Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 6.4.2012.
Chua Soi Lek Should Prove MCA’s Commitment To Respecting The Decision Of A Majority Of Malaysians Wanting To Close Down The Lynas Rare Earth Plant Near Kuantan, By Withdrawing From BN And Not Rejoining BN Until UMNO Cancels This RM2.3 Billion Rare Earth Processing Project.
The sudden flip-flop by MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek or MCA’s about-turn from supporting the Lynas rare earth processing plant to demanding that the plant be scrapped, not only highlights MCA’s inconsistency and lack of principle but also questions MCA sincerity and credibility. Ordinary Malaysians have no faith whatseover in MCA President Chua Soi Lek’s public call for the Lynas plant to be scrapped and regard this as a clever general election ploy to hoodwink the voters.
MCA should prove MCA’s commitment to respecting the wishes of a majority of Malaysians wanting to close down the Lynas Rare Earth plant near Kuantan, by withdrawing from BN and not rejoining BN until UMNO cancels this RM2.3 billion rare earth processing project. So long as UMNO has refused to commit themselves publicly to pay full compensation for the huge sums of monies spent by Lynas in building the rare earth facility, no one believes that the Parliamentary Select Committee(PSC) on Lynas will dare to recommend the closing down the facility.
Worse, Chua continues to press for Lynas to send the radioactive rare earth waste out of the country back to Australia is ridiculous when Australia has publicly and officially rejected such requests. Unlike BN, the Australian government will not put the health and safety of Australians ahead of huge profits.
Further for MCA to suddenly flip-flop from its previous position, and now suddenly see the light by urging the BN to scrap the rare earth processing facility just before the 13th General Elections smacks of sheer opportunism, a desperate and unprincipled attempt to buy votes. Malaysians will not forget MCA’s flip-flop when MCA has all along fully supported UMNO’s line that the Lynas plant is important for creating jobs, attracting high-value investment, technological know-how, is safe and poses no radioactive health risks to Malaysians.
For MCA president Dr Chua Soi Lek to say that it was no longer a matter of whether the plant is safe, but that the government could not ignore the views of the majority of Malaysians being against Lynas, shows that it is not right or wrong that matters. Once again MCA has shown itself to be a party without principle and backbone.
There is nothing to stop MCA from doing another flip-flop again after the next general elections to support the Lynas rare earth plant after the next general elections. Therefore this is a last chance for MCA to prove its commitment to scrap the Lynas plant by withdrawing from BN and standing under its own banner at the next general elections. Would Chua dare to announce that MCA would only rejoin BN when the Lynas plant is closed down? Any failure to do so will allow Malaysians to decide whether to trust a party that not only deceives itself but try to deceive others.
Lim Guan Eng
—- BM Version—
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 6.4.2012
Chua Soi Lek Harus Buktikan Komitmen MCA Untuk Menghormati Keputusan Majoriti Rakyat Malaysia Yang Hendak Menutup Loji Nadir Bumi Lynas Di Sekitar Kawasan Kuantan, Dengan Menarik Diri Daripada BN Dan Tidak Kembali Masuk Sehingga UMNO Membatalkan Projek Pemprosesan Nadir Bumi Yang Bernilai RM2.3 Bilion Ini.
“Flip-flop” secara tiba-tiba oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tindakan MCA untuk membuat pusingan U daripada menyokong loji pemprosesan nadir bumi Lynas kepada menuntut agar loji itu dimansuhkan, bukan sahaja menonjolkan pendirian MCA yang tidak konsisten dan tidak berprinsip tetapi juga menimbulkan soalan tentang keikhlasan dan kredibiliti MCA. Rakyat Malaysia tidak akan percaya dengan seruan Presiden MCA Chua Soi Lek untuk memansuhkan loji Lynas dan menganggap tindakan ini sebagai helah pilihan raya umum untuk menipu pengundi.
MCA harus buktikan komitmen mereka untuk menghormati kehendak majoriti rakyat Malaysia yang ingin menutup loji nadir bumi Lynas di sekitar kawasan Kuantan, dengan menarik diri daripada BN dan tidak kembali masuk sehingga UMNO membatalkan projek pemprosesan nadir bumi yang bernilai RM2.3 bilion ini. Selagi UMNO enggan memberi komitmen secara umum bahawa pampasan akan dibayar, tidak ada sesiapa yang akan percaya bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai isu Lynas akan berani mengesyorkan penutupan kilang tersebut.
Yang lebih teruknya, Chua terus meminta agar Lynas menghantar balik sisa nadir bumi yang radioaktif kepada Australia, walaupun Kerajaan Australia sudah menolak permintaan itu secara umum dan rasmi. Tidak seperti BN, Kerajaan Australia tidak akan mementingkan keuntungan daripada kesihatan dan keselamatan rakyatnya.
Tindakan “flip-flop” MCA yang dahulunya menyokong Lynas tetapi sekarang seolah-olah sudah mendapat hidayat baru menggesa pula supaya loji pemprosesan nadir bumi itu ditutup nampak sangat hanya bersifat oportunis, terdesak serta tidak berprinsip dan dilakukan semata-mata untuk mendapat undi. Rakyat Malaysia tidak akan lupa bahawa MCA selama ini telah menyokong pendirian UMNO bahawa loji Lynas itu akan mendatangkan faedah seperti peluang pekerjaan, pelaburan nilai tinggi, pindahan teknologi, selamat dan tidak akan mendatangkan risiko kesihatan atau radioaktif.
Kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang menyatakan bahawa isu ini tidak lagi berkaitan dengan kesalamatan, tetapi bahawa Kerajaan tidak boleh mengabaikan pandangan majoriti rakyat Malaysia yang menentang Lynas, menunjukkan bahawa pokok isunya tidak berkaitan dengan salah atau betul. Sekali lagi, MCA mendedahkan diri sebagai parti yang tidak berprinsip atau tidak bertulang belakang.
Tidak ada apa-apa untuk menghalang MCA daripada membuat “flip-flop” sekali lagi selepas pilihan raya umum yang akan datang untuk menyokong kembali loji nadir bumi Lynas. Oleh itu, ini adalah peluang terakhir bagi MCA untuk membuktikan komitmen mereka untuk memansuhkan loji Lynas dengan menarik diri daripada BN dan bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang atas simbol sendiri. Adakah Chua berani untuk mengumumkan bahawa MCA hanya akan kembali ke pangkuan BN selepas penutupan loji Lynas? Kegagalan untuk membuat demikian akan membantu rakyat Malaysia membuat keputusan sama ada untuk mempercayai parti yang bukan sahaja menipu diri sendiri tetapi cuba menipu orang lain.
Lim Guan Eng
—-Mandarin Translation —
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年4月6日在吉隆坡发表声明:
蔡细历应该证明马华的决心,要尊重大多数马来西亚人要关闭关丹莱纳斯稀土厂的决定,退出国阵,不再重新加入国阵,直到巫统取消这项价值23亿令吉的稀土厂计划。
马华总会长拿督斯里蔡细历的出尔反尔,或马华从支持稀土厂到转变立场要求稀土厂被拆,不只突显了马华立场不一致、没有原则,也让马华的诚意及信用受到怀疑。普通马来西亚人对于蔡细历公开呼吁关闭稀土厂没有信心,并认为这是大选将近用来蒙骗选民的手段。
马华应该证明他们的决心,尊重大多数马来西亚人要关闭关丹莱纳斯稀土厂的决定,退出国阵,不再重新加入国阵,直到巫统取消这项价值23亿令吉的稀土厂提炼厂计划。只要巫统不愿意赔偿莱纳斯的厂房兴建费让他们撤资,没有人会相信莱纳斯国会遴选委员会将胆敢关闭有关工厂。
更糟的是,蔡细历继续施压莱纳斯,要它们把辐射性稀土废料运回澳洲,这是无稽之谈,因为澳洲已经正式公开声明他们不会接受这种要求。不像国阵,澳洲政府不会为了巨额利益,牺牲澳洲人的健康和安全。
还有,马华突然在第13届大选来临前,转换立场,促进国阵拆除稀土提炼厂,这显示他们为了选票,采用这种投机取巧、不计后果及无原则的方式。马来西亚人不会忘记他们出尔反尔,过去,他们一直与巫统同一鼻孔出气,口口声声说莱纳斯可以创造就业机会、吸引高价值投资额、高科技、安全、对国民身体健康无辐射伤害。
至于马华总会长蔡细历医生说,这已经不是稀土厂安不安全的问题,而是政府再也不能忽视大多数马来西亚人反对稀土厂的事实,证明他们并不理会事情的对与错。马华再一次证明它是一个没有原则、没有骨气的政党。
下届大选过后,我们无法阻止马华突然又改变立场支持莱纳斯稀土厂。因此,这是马华的最后一次机会,证明他们的决心,拆除莱纳斯稀土厂,退出国阵,来届大选在自己的旗帜下竞选。蔡细历敢不敢宣布,唯有关闭莱纳斯,马华才会重新加入国阵?如果他不这么做,马来西亚人将决定要不要继续相信这个自欺欺人的政党。
林冠英