BN And The Attorney-General(AG) Has No Track Record Of Fairness and Justice And May Use The Evidence (Amendment) (No. 2) Act 2012 To Facilitate Selective Prosecutions of Members of the Opposition and Civil Society.(en/cn)

Press Statement by the DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng, in Kuala Lumpur on 26 May 2012.

The Evidence (Amendment) (No. 2) Act 2012, which was passed in the last sitting of the Dewan Rakyat and the Dewan Negara, will make it easier for the Government to launch selective prosecutions of members of the opposition and civil society. BN and the AG has no track record of fairness and justice and may use this new law to facilitate selective prosecution of members of the opposition and civil society.

The Act, which inserted a new section 114A into the Evidence Act 1950, is part of a package of laws that includes the Security Offences (Special Measures) Act 2012, which replaces the hated ISA, together with the Penal Code (Amendment) Act 2012 and the Criminal Procedure Code (Amendment) (No. 2) Act 2012.

The new section 114A creates presumptions of fact, inter alia, that a person who is the subscriber of a network service is the publisher of anything that originates from his network, and that a person who owns or controls a computer is the publisher of anything that originates from his computer, in either case unless he proves otherwise. This means that a person can be found guilty for publishing anything that is posted by a hacker who breaks into his computer or his wifi network, unless he can prove his innocence.

This reverses the presumption of innocence, whereby a person is presumed innocent until proven by the prosecution to be guilty beyond all reasonable doubt. In other words, I am responsible for anything posted on my website and the burden is on me to prove my innocence, not on the prosecution to prove my guilt

The DAP has no problem with giving police and prosecutors the tools they need to prosecute cyber-criminals and terrorists. However, the Government and the Public Prosecutor have shown by their past actions that they are more interested in pursuing selective prosecutions against members of the opposition and civil society for political ends than in pursuing real criminals.

Opposition and civil society members are routinely investigated and prosecuted under the Sedition Act 1948 for innocuous statements of fact or opinion. Internet users have been prosecuted under the Communications and Multmedia Act 1998 simply on the basis of statements deemed “offensive” by the Government.

Yet no action is taken, despite the lodging of police reports, against UMNO Online and other BN-linked blogs that criminally defamed me and my 16-year-old son for political reasons in October last year, or against the false news and incitement to racial and religious hatred that is regularly published in the UMNO-linked media, such as Utusan Malaysia and Berita Harian.

Malaysians may rightly question whether the amendments to the Evidence Act 1950 now open the door for convictions against members of the opposition and members of civil society to be more easily obtained on the basis of posts that have been “planted” without the knowledge of the accused. Before public confidence in the public prosecution service can be restored, the unfettered discretion of the Public Prosecutor to pursue selective prosecutions must be abolished, and the role of Public Prosecutor given to someone who is separate from and independent of the politically-appointed Attorney-General.

The recent charges against Datuk Seri Anwar Ibrahim and Deputy President Azmin Ali under the Peaceful Assembly Act as well as court action for compensation againt 10 organizers of Bersih 3.0 including its co-Chair Datuk Ambiga Sreenevasan highlights the double-standards of the BN government. This is because no similar action is taken against those supporters of BN who organised weekly demonstrations against the Penang PR state government in Komtar in Penang as well as those who masquerade as petty traders demonstrating outside Datuk Ambiga private residence.

Lim Guan Eng

—–BM Version—-
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 26 Mei 2012.

BN dan Peguam Negara Tidak Mempunyai Rekod Yang Adil Dan Boleh Menggunakan Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012 Untuk Pendakwaan Secara Selektif Terhadap Ahli-Ahli Pembangkang Dan Masyarakat Sivil.

Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012, yang telah diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara baru-baru ini, akan memudahkan Kerajaan untuk membuat pendakwaan secara selektif terhadap ahli-ahli pembangkang dan masyarakat sivil. BN dan Peguam Negara tidak mempunyai rekod yang adil dan boleh menggunakan akta baru ini untuk mendakwa ahli-ahli pembangkang dan masyarakat sivil.

Akta tersebut, yang menyisipkan seksyen baru 114A ke dalam Akta Keterangan 1950, adalah sebahagian daripada pakej undang-undang termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, yang menggantikan ISA yang dibenci, bersama dengan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2012.

Seksyen baru 114A akan menganggap sebagai fakta bahawa, antara lainnya, seseorang yang melanggan perkhidmatan rangkaian akan dianggap sebagai penerbit apa-apa yang berasal daripada rangkaian tersebut, dan seseorang yang memiliki atau mengawal sebuah komputer akan dianggap sebagai penerbit apa-apa yang berasal daripada komputer itu, kecuali beliau dibuktikan tidak bersalah. Ini bermaksud bahawa seseorang itu boleh didapati bersalah kerana menerbitkan sesuatu yang dilakukan oleh penggodam yang memecah masuk ke dalam komputer atau rangkaian wifinya, melainkan beliau boleh mengemukakan bukti tidak melakukan kesalahan berkenaan.

Ini menterbalikkan anggapan ketakbersalahan, di mana seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah tanpa sebarang keraguan oleh pihak pendakwa. Dalam erti kata lain, saya bertanggungjawab terhadap apa-apa yang diterbitkan dalam laman sesawang saya dan beban pembuktian adalah terletak atas bahu saya untuk membuktikan tidak bersalah dan bukan atas pihak pendakwa untuk membuktikan saya bersalah.

DAP tidak mempunyai masalah untuk memberi pihak polis dan pendakwa alat-alat yang diperlukan untuk mendakwa penjenayah siber dan pengganas. Namun begitu, Kerajaan dan Pendakwa Raya telah menunjukkan dengan tindakan-tindakan mereka yang lepas bahawa mereka lebih berminat untuk membuat pendakwaan secara selektif terhadap ahli-ahli pembangkang dan masyarakat sivil untuk matlamat politik daripada mengejar penjenayah-penjenayah yang tulen.

Ahli-ahli pembangkang dan masyarakat sivil sering disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 untuk kenyataan-kenyataan fakta atau pendapat yang tidak berbahaya. Para pengguna Internet pula telah didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas sebab kenyataan mereka disifatkan oleh Kerajaan sebagai “menyinggung perasaan”.

Namun, tiada tindakan yang diambil, walaupun laporan polis telah dibuat, terhadap Umno-Online dan blog-blog kaitan BN lain yang telah memfitnahkan saya dan anak saya yang berumur 16 tahun untuk tujuan politik pada bulan Oktober tahun lepas, atau terhadap berita-berita palsu dan hasutan agama dan perkauman yang sering diterbitkan dalam media kaitan Umno seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Rakyat Malaysia ingin bertanya sama ada pindaan kepada Akta Keterangan 1950 kini memudahkan sabitan terhadap ahli-ahli pembangkang dan masyarakat sivil atas sebab penerbitan yang telah “ditanam” tanpa pengetahuan mereka? Sebelum keyakinan awam terhadap perkhidmatan pendakwa raya boleh dipulihkan, kuasa tidak terbatas Pendakwa Raya untuk mendakwa secara selektif mestilah dimansuhkan, dan peranan Pendakwa Raya harus diberi kepada seseorang yang berasingan daripada jawatan Peguam Negara yang merupakan lantikan politik.

Dakwaan-dakwaan terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Azmin Ali di bawah Akta Perhimpunan Aman serta tindakan mahkamah untuk menuntut pampasan daripada 10 orang penganjur Bersih 3.0 termasuk Pengerusi Bersama Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan lagi sikap dwi-standard kerajaan BN. Ini kerana tidak ada tindakan yang sama yang diambil terhadap penyokong-penyokong BN yang menganjurkan demonstrasi mingguan terhadap kerajaan negeri PR Pulau Pinang di Komtar, Pulau Pinang serta mereka yang menyamar sebagai peniaga kecil dan mendemonstrasi di luar rumah peribadi Datuk Ambiga.

—-Mandarin Version—-

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年5月26日在吉隆坡发表声明:

反正国阵和总检察长在公正与公义方面也没有良好记录,他们也能援引2012年证据法令(修正) ,更轻易地以选择性提控对付在野党及公民社会成员。

刚刚在国会及上议院通过的2012年证据法令(修正),将让政府更加容易对更轻易地以选择性提控对付在野党及公民社会。反正国阵和总检察长在公正与公义方面也没有良好记录,他们也能援引2012年证据法令(修正) ,让他们更轻易地以选择性提控对付在野党及公民社会成员。

上述法令,在原有的1950年证据法令中,加入了新法令114A条文,是取代了内安法令的2012年国家安全罪行(特別措施)法令、2012年刑事法典(修正)法令、2012年刑事程序法典(修正)法令的一部分。

新增的第114A条文提供事实的推定,包括一个网络服务订购者,本身就是出自其网络所输送的任何东西的出版者;一个电脑的拥有或控制者,就是其电脑所传送的任何东西的出版者,以及其它有关例子,除非他证明不是。这意味着,一个人的电脑或他的宽频网络如果被入侵,刊登了任何东西,他都将被视为有罪,除非他可以证明自己的清白。

这种条文有悖于无罪推定原则,即任何被指控实施犯罪的人在依法被证明有罪之前应被假定为无罪。换句话说,我必须为任何张贴在我的网址的东西负责,必须由我自己来证明我的清白,而不是由主控方来证明我有罪。

民主行动党不反对提控警方及主控方查案工具来提控网络犯罪分子及恐怖分子,但是,政府和公共检控方的以往记录,已经证明,他们更加有兴趣以选择性提控的政治手段,对付在野党和公民社会,而不是真正地对付犯罪人士。

在野党和公民社会已经因发表事实言论,经常在1948年煽动法令被调查和提控。网络用户的言论如果被政府视为有“冒犯”之嫌,也能够在1998年通讯和多媒体法令下被提控。

然而,尽管我已经报警, 指巫统在线及国阵关联部落客因政治理由蓄意污蔑我的16岁儿子,以及巫统关联媒体如《马来西亚前锋报》、《每日新闻》发表煽动种族及宗教情绪的假新闻,有关方面却没有采取任何行动。

马来西亚人有权知道,1950年证据法令是不是为对付在野党和公民社会打开了大门,当局可以更轻易以张贴内容为基础,在被吿不知情的情况下“栽赃嫁祸” 。在公众恢复对公共检控机关的信心之前,主控官有权采取选择性提控的特权必须被废除,主控官也必须独立于政治委任的总检察长。

最近当局援引和平集会法令提控拿督斯里安华及阿兹敏阿里,以及通过法庭要求净选盟3.0的10个主办人赔款,包括联合主席拿督安美嘉,一而再地显示出国阵政府的双重标准。这是因为当局没有对付每周在槟州光大反民联政府的示威者,也没有对付那些乔装成小商贩在拿督安美嘉家门前摆摊的示威者。

林冠英

0 Responses to “BN And The Attorney-General(AG) Has No Track Record Of Fairness and Justice And May Use The Evidence (Amendment) (No. 2) Act 2012 To Facilitate Selective Prosecutions of Members of the Opposition and Civil Society.(en/cn)”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.