The question of whether a candidate stands for both parliament and state seats in particular situations should be decided on a case by case basis.(en/bm/cn)

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 7.11.2012.

The DAP Central Executive Committee (CEC) at its meeting on Monday night 5.11.2012 unanimously reiterates that the question of whether a candidate stands for both parliament and state seats in particular situations should be decided on a case by case basis, as it relates to political strategy and winnability. All members are urged to refrain from publicising an internal party mechanism to the mainstream media, which is intent on portraying and harming DAP and PR negatively.

Such negative portrayals are sensationalised to distract attention from the failed policies, lies and crony culture perpetuated by BN. Apart from the issue of installing 831 1Malaysia Cameras under the controversial Automated Enforcement System(AES) that allows private companies to profit by earning commission based on traffic summons issued, BN is mired in financial scandals and improprieties involving its leaders.

Unable to explain the misbehaviour of BN leaders, the mainstream media has resorted to distorting and twisting the statements of PR leaders to the extent of playing the dangerous game of race and religion. The attempt by Utusan Malaysia to pit Muslims against non-Muslim by labelling DAP as “kafir harbi” or belligerent infidels failed dramatically when Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the National Fatwa Council has never issued any fatwa (religious orders) to refer to non-Muslims as “kafir harbi”.

In replying to PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang in Parliament, Jamil Khir said that any statements calling non-Muslims as “kafir harbi” or “kafir zimmi” are merely personal opinions that Muslims are not bound by these personal convictions. Utusan had distinguished DAP as “kafir harbi” from the MCA or MIC as “kafir zimmi” that have accepted the supremacy of the Islamic state and hudud.

The phrase “kafir harbi” has historically been used to describe non-Muslims who are seen as enemies of Islam, and whose deaths are allowed or justified in a war setting as they are seen to be attempting to kill Muslims. In other words, Utusan is implicitly sanctioning violent action against DAP leaders, even though DAP has not killed or harmed a single Muslim or Malay.

Like DAP, PAS has not killed a single non-Muslim or non-Malay yet continues to be demonised as a threat to the safety of non-Malays. Instead DAP have lost a member like Teoh Beng Hock who was found dead in the Malaysian Anti-Corruption Commission(MACC) whereas PAS members were killed in the 1985 Kampung Memali incident.

Despite such lies by Utusan, no action has been taken against Utusan. DAP leaders must stand united against such desperate attempts by the mainstream media to win the next general elections for BN at all costs by hook or by crook.

LIM GUAN ENG

============================
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 7.11.2012

Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dalam mesyuaratnya pada hari Isnin, 5.11.2012 telah bersetuju dengan sebulat suara bahawa persoalan sama ada seseorang calon itu bertanding kerusi Parlimen dan DUN secara serentak akan ditentukan mengikut keadaan kerana ia melibatkan strategi politik dan kebolehan untuk menang. Semua ahli digesa untuk tidak menghebahkan mekanisme dalaman parti kepada media arus perdana yang berniat untuk menggambarkan DAP secara negatif.

Gambaran negatif yang disensasikan adalah taktik untuk mengalih perhatian daripada dasar-dasar gagal, fitnah dan budaya kroni yang diamalkan BN. Selain daripada isu pemasangan 831 kamera 1Malaysia di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menguntungkan syarikat-syarikat swasta melalui komisyen daripada setiap saman yang dikeluarkan, BN juga terperangkap dalam skandal-skandal kewangan dan salah laku oleh pemimpin-pemimpinnya.

Kerana tidak berupaya untuk menjelaskan salah laku pemimpin-pemimpin BN, media arus perdana terpaksa memutar belit kenyataan-kenyataan pemimpin PR sehingga memainkan sentimen perkauman dan agama. Cubaan oleh Utusan Malaysia untuk melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam dengan melabel DAP sebagai “kafir harbi” telah gagal apabila Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang menggelarkan orang bukan Islam sebagai “kafir harbi”.

Dalam jawapannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen, Jamil Khir telah berkata bahawa apa-apa kenyataan yang menggelarkan orang bukan Islam sebagai “kafir harbi” atau “kafir zimmi” hanya pendapat peribadi dan orang Islam tidak terikat dengan pendirian tersebut. Utusan telah membezakan DAP sebagai “kafir harbi” berbanding MCA atau MIC sebagai “kafir zimmi” yang telah menerima negara Islam dan hudud.

Dari segi sejarah, frasa “kafir harbi” telah digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Islam yang memusuhi Islam, di mana kematian mereka dibolehkan atau diwajarkan dalam suasana perang kerana mereka dilihat mencuba untuk membunuh orang Islam. Dalam erti kata lain, maksud tersirat Utusan adalah untuk menyarankan keganasan terhadap pemimpin-pemimpin DAP, walaupun DAP tidak pernah membunuh atau mencederakan walaupun seorang Islam atau Melayu.

Sepertimana DAP, PAS juga tidak pernah membunuh walaupun seorang bukan Islam atau bukan Melayu, tetapi masih lagi dijadikan momok yang mengancam keselamatan bukan Melayu. Sebaliknya, DAP telah kehilangan ahli seperti Teoh Beng Hock yang ditemui mati di perkarangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sementara ahli-ahli PAS telah dibunuh dalam insiden Kampung Memali 1985.

Walaupun difitnah Utusan, tiada tindakan diambil terhadap akhbar tersebut. Pemimpin-pemimpin DAP harus bersatu menentang tindakan-tindakan terdesak oleh media arus perdana untuk memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.

LIM GUAN ENG

===============================================
民主行动党秘书长及峇 眼国会议员林冠英于2012年11月7日在吉隆坡发表的文告

民主行动党中央委员会于2012年11月5日,周一晚的会议,针对是否在特殊情况下候选人兼打国州议席一事,一致重申必须基于个别案例处理,因为这涉及到政治战略与胜选率。全体党员受促慎戒向意图绘声绘影及损害行动党及民联的主流媒体透露党内部机制。

这些煽色腥的负面报导,企图从国阵政策的失败、谎言及朋党文化中转移视线。除了允许私人公司透过自动执法系统(AES)安装831座1个马来西亚照相机,并以发出罚单赚取佣金之外,国阵还深陷多宗金融丑闻,多名国阵领袖都牵涉其中。

在无法解释国阵领袖的品行不端的行为之下,主流媒体唯有扭曲民联领袖的言论,大玩危险的种族及宗教游戏。马来西亚前锋报将行动党标签为“异教徒敌人”(kafir harbi)企图煽动穆斯林对付非穆斯林的伎俩,在首相署部长拿督斯里查米尔表示,全国宗教裁决理事会并没有发出宗教命令宣称非穆斯林是异教徒敌人之后,不攻而破。

在回答伊斯兰党主席拿督哈迪阿旺的国会提问中,查米尔表示将非穆斯林称为”异教徒敌人”或”异教徒友人”纯属个人意见,穆斯林并不会受到这种个人信念所影响。前锋报将行动党标签为“异教徒敌人”(kafir harbi),把接受伊斯兰国及伊斯兰刑事法的马华及国大党标签为“异教徒友人”(kafir zimmi)。

“异教徒敌人”(kafir harbi)是历史上的用词,用以形容作为伊斯兰教的非穆斯林敌人,这些非穆斯林敌人是可以被杀害及向其开战的,因为这些非穆斯林看来就会杀害穆斯林。因此,前锋报竟然隐晦的要以暴力行动制裁行动党领袖,即使行动党不曾杀害或伤害任何穆斯林及马来同胞。

就像行动党一样,伊斯兰党也不曾杀害任何非穆斯林或非马来人,却一直被妖魔化为非马来人的安全威胁。相反的行动党的赵明福却在反贪会里面死亡,而伊斯兰党员也在1985年的甘榜末马里事件(Kampung Memali incident)被杀害。

前锋报如此恶毒的弥天大谎,当局却没有采取任何行动对付前锋报。行动党领袖必须上下一心,对抗这种以不择手段的绝望手法,竭尽所能为国阵取得来届大选胜利的主流媒体。

林冠英

0 Responses to “The question of whether a candidate stands for both parliament and state seats in particular situations should be decided on a case by case basis.(en/bm/cn)”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.