Surat Kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Menteri Kewangan Malaysia

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,

PENANGGUHAN PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN ATAU GOODS AND SERVICES TAX (GST)

Dengan hormatnya kami ingin memaklumkan kepada YAB Dato’ Sri bahawa suatu ketetapan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua tanggal 14 November 2014 seperti berikut:

Bahawa DUN Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015 sehingga negara kita mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi memandangkan pelbagai masalah dan implikasi buruk terhadap rakyat jelata serta negara belum bersedia untuk menghadapi inflasi yang semakin tidak terkawal di Malaysia;

Bahawa DUN Pulau Pinang berpendapat bahawa cukai GST adalah satu cukai yang regresif yang bukan sahaja lebih membebankan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah, malahan golongan miskin yang terpaksa hidup dengan keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Perlaksanaan cukai GST bahkan sudah jatuh ditimpa tangga;

Bahawa DUN Pulau Pinang menegaskan bahawa perlaksanaan cukai GST hanya merupakan jalan mudah kepada Kerajaan Persekutuan yang gagal dalam mengurus ekonomi negara khasnya dalam usaha membanteras rasuah, ketirisan dan pemborosan. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan perlu tumpu kepada usaha dalam urustadbir yang cekap, akauntabiliti dan telus agar penyelewangan tidak berlaku dan bukannya menjadikan rakyat di akar umbi sebagai kambing hitam; dan

Bahawa DUN Pulau Pinang sangat memahami akan kesulitan dan beban kos sara hidup rakyat yang kian hari kian meningkat sejak GST diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan tahun lepas. Semua sektor akan terjejas dengan perlaksanaan GST. Kami komited akan sentiasa berjuang bersama rakyat untuk menjamin kesejahteraan semua rakyat Pulau Pinang serta menjadi negeri ini sebagai sebuah negeri tanpa GST.

2. Kesan negatif daripada pelaksanaan GST telah melandai beberapa sektor, khususnya industri perdagangan kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat tradisional. Malah, terdapat sekurang-kurangnya tiga (3) buah kedai runcit yang beroperasi puluhan tahun di pekan kecil dalam kawasan Parlimen Balik Pulau (yang kini diwakili oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan) akan gulung tikar atau menghentikan perniagaan kerana sukar memenuhi syarat-syarat GST.

3. Oleh kerana pelaksanaan GST masih diharungi oleh persoalan apa yang boleh dan tidak dikecualikan serta mempunyai jawapan berbeza-beza yang mana akan menambahkan kos pengurusan, sekaligus membebankan peniaga-peniaga kecil, maka adalah wajar ianya ditangguhkan untuk suatu tempoh waktu sehingga semua kemusykilan ini dapat diperjelaskan.

4. Di samping itu, adalah perlu had ‘threshold’ jumlah jualan dikenakan GST dinaikkan daripada RM500,000.00 kepada RM2 juta setahun, demi membantu peniaga kecil. Pada masa yang sama, penurunan nilai matawang ringgit Malaysia menjadikan ‘threshold’ RM500,000.00 nilai jualan setahun mudah dicapai oleh peniaga kecil dan sekaligus membebankan serta menjejaskan mereka.

5. Pengguna bukan peniaga, maka oleh itu tidak boleh didaftar dengan GST, juga harus dibantu dengan membolehkan mereka membuat tuntutan balik. Misalnya, semua penggunaan perkhidmatan bank akan dikenakan GST tetapi ianya tidak dapat dituntut balik oleh mereka yang bukan peniaga dan tidak berdaftar dengan Jabatan Kastam. Pengguna tersebut harus diberikan pilihan untuk berdaftar, demi menuntut balik GST daripada caj barangan atau perkhidmatan seperti caj bank.

6. Semoga YAB Dato’ Sri boleh mempertimbangkan permintaan ini, bukan sahaja untuk rakyat Pulau Pinang tetapi juga bagi meringankan beban kewangan mangsa-mangsa bencana banjir di Pantai Timur. Memandangkan pelaksanaan GST diakui sendiri oleh YAB Dato’ Sri akan menaikkan kos hidup rakyat, maka adalah perlu ianya ditangguhkan semasa rakyat menghadapi kesusahan dan kesukaran ini untuk rakyat.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang

=================================================

PSUKPP/21/0353/20 Klt.4 (3)

2015年1月13日

致尊贵的首相拿督斯里纳吉,

恳请展延推行消费税(GST)

在此向尊贵的首相拿督斯里纳吉报告,槟城州议会已经在2014年11月14日的第二期第二次州议会中通过一项动议如下:

槟城州议会呼吁联邦政府展延于2015年4月1日实施消费税,待我国成为高收入的先进国之后再实行。原因是该消费税为还没准备好的人民及国家带来问题极不好的影响,让马来西亚面对难以控制的通货膨胀。

槟城州议会认为消费税是一项倒施逆行的税务,将不只加重中低收入群的负担,更加让贫穷群体生活在有一餐没一餐的困苦之中。消费税的实施将会带来一连串的连锁效应。

槟城州议会强调,实施消费税只不过是联邦政府在无法消灭贪腐、阻止纰漏与浪费及管理国家经济失败之后所走的捷径。因此,联邦政府必须专注在能干、公信、透明的管理之上,以防止滥权,而不是白狗偷吃黑狗当灾,拿人民来当待罪羔羊。

槟城州议会深感体会人民在去年联邦政府提出消费税之后,生活负担已经日益艰难,各行各业将受到消费税的影响。我们承诺将为了槟城人民的福祉与人民一起斗争,期望能让槟城成为一个没有消费税的州属。

2. 实施消费税的负面冲击已经在好几个行业里显现,特别是在小生意如杂货店及传统药材店。很不幸的,副卫生部长的浮罗山背国会选区就有至少3家经营数十年的杂货店,因为难以符合消费税的条例,被迫“执笠”或“拉下帷幕”结束营业。

3. 由于消费税仍然存在多项豁免与否的疑问,而且产生众说纷纭的答案,这无疑将提高管理成本,加重小商家的负担。因此消费税有必要展延,以理清众多的模湖地带。

4. 另外,消费税理应将征税标准从每年50万令吉营业额,提高到每年200万令吉营业额,以协助小商家。须知,马币贬值,将让小商家很容易就达到每年50万令吉营业额的底线,加重小商家的负担,影响生计。

5. 非商家的个人消费者,因为无法登记消费税,因此有必要协助个人消费者获得缴交消费税的税务回扣。例如使用银行服务的消费者,被征收消费税,但因为是个人非商家无法向关税局登记,无法取得税务回扣。个人消费者理应获得登记消费税的选择,以便让他们能在产品消费及使用银行服务之后获得税务回扣。

6. 恳请首相您能考量这项要求,这不只是为了槟城人民福祉而以,同时也减东海岸大水灾灾民的财政重担。有鉴于,首相您也承认消费税将提高人民的生活开支,因此,在人民仍处在水深火热当中之际,消费税有必要展延。

请钧座惠允赐复。

颂祺。

林冠英
槟城州首席部长

0 Responses to “Surat Kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Menteri Kewangan Malaysia”


Comments are currently closed.