Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 4.2.2012
DAP Mengecam Kepala Babi Kedua Dalam Seminggu Sebagai Satu Tindakan Yang Kurang Ajar Dan Bertentangan Dengan Sifat Aman Dan Sejahtera Di Malaysia.
Untuk kali kedua dalam seminggu, kepala babi telah dijumpai di luar perkarangan masjid. Ekoran daripada insiden yang serupa di Rawang, lagi satu kepala bagi telah dijumpai di luar pintu masuk Masjid Al-Hidayah di Sentul.
Bagi pihak DAP, saya mengutuk dan mengecam hebat tindakan kurang ajar ini yang jelas bertentangan dengan sifat kemasyarakatan di negara kita. Kita tidak boleh menerima atau bertolak ansur dengan penghinaan mana-mana tempat beribadat. Masjid, kuil dan gereja merupakan tempat untuk beribadat dan berlindung, dan tidak patut dinoda dengan semberono.
Kami percaya bahawa kedua-dua kejadian minggu ini adalah tindakan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman, agama dan politik di kalangan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. Rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan menolak tindakan yang jahat ini.
Kami menggesa supaya pihak berkuasa terutamanya pihak polis akan menyiasat dengan segera dan berharap agar sesiapa yang bertanggungjawab akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.
Lim Guan Eng
—-English Version—–
Press Statement by DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 4.2.2012
DAP Condemns Second Pig’s Head Found In A Week As A Gravely Disrespectful Act That Has No Place In Peaceful and Harmonious Malaysia.
For the second time in a week, a pig’s head was found outside a mosque. Following a similar incident in Rawang, another pig’s head was found outside the gates of the Al-Hidayah Mosque in Sentul.
On behalf of the DAP, I severely condemn this gravely disrespectful act which has no place in our country. We cannot tolerate the desecration of any religious place of worship. Mosques, temples and churches are meant to be places for worship and sanctuary and not to be defiled recklessly.
We believe that the two incidents this week are the work of irresponsible quarters intending to inflame racial, religious and political sentiments of the people ahead of a looming General Election. Peace-loving Malaysians cannot accept such despicable actions.
We urge the authorities especially the police to investigate immediately and hope that the culprits will be brought to justice.
Lim Guan Eng