Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menambah lagi peruntukan untuk lima (5) buah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berimpak tinggi yang dipohon oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan.(e.c)

Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, Di Komtar, George Town, Pada 11 November 2016

Lima (5) buah RTB berimpak tinggi yang dimaksudkan keseluruhannya bernilai RM997 juta (lihat butiran terperinci di lampiran), namun hanya RM150 juta diluluskan untuk RTB Sungai Pinang, walhal projek tersebut sebenarnya bernilai RM350 juta. Ini bermakna hanya RM150 juta diluluskan, yakni 15% daripada segala permohonan Kerajaan Negeri melalui permohonan yang dibuat bagi Bajet 2017.

Adalah diharapkan Kerajaan Persekutuan boleh menimbang sumbangan tahunan oleh Pulau Pinang kira-kira sebanyak RM6.5 bilion hingga RM7 bilion dalam bentuk cukai dan duti eksais kepada Kerajaan Persekutuan.

Hujan yang turun sebanyak 60mm sehari sudahpun dianggap sangat lebat. Bayangkan Pulau Pinang dalam masa tiga (3) hari yang lepas merekodkan hujan lebat luar biasa iaitu sebanyak 300mm, sekaligus menyebabkan banjir buruk berlaku di negeri ini. Malah, ada beberapa kawasan yang tidak pernah mengalami banjir, telahpun banjir berikutan hujan lebat luar biasa ini.

Mengikut jawapan bertulis di Parlimen oleh YAB Perdana Menteri di mana beliau menyatakan bahawa dua (2) projek RTB hampir siap – satu (1) di Sungai Dua (Seberang Perai Utara) bernilai RM8.6 juta dan satu (1) lagi projek di Lembangan Sungai Kerian (Seberang Perai Selatan) bernilai RM46 juta.

SOALAN:

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung kelulusan peruntukan RM997 juta bagi mengatasi masalah perparitan dan banjir di negeri ini. Mengapakah projek sambungan seperti Jalan P.Ramlee dan juga di Daerah Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Selatan tidak diluluskan. Senaraikan jumlah peruntukan bagi permasalahan sama yang diberikan kepada negeri-negeri lain sejak tahun 2010 hingga kini.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Permohonan seperti yang dinyatakan oleh YB Bagan berjumlah RM997 juta adalah bagi maksud melaksanakan projek-projek rancangan tebatan banjir (RTB) berikut:

1. RTB Sungai Pinang
2. RTB Sungai Juru
3. RTB Sungai Perai
4. RTB Bayan Lepas
5. RTB Lembangan Sungai Jawi

Dalam Rolling Plan 2 (RP2) RMK11, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menerima sejumlah RM150 juta untuk perlaksanaan kerja-kerja RTB Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Pinang.

Bagi Daerah Seberang Perai Utara, satu projek sedang dilaksanakan di bawah projek sambungan RMKe-10 iaitu RTB Tasek Gelugor yang melibatkan pembinaan rumah pam di Sungai Pengkalan Machang, Sg. Dua, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bernilai RM8.6 juta. Status pelaksanaan projek adalah 92% siap.

Manakala bagi Daerah Seberang Perai Selatan, satu projek juga sedang dilaksanakan di bawah projek sambungan RMKe-10 iaitu RTB Lembangan Sungai Kerian melibatkan Kerja-kerja Membina Ban dan Struktur di Kg. Tanjung Berembang/ Taman Sempadan dan Kg. Teluk Ipil/ Kg. Teluk, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bernilai RM46 juta. Status pelaksanaan projek adalah 90% siap. Manakala, permohonan projek di Daerah Barat Daya bagi RTB Bayan Lepas dan RTB Balik Pulau masih belum diluluskan.

Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG

槟州首席部长林冠英于2016年11月11日在乔治市光大发表声明
———————————————————————————————
槟州政府促请联邦政府增加拨款予5个水灾黑区展开治水计划,州政府已向联邦政府申请拨款。

这5个水灾黑区治水计划总额9亿9700万令吉,但联邦政府只批准了1亿5000万令吉作为槟榔河流域治水计划,而该项治水计划实际上需要3亿5000万令吉。换言之,获批的1亿5000万令吉只占槟州政府在2017年预算案中申请的15%。

希望联邦政府能体恤槟州人民每年向联邦政府缴交65亿令吉至70亿令吉的税务。

每日60毫米雨量已被认为是豪雨,想象槟城在过去3天写下了不寻常的300毫米雨量,导致严重水灾,一些不曾淹水的地区也发生水灾。

以下为首相在国会的书面回复,他表示2项治水计划即将竣工- (一)威北双溪赖工程耗资860万令吉,和(二)威南吉辇河堤工程耗资4600万令吉。

提问:

峇眼区国会议员林冠英要求首相说明有关槟州政府申请9亿9700万令吉以解决州内水灾问题的进展,为什么比南利、西南区、威北和威南的治水计划不获批准,请列出从2010年至今,联邦政府批给面对也水患问题的其他州属拨款。

答复:

峇眼区国会议员提及总值9亿9700万令吉以展开治水计划的地区如下:

1. 槟榔河流域治水计划
2. 柔府治水计划
3. 北赖治水计划
4. 峇六拜治水计划
5. 爪夷河治水计划

在第十一大马计划第二滚动计划下,天然资源和环境部已获得1亿5000万令吉作为槟榔河流域综合发展治水计划用途。

威北的打西汝咯治水计划仍在第十大马计划下进行中,打西汝咯治水计划涵盖了在威北双溪赖邦格兰玛章河建抽水泵房,总值860万令吉的工程至今完成92%。

威南的吉辇河堤治水计划也在第十大马计划下进行中,包括改善丁加雷渡/ 市边园和甘榜直落依俾和提高堤岸设施,总值4600万令吉的工程已完成90%。

另外,西南区的在峇六拜和浮罗山背的治水计划申请则未获批准。

林冠英

0 Responses to “Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menambah lagi peruntukan untuk lima (5) buah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berimpak tinggi yang dipohon oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan.(e.c)”


Comments are currently closed.