The 13th General Elections Should Be A Contest Of Whose Ideas And Policies Would Benefit The Success Of A High-Income Economy And Ensure The Survival Of All Malaysians To Compete Globally(en/bm/cn)

Press Statement By DAP Secretary-General And Member Of Parliament For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 16.9.2012.

The 13th General Elections Should Be A Contest Of Whose Ideas And Policies Would Benefit The Success Of A High-Income Economy And Ensure The Survival Of All Malaysians To Compete Globally Not About The Survival Of The Malays Nor About The Survival Of The Non-Malays.

DAP expresses deep disappointment that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has adopted Perkasa’s extremist approach by declaring to Pekan UMNO members that the 13th general election is not an ordinary election but one that will determine the survival of the Malays. Najib has rejected the politics of moderation and inclusion as well as abandoned his own 1Malaysia philosophy in preference for an exlusive and racial approach.

The 13th general elections should be a contest of ideas and policies that benefits the successful transiton into a high-income economy and ensure the survival of all Malaysians to compete globally. It is not about the survival of the Malays nor about the survival of the non-Malays exclusively but the survival of all Malaysians.

Najib is also perpetuating Perkasa’s lies that DAP is anti-Malay by dishonestly saying that DAP has never been happy with the position of the Malays and Muslims. Playing up sentiments that DAP is anti-Malay is a dangerous game as by centering the election campaign on race and religion, Malaysians miss the opportunity for a real debate on policies and ideas that can move Malaysia forward.

DAP wishes to remind Dato Seri Najib that he is the Prime Minister of all Malaysians and not just one community. If UMNO succeeds in its racial and extremist politics of pitting Malays against non-Malays, Muslims against non-Muslims, then the country will come out more fractured and divided after the general elections.

DAP regrets the racial labelling or profiling by UMNO Najib should retract such inflammatory remarks to prove that 1Malaysia is not dead.

—BM Version —–

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 16.9.2012

Pilihan Raya Umum Ke-13 Harus Menjadi Persaingan Antara Idea Dan Dasar Siapakah Yang Mampu Membawa Manfaat Dan Kejayaan Sebagai Ekonomi Berpendapatan Tinggi Dan Memastikan Survival Semua Rakyat Malaysia Dalam Persaingan Global Dan Bukan Hanya Surival Melayu Atau Survival Bukan Melayu.

DAP amat kecewa dengan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak yang mengambil pendirian pelampau Perkasa dengan pengisytiharannya kepada ahli-ahli UMNO Pekan bahawa PRU Ke-13 bukan sekadar pilihan raya biasa tetapi akan menentukan survival masyarakat Melayu. Najib telah menolak politik kesederhanaan dan inklusif serta meninggalkan falsafah 1Malaysianya dengan memilih untuk mengambil pendirian yang eksklusif dan bersifat perkauman ini.

Pilihan Raya Umum ke-13 harus menjadi persaingan antara idea dan dasar siapakah yang mampu membawa manfaat dan kejayaan sebagai ekonomi berpendapatan tinggi dan memastikan survival semua rakyat Malaysia dalam persaingan global. Ia bukan hanya sekadar survival masyarakat Melayu atau survival masyarakat bukan Melayu secara eksklusif tetapi survival kesemua rakyat Malaysia.

Najib juga mengulangi fitnah Perkasa bahawa DAP adalah anti-Melayu dengan mengatakan bahawa DAP tidak pernah suka menerima kedudukan Melayu dan orang Islam. Sentimen kononnya DAP adalah anti-Melayu merupakan permainan yang bahaya kerana dengan menjadikan perkauman dan agama sebagai asas kempen pilihan raya, rakyat Malaysia akan kehilangan peluang untuk berdebat tentang dasar dan idea yang dapat memajukan Malaysia.

DAP ingin mengingatkan Dato’ Sri Najib bahawa beliau adalah Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dan bukan hanya satu masyarakat. Sekiranya UMNO berjaya dalam politik perkauman dan pelampaunya dan menimbulkan sengketa antara Melayu dan bukan Melayu, Islam dengan bukan Islam, maka negara akan menjadi lebih rapuh dan pecah belah pasca pilihan raya umum nanti.

DAP berasa kesal dengan cubaan untuk menggunakan label perkauman oleh UMNO, dan Najib harus menarik balik kenyataannya yang bersifat menghasut untuk membuktikan bahawa 1Malaysia belum dikuburkan.

—–Mandarin Version —–

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年9月16日在吉隆坡发表声明:

第13届大选应该是理念与政策的竞争,以确保我国迈向高收入经济,并确保全体马来西亚人能在全球竞争生存,不仅仅是马来人或是非马来人的生存。

民主行动党对于首相拿督斯里纳吉采纳土著权威的极端主义感到遗憾,他公开向北干巫统党员宣布,第13届大选不是普通的选举,而是会决定马来人生存的选举。纳吉已经拒绝了中庸及包含政治,也抛弃了他的一个马来西亚政治哲学,选择了排外及种族性的手段。

第13届大选应该是理念与政策的竞争,以确保我国迈向高收入经济,并确保全体马来西亚人能在全球竞争生存,不仅仅是马来人或是非马来人的生存。

纳吉也重复土著权威组织的谎言,他骗说行动党是反马来人组织, 也说行动党一直都不喜欢马来人及穆斯林的地位。他在玩弄情绪指行动党是反马来人,像他这样把选举焦点放在种族及宗教方面是非常危险的,马来西亚人失去了真正辩论政策和理念、带领我国前进的机会。

行动党在此提醒拿督斯里纳吉,他是全民的首相,不仅是一个社群的首相,如果巫统成功地操弄种族及极端主义政治,让马来人与非马来人对抗、穆斯林与非穆斯林对抗,那么这个国家在大选后将会越来越破碎 、分化。

行动党对于巫统纳吉的种族性标签或概述,他应该撤回言论,以证明一个马来西亚还没有死亡。

林冠英

Leave a Comment