UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG MENGENAI USUL SKANDAL 1MDB PADA 20 MEI 2016(m/c)

1. Saya ingin mengemukakan satu usul di bawah peraturan 34 (viii) Peraturan – Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang seperti berikut : –

“Bahawa Dewan yang mulia ini prihatin tentang skandal 1MDB sebanyak RM50 bilion yang mencipta sejarah buat kali pertama mengakibatkan sebuah syarikat milikan Kerajaan Persekutuan Malaysia dan juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia gagal (default), atau tidak dapat melangsaikan bayaran faedah yang diwajibkan dibayar sebanyak dua kali, setiap kali melibatkan jumlah faedah sekurang-kurangnya USD50 juta.

Justeru itu, demi kepentingan awam adalah diputuskan bahawa semua urusan berkaitan dengan 1MDB di Pulau Pinang harus dibekukan sehingga satu penjelasan penuh diberikan olehnya tentang skandal ini dan impaknya kepada rakyat serta juga tentang urusan pembelian dan penjualan tanah, khususnya 234 ekar tanah di Air Itam yang dibeli dengan harga RM1.38 bilion sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 serta membabitikan hampir 3,000 keluarga dan pembangunan perumahan berskala besar.”

2. Skandal RM50 bilion 1MDB tidak boleh ditutup melainkan Kerajaan Persekutuan tampil ke depan secara berani membersihkan nama mereka dengan:

-Mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara secara umum berkenaan skandal terbabit

-Mengira kos impak negatif kegagalan melangsaikan hutang buat kali pertama dalam sejarah oleh entiti kerajaan bulan lalu dan awal bulan ini dalam bentuk bayaran faedah berjumlah USD50 juta masing-masing, dan

-Memberi justifikasi mengapa tiada tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas skandal yang begitu besar sedangkan tangkapan dan dakwaan telah dibuat oleh negara-negara asing terhadap mereka yang bertanggungjawab berhubung skandal ini

3. Apakah yang cuba disorok atau diselindungi oleh Kerajaan Malaysia apabila enggan mendedahkan laporan Ketua Audit Negara kepada umum?

4. Menyelamatkan 1MDB dengan memindahkan kesemua baki asetnya ke Kementerian Kewangan tidak akan menyelesaikan masalah kerana 30 juta rakyat Malaysia masih perlu menanggung beban hutang yang mungkin berjumlah lebih RM55 bilion. Barangkali kesemua hutang 1MDB juga diambil alih oleh Kementerian Kewangan. Jika tidak, bagaimana 1MDB dapat membayar hutang-hutangnya apabila ia tiada sebarang aset sekarang, yang akhirnya masih memerlukan kerajaan Malaysia untuk menyelamatkannya kerana ia adalah syarikat hak milik kerajaan, dan Kerajaan Persekutuan turut menjamin beberapa hutang 1MDB.

5. Malah jenis serta nilai aset 1MDB yang dipindahkan kepada Kementerian Kewangan juga boleh dipertikaikan. Aset ketara 1MDB yang masih tinggal adalah tanah Tun Razak Exchange Bandar Malaysia di Kuala Lumpur (diberikan pada harga rendah tanpa tender terbuka dan dijual semula oleh 1MDB dengan keuntungan berlipat ganda), tanah seluas 234 ekar di Air Itam yang dibeli dengan harga RM1.08 bilion, tunai berjumlah RM2.3 bilion dan pelaburan berjumlah RM14 bilion yang nilainya diragui. Kesemua hutang ini berjumlah RM50 bilion dan sekiranya bayaran faedah diambil kira, maka jumlah hutang boleh sahaja melebihi RM55 bilion.

6. Di samping itu, skandal 1MDB telah memaksa GST dilaksanakan dan penurunan nilai mata wang ringgit yang amat menyusahkan rakyat. Apabila hutang RM55 bilion 1MDB tidak boleh dibayar, maka siapa yang membayarnya? Perlu diingatkan bahawa setiap rakyat Malaysia perlu membayar RM1,800 seorang.

7. Dan lagi, menurut dakwaan agensi-agensi berita perniagaan antarabangsa, jumlah wang derma yang masuk ke dalam akaun peribadi YAB Perdana Menteri telah meningkat ke angka RM4.2 bilion. Biarpun dijanjikan tindakan undang-undang oleh YAB Perdana Menteri di negara masing-masing kerana dakwaan memfitnah, masih tiada tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri di peringkat antarabangsa.

8. Disebabkan masih terdapat soalan-soalan 1MDB yang masih belum dijawab, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membekukan kesemua urusniaga tanah yang seluas 234 ekar di Air Itam yang dibeli oleh 1MDB sehingga wujud kejelasan, kepastian dan kecekapan dalam mengambil kira kesemua masalah yang telah berlaku. Malah untuk tanah di Pulau Pinang, 1MDB tidak membeli 100% milikan tanah.

9. Ini merupakan suatu pembelian yang janggal dan mengarut, kerana tiada pemaju perumahan yang serius akan membeli tanah kecuali mendapat milikan 100% kerana undang-undang Malaysia memperuntukkan bahawa sebarang pembangunan mestilah mendapat pengesahan 100% oleh pemiliknya. Dan apabila tanah tersebut dibeli ketika menjelang Pilihan Raya Umum 2013, Perdana Menteri sendiri telah berjanji untuk membina 9,999 unit perumahan rakyat bagi menampung lebih 3,000 keluarga setinggan di sana.

10. Terdapat kebimbangan awam sama ada janji-janji ini masih praktikal dan dapat dilaksanakan memandangkan kos yang besar telah dilaburkan serta tiada 100% milikan tanah. Keutamaan Kerajaan Negeri ialah untuk berdiri teguh bersama lebih 3,000 keluarga setinggan ini.

11. Atas sebab itu, sehingga kesemua persoalan yang disenaraikan di atas diambil kira dan diperjelaskan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah, sama ada permohonan tukar hakmilik tanah atau kebenaran gadaian, mestilah mendapat pengesahan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Saya mohon mencadangkan.

LIM GUAN ENG

========================================================

槟州首席部长于2016年5月20日

关于一个马来西亚丑闻动议的演词

1. 我谨此在槟州立法议会议会常规第34 (viii)条款下,提呈动议如下: –

“对于创下历史的500亿令吉一个马来西亚丑闻,此庄严的议会厅表示关注。这也是史上第一次导致一家由马来西亚联邦政府所拥有、并获得马来西亚联邦政府担保的公司,两度无法偿还每次至少5千万美元的利息。

因此,为了公众利益,我们议决,所有在槟城与一个马来西亚有限公司有关的一切交易必须被冻结,直至有关一马公司丑闻的疑团获得完整的解释为止,特别是位于亚依淡区、面积234英亩的地皮在2013年全国大选前以13亿8千万令吉被买下,共涉及约3000个家庭的大规模房屋发展对人民的影响。”

2. 500亿令吉的一马丑闻无法因此被掩盖,除非联邦政府能够挺身而出,勇于作出下列举动以洗清他们的污名:

-对外公布国家总稽查司就有关丑闻的报告

-计算政府机关上月及本月初,创下史上首次无法偿还各总值5千万美元利息的负面影响成本;以及

– 当外国的执法单位纷纷对此丑闻展开调查,采取逮捕及起诉行动的当儿,马来西亚执法机关却毫无行动,针对此事,政府有必要说明。

3. 到底马来西亚政府有什么试图隐瞒或掩盖,以致不愿意将国家总稽查司报告公诸于世?

4. 将所有的剩余资产转去财政部,并无法拯救一个马来西亚有限公司,也无法解决问题,因为3千万的马来西亚公民,尚需要承担沉重的债务,即可能超过550亿令吉。也许所有一马有限公司的债务已完全被财政部接管,否则一马公司如何在没有任何资产的情况下得以偿还债务,以致最终需要马来西亚政府出手拯救—因为它是国有企业,以及联政府也已担保好几项与一马公司相关的债务。

5. 转移至财政部的资产价值及种类也一样值得商权。目前一马公司仅存的有形资产就是位于吉隆坡敦拉萨国际贸易中心土地(也即是在没有经过公开招标的情况下以低价贱卖,然后由一个马来西亚有限公司以翻倍利润卖出);在亚依淡以10亿8千万令吉购入的面积234英亩地段;总值23亿令吉的现金;以及共140亿令吉、价值备受质疑的投资基金。上述这些债务累积高达500亿令吉,若加上利息,总债务轻易超过550亿令吉。

6. 此外,也因为一个马来西亚有限公司丑闻,逼使我国需实施消费税,以及导致令吉贬值,苦了人民。当550亿令吉的一马公司债务无法偿还时,谁来买单?需要紧记的是,每一个马来西亚人民需要还1800令吉。

7. 根据国际著名的商业及新闻媒体报导,首相个人户头内的捐款数目已升级到42亿令吉。首相之前不是说要在相关媒体的所在国家诉诸法律途径吗?但至今尚不见首相进行跨国诉讼。

8. 因为相关一个马来西亚的种种疑团尚未获得厘清,槟州政府将会冻结一个马来西亚有限公司名下位于亚依淡234英亩之地段的一切土地交易疑团获得解开为止。1MDB在槟城所购买的土地中,实际上并没有买下100%的土地拥有权。

9. 这是不可思议的购地行为,从来没有发展商会这样做,因为根据大马法律,所有的发展计划欲获得批准,发展商必须100%拥有相关土地。再者,这片土地是在2013年全国大选时所购下,当时首相本身曾经承诺会兴建含9千999单位的公共房屋,让超过3千户人家可以安居于此。

10. 州政府与这超过3千户的人家同在。对于首相的承诺是否还会实践,大家还在观望,特别是有关方面投资了如此巨大的款项,却没有获得100%的土地权。

11. 职是之故, 除非上述所有问题皆得到解释,否则槟州政府将不会允许任何土地交易,不管是土地拥有权易名或征求同意制授权抵押,凡此种种都需获得槟州行政议会的批准。

我谨此提议。

林冠英