Press Statement by DAP Secretary General and MP for Bagan Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 13 February 2012.
Relying On The Credibility And Professionalism Of Datuk Seri Liow Tiong Lai To Monitor The Safety of the Lynas Advance Material Plant(LAMP) In Kuantan Is No Different From Trusting Malaysian Authorities To Safely Operate The Nuclear Reactor When A Stadium Can Not Even Be Built Properly Without The Roof Collapsing.
Can we trust Pahang MCA chairman and Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai to credibly monitor the safe, secure and healthy operations of the Lynas Advance Material Plants(LAMP) in Kuantan when he had shown a complete lack of authority, knowledge and professionalism by first lying and denying that police had fired tear gas and water cannons into the Tung Shin Maternity Hospital during the 9 July 2011 Bersih 2.0 rally. When it was proven that the police had indeed fired tear gas and water cannons into the hospital, Liow was forced to publicly apologise.
However no action was taken against those who tried to cover up and gave a false report. Now Pahang MCA has announced a special committee headed by Liow to monitor operations of the Lynas Advance Material Plants(LAMP) which has been issued by BN Federal government with a two-year temporary operating licence (TOL).
Such issuance of TOL by Malaysia’s Atomic Energy Licensing Board (AELB) for the world largest rare earth refinery plant is a reckless act that puts the safety, health and life of the people in Kuantan at risk when the recommended international safeguards are still being disputed. The public has justifiably zero confidence in the ability of the BN not only to tell the truth but also to monitor safely and professionally.
Instead of addressing these serious issues, Datuk Seri Liow Tiong Lai had decided to set a monitoring committee headed by him to ensure compliance and that LAMP met the conditions stipulated in the TOL. Relying on the credibility and professionalism of Datuk Seri Liow Tiong Lai to monitor the safety of the Lynas Advance Material Plant(LAMP) is no different from trusting Malaysian authorities to safely operate the nuclear reactor when the Kuala Terengganu stadium cannot even be built properly without the roof collapsing
One of the five conditions was for Lynas to provide a detailed plan and location of its proposed Permanent Disposal Facility (PDF) to the AELB within 10 months of the licence issuance. In other words, the AELB and the regulators themselves did not have a clear radioactive waste disposal proposal from Lynas.
Under the TOL, Lynas would have to assume full responsibility for the residue management including returning it to the original source if necessary. But Australia had already stated that it would not accept any of the residue back into the country. So where is the residue going to be returned? Who are the experts in Pahang MCA to monitor Lynas’ operation and to determine whether it is safe or not? Clearly, MCA and BN are willing to sacrifice people’s health for huge profits by the company and other interested parties in allowing the Lynas Rare Earth Plant in Kuantan to commence operations.
Lim Guan Eng
— BM Version —
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 13 Februari 2012.
Mengharapkan Kredibiliti Dan Profesionalisme Datuk Seri Liow Tiong Lai Untuk Memantau Keselamatan Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) Di Kuantan Adalah Tidak Berbeza Dengan Mempercayai Pihak Berkuasa Malaysia Untuk Mengendalikan Loji Nuklear Dengan Selamat Apabila Stadium Pun Tidak Boleh Dibina Tanpa Keruntuhan Bumbung.
Bolehkah kita mempercayai Pengerusi MCA Pahang dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan dan sekuriti pengendalian Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) di Kuantan apabila beliau telah menunjukkan sikap tidak endah, tidak profesional dan tidak bertanggungjawab dengan menipu dan menafikan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Tung Shin semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011? Apabila dibuktikan bahawa polis memang telah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan hospital, barulah Liow terpaksa memohon maaf secara terbuka.
Namun demikian, tidak ada tindakan yang telah diambil ke atas mereka yang cuba menutup isu ini dan memberi laporan palsu. Kini, MCA Pahang telah mengumumkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Liow untuk memantau operasi LAMP yang baru sahaja diberi Lesen Kendali Sementara (TOL) selama 2 tahun oleh Kerajaan Persekutuan BN.
Pemberian TOL oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia untuk loji pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan membawa risiko kepada keselamatan, kesihatan dan juga nyawa rakyat di Kuantan, terutama sekali apabila dasar-dasar perlindungan antarabangsa masih lagi dipertikaikan. Umum tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan BN bukan sahaja untuk bercakap benar tetapi juga untuk memantau keselamatan secara profesional.
Daripada menangani isu-isu yang serius, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambil keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memastikan pematuhan LAMP dalam syarat-syarat yang ditetapkan dalam TOL. Mengharapkan kredibiliti dan profesionalisme Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan LAMP adalah tidak berbeza dengan mempercayai pihak berkuasa Malaysia untuk mengendalikan loji nuklear dengan selamat apabila stadium di Kuala Terengganu pun tidak boleh dibina tanpa keruntuhan bumbung.
Salah satu daripada lima syarat adalah supaya Lynas menyediakan pelan terperinci dan juga lokasi Fasiliti Pembuangan Sisa (PDF) kepada AELB dalam tempoh 10 bulan dari tarikh pemberian lesen. Dalam kata lain, AELB dan pihak pengawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan pembuangan sisa radioaktif yang jelas daripada Lynas.
Di bawah TOL, Lynas akan bertanggungjawab penuh atas pengurusan sisa termasuk mengembalikannya kepada sumber asal jika perlu. Tetapi Australia sudah menyatakan bahawa ia tidak akan mengambil balik apa-apa bahan sisa. Jika begitu, ke manakah sisa-sisa itu akan dikembalikan? Siapakah pakar dalam MCA Pahang yang akan memantau operasi Lynas dan mengenalpasti sama ada ianya selamat atau tidak? Adalah jelas bahawa MCA dan BN rela mengorbankan keselamatan rakyat demi keuntungan besar untuk syarikat tersebut dan juga pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dengan membenarkan pengendalian loji nadir bumi Lynas di Kuantan.
Lim Guan Eng
—- Mandarin Translation—
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年2月13日在吉隆坡发表声明:
马来西亚就连所兴建的体育馆顶盖都会坍塌,如果要依赖拿督斯里廖中莱的公信力及专业来监控莱纳斯稀土厂的安全,那等于叫我们相信政府可以安全地操作核反应堆。
我们要怎么相信彭亨马华主席兼卫生部长拿督斯里廖中莱可以监督好莱纳斯稀土厂在关丹的操作符合安全及健康水平?就连他本身在709净选盟2.0大集会后都已经显示本身没有权威、知识及专业能力,他在第一时间说谎及否认警方向同善医院发射催泪弹及水炮。后来,在证明警方的确将催泪弹及水炮射向医院后,廖中莱才被迫公开道歉。
然而, 至今没有任何人对那些企图掩盖真相及发表假报告的人采取行动。现在,彭亨州马华已经宣布成立以廖中莱为首的特别委员会,来监督莱纳斯稀土厂的操作,他们已经获得联邦政府发出的为期两年的临时准证(TOL)。
在国际安全标准还具争议性之际,马来西亚原子能执照局发出临时准证给世界最大的稀土提炼厂是罔顾关丹人民的安全、健康及生命的作法。公众已经不再相信国阵会讲真话,也对他们可以安全、专业的监控毫无信心。
拿督斯里廖中莱竟然无视这个严重的问题,反而决定领导一支监控委员会,以确保莱纳斯遵守临时准证符合条件。马来西亚就连所兴建的体育馆顶盖都会坍塌,如果要依赖拿督斯里廖中莱的公信力及专业来监控莱纳斯稀土厂的安全,那等于叫我们相信政府可以安全地操作核反应堆。
临时准证五大条件之一就是莱纳斯必须在准证发出的10个月内,提供永久废料处置设施的详细计划及地点。换句话说,就连原子能执照局和监管单位自己都还没有接获莱纳斯明确的废料处理计划。
临时执照也规定,莱纳斯需对它们所生产的废料管理负起全责,包括在必要的情况下,将废料运回原产地。但是,澳洲已经说明它们绝不会接受任何运回该国的废料。所以,这些废料何去何从?彭亨州马华有什么专家可以监控莱纳斯的作业、并断定它是否安全?很明显地,马华和国阵愿意为了公司及其它利益相关者的巨大利益,不惜牺牲人民的健康,允许莱纳斯稀土厂在关丹操作。
林冠英