Kerajaan Persekutuan sepatutnya membenarkan Kerajaan Negeri membuat pilihan dikecualikan dalam menggunapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam(BM/BE/BC)

Kerajaan Persekutuan sepatutnya membenarkan Kerajaan Negeri membuat pilihan dikecualikan dalam menggunapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan memilih kontraktor sendiri untuk dipertanggungjawabkan dalam tugas pembersihan sisa awam.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik penangguhan pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) ke satu tarikh yang akan diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung yang berkata di Alor Setar semalam, penguatkuasaan akta ini sepatutnya dikuatkuasakan pada 30 April tetapi Y.A.B. Perdana Menteri meminta supaya ianya ditunda berikutan terdapat beberapa aspek teknikal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menentang polisi penswastaan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan atas tiga alasan utama. Pertama, baik Kerajaan Negeri mahupun pihak berkuasa tempatan tidak dipanggil untuk berunding terlebih dahulu tentang keseluruhan pelaksanaan proses penswastaan tersebut. Kontrak penswastaan tersebut dikenakan secara paksa kepada Kerajaan Negeri ataupun pihak berkuasa tempatan.

Kedua ialah kurangnya akauntabiliti, baik Kerajaan Negeri mahupun pihak berkuasa tempatan tiada hak bersuara untuk memilih kontraktor pilihan dalam melaksanakan projek penswastaan ini. Sekiranya rakyat menderita disebabkan pengurusan yang buruk, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan apa-apa syarat atau mendenda ke atas prestasi yang teruk. Masalah yang timbul juga terpaksa memakan masa yang lama untuk diselesaikan kerana segala masalah perlu dirujuk dan diputuskan di Putrajaya dan bukannya di Pulau Pinang. Ini bertentangan dengan konsep asas berfikir secara global dan bertindak secara tempatan.

Akhir sekali, tidak ada tender terbuka oleh Kerajaan Persekutuan dalam pemilihan kontraktor untuk mendapatkan kontrak penswastaan projek tersebut. Ini sekaligus akan mewujudkan projek-projek kroni di mana akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang, kualiti perkhidmatan yang lemah serta akan berlakunya sub-piawai dalam pengurusan. Pengalaman di beberapa buah negeri yang telah menggunapakai perjanjian penswastaan tanpa proses tender terbuka menunjukkan bahawa selalunya ia adalah lebih mahal, mengecewakan, memakan masa dan secara keseluruhannya tidak menyenangkan.

Memilih kontraktor tanpa melalui proses tender terbuka, tanpa perundingan dan tanpa menghormati akauntabiliti sememangnya bertentangan dengan prinsip ‘Blue Ocean Strategy’ dalam mencari pasaran baru dengan idea atau produk yang inovatif. Pergantungan kepada projek-projek kroni dan membebankan rakyat dengan kenaikan harga dan perkhidmatan yang teruk bukanlah strategi Blue Ocean seperti mana yang telah diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, Kerajaan Persekutuan sepatutnya membenarkan Kerajaan Negeri membuat pilihan dikecualikan dalam menggunapakai akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan memilih kontraktor sendiri untuk dipertanggungjawabkan dalam tugas pembersihan sisa awam.

_______________________________________________________

The Federal Government Should Allow State Governments The Choice To Opt Out Of The Solid Waste and Urban Cleansing Management Act And Instead Choose Its Own Contractor To Be Responsible For These Critical Urban Cleansing Duties.

The Penang state government welcomes the postponement of the implementation of the Solid Waste and Urban Cleansing Management Act 2007 (Act 672) to another date to be announced by the Federal government. Housing and Local Government Minister Datuk Chor Chee Heung said in Alor Star yesterday that the enforcement of the Act which was supposed to be effective this April 30 but the Prime Minister wanted it to be postponed as some technical aspects needed to be sorted out first.

The Penang state government had opposed the policy of privatising solid waste management set by the federal government because of three principal reasons. First, neither the state government nor the local authorities has been consulted about the entire privatisation exercise. The privatised contracts are all forcibly imposed on the state governments or local authorities.

Secondly there is lack of accountability, as neither the state government nor the local authorities have a say in the running of the privatised project by the preferred contractor. If the people suffer because of poor management, the state government has no power to enforce compliance or punish non-performance. There may also be long delays in attending to problems because the matters can only be finalised in Putrajaya not in Penang. This goes against the basic concept of Think Globally but Act Locally.

Finally there is no open tender by the federal government in choosing the contractor who succeeded in gaining the privatised contract. This may lead to crony projects which will burden the people with inflated price, poor quality of services rendered and sub-standard management. The experiences in some states who have adopted privatised contractors selected without open tender by the Federal government has been costly, frustrating, time-consuming and thoroughly unpleasant.

Choosing contractors without an open public tender, without practicing consultation and without respecting accountability goes against the very tenets of “Blue Ocean Strategy” of finding new markets with new and innovative ideas or products. Relying on crony projects and burdening the public with inflated prices and poor service is not the Blue Ocean strategy been promoted by Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak.

Therefore, the Federal government should allow state governments the choice to opt out of the Solid Waste and Urban Cleansing Management Act and instead choose its own contractor to be responsible for these critical urban cleansing duties.

_______________________________________________

联邦政府应该允许州政府选择不采纳固体废料及城市卫生管理法令,并让我们自己选择承包商,负起城市卫生管理的关键职责。

槟州政府欢迎联邦政府宣布展延推行2007年固体废料及城市卫生管理法令。房屋及地方部长拿督曹智雄昨天在亚罗士打说原本上述法令订于4月30日执法推行,但是首相要它展延以解决一些技术性问题。

槟州政府基于三个原则性理由,反对联邦政府推行的固体废料管理私营化政策。其一、当局没有咨询州政府或地方政府两者对于私营化的意见。私营化合约被强行地加诸在州政府或地方政府之上。

其二、缺乏透明度,州政府或地方政府对于执行私营化管理的承包商没有决定权。如果人民因为管理不当而受苦,州政府却没有权力强制顺从或 惩罚不良表现。在解决问题时也可能因为鞭长莫及而一拖再拖,因为很多事情是在布城决定 ,而不是槟城。这种做法违背“全球化思考,本土化行动”的基本概念。

最后,由于联邦政府在遴选私营化承包商方面没有公开招标, 这可能导致朋党工程,最后人民因付费更多、服务素质下降及次等管理而加重负担。一些已经采纳联邦政府未经公开招标遴选的私营化承包商的州属正承担昂贵的代价、怨声四起、浪费时间、闹得非常不愉快。

没有经过公开招标就选出承包商、没有通过咨询、 没有尊重透明度,完全违背用新颖及有创意的点子或产品打开新市场的“蓝海策略”。依赖朋党工程,以价格上调及九流服务来加重人民负担,根本不是首相拿督斯里纳吉所推广的蓝海策略。

因此,联邦政府应该允许州政府选择不采纳固体废料及城市卫生管理法令,并让我们自己选择承包商,负起城市卫生管理的关键职责。

0 Responses to “Kerajaan Persekutuan sepatutnya membenarkan Kerajaan Negeri membuat pilihan dikecualikan dalam menggunapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam(BM/BE/BC)”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.