2014 World Press Freedom Day Message By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 3.5.2014.
Press freedom is a fundamental human right enshrined in Article 19 of the United Nations’ Universal Declaration of Human Rights, “Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless of frontiers.”
Many countries with press freedom enjoy not only basic human rights but also a functioning democracy and economic prosperity. It is no accident that the country that respects press freedom the most also happens to be amongst the wealthiest and its citizens live with human dignity.
Malaysia celebrates a bleak World Press Freedom Day with the 2014 World Press Freedom Index compiled by Reporters Without Border (RSF), ranking Malaysia at a historic low of 147 out of 180 countries. Malaysia’s ranking was even two spots below that of the military junta of Myanmar. In 2014, Malaysia fared worse than Brunei (117), Thailand (130), Indonesia (130), Cambodia (132) and Myanmar (145).
The Freedom House’s Press Freedom Report for the year 2013 also categorized Malaysia as “not free” under. In the report, Malaysia also received a “downward trend arrow” due to “rampant electoral fraud and structural obstacles to block the opposition from winning power.”
Clearly these are institutional issues where the government deliberately chokes off press freedom to prevent any expose of abuses of power and corruption through draconian laws such as the Sedition Act, Printing Presses & Publication Act and the Official Secrets Act. However another stratagem is to demonise the opposition by publishing lies without fear of punishment or just simply refusing to give them the right of reply.
Press freedom is threatened as much by authoritarian regimes that close down newspapers and detain reporters, as by media practitioners who abuse their power by publishing lies and refusing to respect the principle of a right of reply. It is not easy to fight to abolish such draconian laws just as it is not easy to correct lies and uphold the right of reply. Whilst defamation actions may be necessary to differentiate lies from facts, the perquisites of rule of law and an independent judiciary must exist to successfully punish those who trade in falsehoods and slander.
LIM GUAN ENG
===========================================================================
Pesanan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2014 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 3.5.2014.
Kebebasan akhbar terancam bukan sahaja oleh tindakan rejim autoritarian menutup syarikat akhbar dan menahan pemberita, tetapi juga oleh pengamal media yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyiarkan pembohongan dan enggan menghormati prinsip hak untuk menjawab.
Kebebasan akhbar adalah hak asasi manusia yang termaktub dalam Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, “Setiap orang berhak kepada kebebasan pendapat dan menzahirkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan mempertahankan pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.”
Banyak negara dengan kebebasan akhbar tidak hanya menikmati hak asasi manusia, tetapi juga demokrasi yang berfungsi dan kemakmuran ekonomi. Bukan suatu kebetulan apabila negara yang paling menghormati kebebasan akhbar adalah antara negara yang terkaya dan rakyatnya hidup dengan maruah.
Malaysia meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dengan suram berdasarkan Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2014 yang diterbitkan oleh Reporters Without Border (RSF), di mana kedudukan Malaysia berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu 147 daripada 180 buah negara. Kedudukan Malaysia adalah dua anak tangga lebih rendah daripada junta tentera Myanmar. Pada tahun 2014, kedudukan Malaysia lebih buruk daripada Brunei (117), Thailand (130), Indonesia (130), Kemboja (132) dan Myanmar (145).
Laporan Kebebasan Media oleh The Freedom House bagi tahun 2013 juga mengkategorikan Malaysia sebagai “tidak bebas.” Dalam laporan itu, Malaysia juga menerima “downward trend arrow” akibat “penipuan pilihan raya berleluasa dan halangan struktural untuk menghalang pembangkang daripada berkuasa secara sah.”
Jelas sekali ini adalah masalah institusi di mana kerajaan sengaja menjerut kebebasan akhbar untuk mengelakkan sebarang pendedahan berkenaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melalui undang-undang zalim seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan & Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi. Walau bagaimanapun, muslihat lain adalah untuk menghancurkan pembangkang dengan menyiarkan pembohongan tanpa rasa takut akan hukuman ataupun hanya semata-mata enggan memberikan mereka hak untuk menjawab.
Kebebasan akhbar terancam bukan sahaja dengan tindakan rejim autoritarian yang menutup surat khabar dan menahan pemberita, tetapi juga oleh pengamal media yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyiarkan pembohongan dan enggan menghormati prinsip hak untuk menjawab. Tidak mudah untuk berjuang memansuhkan undang-undang zalim sebagaimana sukarnya untuk membetulkan pembohongan dan menegakkan hak untuk menjawab. Sementara tindakan saman fitnah diperlukan untuk membezakan pembohongan dari fakta, prasyarat kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman yang bebas adalah perlu bagi menghukum mereka yang memperdagangkan kepalsuan dan fitnah.
LIM GUAN ENG
=========================================================
槟城州首席部长于2014年5月3日在乔治市光大发表的世界新闻自由日献词
独裁政权关闭报馆和扣留记者,还有媒体业者滥用权力出版刊登散布谎言,却拒绝尊重给予回应权力的原则,正极度威胁着新闻自由。
新闻自由是联合国人权普世宣言第19条里清楚注明的基本人权,其注明如下“每个人都有言论自由与表达自由的权力;这权力包括了人们在不受干预下拥有言论及寻求无疆界地透过任何媒介接收及发表资讯与思想”
很多享有新闻自由的国家,不只享有基本人权,同时也享有有效运作的民主及繁荣的经济。尊重新闻自由的国家都是富有国家及其人民皆能有尊严的活着,可见这并不是偶然凑巧的。
大马以苍白姿态欢庆2014年世界新闻自由日,因为无疆界记者统整的2014年世界新闻自由指数,大马创下历史性新低的在180个国家当中排名147名。大马甚至比军人政府的缅甸还要低两个名次。大马的新闻自由名次比汶莱(117名)、泰国(130名)、印尼(130名)、柬埔寨(132名)及缅甸(145名)更不如。
美国民主观察组织“自由之家”在其2013年的世界新闻自由报告中也将马来西亚列为“不自由”的国家级别中。在报告中,大马也被指出因为“猖獗的选举舞弊及众多体制障碍阻止反对党赢得政权”而促使新闻自由“正在走下坡的趋势”。
明显的,政府恶意以严酷的恶法如煽动法令、出版与印刷法令及官方机密法令捏紧新闻自由的咽喉以阻止滥权及贪污曝光,是一个制度上的问题,同时,另一个伎俩就是可以无所畏惧不必受罚的刊登谎言妖魔化反对党,要不就拒绝让反对党有回应的权力。
独裁政权关闭报馆和扣留记者,还有媒体业者滥用权力出版刊登散布谎言,却拒绝尊重给予回应权力的原则,正极度威胁着新闻自由。要取消这些恶法的斗争并不容易,同样的,要纠正谎言及主张获得回应的权力也极不容易。在这种时局之下,或许需要诽谤诉讼行动来区分谎言与事实,同时额外的法制独立仲裁必须存在,以能妥善惩罚卖弄谎言是非者及诽谤诋毁者。
林冠英