PEMBELIAN KERETA MERCEDES-BENZ S300L UNTUK YAB. KETUA MENTERI PULAU PINANG(bm/cn)

KENYATAAN AKHBAR OLEH Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mokhtar bin Mohd Jait pada 03.01.2014.

PEMBELIAN KERETA MERCEDES-BENZ S300L UNTUK YAB. KETUA MENTERI PULAU PINANG

Sebagai penjelasan terakhir, Kerajaan Negeri ingin menggariskan 5 fakta berkaitan dengan tuduhan tidak berasas mengenai pembelian kereta Mercedes-Benz S300L untuk YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pertama, kelayakan Ketua Menteri Pulau Pinang memang berhak menggunakan 2 buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300. Beliau kini menggunakan sebuah kereta sahaja iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga biasa RM657,218.00. Perlu ditegaskan kereta Toyota Camry 2.5 yang dipakai Ketua Menteri telah diperuntukkan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, YB Ustaz Maktar Shapee.

Kedua, tuduhan bahawa diskaun RM100,000 yang diberikan untuk kereta itu adalah datang daripada Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping adalah satu fitnah sama sekali. Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes-Benz di seluruh Malaysia, bukan oleh “dealer” Mercedes-Benz dan tawaran ini diberikan kepada semua yang ingin membeli Mercedes-Benz S300L keluaran tahun 2012.

Ketiga, pada peringkat awal, Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk membeli kereta Mercedes-Benz kepada 15 ahli EXCO (termasuk Ketua Menteri) dan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana ciri keselamatan dan daya tahan kereta. Ini tidak tercapai kerana kos cukai (sales tax & excise duti) yang tinggi dan urusan bagi mendapatkan pengecualian cukai tidak diperolehi.

Tambah pula pembekal Mercedes-Benz tidak dapat memberikan jaminan bertulis bahawa tempahan kereta boleh dibatalkan sekiranya pengecualian cukai tidak dapat diperolehi. YAB. Ketua Menteri dan Ahli-ahli EXCO enggan menggunakan kereta Mercedes-Benz yang dibeli dengan bayaran penuh cukai serta tanpa “fleet discount” sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri-negeri lain sebelum ini kerana kosnya terlalu tinggi.

Prosedur permohonan untuk pengecualian cukai adalah pemohon mesti membeli kereta dahulu dengan mengeluarkan pesanan kerajaan dan kemudiannya barulah membuat permohonan pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Negeri juga mahu pembekal memberikan jaminan akan mengambil balik kereta tanpa bayaran oleh Kerajaan Negeri sekiranya pengecualian cukai gagal diberikan. Pembekal enggan berbuat demikian untuk 15 buah kereta.

Oleh itu, pembelian 15 buah kereta Toyota Camry diteruskan untuk Ketua Menteri, Ahli-ahli EXCO dan Speaker. Hanya selepas 15 buah kereta Toyota Camry diserahkan pada 31.10.2013, barulah pembekal kereta Mercedes-Benz memberikan surat jaminan yang diperlukan tetapi hanya untuk sebuah kereta Mercedes-Benz S300L. Selepas itu, barulah Mesyuarat EXCO Pulau Pinang memutuskan secara sebulat suara untuk membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L pada 20 November 2013.

Keempat, berdasarkan pengecualian cukai yang diperolehi dan perbezaan besar di antara harga asal RM657,218.00 dengan harga tanpa cukai dan diskaun RM298,263.75 atau pun pengurangan sebanyak RM358,954.25 atau 55%, ia tidak banyak berbeza dengan harga kereta lama Mercedes-Benz S320L yang dibeli 18 tahun dulu pada 04 September 1995 iaitu sebanyak RM271,331.22.

Tambah pula kereta jenama Mercedes-Benz sememangnya diketahui umum dan terkenal dengan daya tahan lama dan penggunaan kereta Mercedes-Benz S320L yang lama boleh diguna dengan kos penyelenggaraan yang lebih rendah. Sebagai perbandingan kos penyelenggaraan kereta Perdana Executive sebagai contoh, kereta PAC 77 yang telah dibeli pada 14 Oktober 2004 dengan harga RM117,026.36, kos penyelenggaraan untuk 9 tahun pertama sehingga 2013 adalah RM178,105.10 iaitu lebih tinggi daripada harga pembelian asal RM117,026.36. Ini amat merugikan Kerajaan Negeri.

Bagi Mercedes-Benz S320L yang dibeli pada 04 September 1995 dengan harga RM271,331.22, kos penyelenggaraan adalah sebanyak RM110,000 untuk tempoh 9 tahun pertama. Tambahan pula, kereta Mercedes-Benz masih mempunyai nilai terpakai (second hand value) yang baik.

Kelima, kereta baru Mercedes-Benz S300L ini dibeli semata-mata adalah kerana pengecualian cukai serta diskaun sebanyak 55% yang diperolehi. Tanpa diskaun 55% ini, pembelian tidak akan dibuat. Kereta baru Mercedes-Benz S300L akan menjadi milikan Kerajaan Negeri selama-lamanya dan mempunyai “economic value for money” dari segi jangka masa panjang. Ini adalah kerana YAB. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menyatakan tidak akan membeli untuk sendirinya selepas bersara.

Dato’ Haji Mokhtar bin Mohd. Jait
Pegawai kewangan Negeri
Pulau Pinang

—–Mandarin Version —–

槟州财政司拿督莫达莫哈末加益于2014年1月3日在槟州发表声明:

槟州首席部长购买马赛地S300L官车

作为此项课题最后一次回应,州政府谨此列出五项事实,以反驳针对槟州首席部长购买马赛地S300L毫无根据的不实指控。

第一, 槟州首长有权使用两辆马赛地官车,即马赛迪S400及马赛迪S300。林冠英目前只使用一辆官车,也即是马赛地S300L而已,其购买价为29万8263令吉75仙,而不是原价65万7218令吉。我们要声明,原本首长使用的丰田佳美2.5已经移交给副议长玛达沙比。

第二, 有指控称,10万令吉的折扣是来自于丹斯里陈国平,这简直是诽谤。这10万令吉折扣,是马赛地供应商在全马所给予的折扣,而不是经销商。所有欲购买2012年出产的马赛地S300L的人士,都能够获得这项折扣。

第三,在初期,州政府的确有意为15名行政议员(包括首席部长)及议长购买马赛地,因为它更安全及稳定的特点。但最终买不成,因为其税务(营业税及销费税)太高,也无法获得免税。

再说,马赛地供应商也无法给予书面保证书,即:若州政府申请不到免税,有关购车订单可以被取消的保证。首长及行政议员不愿意像之前的一些州属般,在没有获得集体购买折扣、必须缴全额税务的情况下购买马赛地,因为其成本太高。

根据免税的申请程序,申请者必须先以政府订单购车,然后向大马皇家关税局提出免税申请。因此,州政府也要求供应商保证,如果州政府无法取得免税,州政府可以在分文不付的情况下,将轿车退还给供应商。但是供应商不愿为15辆轿车作出是项担保。

因此,我们为首长、行政议员及议长购买了15辆丰田佳美。在2013年10月31日,即15辆丰田佳美正式移交给州政府之后,马赛地的供应商才发出我们所要求的保证信,但是只限于一辆马赛地S300L。过后,在2013年11月20日的行政议会上,行政议员才一致决定购买马赛地S300L。

第四, 免税后,马赛地的售价为29万8263令吉75仙,与原价65万7218令吉有很大的差别,费用减少了35万8954令吉25仙(或55%)。这与18年前即1995年9月4日购买马赛地S320L的价格27万1331令吉22仙相去不远。

再说,马赛地的品牌的确是公认比较持久耐用,而旧款的马赛地S320L的维修费也比较低。以2004年10月14日购买的国产将相PAC77为例,车价为11万7026令吉36仙。截至2013年为止,首9年的维修费高达17万8105令吉10仙,高出车子原价11万7026令吉36仙。这让州政府损失很多。

至于1995年9月4日以27万1331令吉22仙购买的马赛地S320L,首9年的维修费为11万令吉。而且,马赛地还有二手价值。

第五,州政府决定购买新车马赛地S300L的考量,纯粹是因为获得免税及高达56%的折扣。若没有这55%的折扣,我们绝不考虑购买。马赛地S300L将是州政府的永久资产,长远来说,在经济上它“物有所值”。而首长林冠英也已经表明他在退休后也绝不会购买来做为私人用途。

槟州财政司莫达莫哈末加益

0 Responses to “PEMBELIAN KERETA MERCEDES-BENZ S300L UNTUK YAB. KETUA MENTERI PULAU PINANG(bm/cn)”


Comments are currently closed.