LAPORAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN RESTORAN DI PANTAI BERSIH DAN KAWASAN SEKITAR
Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 11.12.13.
UMNO Masih Tidak Dapat Tunjuk Bukti Atas Dakwaan Fitnah Mereka Bahawa Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang Telah Meluluskan Nama Pulau Jerejak Ditukarkan Kepada Pulau Mazhu Dan Juga Untuk Membina Tokong Mazhu.
UMNO masih tidak dapat tunjuk bukti atas dakwaan fitnah mereka bahawa kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah meluluskan nama Pulau Jerejak ditukarkan kepada Pulau Mazhu(satu dewa Buddha) dan juga untuk membina Tokong Mazhu di sana. Akan tetapi perkara sensitif yang palsu ini oleh Jahara Hamid telah dimuatkan secara meluas dalam blog pro-UMNO untuk mencemarkan lagi imej kerajaan negeri PR dan saya sebagai Ketua Menteri Cina di kalangan orang Melayu dan Islam.
Dakwaan ini yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Jahara Hamid adalah sangat merbahaya kerana bersifat rasis dengan cuba menimbulkan isu agama dan kaum. Sebagai seorang peguam, beliau harus tahu bahawa sebarang penukaran nama pulau mestil melalui proses perundangan dan diwartakan.
Sebenarnya, bukan sahaja tidak ada sebarang penwartaan, malah tidak ada sebarang kelulusan oleh kerajaan negeri ataupun permohonan oleh mana-mana pihak untuk menukarkan nama Pulau Jerejak. Dengan sengaja menimbulkan nama dewa Buddha jelas sekali UMNO cuba menimbulkan kebencian kaum dan agama.
Ada 1 Penjaja Cina Dan 6 Penjaja Melayu Yang Haram Di Sekitar Kawasan Pantai Bersih, Butterworth.
Satu lagi dakwaan jahat yang bersifat rasis oleh Jahara ialah mengapa hanya mengeluarkan kompaun saman dan tidak ada sebarang tindakan perobohan ke atas gerai haram Cina di Pantai Bersih, Butterworth. Beliau cuba mengaitkan tindakan penguatkuasaan perobohan tidak dikenakan ke atas gerai haram Cina dan hanya ke atas gerai Melayu.
Usaha Jahara untuk mainkan api perkauman adalah tidak bertanggungjawab kerana laporan awal daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai(MPSP) menunjukkan bahawa ada 1 penjaja Cina dan 6 penjaja Melayu yang haram di sekitar Pantai Bersih.(lampiran) Sebenarnya, MPSP tidak mengambil tindakan perobohan bukan sahaja ke atas satu gerai haram Cina tetapi gagal juga bertindak ke atas 6 gerai haram Melayu.
Sekiranya Jahara cuba tanya mengapa tidak ada tindakan diambil ke atas ketujuh-tujuh gerai haram di Pantai Berish, ia adalah soalan munasabah. Tetapi Jahara melampau bila cuba menjadikan ia satu isu perkauman dengan mensasarkan hanya sebuah gerai haram Cina bila ada juga 6 lagi penjaja haram Melayu. Sekarang jelas bukan sahaja UMNO memang rasis, yang dianggap pemimpin dan peguam yang munasabah seperti Jahara pun bersikap rasis.
Kerajaan negeri PR Pulau Pinang bertegas tidak akan tunduk kepada anasir-anasir jahat perkauman ini daripada BN dan UMNO yang memainkan politik “pecah dan perintah”, yang telahpun ditolak oleh rakyat Pulau Pinang dengan majoriti besar dalam Pilihanraya ke-13 bila PR menambahkan kerusi DUN dan undi popular kepada 68%.
LIM GUAN ENG
——Mandarin Version —-
槟州首席部长林冠英于2013年12月11日在槟城乔治市发表声明:
巫统还是没办法拿出证据,证明他们对槟州民联政府的诽谤,即槟州民联政府已经批准木蔻山易名为妈祖岛而且要兴建妈祖庙。
巫统还是没办法拿出证据,证明他们对槟州民联政府的诽谤,即槟州民联政府已经批准木蔻山易名为妈祖岛而且要兴建妈祖庙。但是这项反对党领袖查哈拉所提出的虚假敏感课题已经在亲巫统网站宣扬开来,以诬蔑民联政府、以及制造我在马来人及伊斯兰社群中是“华人的首长”的印象。
这项由反对党领袖查哈拉哈密所提出的指控非常危险,因为它具种族主义,而且企图挑起宗教及种族课题。做为一名律师,她应该知道,要为一个岛易名,必须通过司法及发布在宪报上。
事实上,州政府根本没有发布宪报,也没有批准 、也没有人提出申请要求为木蔻山易名。巫统故意假借神佛的名字,很明显地是要制造种族及宗教仇恨。
在北海Pantai Bersih一带共有1户非法华裔小贩及6户非法马来裔小贩。
另一个查哈拉具种族主义的指控是为什么当局只发出传票,却没有对付拆毁北海Pantai Bersih的非法华裔餐馆。她企图制造虚假印象,即执法单位没有对付非法华人餐馆,只对付马来餐馆。
查哈拉企图玩弄种族主义是不负责任的,因威省市政局的报告显示上述海边一共有1户非法华裔小贩及6户非法马来裔小贩(附件)。事实上,威省市政局不但没有拆毁那家非法华裔餐馆,也没对付其余的6户非法马来人餐馆。
如果查哈拉问“为什么我们没有对付Pantai Bersih的7家非法餐馆”,这还是合理的,但是查哈拉太过份,她想要把这个课题变成种族课题,只对准一家非法华人餐馆,对其余六家马来人餐馆只字不提。很明显地,巫统不但种族主义,就连像查哈拉这样向来被视为合理的领袖及律师也非常种族主义。
槟州民联政府立志绝不对国阵及巫统的这种恶意种族主义妥协,他们还在玩弄“分而治之”,而这种政治早就被槟州选民拒绝,在第13届大选中,民联州议席增加,选票也增加至68%。
林冠英