BN Minister And BN-Controlled English Mainstream Media Should Stop Its Ridiculous And Malignant Lies That I Run Down Malaysia To Hong Kong Investors In An Investment Mission In Hong Kong But Should Instead Take English Tuition Lessons To Improve Their Vocabulary.(en/bm/cn)

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 11.9.2013

BN Minister and BN-controlled English mainstream media should stop its ridiculous and malignant lies that I run down Malaysia to Hong Kong investors in an investment mission in Hong Kong but should instead take English tuition lessons to improve their vocabulary. How can I get foreign investors to come to Penang if I run down my own country as Penang is part of Malaysia?

As part of my trip to Hong Kong from 3-5 September 2013, I had met the Penang diaspora for dinner, which are those from Penang but now working, studying or residing in Hong Kong. I had released the text of my speech to them in Penang. I hope that this speech will be reprinted in full by those BN media that did not print my original text but only published those attacking my speech.

I regret that the standard of English has deteriorated to such an alarming rate that both the BN Federal government Ministers and BN-controlled English media have such a poor command of English vocabulary that they do not understand the meaning of the word “diaspora”.

Speech as follows released on 5.9.2013 in Penang:-

Speech By Penang Chief Minister Lim Guan Eng To The Penang Diaspora In Hong Kong Released In Komtar, George Town On 5.9.2013

Only By Implementing Open Competitive Tenders And Fighting Corruption That Would Save RM51 Billion Annually Can The Prime Minister Prove That He Is Not Faking His Sincerity Nor Using The Counterfeit Necessity Of Raising RON 95 Petrol Price By 20 Cents To Save Subsidy Costs Of RM3.3 Billion Annually.
The Prime Minister can only convince the public of his sincerity and necessity of raising RON 95 petrol prices by 20 cents to save annual subsidy costs of RM 3.3 billion by also implementing open competitive tenders and fighting corruption which would save RM 51 billion annually. Without accompanying measures that demonstrates the Federal government’s commitment against corruption, the public would easily see through such fake sincerity and counterfeit necessity to cut costs.

Why should the people, especially lower-income groups, bear the pain of paying RM3.3 billion annually in increased petrol prices if no action is taken against those political bandits who steal the nation of RM 51 billion annually? In the PR 2013 General Election Manifesto, based on the experience of fiscal responsibility and fighting corruption by the PR state governments in Penang and Selangor, at least 25% annual savings can be obtained from government procurement contracts.

The annual budget surpluses in Penang, the increase in asset reserves by 50% and the reduction of the Penang state government’s debt by a record 95% attests to the effectiveness of integrity steps ranging from open competitive tenders to public declaration of assets. With an estimated RM 201 billion in Federal government procurement contracts annually, the minimum 25% savings would amount to RM51 billion.

Why is the BN Federal government being “penny wise, pound foolish” by not focusing on the RM 51 billion in potential savings that benefits only the few rich cronies instead of forcing 28 million Malaysians to bear the pain of RM3.3 billion from the petrol price increase? Instead of responding to such simple logic, the Federal government would try to divert attention away from the inescapable conclusion by playing up racial, religious and extremist sentiments.

Such racial and extremist tactics are used successfully by BN to avoid dealing with the 4 real problems of Malaysia namely, crime, corruption, rise in indebtedness of governments and individual households as well as the declining educational standards, productivity and skills of Malaysian labour force. In Hong Kong, many investors and analysts identify these four main issues have made Malaysia less attractive or even less competitive.

Reducing crime is not that difficult if the BN Federal government is willing to let the police fight crime instead of monitoring opposition leaders. Presently only 10% of the police force are involved in crime investigation work. If that proportion is increased to 50% of the total police force, I am certain police omnipresence will be able to defeat criminals in Malaysia.

BN claims the Federal government’s debt is 54% of the GDP. However this does not include guaranteed government debt which would increase total Federal government debt to 70%. If the 70% debt to GDP ratio is high, household debt is higher at 83.5% of GDP. Such addiction to debt is symptomatic of the fiscal recklessness of borrowing to spend its way out of our country’s problems. The Federal government should show leadership by example to individual households by reducing its dependency of debt.

The Federal government has also failed to invest in the future by investing in quality education. Many high technology knowledge-intensive foreign investors lament about the poor and declining quality of our workforce at all levels, especially the poor command of English. With BN’s fixation on mediocrity instead of a culture of excellence, on political quotas rather than performance and on empty rhetoric rather than concrete action, Malaysia risks being left behind by not only high-tech foreign investors but also our best talents leaving to other countries like Hong Kong.

The Penang state government is boldly offering a model where performance is prized above political background, where concerted efforts are made to attract quality educational institutions at all levels, where a honest and competent government in partnership with both the private sector and civil sector as well as a livable city that is safe, clean, green and healthy can provide a solution to these four problems.

Lim Guan Eng

—-BM Version—
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town On 11.9.2013.

_______________________________________________________________
Menteri BN Dan Media Arus Perdana Berbahasa Inggeris Yang Dikuasai BN Perlu Hentikan Pembohongan Tidak Masuk Akal Dan Kasar Yang Mendakwa Saya Memburukkan Malaysia Kepada Pelabur Hong Kong Dalam Misi Pelaburan Di Hong Kong, Tetapi Sebaliknya Harus Mengambil Kelas Tambahan Bahasa Inggeris Untuk Meningkatkan Perbendaharaan Kata Mereka.

Menteri BN dan media arus perdana berbahasa Inggeris yang dikuasai BN perlu hentikan pembohongan tidak masuk akal dan kasar yang mendakwa saya memburukkan Malaysia kepada pelabur Hong Kong dalam misi pelaburan di Hong Kong, tetapi sebaliknya harus mengambil kelas tambahan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan perbendaharaan kata mereka. Bagaimana mungkin pelabur datang ke Pulau Pinang jika saya memburukkan Malaysia, kerana Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Malaysia?

Sebagai sebahagian daripada program saya ke Hong Kong pada 3-5 September 2013 yang lalu, saya telah bertemu dengan diaspora Pulau Pinang untuk makan malam, mereka ini merupakan anak Pulau Pinang tetapi kini bekerja, belajar atau tinggal di Hong Kong. Saya telah mengeluarkan teks ucapan saya kepada mereka di Pulau Pinang. Saya berharap ucapan ini akan dicetak semula sepenuhnya oleh media BN yang sebelum ini tidak mencetak teks asal saya tetapi hanya menerbitkan kenyataan mereka menyerang ucapan saya.

Saya kesal kerana tahap bahasa Inggeris dalam kalangan Menteri BN dan media berbahasa Inggeris kawalan BN telah merosot pada tahap yang membimbangkan memandangkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris mereka yang amat lemah sehingga tidak memahami makna perkataan “diaspora”.

Ucapan berikut dikeluarkan pada 5.9.2013 di Pulau Pinang:

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Kepada Diaspora Pulau Pinang Di Hong Kong , Diterbitkan di Komtar, George Town Pada 5.9.2013

Hanya Dengan Melaksanakan Tender Terbuka Yang Berdaya Saing Dan Membanteras Rasuah Akan Menjimatkan RM51 Bilion Setahun, Membolehkan Perdana Menteri Membuktikan Keikhlasan beliau Atau Membenarkan Tuntutan Palsu Menaikan harga RON 95 sebanyak 20 sen bagi menjimatkan kos subsidi RM3.3 billion setahun.

Perdana Menteri hanya boleh meyakinkan orang ramai akan keikhlasan beliau dan keperluan menaikkan harga petrol RON 95 sebanyak 20 sen untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM 3.3 bilion dengan turut melaksanakan tender terbuka yang berdaya saing dan melawan rasuah yang akan menjimatkan RM 51 bilion setiap tahun. Tanpa langkah-langkah yang menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap rasuah, orang ramai akan dengan mudah mempersoalkan keikhlasan kerajaan dan melihat tuntutan untuk mengurangkan kos sebagai palsu.

Mengapa rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, perlu menanggung penderitaan membayar RM3.3 bilion setahun kerana peningkatan harga petrol jika tiada tindakan diambil terhadap penyamun politik yang mencuri RM51 bilion setiap tahun daripada negara ini? Dalam Manifesto Pilihanraya Umum Pakatan Rakyat 2013, berdasarkan pengalaman tanggungjawab fiskal dan memerangi rasuah oleh kerajaan negeri PR di Pulau Pinang dan Selangor, sekurang-kurangnya penjimatan 25% setahun boleh dicapai daripada kontrak perolehan kerajaan.

Lebihan bajet tahunan di Pulau Pinang, peningkatan rizab aset sebanyak 50% dan pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang dengan rekod 95% membuktikan keberkesanan langkah-langkah integriti dari tender terbuka yang berdaya saing kepada pengisytiharan awam aset. Dengan anggaran RM 201 billion kontrak perolehan Kerajaan Persekutuan setiap tahun, penjimatan minimum 25% akan berjumlah RM51 bilion.

Mengapa kerajaan Persekutuan BN bersikap berkira pada satu sisi tetapi membenarkan pembaziran yang besar pada sisi lain dengan tidak memberi tumpuan kepada potensi penjimatan RM 51 bilion yang memberi manfaat kepada hanya beberapa kroni kaya dan bukannya memaksa 28 juta rakyat Malaysia menanggung RM3.3 bilion daripada kenaikan harga petrol?Bukan sahaja Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan logik mudah ini, mereka sebaliknya cuba mengalihkan perhatian dari kesimpulan yang tidak dapat dielakkan dengan memainkan perkauman, sentimen agama dan pelampau.

Taktik perkauman dan pelampau digunakan dengan jayanya oleh BN untuk mengelakkan daripada mendepani 4 masalah sebenar Malaysia, iaitu, jenayah, rasuah, peningkatan hutang kerajaan dan setiap isi rumah serta penurunan taraf pendidikan, produktiviti dan kemahiran tenaga buruh Malaysia. Di Hong Kong, ramai pelabur dan penganalisis mengenal pasti empat isu utama ini yang menjadikan Malaysia kurang menarik atau kurang berdaya saing.

Mengurangkan jenayah tidak begitu sukar jika kerajaan Persekutuan BN bersedia untuk membenarkan polis memerangi jenayah dan bukannya memantau pemimpin pembangkang. Pada masa ini hanya 10% daripada pasukan polis yang terlibat dalam penyiasatan jenayah. Jika jumlah ini meningkat kepada 50% daripada pasukan polis keseluruhannya, saya pasti polis akan dapat menumpaskan penjenayah di Malaysia dengan lebih berkesan.

BN mendakwa hutang Kerajaan Persekutuan kini 54% daripada KDNK. Walau bagaimanapun ini tidak termasuk hutang dijamin kerajaan yang akan meningkatkan jumlah hutang Kerajaan Persekutuan kepada 70%. Jika hutang 70% kepada nisbah KDNK adalah tinggi, hutang isi rumah adalah lebih tinggi pada 83.5% daripada KDNK. Kebergantungan sedemikian kepada hutang adalah kesan pinjaman fiskal melulu sebagai jalan keluar mudah dari masalah negara kita. Kerajaan Persekutuan perlu menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada setiap isi rumah dengan mengurangkan pergantungan hutang.

Kerajaan Persekutuan juga telah gagal untuk melabur untuk masa depan tanpa melabur dalam pendidikan yang berkualiti. Banyak pelabur asing dalam bidang teknologi tinggi berintensifkan pengetahuan merungut tentang kemerosotan kualiti dan penurunan tenaga kerja negara ini di semua peringkat, terutamanya penguasaan lemah Bahasa Inggeris. Dengan penetapan piawaian BN pada tahap cukup makan semata-mata dan bukannya budaya kecemerlangan, kepada kuota politik dan bukannya prestasi dan retorik kosong dan bukannya tindakan konkrit, Malaysia berisiko ditinggalkan bukan sahaja oleh pelabur asing berteknologi tinggi tetapi juga bakat terbaik kita yang berhijrah ke negara-negara lain seperti Hong Kong.

Kerajaan negeri Pulau Pinang berani menawarkan model di mana prestasi adalah lebih penting berbanding latar belakang politik, di mana usaha dibuat untuk menarik institusi pendidikan yang berkualiti di semua peringkat, di mana sebuah kerajaan yang jujur dan cekap melalui perkongsian dengan sektor swasta dan sektor awam serta sebuah bandar yang selamat, bersih, hijau dan sihat boleh memberikan penyelesaian kepada empat masalah yang disebut di atas.

LIM GUAN ENG

—-Mandarin Version —-

槟州首席部长林冠英于2013年9月11日在乔治市光大发表声明:

国阵部长及国阵控制的英文主流媒体应该停止荒谬及恶意的谎言,指我在香港招商时,在投资者面前贬低马来西亚,他们应该去补习英文加强他们的英文词汇。

国阵部长及国阵控制的英文主流媒体应该停止荒谬及恶意的谎言,指我在香港招商时,在投资者面前贬低马来西亚,他们应该去补习英文加强他们的英文词汇。槟城是马来西亚的一部分,如果我贬低自己的国家,我要如何招商引资来槟城?

我于2013年9月3日至5日期间前往香港公干,我与旅居香港的槟城人一起吃晚餐,他们目前在香港工作、读书或定居。我在槟城发表了对他们的演讲。我希望这些国阵媒体可以全文照登我的讲词,他们没有刊登我原本的讲词,只是刊登攻击我的言论。

我很遗憾,我们的英语水平退步那么多,连国阵联邦政府部长及国阵控制的英语媒体的词汇造诣也那么差,他们甚至不明白“diaspora(移民社群)”的意思

我于2013年9月5日在槟州发表讲词如下:

槟州首席部长林冠英于2013年9月5日在乔治市光大发表对旅居香港的槟城人谈话:

首相唯有推行公开招标及肃贪,每年节省510亿令吉,才能证明他要开源节流的诚意,而不是假借让RON95汽油起价20仙来省下每年33亿令吉的津贴。
首相只能通过推行公开招标及肃贪,每年节省510亿令吉,才能证明他要开源节流的诚意,而不是假借让RON95汽油起价20仙来省下每年33亿令吉的津贴。联邦政府如果没有采取任何措施肃贪,公众很快地便会看穿这种虚伪的省钱方案。

为什么我国人民,包括低收入群必须要承担330亿令吉的汽油涨价,但是那些窃取国库510亿令吉的政治强盗却没有受到对付?民联2013年的竞选宣言中,基于民联槟城及雪州政府的理财及肃贪经验,我们每年可以从政府采购过程中省下25%的费用。

槟城每年财政预算年年有余,资产增加了50%, 债务也减少了95%,证明了廉正措施如公开招标、公布资产的有效性。我们估计,联邦政府每年预算的政府采购合约2010亿令吉,至少可以节省25%,即大约510亿令吉。

为什么国阵联邦政府小事聪明却大事糊涂(Penny Wise Pound Foolish)?不把焦点放在如何节省510亿令吉,而只照顾少数富有的朋党,让2800万马来西亚人承担33亿令吉的汽油涨价?他们不但没有回复这个简单逻辑,反而还企图转移视线,通玩弄种族、宗教及极端情绪来制造不可避免的结论。

国阵成功利用这种种族及极端伎俩,以逃避马来西亚真正面对的四大问题:罪案、贪污、政府及家庭债台高筑、以及教育水平、劳工生产力及技术下滑。在香港,很多投资者及分析员都确定上述四大原因,已经导致马来西亚不再具有吸引力及竞争力。

如果国阵联邦政府愿意让警方打击罪案而不是监控在野党领袖,减低罪案并不难。目前只有10%的警力是用在罪案调查工作。如果相关的警力增加至50%,让警方无处不在,肯定有助于对付我国的罪犯。

国阵声称联邦政府的债务是国民生产总值的54% 。但是这不包括政府所担保的债务,如果计算在内,联邦政府的债务很可以增加到70%。债务占国民生产总值的70%是非常高的比例,而家庭债务更高,占国民生产总值的83.5%。这种对债务的依赖,显示出我国普遍理财不当、借钱来花的问题。联邦政府应该要以身作则,成为个人及家庭的榜样,减少对债务依赖。

素质教育方面,联邦政府已经做不到“投资在未来”。很多高科技知识密集型投资者都抱怨,我们各阶层的劳动力素质欠佳,特别是英语掌握能力不好。国阵走的是平庸路线而不是追求卓越,政治上设固打而不是依据表现,空谈却没有实际行动。马来西亚不只无法吸引高科技外资,也让我们的人才一直外流到像香港这样的地区。

槟州政府胆敢建议一个“重绩效“甚于政治背景的模式,把精力焦点都放在吸引高素质的教育机构,让政府与私人界、公民团体都有坦诚及称职的合作关系,以及一个净绿安康的宜居城市,才能为上述四大问题找出解决方案。

林冠英