Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 22.2.2012.
1.6 Million Penangites Deserve Full Credit For The Historic Feat Of Penang Being No. 1 In Malaysia In Manufacturing Investment For The 2nd Consecutive Year In 2011.
The Penang PR state government congratulates 1.6 million Penangites who deserve full credit for the historic feat of making Penang No.1 in Malaysia in manufacturing investment for the 2nd consecutive year in 2011. This is a marvellous and incredible achievement for the second smallest state in Malaysia without any natural resources.
Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapa Mohamad announced that Penang topped manufacturing investment for the second year running with RM9.1 billion surpassing the targeted RM6.1 billion. In 2010, Penang became top in manufacturing investment in Malaysia for the first time in history with RM12.2 billion.
Penang’s achievement in being No. 1 for the second consecutive year is unexpected. The state government has focused on consolidating our human resources and building up capacity to attract critical sectors that are knowledge-intensive, high-tech and high-value added in electronics, LED lighting, renewable energy such as solar energy, avionics and aerospace, medical devices and biotechnology.
The PR Penang state government is proud to be part of this historic success and would continue CAT governance based on Competency, Accountability and Transparency. Open competitive tenders and public declaration of assets by Penang government leaders have inspired confidence amongst investors of our political commitment towards good and clean governance as well as personal obligation to integrity in leadership.
The PR Penang state government wishes to thank Minister of International Trade and Industry Datuk Seri Mustapa Mohamad and MIDA for their co-operation with InvestPenang. The late Tun Dr Lim Chong Eu should not be forgotten for his legacy in laying the foundation of an industrial state that has enabled the present government to build on this singular success.
The PR Penang state government will continue to build human talent by focusing on training, retraining, retaining and attracting new talent. Further upgrading of logistics and infrastructure both physical and digital is also needed. At the same time, the development of the SME sector will only intensify with the expected completion of the Penang SME Center in June this year that offers cheap rentals to technological start-up companies.
For the first time ever, MIDA introduced a new measurement indicator of “total investment” which included manufacturing, services and primary sectors. In this new category of “total investment”, Penang lost out narrowly to Sarawak which received a huge boost from oil and gas investments. Sarawak attracted some RM14.35 billion in total investment last year, to Penang’s RM14.038 billion. Petronas alone invested RM6.7 billion in Sarawak as compared to minimal investments for Penang.
Despite not having such primary sectors investments, Penang only lost out by RM300 million to Sarawak due to the surprising strength of Penang’s services sector. The services sectorhas been identified by the state government as one of the twin engines of economic growth together with manufacturing. Penang hopes to see the services grow to more than 50% of GDP by 2020.
US newswire Bloomberg had in October 2011 described Penang’s growth into Malaysia’s “biggest economic success” despite the federal government’s focus on Johor and Sarawak. The Penang state government is willing to share this success with the Federal government for the benefit not only of 1.6 million Penangites but for all Malaysians who will benefit from the increased tax receipts.
— BM Version —
Kenyataan Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 22.02.2012 di Komtar, George Town
1.6 juta rakyat Pulau Pinang berhak mendapat penghargaan berhubung pencapaian bersejarah Pulau Pinang menjadi nombor 1 di Malaysia dalam pelaburan bagi sektor pembuatan untuk tahun ke- 2 berturut- turut pada tahun 2011.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada 1.6 juta rakyat Pulau Pinang yang berhak mendapat penghargaan untuk pencapaian bersejarah Pulau Pinang menjadi nombor 1 dalam pelaburan sektor pembuatan untuk 2 tahun berturut- turut pada tahun 2011. Ini merupakan satu pencapaian yang menakjubkan dan luar biasa bagi negeri kedua terkecil di Malysia yang tidak mempunyai mana- mana sumber asli.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad mengumumkan bahawa Pulau Pinang mengungguli pelaburan sektor pembuatan untuk tahun kedua berturut- turut dengan RM9.1 bilion melepasi sasaran RM6.1 bilion. Pada tahun 2010, Pulau Pinang unggul dalam pelaburan sektor pembuatan di Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah dengan jumlah sebanyak RM12.2 bilion.
Pencapaian Pulau Pinang menjadi nombor 1 bagi tahun kedua berturut- turut merupakan sesuatu yang tidak diduga. Kerajaan Negeri telah memberi tumpuan kepada pengukuhan sumber manusia dan membina kapasiti untuk menarik sektor- sektor kritikal yang berpengetahuan intensif, berteknologi tinggi dan bernilai tinggi dalam elektronik, lampu LED, tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, avionik dan aeroangkasa, peranti perubatan dan bioteknologi.
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bangga menjadi sebahagian daripada kejayaan bersejarah ini dan akan meneruskan pentadbiran CAT yang berasaskan Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Tender terbuka yang kompetitif dan pengisytiharan aset oleh pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan inspirasi keyakinan di kalangan pelabur terhadap komitmen politik kita ke arah urus tadbir yang baik dan bersih serta tanggungjawab peribadi terhadap integriti dalam kepimpinan.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan MIDA atas kerjasama mereka dengan InvestPenang. Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu juga seharusnya tidak dilupakan untuk legasi beliau dalam meletakkan asas sebuah negeri industri yang telah membolehkan kerajaan sekarang membina setiap kejayaan.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan terus membina bakat manusia dengan memberi tumpuan kepada latihan, latihan semula, mengekal dan menarik bakat- bakat baru. Tambahan pula, penaiktarafan logistik dan infrastruktur fizikal dan digital juga diperlukan. Pada masa yang sama, pembangunan sektor PKS akan lebih hebat dengan siapnya pusat PKS Pulau Pinang pada bulan Jun tahun ini yang akan menawarkan sewaan murah untuk permulaan syarikat yang berteknologi.
Untuk pertama kalinya, MIDA telah memperkenalkan penunjuk pengukuran baru iaitu “jumlah pelaburan” yang merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama. Dalam kategori baru “jumlah pelaburan” ini, Pulau Pinang tewas tipis kepada Sarawak di mana Sarawak menerima rangsangan yang besar daripada pelaburan minyak dan gas. Sarawak menarik kira- kira RM14.35 bilion dalam keseluruhan pelaburan tahun lepas manakala Pulau Pinang sebanyak RM14.038 bilion. Petronas sahaja melabur sebanyak RM6.7 bilion di Sarawak berbanding pelaburan yang minimum untuk Pulau Pinang.
Walaupun tidak mempunyai pelaburan dalam sektor utama, Pulau Pinang hanya kehilangan sebanyak RM300 juta kepada Sarawak disebabkan kekuatan yang mengagumkan dalam sektor perkhidmatan Pulau Pinang. Perkhidmatan sektor telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri sebagai salah satu enjin berkembar dalam pertumbuhan ekonomi bersama- sama dengan sektor pembuatan. Pulau Pinang berharap dapat melihat perkembangan perkhidmatan lebih 50% daripada KDNK menjelang tahun 2020.
Agensi berita US Bloomberg pada Oktober 2011 telah menyifatkan pertumbuhan Pulau Pinang ke dalam “kejayaan terbesar ekonomi” Malaysia walaupun Kerajaan Persekutuan memberi fokus kepada Johor dan Sarawak. Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia untuk berkongsi kejayaan ini dengan Kerajaan Persekutuan demi manfaat bukan sahaja kepada 1.6 rakyat Pulau Pinang tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia yang akan mendapat manfaat daripada peningkatan resit cukai ini.
—- Mandarin Version—
槟州首席部长林冠英于2012年2月22日在乔治市发表声明:
槟城在2011年破记录,连续第二年蝉联制造业所获投资额全马居冠,这是160万名槟城人的集体功劳。
槟州政府要恭贺160万名槟城人,他们在2011年破记录,连续第二次在制造业投资额排名全马居冠。这对于全马第二小、没有天然资源的州属而言,真是一项神奇及令人难以相信的成就。
槟城连续第二年,蝉联制造业所获投资额全马居冠,是出乎意料的。州政府一直努力汇集我们的人力资源及加强我们的吸引高知识、高科技、高附加价值的重要领域如:电子电气、LED灯管、可再生能源如太阳能、航空业、医疗业及生物科技。
槟州民联政府能够成为这项成功历史的一分子,并持续秉持我们能干、公信及透明(CAT)的施政原则。槟州政府领袖推行公开招标及公布民选行政议员财产,增强了投资者对我们立志打造良好施政及廉洁领导的个人义务充满信心。
槟州民联政府要感谢国际贸易及工业部长拿督斯里慕斯达巴及大马工业发展局(MIDA)与投资槟城合作。我们也不应该忘记已故敦林苍佑为槟州工业打下的基础,让现在的政府可以取得这项成功。
槟州民联政府会继续栽培人才、留住人才、吸引人才。我们也必须提升物流及基础建设的硬体及数码功能。同时,随着槟州中小型企业中心将在今天六月完工,为新的科技公司提供廉价租金,将能够强化中小型企业。
大马工业发展局第一次采用新的“总投资额”指标,包括:制造业、服务业及原产业。在这个新的“总投资额”中,槟州略比砂拉越逊色,因为砂州吸引了许多石油、天然气相关的投资额。砂州去年吸引了143亿5000万令吉的总投资额,槟州为140亿3800万令吉。单单是国油在砂州的投资就已经达67亿令吉。
虽然槟州没有与原产业相关的投资,槟州所获投资额只比砂州少3亿令吉,这是因为槟州拥有强稳的服务业。服务业与制造业已经被州政府视为两大经济驱动器之一,州政府希望在2020年服务业的成长可以超过50%。
美国彭博社在2011年10月形容槟州的成长是马来西亚最大的经济成就,尽管联邦政府把焦点放在柔佛州和砂州。槟州政府愿意与联邦政府分享这项成就,它不只让160万槟城人受惠,也让全体马来西亚人民从所获的税收中受惠。
林冠英
Congratulation!
Let’s work harder and make a better future for our next generation..
Congratulation penang.