Utusan Awal Muharam

Mencadangkan Menaikkan Bayaran Kepada RM200 Dan Bukan RM100 One-Off Untuk Program Anak Emas Untuk Semua Bayi Kelahiran Pulau Pinang Mulai 1 Januari 2011.

Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam yang meraikan 1 Muharram 1433H. Sempena perayaan Awal Muharam 1433H, saya akan mencadangkan kepada mesyuarat EXCO pada minggu depan agar bayaran program anak emas Pulau Pinang dinaikkan kepada RM 200 one-off daripada bayaran asal RM 100.

Kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM 100 setiap tahun dan RM 1,000 “one-off” urusan jenazah kepada si waris demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri, telah menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri PR anggap program anak emas ini adalah satu cadangan baik untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru. Program Anak Emas telah dicadangkan awal tahun ini dengan bayaran RM100 one-off dibayar untuk semua bayi kelahiran mulai 1 Januari 2011 di mana salah satu ibu bapa adalah pengundi di Pulau Pinang.

Bayaran RM 100 program anak emas ini adalah diperolehi daripada lebihan Bajet yang dicatatkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat setiap tahun memerintah di Pulau Pinang. Lebihan Bajet adalah RM 88 juta pada 2008, RM 77 juta pada 2009 dan RM33 juta pada 2010. Pengurusan kewangan yang baik, bersih dan anti-rasuah ini disahkan dan dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara dan juga Transparency International.

Sungguhpun bajet 2011 dijangka berdefisit sebanyak RM 108 juta, sebaliknya perbelanjaan berhemah dan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus atau CAT membolehkan bajet berdefisit tahun ditukar menjadi bajet lebihan. Atas prestasi kewangan yang menggalakkan ini, maka kerajaan negeri boleh menanggung tambahan RM 100 kepada RM 200 untuk program anak emas ini.

Tambahan pula, negeri Pulau Pinang juga mencatatkan pengurangan hutang yang paling besar dalam sejarah Malaysia sebanyak 95% atau RM600 juta daripada RM630 juta pada Mac 8 2008 bila PR mengambil tampuk pemerintahan negeri kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011. Tambahan kepada RM200 untuk program anak emas akan melihat perbelanjaan di antara RM5 – 10 juta.

Semua ibu bapa diminta mendaftarkan diri dengan Pejabat Daerah, pejabat ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ataupun pejabat Pengawai Penyeleras DUN. Bayaran pertama program anak emas akan dibuat pada bulan depan Disember.

—Mandarin Translation—

槟州首席部长林冠英于2011年月11月27日在槟城乔治市光大发表的回历新年献词

建议从2011年1月1日起,将“槟州宝贝计划”下的一次性100令吉,提高至200令吉给所有在槟城出生的新生儿。

槟城州政府恭贺所有回教徒回历新快乐。配合回历新,我将在下周的行政议会,向所有的州行政议员建议,以将现有的“槟州宝贝计划”下的100令吉新生儿补贴金数额,增至200令吉。

随着槟州民联政府的“乐龄人士回馈计划”成功后,有人建议州政府考虑初生宝宝也获津贴的。在乐龄回馈计划下,槟城州所有年届60岁或以上的槟城选民,都能获得每年100令吉的回馈金,以感激他们对槟城做出的贡献。当有关的乐龄人士逝世后,其继承人也将获得一次性1000令吉的抚恤金。

作为一个以民为本的政府,我们准备听人民的话、做人民的事、给人民一个新的希望。而州政府也认为,“槟州宝贝计划”是一项为庆祝新生儿的好建议,因为槟城的人口又增加了。这项计划是在今年初被提出。从2011年1月1日起,凡是父母当中其中一人为槟州登记选民,州政府将发出100令吉给州内每一名初生宝宝。

州政府分发的这100令吉“槟州宝贝计划”,是从槟州民联政府创下的财政盈余处取得。自从执政槟城之后,槟州的财务每年均有盈余,在2008年,我们的财政盈余是8千800万令吉,2009年则是7千700万令吉,以及2011年的3千300万令吉。槟城州政府良好的财务管理、廉洁及反贪的努力,也获得了总稽查司及国际透明组织的认可及表扬。

虽然 2011年度的财政预算案,估计将会有1亿零800万令吉的赤字,但是透过谨慎的开销、以CAT能干、公信、透明的施政方针,今年的赤字预算将会转为盈余。有了这些令人鼓舞的财务表现,我们相信州政府绝对有能力承担“槟州宝贝计划”从100令吉增至200令吉的建议。

再说,槟城州政府也成功从2008年3月迄今,创下马来西亚史上最高的减债记录,成功减了95%或相等于6亿令吉的债务。槟城州政府从2008年3月执政初期的6亿3千万令吉债务,减至2011年10月杪的3千万令吉债务。而将“槟州宝贝计划”从原有的100令吉增至200令吉,则预料将耗资500万令吉至1千万令吉之间。

所有的父母受促向县署、民联国州议员服务中心、选区协调官员办公室登记。第一批的“槟州宝贝计划”补贴金预料将在下个月,也即是12月开始颁发。

林冠英

Leave a Comment