>Datuk Seri Maximum Ongkili Menolak Cadangan Skim Bekalan Air Mentah Dari Sungai Perak Yang Boleh Menjaminkan Keperluan Air Pulau Pinang Pada Tahun-Tahun Selepas 2026 Atas Sebab Sumber Air Mentah Di Pulau Pinang Mencukupi(bm/cn)

Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.2.2014.

Datuk Seri Maximum Ongkili Menolak Cadangan Skim Bekalan Air Mentah Dari Sungai Perak Yang Boleh Menjaminkan Keperluan Air Pulau Pinang Pada Tahun-Tahun Selepas 2026 Atas Sebab Sumber Air Mentah Di Pulau Pinang Mencukupi.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximum Ongkili menolak cadangan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak yang boleh menjaminkan keperluan air Pulau Pinang pada tahun-tahun selepas 2026 atas sebab sumber air mentah di Pulau Pinang mencukupi. Ini dinyatakan dalam surat beliau pada 18.9.2013 semasa menjawab surat saya pada 18 Jun 2013 yang meminta agar projek ini disegerakan sepertimana yang dijanjikan dalam perjanjian penghijrahan aset air yang telah ditandatangani di antara kerajaan negeri dan persekutuan pada 2011.

Kejayaan Pulau Pinang menghadapi musim kemarau masakini dengan tidak menjalankan sebarang catuan air tentu akan menyusahkan permohonan menjalankan skim bekalan air daripada Sungai Perak. Sungguhpun permintaan kerajaan negeri untuk projek sedemikian ditolak maka kemampuan kerajaan negeri menangani krisis kemarau sekarang tidak harus menjadi alasan tidak mengikuti syarat-syarat persefahaman yang telahpun dipersetujui. Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus meminta agar skim bekalan air ini diteruskan agar menjaminkan masa depan anak-anak kita selepas 2026.

Alasan-alasan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menolak skim bekalan air adalah seperti berikut:-

CADANGAN SKIM BEKALAM AIR MENTAH DARI SUNGAI PERAK, NEGERI PERAK KE NEGERI PULAU PINANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, Surat daripada YAB Tuan, PSUKPP/21/ 0353/36 (1558/2018) bertarikh 18 Jun 2013 adalah berkaitan.

2. Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap keperluan air diseluruh Negara termasuk negeri Pulau Pinang. Selaku Menteri yang bertanggung jawab terhadap industry perkhidmatan air, sudah menjadi agenda utama saya untuk memastikan air yang cukup dan berkualiti dapat dibekalkan kepada rakyat.

3. Sebagaimana YAB Tuan sedia maklum, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang dengan kos berjumlah RM1.4 billion. Pelaksanaa projek ini secara geran untuk sumber air ini oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebahagian daripada Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Pulau Pinang yang telah dimeterai di antara Kerajaan Persekutan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Projek yang sedang giat dilaksanakan ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2016 dan akan meningkatkan kapasiti air mentah sedia ada sebanyak 198 juta liter sehari (JLH) dan mampu membekalkan air diseluruh Pulau Pinang sehingga tahun 2026.

4. Di samping pelaksanaa Projek Pembesaran Empangan Mengkuang tersebut, saya berpandangan bahawa Program Pengurusan Permintaan Air (Water Demand Management) yang komprehensif juga perlu diberi tumpuan oleh pihak YAB Tuan sebagai usaha untuk memastikan penggunaana bekalan air mentah yang berhemat di negeri Pulau Pinang. Cadangan ini bersasakan bahawa penggunaan air per kapita bagi negeri Pulau Pinang adalah yang tertinggi di Negara ini iaitu sebanyak 285 liter/kapita/hari berbanding dengan purata nasional sebanyak 210 liter/kapita/hari. Penggunaan air per kapita yang tinggi ini mendorong kepada pengabstrakan air mentah yang berlebihan untuk dirawat oleh operator air.

5. Justeru, dalam konteks ini saya turut berpendapat bahawa pendekatan untuk meningkatkan usaha bagi mengawal penggunaan air per kapita kepada tahap yang munasabah serta mengoptimumkan penggunaan air Empangan Mengkuang kelak merupakan langkah yang terbaik yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan operator bekalan negeri buat masa ini. Jika penggunaan air per kapita domestic bagi negeri Pulau Pinang dikawal sekurang-kurangnya pada paras 250 liter/kapita/hari bagi kawasan bandar dan 240 liter/kapita/hari bagi kawasan luar Bandar, saya yakin bekalan air mentah sedia ada dijangka mencukupi sehingga 2030.

6. Oleh itu, cadangan YAB Tuan untuk melaksanakan Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak/Kerian ke Negeri Pulau Pinang sebagai langkah untuk menjamin bekalan air mentah yang mencukupi dilihat masih terlalu awal untuk dipertimbangkan. Selain daripada itu, bagi merealisasikan pelakasanaan projek tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Negeri Perak untuk mendapatkan persetujuan membekalkan air mentah ke Pulau Pinang memandanagkan sumber air mentah adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Jika persetujuan telah dicapai, Kementerian bersedia memperakukan semula cadangan tersebut di Rancangan Malaysia yang akan datang.

7. Berhubung dengan kenyataan YAB Tuan di para 2 surat bertarikh 18 Jun 2013 tersebut, sukacita saya memaklumkan bahawa Kementerian saya telah mengemukakan permohonan mengenai Cadangan Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak/Kerian ke negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan. Namun begitu, Kementerian ini dimaklumkan bahawa cadangan ini tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini kerana Kerajaan mempunyai keutamaan yang lebih mendesak untuk melaksanakan projek-projek lain.

8. Dengan ini, saya berharap agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat mengambil semua langkah perlu dalam memastikan bahawa air mentah mencukupi dan berterusan dalam jangka panjang. Kerajaan dan perhatian pihak YAB Tuan terhadap perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian

—–Mandarin Version —–

槟州首席部长林冠英于2014年2月26日在光大乔治市发表声明:

拿督斯里能源、绿色工艺与水务部长拿督斯里麦西慕以槟州生水充足为由,拒绝一项能够保障槟州2026年以后水供应的霹雳河生水输入计划。

拿督斯里能源、绿色工艺与水务部长拿督斯里麦西慕以槟州生水充足为由,拒绝一项能够保障槟州2026年以后水供应的霹雳河生水输入计划。部长在2013年9月18日回复我在2013年6月18日的信件,当时我要求当局尽快推行上述计划,以履行2011年州政府与联邦政府所签署的水资产转移协议。

槟州能够在不用制水的情况下面对旱灾,也让我们在申请霹雳河生水输入计划面对困难。虽然州政府的要求被拒绝,但是州政府在面对旱灾的能力不应该成为一项不履行协议的理由。因此,槟州政府将会继续要求马上进行水供计划,以保障2026年以后孩子的未来。

拿督斯里麦西慕给予的理由如下:

“从霹雳河输入生水的建议

我针对您于2013年6月18日的信函,回复如下:

2. 联邦政府向来关注全国各地的水供包括槟州。身为对水资源工业负责的部长,我的首要任务就是确保人民享有充足及有素质的水源。

3. 联邦政府已经批准孟光水坝扩建计划,耗资14亿令吉。联邦政府以拨款形式资助这项计划是槟州水供重组计划的一部分,联邦政府及州政府也针对此事达致共识。这项计划预计将在2016年全面竣工,届时将能够将生水供应量增加每天1亿9800万公升,并供应全槟水供至2026年。

4. 除了孟光水坝扩建计划,我认为您也应该努力全面推行“水源需求管理”,以确保槟城节约使用生水。有鉴于槟城人均用水量是全马最高,达每人每天285公升,高出全国人均用水每人每天210公升。如此超高的人均用水量,只会导致对生水的要求增加。

5. 因此,我认为州政府及州水供公司有必要加强管制人均用水量致合理水平,并且将孟光水坝的用水最优化,才是当前最好的做法。如果州政府能够将槟州的人均用水量降低至城区每人每天250公升、郊外每人每天240公升,我相信槟州的生水供应到了2030年还是充足的。

6. 因此,首长您建议推行从霹雳河导水至槟州吉辇河以确保水供充足,还是言之过早。除此之外,如果要推行上述计划,槟州政府必须与霹雳州政府商量,以取得霹雳州的同意,让它们供应生水到槟城,因为生水是属于州政府的权限。如果他们同意,本部门将重新在来临的大马计划检讨这项建议。

7. 针对首长在志期2013年6月18日的信函中第二段,我谨此通知我的部门已经针对从霹雳河输入生水到槟城吉辇河的建议,向政府提出申请。但是,我们被告知上述建议不被考虑,因为联邦政府还有更迫切重要的计划要推行。

8. 我希望槟州能够采取一切有必要的措施,以确保未来生水供应充足及永续。

谢谢!

0 Responses to “>Datuk Seri Maximum Ongkili Menolak Cadangan Skim Bekalan Air Mentah Dari Sungai Perak Yang Boleh Menjaminkan Keperluan Air Pulau Pinang Pada Tahun-Tahun Selepas 2026 Atas Sebab Sumber Air Mentah Di Pulau Pinang Mencukupi(bm/cn)”


Comments are currently closed.