Budget Parliamentary Speech By DAP Secretary-General And Member Of Parliament For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 1.10.2012.
The 2013 Budget has been seen as a handout and goodies laden budget put forth with the intention to ‘buy’ the votes of the Malaysian public in the run up to the next general election. The unprecedented scale and scope of the handouts announced shows that the BN is scared and running nervous that the voters are fed up of 55 years of mismanagement and corrupt rule.
Although the 2013 budget seems to have allocated a large sum of money to be distributed to the people, through programs such as BR1M 2.0, book vouchers for college students, vouchers for primary and secondary school students, smartphone rebates for young people, the amount that will be given out to cronies and that which will be wasted through corruption will far surpass this.
RM4.2b has been allocated for the above mentioned programs. But let me remind this house that none other than the Minister of Housing and Local Government, Datuk Chor Chee Heung admitted RM26b is lost through corruption by the federal government or more than 6 times what PM Najib has allocated to the people in the 2013 budget.
Clearly, the 2013 Budget is not People Friendly but Crony Friendly since RM10.9b is allocated to projects linked to cronies whilst only RM4.2b is given directly to the people. Let me provide you with some examples of handouts to BN cronies which are listed in the detailed budget estimates. (See Table 1 and 2 attached)
Firstly, RM400m has been allocated to 1MDB under the Prime Minister’s Department. One can only wonder how much of this money will be used to help parties which are friendly to the BN to cashout of existing contracts. The RM8.5b purchase of the power assets of Tanjong and the Rm2.3b purchase of Genting Sanyen were questioned by some analysts given that both have Power Purchasing Agreements (PPAs) with Tenaga which expire in 2016.
Secondly, RM582m was allocated in this budget to pay compensation to toll operators, RM343m of which is a regular payment and RM239m is a one-off payment. Not only does this benefit the private companies which own these toll operations, this is also harmful to the public since a better alternative is to use this money to buy over these toll operators and to abolish toll charges, something which Pakatan Rakyat has promised to do when we come into power.
Thirdly, RM272.5m was allocated in this budget under the Crime NKRA to “Increase Public Satisfaction on Police Performance”. Instead of spending taxpayers’ money to improve the police force and to decrease actual crime, the BN has decided to allocate this money for an empty public relations exercise that will only benefit politically linked consultants and advertisers. With this kind of mindset, it is even less likely that that the public will believe that crime is indeed coming down in our country.
Fourthly, RM2.5b has been allocated for Public-Private Partnerships. Much of this would likely benefit crony projects such as the Tanjong Agas Oil & Gas and Maritime Industrial Park in PM Najib’s own parliamentary constituency of Pekan. RM150m of taxpayer’s funds have already been poured into this project and PM Najib has promised another RM300m even though this project is competing against the nearby Gebeng Industrial Park just outside Kuantan, the Kerteh Oil and Gas hub in Terengganu as well as the upcoming RAPID project in Pengerang, Johor.
Fifthly, RM386m has been allocated to set up an additional 57 KR1M stores in Sabah and Sarawak. This allocation will likely benefit those who get the contract to operate these stores, namely Mydin. In addition, these KR1M stores will also likely drive many local retailers in Sabah and Sarawak out of business. Worst yet is the vastly inflated cost of setting up these KR1M stores.
For example, in 2012, Najib announced the setting up of 85 KR1M stores in Peninsular Malaysia with an allocation of RM40m. This works out to RM470,000 per store. In 2013, Najib announced the setting up of 57 KR1M stores in Sabah and Sarawak with an allocation of RM386. This works out to RM6.7m per store. This represents an increase of 15 times in the cost of one KR1M store in the space of one year.
Sixthly, this budget includes an RM300m allocation for the privatization of solid waste management for the entire country. This contract will only benefit politically linked companies including Alam Flora, Southern Waste Management & E-Idaman. Thus far, the Penang and Selangor state governments have not agreed to this because of fears of escalating costs based on previous privatization contracts involving rubbish collection and cleaning.
Seventhly and lastly, this budget includes various tax incentives for companies who want to locate to and developers who want to build in the Tun Razak Exchange formerly known as the Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) including tax exemptions for property developers, income tax exemption for 10 years for TRX-status companies, stamp duty exemptions, industrial building allowance and accelerated capital allowances for TRX Marquee-status companies. With a Gross Development Value of RM26b, with an estimate of 25% tax rate, would mean that RM6.5b of revenue would be foregone by the government.
Adding these seven items up would give us RM10.9b, more than 2 ½ times of the RM4.2b allocated by Najib under the various handout and vote buying programs.
And this does not even include wastage through the usual corrupt procurement systems which will inevitably be revealed when the Auditor General’s report is released in two weeks’ time. We already can see examples of this in the 2013 budget such as the RM90m that has been allocated to buy 300,000 uniforms for active RELA members which works out to RM300 per uniform and the RM20m allocated for 1000 motorcycles for the police to do patrolling which works out to RM20,000 per motorcycle.
Finally, these handouts mask the impending and inevitable move by the BN to introduce the Goods and Services Tax (GST) if they are given another mandate to rule after the next general election. This can be seen in PM Najib’s speech where he said that “the transition from income based taxation system to a more comprehensive and fair taxation system will eventually benefit the rakyat” and the “implementation of the new tax tructure is a national imperative to ensure the Government’s finances remain strong for future generation” and “the Government will not shrink from taking the right action although it is challenge.”
In other words, this budget is another example of how the cronies of BN will benefit more than the people of Malaysia and that giving the BN another term in office will only make life worst for the majority of citizens who are not BN cronies and will have to bear the brunt of the introduction of the GST.
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia
Table 1: Projects given out to cronies
Table 2: Handouts to the Rakyat
—-BM Version —
Ucapan Parlimen oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 1.10.2012
Bajet 2013 Gagal Menangani Tiga Bidang Penting – Kebijaksanaan Fiskal, Kemampanan Ekonomi Dan Kenaikan Kos Sara Hidup. Bajet 2013 Tidak Mesra Rakyat Tetapi Mesra Kroni Kerana RM10.9 Billion Diperuntukkan Kepada Projek-Projek Kroni Sementara Hanya RM4.2 Bilion Diberi Terus Kepada Rakyat. Jika BN Diberi Lagi Satu Penggal, Kehidupan Rakyat Bakal Dibebani Dengan Pengenalan Cukai GST.
Walaupun banyak gula-gula diumumkan dalam ucapan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak, bajet ini telah gagal kerana tidak menangani tiga bidang penting yang diperlukan untuk menjamin kesejahteraan jangka panjang negara dan rakyat, iaitu kebijaksanaan fiskal, kemampanan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.
Pertama, walaupun defisit bajet dianggarkan akan menurun daripada 4.5% pada tahun 2012 kepada “hanya” 4.0% pada 2013, angka ini menyembunyikan prestasi kurang cemerlang kerajaan BN yang seringkali tidak menepati sasaran perbelanjaan. Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan bagi Bajet 2012 telah diumumkan sebagai RM232.8b dalam ucapan bajet tahun lepas. Tetapi dalam Laporan Ekonomi 2012/2013 yang diedarkan baru-baru ini, jumlah perbelanjaan bagi tahun 2012 adalah dianggarkan sebagai RM252.4b. Angka ini adalah tambahan sebanyak RM20b ke atas unjuran perbelanjaan yang diumumkan tahun lepas.
Kita bernasib baik kerana unjuran hasil dijangka mencatat RM207b bagi tahun 2012, iaitu RM20b lebih daripada RM186.9b yang dianggarkan tahun lepas. Tanpa hasil cukai “durian runtuh” ini, defisit bajet kita semestinya akan meningkat sehingga 6.7% daripada KDNK berbanding 4.5% yang dianggarkan untuk 2012. Pun begitu, kita tidak boleh mengharapkan bahawa hasil akan terus melebihi anggarannya, terutama sekali dalam keadaan ekonomi sedunia yang kurang merangsangkan. Tambahan pula, hasil daripada cukai minyak dijangka akan menurun akibat daripada perubahan dasar dividen Petronas serta ketidakpastian politik di Sudan Selatan yang mungkin akan menjejaskan hasil Petronas sebanyak USD1 bilion.
Sementara kita tidak membantah pemberian bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukannya, namun tidak ada jaminan bahawa kerajaan akan mengurangkan ketirisan dalam program BR1M yang didapati telah diberi kepada seorang Datuk MCA di Pahang. Jumlah RM1.8b yang mula-mula diperuntukkan untuk pemberian BR1M kepada 3.4 juta isi rumah dalam Bajet 2012 telah melambung kepada RM2.6b kepada lebih daripada 5 juta isi rumah. Ini merupakan 80% daripada semua isi rumah di Malaysia walaupun hanya 53% daripada isi rumah Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.
Sebuah negara yang mempunyai KDNK yang dijangka akan berkembang sebanyak 5% untuk tahun 2012 tidak seharusnya mempunyai begitu banyak isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Pun begitu, penerima BR1M dijangka akan meningkat kepada 4.3 juta isi rumah dengan tambahan 2.7 juta orang yang berpendapatan kurang daripada RM2,000. Tanpa semak dan imbang, RM3b yang diperuntukkan untuk BR1M 2.0 dalam Bajet 2013 boleh meningkat dengan senang kepada RM4b, jika tidak lebih lagi.
Kekurangan kebijaksanaan fiskal yang sama juga boleh dilihat dalam perbelanjaan subsidi. Peruntukan sebanyak RM32.8b telah diberi untuk subsidi dalam Bajet 2012 tetapi perbelanjaan sebenar dianggarkan mencecah RM42.4b, iaitu satu peningkatan RM9.6b atau 29.3% ke atas bajet asal! Jika trend yang sama berkekalan, maka RM37.6b yang diperuntukkan untuk subsidi dalam Bajet 2013 mungkin meningkat kepada hampir RM50b!
Memandangkan prestasi kurang cemerlang BN dalam kebijaksanaan fiskal, sekiranya pilihan raya umum diadakan tahun depan, adalah kemungkinan besar bahawa BN akan mengorek keluar sebanyak-banyak duit rakyat yang mungkin untuk tujuan membeli undi dengan pemberian gula-gula secara tidak bertanggungjawab. Saya tidak akan terkejut sekiranya jumlah perbelanjaan kita akan melebihi bajet sebanyak RM30b dan jika defisit bajet untuk 2013 akan melebihi 5.0%!
Kedua, walaupun Bajet 2013 telah memperuntukkan jumlah yang besar untuk diagihkan kepada rakyat melalui program-program seperti BR1M 2.0, baucar buku untuk pelajar-pelajar IPT, baucar untuk pelajar-pelajar sekolah, rebat telefon bimbit pintar untuk golongan muda, jumlah yang bakal diberi kepada para kroni dan dibazirkan melalui korupsi akan jauh melebihinya.
RM4.2b telah diperuntukkan untuk program-program yang disenaraikan tadi. Namun begitu, biar saya mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung sendiri telah mengakui bahawa kerajaan persekutuan telah ketirisan sebanyak RM26b melalui korupsi, ataupun 6 kali ganda jumlah yang diperuntukkan oleh PM Najib kepada rakyat dalam Bajet 2013.
Jelas, Bajet 2013 tidak Mesra Rakyat tetapi Mesra Kroni kerana RM10.9b telah diperuntukkan untuk projek-projek kroni sementara hanya RM4.2b akan diberi terus kepada rakyat. Biar saya memberi beberapa contoh gula-gula yang akan diberi kepada para kroni BN dalam anggaran bajet (lihat Jadual 1 dan 2).
1. RM400 juta telah diperuntukkan kepada 1MDB di bawah Jabatan Perdana Menteri. Agaknya berapa banyakkah daripada jumlah ini yang akan digunakan untuk menyelamatkan pihak-pihak yang mesra BN daripada kontrak-kontrak sedia ada? Sebagai contoh, pembelian aset tenaga Tanjong yang bernilai RM8.5b dan RM2.3b daripada Genting Sanyen telah dipersoalkan oleh para analis kerana kedua-dua syarikat itu mempunyai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga yang akan luput pada tahun 2016.
2. RM582 juta telah diperuntukkan dalam bajet ini untuk membayar pampasan kepada pengendali-pengendali tol, di mana RM343 juta merupakan pembayaran biasa sementara RM239 juta merupakan pembayaran “one-off” atau sekali sahaja. Ini bukan sahaja akan memanfaatkan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan tol, tetapi memudaratkan rakyat kerana wang ini boleh digunakan untuk mengambil alih syarikat-syarikat pengendali tol dan menghapuskan tol, iaitu satu janji Pakatan Rakyat apabila kita sampai ke tampuk kuasa.
3. RM272.5 juta telah diperuntukkan dalam bajet ini di bawah NKRA Jenayah untuk “meningkatkan kepuasan orang ramai terhadap prestasi polis”. Daripada membelanjakan wang rakyat untuk menambahbaik PDRM dan mengurangkan jenayah, BN lebih ingin memperuntukkan wang ini untuk tujuan perhubungan awam yang hanya akan memanfaatkan para perunding dan pengiklan yang mempunyai kabel politik. Dengan pemikiran sebegini, lagilah sukar untuk rakyat percaya bahawa kadar jenayah betul-betul menurun.
4. RM2.5 bilion telah diperuntukkan untuk Kerjasama Awam Swasta. Kebanyakan daripada jumlah ini akan memanfaatkan projek-projek kroni seperti Projek Minyak dan Gas Tanjong Agas dan Taman Perindustrian Maritime yang terletak di Pekan, iaitu kawasan Perdana Menteri Najib sendiri. Sebanyak RM150 juta wang rakyat sudah pun disalurkan kepada projek ini dan PM Najib telah menjanjikan sebanyak RM300 juta lagi walaupun projek ini bersaing dengan Taman Perindustrian Gebeng yang berada di luar Kuantan, hab Minyak dan Gas Kerteh di Terengganu serta projek RAPID di Pengerang, Johor.
5. RM386 juta telah diperuntukkan untuk menambah 57 lagi kedai KR1M di Sabah dan Sarawak. Peruntukan ini mungkin akan memberi manfaat kepada mereka yang mendapat kontrak untuk menjalankan kedai-kedai ini, iaitu Mydin. Tambahan lagi, kedai KR1M berkemungkinan akan membuatkan peruncit-peruncit tempatan di Sabah dan Sarawak hilang pernigaan. Lebih buruk lagi adalah kos yang melambung untuk mewujudkan kedai KR1M.
Sebagai contoh, pada tahun 2012 Najib mengumumkan pembangunan 85 kedai KR1M di semenanjung Malaysia dengan peruntukkan RM40 juta. Bermakna RM470,000 untuk setiap kedai. Pada 2013, Najib mengumumkan penubuhan 57 kedai KR1M di Sabah dan Sarawak dengan peruntukkan RM386 juta. Bermakna RM6.7 juta untuk setiap kedai. Ini menunjukkan kenaikkan kos sebanyak 15 kali ganda untuk satu kedai KR1M dalam tempoh satu tahun.
6. Termasuk dalam bajet ini adalah peruntukkan RM300 juta untuk penswastaan pengurusan sisa pepejal seluruh negara. Kontraknya hanya akan memberi manfaat syarikat yang mempunyai kaitan politik termasuklah Alam Flora, Southern Waste Management & E-Idaman. Setakat ini kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor belum lagi bersetuju kerana bimbang bertambahnya kos berdasarkan kontrak-kontrak penswastaan sebelumnya melibatkan pembersihan dan pungutan sampah.
7. Dan yang terakhir sekali, bajet ini memberikan insentif cukai untuk pemaju-pemaju yang mahu membina dan syarikat-syarikat yang mahu menempatkan syarikat mereka di Tun Razak Exchange yang dulunya dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) termasuklah pengecualian cukai buat pemaju hartanah, pengecualian cukai pendapatan 10 tahun untuk syarikat berstatus TRX, pengecualian duti stem, elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepatkan untuk syarikat berstatus TRX Marquee. Dengan Nilai Pembangunan Kasar RM26 bilion, berserta anggaran kadar cukai 25%, bermakna RM6.5 bilion hasil akan dilepaskan oleh kerajaan.
Ditambah dengan tujuh perkara ini akan memberikan kita RM10.9 bilion, lebih daripada 2 ½ kali ganda RM4.2 bilion yang diperuntukkan Najib melalui pelbagai program pemberian dan gula-gula membeli undi.
Dan ini tidak termasuk pembaziran melalui sistem pemerolehan yang lazimnya korup yang tidak dapat mengelak daripada didedahkan Ketua Audit Negara mengeluarkan laporannya dalam masa dua minggu lagi. Kita telah pun boleh nampak contoh-contoh di dalam Bajet 2013 seperti RM90 juta telah diperuntukkan untuk membeli 300,000 pakaian seragam buat anggota RELA yang aktif yang bermakna RM300 bagi sebah pakaian seragam. Dan juga RM20 juta dipertuntukkan untuk 1000 motosikal polis bagi menjalankan rondaan yang bermakna RM20,000 sebuah.
Insentif seperti ini bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri, Najib bahawa era “kerajaan mengetahui apa yang terbaik” telah berakhir. Sesungguhnya, menurut Laporan Ekonomi 2012/2013, sector awam dijangka membesar sebanyak 13.3% pada 2012 menjadi punca 25.2% KDNK (naik daripada 23.3% pada 2011). Ini bermakna kerajaan akan memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi berbanding mengurangkan peranannya bagi memberi ruang kepada sektor swasta untuk berkembang dan memacu ekonomi. Dengan memperkenal dan mengusahakan inisiatif-inisiatif ini, Najib juga bercanggah dengan salah satu teras utama Model Ekonomi Baru (NEM) dan pendorong di sebalik Nilai Pembangunan Kasar (ETP).
Ketiga, bajet ini gagal membentangkan penyelesaian jangka panjang untuk masalah kenaikan kos sara hidup, terutamanya di kawasan Bandar.
Jenayah adalah salah satu punca yang menyebabkan kos sara hidup meningkat. Perniagaan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk keselamatan memindahkan kos tersebut kepada pengguna. Penduduk yang terpaksa membayar untuk keselamatan persendirian berkurangan pendapat boleh guna. Sedih sekali, pendekatan mengurangkan kadar jenayah di dalam Bajet 2013 tidak begitu memuaskan.
Tidak ada sebarang cadangan untuk mengatur semula polis dengan mengatur semula pegawai-pegawai Cawangan Khas yang memiliki jumlah dua kali lebih ramai daripada pegawai penyiasat/detektif Jabatan Siasatan Jenayah (CID). Atau dengan mengatur semula sebahagian daripada 14,000 kakitangan Pasukan Gerakan Am(GOF), sebuah organisasi peninggalan zaman menentang komunis dahulu ke dalam CID dan penentang jenayah barisan hadapan.
Tambahan, tidak kelihatan sebarang usaha yang dicadangkan melibatkan kerajaan negeri dan tempatan untuk membanteras jenayah. Yang disebut hanyalah peruntukan untuk 496 unit CCTV untuk 25 kerajaan tempatan untuk mencegah jenayah jalanan di kawasan-kawasan bandar. Ini bersamaan dengan 20 unit CCTV untuk setiap kerajaan tempatan, satu jumlah yang tidak mencukupi untuk meliputi satu taman, apatah lagi satu kawasan dalam kerajaan tempatan.
Lagi satu contoh yang sama, program yang bercita-cita tinggi untuk membina 100,000 unit perumahan mampu milik tidak akan terjelma sekiranya projek-projek perumahan ini tidak diintegrasikan dengan sistem pengangkutan awam. Projek MRT dan lanjutan LRT tidak boleh meliputi semua kawasan yang mempunyai atau bakal mempunyai perumahan mampu milik, itu pun jika ianya akan dibina. Satu jalan penyelesaian adalah untuk memberi kerajaan tempatan dan negeri kuasa untuk menyediakan perkhidmatan bas. Sebaliknya, kerajaan persekutuan akan memperkembangkan perkhidmatan bas RAPID yang dimiliki kerajaan persekutuan kepada kawasan-kawasan lain, kali ini di Kuantan.
Dengan harga kereta yang masih lagi di tahap yang mahal, khususnya untuk golongan berpendapatan sederhana rendah, isu perumahan mampu milik tidak boleh dilihat secara sendiri daripada isu pengangkutan awam. Malangnya, PM Najib tidak memahami hakikat ini seperti yang boleh dilihat dalam Bajet 2013.
Dalam kata lain, bajet ini adalah contoh bagaimana para kroni BN akan lebih bermanfaat berbanding rakyat Malaysia.
Bajet Pakatan Rakyat pula menunjukkan kebijaksanaan fiskal yang lebih. Anggaran defisit kita iaitu 3.5% daripada KDNK ataupun lebih kurang RM37b bukan sahaja kurang, tetapi anggaran hasil dan perbelanjaan juga lebih berhemat, pada jumlah RM197b dan RM234b masing-masing. Bajet yang lebih berhemat ini akan memberi ruang yang lebih untuk bergerak sekiranya Pakatan mengambil alih kuasa persekutuan dan melaksanakan bajet kita.
Bajet PR juga lebih mampan dari segi ekonomi kerana kita tidak memihak kepada sesetengah sektor atau projek. Sebaliknya, kita akan menghapuskan monopoli, memansuhkan amalan yang tidak adil dan meningkatkan saingan dalam semua sektor ekonomi.
Bajet kita juga memberi lebih tumpuan kepada penyelesaian jangka panjang untuk menangani isu-isu kos sara hidup seperti penempatan semula dan pengagihan semula kakitangan polis untuk memerangi jenayah, penglibatan kerajaan tempatan dengan lebih mendalam untuk mengurangkan jenayah, kemudahan pengangkutan awam, mengurangkan dan menghapuskan tol untuk meningkatkan wang dalam poket rakyat serta mencari jalan baru untuk menyediakan perumahan mampu milik.
Pilihan untuk rakyat Malaysia adalah jelas. Bajet 2013 Najib adalah penuh dengan gula-gula yang tidak dapat menangai masalah-masalah jangka panjang negara kita iaitu kebijaksanaan fiskal, kemampanan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup. Pakatan, melalui Bajet Alternatif, dan melalui kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor, telah membuktikan bahawa kita boleh mentadbir dengan penuh bertanggungjawab dari segi fiskal, dengan dasar-dasar mampan yang menggalakkan saingan dan langkah-langkah yang berjaya meningkatkan wang dalam poket rakyat. Biarlah rakyat Malaysia memilih dengan bijak.
Akhir sekali, gula-gula yang diberi ini sebenarnya menyembunyikan cubaan BN untuk memperkalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranyan mereka diberi lagi satu panggal untuk memerintah selepas pilihan raya umum yang akan datang. Ini jelas kelihatan dalam ucapan PM Najib di mana beliau berkata bahawa “peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama akan pada analisa akhirnya memanfaatkan semua rakyat Malaysia” dan “pelaksanaan struktur baru cukai ini sudah menjadi sebagai satu imperatif nasional bagi memastikan kelestarian sistem kewangan negara terus utuh untuk generasi masa depan Malaysia” serta “Kerajaan tidak akan mengelak dari mengambil tindakan yang betul walaupun ianya penuh liku.
Dalam erti kata lain, bajet ini merupakan lagi satu contoh bagaimana para kroni BN akan lebih bermanfaat berbanding rakyat Malaysia dan jika BN diberi lagi satu penggal, maka kehidupan rakyat kebanyakan yang bukan kroni BN akan disusahkan dan terpaksa dibebani dengan pengenalan cukai GST.
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!
Jadual 1: Projek untuk kroni
Jadual 2: Gula-gula untuk Rakyat
— Mandarin Version—
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年10月1日在吉隆坡发表声明:
2013年财政预算案不是人民友善,而是朋党友善,其中109亿令吉是拨款给朋党相关的工程,只有42亿令吉是直接拨给人民。
2013年财政预算案满盘皆为糖果与施惠,俨然是用以在来届大选收买国民选票的做法。这种前所未有的施惠及大派糖果显示国阵开始恐惧及紧张,因为选民已经厌倦了过去55年来的管理不当及贪污治国。
虽然2013年财政预算案看来拨出一大笔钱来派发给人民,例如:一个马来西亚援助金2.0,大专生及中小学生书券、给年轻人的精明手机回扣,但是,那些将要拨给朋党的数额以及那些贪污所造成的浪费,将会远远超过人民所获。
政府共拨出42亿令吉给上述计划。但是我要提醒,地方政府及房屋部长拿督曹智雄亲口承认联邦政府已经因为贪污而损失 了260亿令吉,或相等于首相纳吉在2013年预算案中所拨给人民的6倍。
2013年财政预算案不是人民友善,而是朋党友善,其中109亿令吉是拨款给朋党相关的工程,只有42亿令吉是直接拨给人民。让我提供你一些国阵朋党在预算案中所得到的好处(看表1及表2):
第一, 首相署的一个马来西亚发展机构获得4亿令吉的拨款。我们对此感到疑惑,当中有多少钱将会用来拯救那些亲国阵的公司。政府出手以85亿令吉拯救丹绒发电资产及23亿令吉拯救Genting Sanyen的做法,已经被一些分析家质疑,这两座发电厂与国能签署的购电合约将在2016年到期。
第二, 政府拨出5亿8200万令吉来赔偿大道特许经营者。其中3亿4300万令吉是例常付款,另外2亿3900万令吉是一次性付款。这不只将让拥有收费站的大道公司受惠,也劳民伤财,更好的做法是收购这些大道公司、废除收费站,这是我们承诺一旦民联执政会做的事。
第三, 政府在预算案中拨出2亿7250万令吉,在打击罪案关键领域中“提升公众对警方表现的满意度”,政府不仅没有将纳税人的钱花费在提升警队及减低实际犯罪率,国阵却决定动用这笔拨款来进行空洞的公关动作,让那些有政治关联的顾问及广告获益。政府有这样公关概念,更加难以让公众相信我国的罪案率已经下跌。
第四, 政府拨出25亿令吉用以公私伙伴关系。这笔钱看来大部分会让朋党工程受惠,如:首相纳吉本身国会选区北干的丹绒阿加斯石油及天然气海事工业园。政府已经注入1亿5000万令吉纳税人的金钱,而首相纳吉已经答应拨出额外3亿令吉,虽然这项计划与关丹外的格宾工业区、登嘉楼的Kerteh石油及天然气以及柔佛州边佳兰国油提炼与石化工业综合发展计划(RAPID)形成竞争。
第五,拨出3亿8600万令吉在沙巴和砂拉越设立57间一个马来西亚商店(KR1M),只有一家承包经营的商店受益,就是MYdin。此外,一个马来西亚商店可能导致当地零售业者的生意大受打击,更糟糕的是因为设立一个马来西亚商店导致成本大幅度提高。
第六,预算案包括全国固体废物管理私营化的3亿令吉,这合约仅有利于3家与政治挂钩的公司,包括Alam Flora, Southern Waste Management & E-Idaman 。基于之前私营化垃圾清理和收集工程的经验,槟城和雪兰莪州政府都不同意这项固体废物管理私营化,担心成本上升。
第七,也就是最后一项,预算包括各种税收优惠政策,包括在敦拉萨国际贸易中心(TRX ,前身为吉隆坡国际金融机构)投资的公司,包括房地产发展商都获免税10年,其他奖掖还包括豁免印花税、工业建筑津贴、加速资本递减(TRX Marquee地位的公司)。若估计260亿令吉的发展总值以及25%的税率,意味着政府将放弃65亿的税收。
总结以上7项可以带来109亿令吉,比纳吉分配的42亿令吉施惠和买票活动还要多出2.5倍。
这些并不包括腐败采购系统造成的浪费,2周后公布的总稽查报告就能揭发这些弊端,2013年的预算已有例子,如: 拨出9000万令吉购买30万套制服给活跃的志愿警卫团,也就是说每套制服要价300令吉;还有拨款2000万令吉购买1000辆摩多给警员巡逻,每辆摩多价值2万令吉。
最后,上述施惠的真面目是,一旦国阵在大选后继续执政,他们将无可避免地推行消费税。这在首相纳吉的演讲中可以看到,他说:“从收入为基础的税收制度转型至更全面、公平的税务制度最终将让全民受惠。”,同时“新的税务结构是绝对必要的,以确保政府金融能够为了下一代维持稳定的局面”,“虽然它具挑战性,但是在推行正确的事情方面,政府不会退缩。”
换言之,这个预算案是另一个让国阵朋党受益多过大马人民受惠的例子,如果我们让国阵再做多一届政府,那些非国阵朋党的大多数人民将会继续受苦,他们也要忍受消费税实施后的后果。
挽救大马、改朝换代。
表二: 施与人民的金额