是穷奢极侈的马六甲首席部长丹斯里莫哈末阿里设宴宴请13万嘉宾,打破马来西亚纪录大全。可是,一直到今天,莫哈末阿里仍然无法解释到底是由谁赞助他口中声称的“只有”60万令吉的盛大婚宴。

昨天,巫统国会议员阿都嘉夫也在国会抨击,为何与联土局毫无关系的人获得联土局全球创投股票的100万股粉红认购表格。 接着,行动党灵北国会议员潘俭伟揭露国家刚成立的马印廉价航空公司竟然与大马驻美国大使兼云冰国会议员贾玛鲁丁的两个孩子扯上关系。

马印航空的51%股权属于国家航空与防卫工业(Nadi)所拥有,由四个实体所组成,其中一个实体是DZJJ有限公司,该公司的两个董事是贾玛鲁丁27岁的女儿奴阿尼斯及25岁儿子伊万哈菲兹。

相对于国阵的所作所为,民联州政府的领袖坚持廉洁及没有牵涉金融丑闻。行动党昌议6项廉洁考验以打击贪污,这包括向公众申报财产、实行公开招标、禁止政治人物的家庭成员牵涉政府合约、保护揭发者、移除穷奢极侈的国阵领袖及公布政治献金。

林冠英

Leave a Comment