Surat Kepada Perdana Menteri

KEGAGALAN UPE MELIBATKAN DAN MEMBINCANGKAN PERMOHONAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

….saya ingin melahirkan rasa kekecewaan dalam hal ini kerana daripada peringkat awal penggubalan RMKe-10, Kerajaan Negeri tidak dilibatkan langsung. Justeru, senarai program/projek yang telah dikemukakan kepada pihak UPE, JPM pada 25 Februari 2010 hanyalah meliputi jabatan dan agensi negeri sahaja tidak termasuk jabatan dan agensi persekutuan di negeri Pulau Pinang. Selanjutnya, dalam memuktamadkan senarai program/projek RMKe-10 bagi Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri (Unit Perancang Ekonomi) tidak dijemput langsung dan sudah semestinya ianya memberi kesan kepada ketetapan fokus pembangunan.