Pemotongan subsidi barangan keperluan harian membebankan rakyat (BM/BC)

Kenyataan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bagan dan Setiausaha Agung DAP pada 29 Jun 2011 di Komtar, George Town, Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Bagan Y.A.B. Lim Guan Eng terkejut apabila mengetahui Kerajaan Persekutuan mengenakan pemotongan subsidi barangan keperluan harian yang membebankan rakyat tetapi masih kekalkan subsidi tinggi bagi gas petroluem cecair, diesel dan petrol yang menguntungkan Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Mengikut jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat baru-baru ini, subsidi kerajaan bagi barangan keperluan harian seperti padi, beras, gula dan tepung hanya 10% daripada subsidi yang diberikan kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol.

Subsidi yang diberikan kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol pada tahun 2011 adalah RM 10.25 billion (dan telah ditambah sebanyak RM5.6 billion kepada RM15.9 billion kerana kerajaan terpaksa menambah subsidi untuk mengekalkan harga runcit RON95), tetapi subsidi untuk barang-barang keperluan rakyat seperti beras, gula dan tepung hanya RM 1.5 billion. Kenapa Kerajaan Persekutuan tidak memotong subsidi kepada gas petroluem cecair, diesel dan petrol, dan mengembalikan subsidi yang benar-benar dapat meringankan beban rakyat golongan pertengahan dan bawahan tanpa membebankan kedudukan kewangan negara?

Kerajaan yang berjiwa rakyat sepatutnya mengurangkan beban rakyat jelata dan bukannya membantu kroni-kroni mereka untuk mencapai kejayaan. Nampaknya Kerajaan BN buat yang sebaliknya.

Di Dewan Rakyat, Lim bertanya apakah Iangkah Kerajaan dalam mengatasi inflasi dan mengurangkan kesannya terhadap peniaga dan rakyat Malaysia ekoran penarikan subsidi diesel dan statistik kenaikan harga barang mentah, minyak dan diesel sejak lima tahun lalu.

Menteri Kewangan menjelaskan bahawa Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM23.7 bilion atau 14.6% daripada perbelanjaan mengurus bagi jumlah keseluruhan subsidi untuk tahun 2011. Pecahan terperinci perbelanjaan tahunan subsidi mulai tahun 1999 hingga 2011 adalah seperti dalam Jadual di bawah.

Beliau mengatakan bahawa pada bulan Mei 2011, subsidi gula telah dikurangkan 20 sen yang dijangka memberi penjimatan sebanyak RM117 juta. Walau bagaimanapun, Kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak RM283 juta. Selain itu, pemansuhan diesel super subsidi bagi pengangkutan darat tertentu seperti penggerak utama (prime mover), kargo am dan teksi limosin serta nelayan laut dalam (zon C2) mulai 1 Jun 2011 dijangka menghasilkan penjimatan sebanyak RM712 juta.

Penjimatan daripada pemotongan subsidi tersebut tak sampai RM 1 billion tetapi tetap telah membebankan rakyat. Sebaliknya subsidi untuk gas dan minyak telah bertambah.

Mengikut Jadual Subsidi Tahunan, berbanding dengan tahun lepas, semua subsidi tahun ini untuk syarikat besar naik kecuali subsidi untuk rakyat biasa telah turun. Ini memberikan gambaran bahawa kerajaan persekutuan lebih memberikan prihatin kepada syarikat besar dan kaya daripada rakyat miskin. Contohnya subsidi untuk gas dan minyak telah naik daripada RM 9,605 juta dalam 2010 kepada RM 10,256 juta dalam 2011 (dan ditambah RM 5.6 billion kepada RM 15.9 billion). Manakala subsidi bantuan kebajikan lain untuk orang miskin telah turun daripada RM 2,376 juta untuk 2010 kepada RM 1,879 juta untuk 2011. Subsidi untuk beras dan gula pun telah turun daripada RM 1,927 juta untuk 2010 kepada RM 1,572 juta untuk 2011. Dan lagi, insentif untuk membantu petani, nelayan dan penternak bagi meningkatkan pengeluaran makanan pun telah turun daripada RM 524 juta untuk 2010 kepada RM 401 juta untuk 2011.

Jelas dalam gelombang pengurangan subsidi, subsidi untuk rakyat biasa dan miskin dipotong lebih secara perbandingan dengan subsidi untuk korporat.

LIM GUAN ENG

JUMLAH PERBELANJAAN SEBENAR SUBSIDI (RM JUTA) ~ 1999 – 2011


*** Kerajaan Persekutuan telah menambah peruntukan bagi subsidi petroleum, diesel dan LPG sebanyak RM 5.6 billion daripada RM 10.3 billion kepada RM 15.9 billion bagi tahun 2011. Begitu juga dengan subsidi minyak masak di bawah Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ditambah sebanyak RM 700 juta daripada RM 928 juta kepada RM 1.6 billion bagi tahun 2011, menjadikan jumlah besar Perbelanjaan subsidi RM 30 billion. *****

1 Daripada tahun 2008, biasiswa dan bantuan pelajaran diklasifikasikan di bawah subsidi.
2 Termasuk bantuan kepada golongan miskin, warga emas, Orang Asli, orang kelainan upaya dan golongan mudah terjejas.
3 Insentif untuk membantu petani, nelayan dan penternak bagi meningkatkan pengeluaran makanan.
4 Termasuk rebat tunai dan lain-lain.
5 Bajet 2011.

– Chinese Translation –
槟州首席部长兼峇眼区国会议员及民主行动党秘书长林冠英于2011年6月29日在槟城乔治市光大发表的声明:

槟州首席部长兼峇眼区国会议员林冠英对联邦政府选择削减必需品的津贴,增加平民百姓的负担,但却维持利惠独立发电厂的天然气、柴油及汽油津贴感到震惊。

根据首相兼财政部长拿督斯里纳吉在最近的国会下议院回答指出,联邦政府付给日用品如稻米、白糖及面粉等的津贴,只佔政府付给天然气、柴油及汽油津贴的10%。

在2011年预算,政府给天然气、柴油及汽油的津贴为102亿5千万令吉(为了维持RON95的零售价,政府更将此部分的津贴额增加了56亿令吉,至159亿令吉),但是,联邦政府对平民百姓所需的日用品,如白米、白糖及面粉的津贴只有15亿令吉。为什么联邦政府不削减付给天然气、柴油及汽油的津贴,并在不影响国家财务地位的情况下,归还真正能够减轻中下阶层负担的津贴?

一个以民为本的政府,本应减轻平民的负担,而不是协助他们的朋党成功。看来国阵政府的民为本是背道而驰的。
林冠英是在国会下议院,询问政府,随着取消柴油津贴后,有何妙计应对通膨及减轻对人民及商家的影响,并要求列出过去5年来原料、油及柴油的涨幅。

财政部长解释道,政府共拨出行政开支的14.6%,或相等于237亿令吉的款项作为2011年度的津贴数目。从1999年至2011年相关的津贴详情,列在以下的图表内。

财长也说,在 2011年5月,政府付给白糖的津贴已经削减了20仙,预料将为政府省下1亿1700万令吉。无论如何,政府依然得承担总额2亿8300万令吉的白糖津贴。此外,政府从今年6月1日起取消一些柴油的津贴,如陆地的主要运输、货运、机场德士及深海渔船的柴油津贴,预料将省下7亿1200万令吉。

这些津贴的削减,在增加人民负担的同时,根本都达不到10亿令吉的节省幅度。反之,政府付给天然气、柴油及汽油的津贴却增加了56亿令吉。

根据年度津贴表显示,与去年相比,联邦政府付给大公司的津贴都有增加,只有削减了付给平民百姓的津贴。这让人对联邦政府的印象,是比较重视富裕的大企业多过贫穷的百姓。比如说,天然气、柴油及汽油的津贴,已从2010年的96亿令吉,增加至2011年的103亿令吉(后来还为了维持零售价而增加56亿令吉至159亿令吉)。而付给穷人的其他援助,已从2010年的23亿7600万令吉,减至2011年的18亿7900万令吉。至于白米及白糖的津贴,也从2010年的 19亿2700万令吉,减至2011年的15亿7200万令吉。再说,付给农夫、渔民及禽畜业者鼓励提高产量的奖掖,也从2010年的5亿2400万令吉,减至2011年的 4亿零100万令吉。

0 Responses to “Pemotongan subsidi barangan keperluan harian membebankan rakyat (BM/BC)”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.