PENINGKATAN PEMBERIAN ‘BONUS RAYA’ DARIPADA 0.5 BULAN KEPADA 0.75 BULAN HASIL PENTADBIRAN CAT YANG BERSIH

7 Jun, 2016

PENINGKATAN PEMBERIAN ‘BONUS RAYA’ DARIPADA 0.5 BULAN KEPADA 0.75 BULAN
HASIL PENTADBIRAN CAT YANG BERSIH
______________________________________________________
Salam Sejahtera.

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang memerintah sejak 2008 adalah Kerajaan Negeri yang Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) dalam melaksanakan tata kelola yang baik dan bersih. Ianya terbukti dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Transparency International kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di samping pujian setiap tahun oleh Laporan Ketua Audit Negara.


Urus tadbir Kerajaan Negeri yang bersih membolehkan lebihan belanjawan setiap tahun yang kini terkumpul sebanyak RM574 juta dalam tempoh lapan (8) tahun pemerintahan (2008-2015) berbanding dengan lebihan RM373 juta sepanjang 50 tahun (1957-2007) di bawah Kerajaan Negeri terdahulu. Jelas sekali, sepanjang lapan (8) tahun Kerajaan Negeri Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang, jauh lebih berkesan daripada 50 tahun sebelum ini.

Hasil lebihan belanjawan setiap tahun membolehkan Kerajaan Negeri memberikan Bantuan Khas Kewangan atau bonus tanpa mengambil kira kadar bonus yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, yang lazimnya kurang daripada kadar pemberian Kerajaan Negeri. Ia hanya dapat dilakukan kerana Kerajaan Negeri mencatatkan lebihan belanjawan setiap tahun dengan menjalankan sistem pentadbiran yang bersih tanpa rasuah.

Kerajaan Negeri mendapati bahawa Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang kini telah jauh mengorak langkah transformasi dengan melakukan beberapa penambahbaikan serta pembaharuan dalam pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatannya dalam urusan harian Kerajaan.
Justeru itu, sebagai menghargai sumbangan dan tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada Perkhidmatan Awam Negeri serta mengambil kira kos inflasi dan peningkatan kos hidup yang begitu ketara kerana GST, Kerajaan Negeri bersetuju memberi bonus sebanyak 3/4 atau 75% daripada sebulan gaji pokok atau minimum RM700.00 kepada seramai 4,178 Anggota Perkhidmatan Awam Negeri.
Pemberian bonus ini juga turut dipanjangkan kepada seramai 1,486 Penyelia dan Guru KAFA, 192 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 166 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 522 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina sebanyak RM300.00 seorang dan RM200.00 seorang kepada seramai 215 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru Tadika Islam (TADIS) Negeri Pulau Pinang.
Bayaran bonus khas dan istimewa ini akan dibayar pada 24 Jun 2016 yang melibatkan anggaran perbelanjaan Kerajaan Negeri sebanyak RM7.95 juta berbanding RM5.22 juta bagi tahun lepas. Pemberian bonus ini juga turut dipanjangkan kepada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun Kerajaan Negeri.

Sejak 2008 hingga 2014, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pemberian bonus sebulan gaji dengan minimum RM1,300 (biasanya dibayar dua (2) kali iaitu pada pertengahan dan akhir tahun semasa) yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM47.42 juta.

Marilah kita bersama-sama berusaha gigih menjalankan transformasi ke atas Pulau Pinang yang bertaraf antarabangsa dan pintar dalam sebuah bandaraya berdaya huni yang bersih, hijau, sihat dan selamat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Sekian, terima kasih.

(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang
=================================================

2016年6月7日

节庆花红提升
从半个月花红增加至0.75个月花红
一切都是能干、公信、透明及廉洁的施政成果
_______________________________________________________

您好.

希联州政府自2008年起一直是以能干、公信、透明的方针进行良好与廉洁的施政。槟城州政府的这项成就已经获得国际透明组织的承认,每年也获得国家稽查报告的赞赏。

2008年至2015年的8年来,州政府廉洁的管理带来每年的盈余,而且现在已经累积高达5亿7400万令吉,相比较前朝政府从1957年至2007年,50年来,仅累积了3亿7300万令吉。这证明了这8年来希联政府治理下的槟城,比过去50年来得有效率。

每年的财政盈余可允许州政府提供特别津贴,还有在没有根据联邦政府所公布的花红比率之下,槟州通常都提供比联邦政府更高的花红。之所以会有更高的花红,主要是因为州政府在廉洁不贪污的施政中每年都取得财政盈余。

州政府有鉴于州公共服务如今已经跨大步进行改革,尤其是在执行与服务获得提升与改革之后,因此,为了感谢州公务员及体恤他们因为消费税导致通货膨胀的生活负担,州政府同意发出3/4个月或月薪的75%,还是最低700令吉的花红给予4178名州公务员。

这项花红也延伸到发出每人300令吉特别津贴给予1486名伊斯兰KAFA教师、192名宗教小学教师、166名宗教中学教师及522名独中教职员,同时也发出每人200令吉给予州内215名诵经教师、宗教亭子及伊斯兰幼稚园教师。

这项花红将在2016年6月24日发出,州政府将共发出795万令吉,去年则是522万令吉。这项花红也将延伸至辖下的两个地方政府及州政府其他法定机构。

从2008年至2014年,州政府已经发出4742万令吉的花红,每年持续发出每人1个月或至少1300令吉的花红,这项花红通常会在年中及年底分两次发放。

让我们一起致力进行改革,将槟城打造为具有国际水准、宜居、净绿安康的智慧城市。我们团结则强盛,分离则崩坏!

感谢大家。

槟城州首席部长
林冠英

0 Responses to “PENINGKATAN PEMBERIAN ‘BONUS RAYA’ DARIPADA 0.5 BULAN KEPADA 0.75 BULAN HASIL PENTADBIRAN CAT YANG BERSIH”


Comments are currently closed.