Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Pulau Pinang Yang Baru, YB Puan Aliza Binti Sulaiman Memulakan Tugas Secara Rasmi Pada Hari Ini

Kenyataan Media Oleh YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang,
Di George Town, Pada 3 Januari 2014

Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Pulau Pinang Yang Baru, YB Puan Aliza Binti Sulaiman Memulakan Tugas Secara Rasmi Pada Hari Ini

Dimaklumkan bahawa YB Puan Aliza Binti Sulaiman telah memulakan tugas sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara rasminya pada hari ini bagi menggantikan Dato’ Faiza Binti Zulkifli yang bertukar keluar sebagai Pengerusi, Lembaga Penasihat di Jabatan Perdana Menteri.

YB Puan Aliza telah mengangkat sumpah di hadapan saya di dalam Mesyuarat Exco 2014 yang pertama pada pagi ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 6A. Fasal (4) yang memperuntukkan bahawa:

“Sebelum mana-mana pegawai sedemikian menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi kali pertama, dia hendaklah mengangkat sumpah dan menandatangani dengan kehadiran Ketua Menteri suatu sumpah rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.”

Sebelum menjawat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Puan Aliza merupakan Pengarah Lembaga Sijil Kelayakan Amalan Guaman (CLP) sejak 15 April 2011.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan kehadiran YB Puan Aliza sebagai Penasihat Undang-Undang yang baru dan berharap YB Puan Aliza akan bersama-sama Kerajaan Negeri merealisasikan visi
Negeri Pulau Pinang bagi memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat dengan memastikan agenda pembangunan dapat terus diperkasakan serta sekaligus mentranformasikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan pintar.

LIM GUAN ENG

0 Responses to “Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Pulau Pinang Yang Baru, YB Puan Aliza Binti Sulaiman Memulakan Tugas Secara Rasmi Pada Hari Ini”


Comments are currently closed.