Press Statement by DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 24.4.2012.
Malaysians are baffled once again by Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s wild fantasy that Malaysians have high regards for our local education system.
Muhyiddin is said to have made this statement in light of a recent survey by Introspek Asia, which apparently revealed that 55 per cent of Malaysian adults believe that our education system is comparable to other countries, while 35 per cent said it is “better than that of developed countries”.
Previously, Muhyiddin had selectively quoted part of the World Economic Forum’s Global Competitiveness Index Report 2011-2012, and used it as basis to prove that the quality of education in Malaysia is better than that in the United States, Germany and the United Kingdom. If this is the case, then he should answer why there is not a single Malaysian Nobel Prize winner and why is there not a single Malaysian university ranked amongst the Top 200 Universities in the world? Or when given the choice, why do more Malaysian students choose to study in the US, UK and Germany rather than in Malaysian universities?
Once again, Muhyiddin is cherry-picking favourable statistics to prove his point. For example, in the WEF report, he chose an indicator that reflects a survey of 87 “leading business executives”, a sample of people who are more likely to be wealthy urban dwellers who send their children to better government schools if not private schools. It is therefore unsurprising that they would think highly of the education system.
The truth is that the reality of our education is far from the rosy picture that Muhyiddin is painting. From the same WEF report that he quoted earlier, our Secondary Education Enrolment ranking lies at 101, which points to a significant number of students dropping out after primary school and thus deprived of a chance to pursue higher education. Our ranking of 101 puts us below Thailand (94), Indonesia (91) Brunei (35) and Singapore (17) in the ASEAN region.
This worrying trend is also reflected in the Legatum Prosperity Index which shows that Malaysia has a mere 68% Secondary Education Enrolment rate, ranking us 81st in the world, while our Tertiary Education Enrolment rate of 36% ranks us at 59th, far behind most OECD countries which see enrolment rates of higher than 50% on average.
Malaysia’s relatively low performance on objective or non-subjective measures such as primary, secondary and tertiary enrolment rates should be highlighted over and above that of survey opinion indicators such as on Quality of Education. Hence, to highlight this subjective indicator and to ignore the other more objective indicators is highly irresponsible and diverts attention from the problems in our education system, including that of high dropout rates leading to low enrolment rates especially at the secondary and tertiary levels.
Other international indicators rank our education system in Malaysia poorly as well. For example, in the 2009 Program for International Student Assessment (PISA) involving 75 countries, Malaysia was ranked 55th in reading ability, 57th in Mathematics ability and 52nd in Science. Our performance in the Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) has also seen a steady decrease from 1999 to 2007.
Data and statistics from world renowned international reports have shown time and time again that there is a crisis in Malaysian education. In fact, Malaysians do not even require a report to tell them that there is a dire problem with our education system that produces unemployable graduates who are unable to think critically. And what about the other two thirds who do not even make it to university?
Unfortunately, instead of admitting our weaknesses and searching for solutions, the Education Minister prefers to be in denial and attempts to bamboozle Malaysians with selective and subjective data in order to whitewash the true state of Malaysian education.
By continually insisting that our education system is better than that of developed nations, Tan Sri Muhyiddin not only reveals that he suffers from denial syndrome but that he is also stuck in fantasy and also raises quetions about his competency.
—- BM Version—
Kenyaan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 24.4.2012
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yang Berkeras Menegaskan Bahawa Sistem Pendidikan Kita Adalah Lebih Baik Berbanding Negara-Negara Maju Bukan Sahaja Menunjukkan Sindrom Penafiannya Tetapi Juga Terperangkap Dalam Alam Fantasi Serta Menimbulkan Keraguan Tentang Kecekapannya.
Rakyat Malaysia berasa bingung sekali lagi dengan kenyataan fantasi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rakyat Malaysia memandang tinggi sistem pendidikan di negara kita.
Muhyiddin telah dilaporkan berkata demikian selepas keputusan kaji selidik baru-baru ini oleh Introspek Asia, yang kononnya menunjukkan bahawa 55 peratus rakyat Malaysia dewasa percaya bahawa sistem pendidikan di negara kita setanding negara-negara lain, manakala 35 peratus mengatakan bahawa ia adalah “lebih baik berbanding negara-negara maju”.
Sebelum ini, Muhyiddin telah memilih untuk memetik sebahagian daripada Laporan 2011-2012 Global Competitiveness Index oleh World Economic Forum, dan menggunakannya untuk membuktikan bahawa kualiti pendidikan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, German dan United Kingdom. Jika ini benar, beliau harus menjawab kenapa tidak pernah ada seorang pun pemenang Anugerah Nobel dari Malaysia dan kenapa tiada satu pun universiti Malaysia yang termasuk dalam kedudukan 200 universiti yang terbaik di dunia? Atau kenapa, jika diberi pilihan, lebih banyak pelajar Malaysia memilih untuk belajar di Amerika Syarikat, UK dan German dan bukan di universiti tempatan?
Sekali lagi, Muhyiddin sekadar selektif dalam memilih statistik yang menyokong pandangannya. Sebagai contoh, dalam laporan WEF, beliau telah memilih penunjuk yang mencerminkan kaji selidik ke atas 87 “eksekutif perniagaan utama” iaitu satu sampel golongan yang lebih besar kemungkinannya merupakan golongan kaya yang duduk di bandar dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah awam yang terbaik jika tidak ke sekolah-sekolah swasta. Oleh itu, adalah tidak mengejutkan sekiranya mereka memandang tinggi sistem pendidikan tempatan.
Hakikat sebenarnya, realiti sistem pendidikan kita adalah jauh daripada gambaran cantik Muhyiddin. Daripada laporan WEF yang sama, kedudukan Kemasukan Pendidikan Menengah kita berada di tangga ke-101, lantas menunjukkan bahawa terdapat ramai pelajar yang tercicir selepas sekolah rendah dan oleh itu tidak dapat memperolehi pengajian tinggi. Kedudukan kita di tangga ke-101 ini meletakkan negara kita di bawah Thailand (94), Indonesia (91), Brunei (35) dan Singapura (17) di rantau ASEAN.
Perkembangan yang membimbangkan ini juga dicerminkan dalam Legatum Prosperity Index yang menunjukkan bahawa kadar kemasukan pendidikan menengah hanya 68%, dan meletakkan negara kita di tangga ke-81 di dunia. Sementara itu, kadar kemasukan pendidikan tinggi pula adalah 36% ataupun tangga ke-59 di dunia, jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara OECD yang mempunyai kadar purata melebihi 50%.
Prestasi Malaysia dalam kriteria objektif seperti kadar kemasukan pendidikan rendah, menengah dan tinggi seharusnya lebih ditekankan berbanding dengan penunjuk pendapat seperti Kualiti Pendidikan. Oleh itu, tindakan untuk menguar-uarkan penunjuk-penunjuk subjektif dan mengabaikan penunjuk-penunjuk objektif adalah tidak bertanggungjawab dan mengalihkan perhatian daripada masalah-masalah dalam sistem pendidikan, termasuk kadar perciciran yang tinggi dan kadar kemasukan yang rendah di peringkat pendidikan menengah dan tinggi.
Statistik-statistik antarabangsa yang lain juga meletakkan sistem pendidikan di Malaysia di tahap yang rendah. Sebagai contoh, dalam Program for International Student Assessment (PISA) bagi tahun 2009 yang melibatkan 75 negara, Malaysia menduduki tangga ke-55 dalam keupayaan membaca, 57 dalam keupayaan Matematik dan 52 dalam Sains. Prestasi kita dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) juga telah menunjukkan kemerosotan secara berterusan sejak 1999 hingga 2007.
Data dan statistik daripada laporan-laporan antarabangsa yang berprestij telah menunjukkan bahawa terdapat krisis dalam sistem pendidikan Malaysia. Malah, rakyat Malaysia sebenarnya tidak memerlukan laporan untuk mengetahui bahawa terdapat masalah yang ketara dalam sistem pendidikan kita yang menghasilkan graduan-graduan yang tidak layak untuk mendapat kerja dan tidak mampu untuk berfikir secara kritikal. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mendapat pendidikan tinggi?
Malangnya, daripada mengakui kelemahan dan mencari penyelesaian, Menteri Pelajaran kita lebih suka menafikan dan mencuba untuk memperdayakan rakyat Malaysia dengan data selektif dan subjektif untuk mengaburkan kebenaran keadaan pendidikan Malaysia.
Dengan berkeras menegaskan secara berterusan bahawa sistem pendidikan kita adalah lebih baik berbanding negara-negara maju, Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja menunjukkan sindrom penafiannya tetapi juga terperangkap dalam alam fantasi serta menimbulkan keraguan tentang kecekapannya.
—-Mandarin Version—
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年4月24日在吉隆坡发表声明:
丹斯里慕尤丁坚持说我国的教育制度比其他发达国家更好, 这不只反映他的鸵鸟心态,也显示他坐困在错觉里,不禁让人怀疑他的能力。
马来西亚人民都感觉非常吃惊,副首相兼教育部长丹斯里慕尤丁竟然发表错觉言论,他说我国的教育制度非常好。
报道指出,慕尤丁针对最近Introspek Asia的调查报告发表谈话,有关报告显示我国55巴仙成人相信我国的教育制度与其它国家相一致。而35巴仙的成人认为我国的教育制度比发达国家还好。
之前,慕尤丁已经选择性采用世界经济论坛《2011-2012年全球竞争力指数报告》,并用它做为一个基础来证明马来西亚的教育素质好过美国、德国及英国。如果事实如此,他应该回答,为何我国还没有人获得诺贝尔奖?为何我国没有一所大学名列世界顶尖200名大学?如果有机会,为什么马来西亚学生宁可选择在美、英德,而不是本地大学读书?
丹斯里慕尤丁再一次只选择报告中对本身有利的数据。例如:在世界经济论坛中,他选择了一个指标,反映出87名商场执行员的观点,这群人都是城区富裕者,他们大多把孩子送到比较好的政府学校或私立学校。很自然地,他们会觉得我国的教育制度不错。
事实上,我国的教育水平远远不是慕尤丁所想像的那样美好。他所引述的世界经济论坛指出,我国的中学教育就学率排名101,这种情况令人担忧,它显示了一小部分学生在小学教育后辍学,而因此被剥夺了追求高等教育的机会。在东南亚国家中,我们的排名比其它国家算落后,泰国(94)、印尼(91)、汶莱(35)及新加坡(17)。
最令人担忧的是,繁荣指数也显示,马来西亚的中学就学率只有68%,世界排世第81,而我国的大专教育就业率为36%,排行第59名,远远低于其它经济合作与发展组织(OECD)国家的就学率(50%或更高)。
马来西亚在客观或非主观调查方面,应更着重小学、中学和高等教育就学率,而不是行政调查指数,如教育排名。为了突出这主观指标,而忽略其他更客观的指标极不负责任,也是转移教育制度有问题的视线,包括中学及高等教育方面,因高辍学率而导致就学率。
在其它国际指标中,马来西亚的教育制席表现令人忧心。例如2009年国际学生评价项目(PISA)计划,马来西亚在75个国家中,阅读能力排名第55、数学能 力排名第57,科学能力排名第52,我国在国际数学与科学研究(TIMSS)的表现也从1999年至2007年稳步下降。
世界知名的国际报告数据一次又一次的显示马来西亚教育系统有问题。事实上,马来西亚人根本不需要什么报告来告诉我们,我国的教育制度有可怕的问题,产生了一批没有批判思考能力的失业大学生。那么,另外三分之二进不了大学的学生呢?
不幸地,教育部长不但不愿意承认我们的弱点,寻求解决方案, 他还抱持鸵鸟心态,企图哄骗马来西亚人,选择主观的数据来“漂白”我国教育制度的真相。
丹斯里慕尤丁不断地坚持说我国的教育制度比其他发达国家更好, 这不只反映他的鸵鸟心态,也显示他坐困在错觉里,不禁让人怀疑他的能力。
林冠英