{"id":72,"date":"2008-11-13T17:25:59","date_gmt":"2008-11-13T09:25:59","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=72"},"modified":"2008-11-13T20:57:26","modified_gmt":"2008-11-13T12:57:26","slug":"masyarakat-madani-memerlukan-sistem-demokrasi-yang-sihat-dengan-peranan-ketua-pembangkang-yang-diperakui","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2008\/11\/13\/masyarakat-madani-memerlukan-sistem-demokrasi-yang-sihat-dengan-peranan-ketua-pembangkang-yang-diperakui\/","title":{"rendered":"MASYARAKAT MADANI MEMERLUKAN SISTEM DEMOKRASI YANG SIHAT DENGAN PERANAN KETUA PEMBANGKANG YANG DIPERAKUI"},"content":{"rendered":"<p align=\"justify\">\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">YB. Tuan Speaker,<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Saya memohon mencadangkan  supaya Dewan ini meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan  Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2008 dengan memasukkan perkataan  \u2018Elaun Ketua Pembangkang\u2019 yang telah dibaca pada kali yang kedua.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">YB. Tuan Speaker,<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Seperti mana yang kita  sedia maklum, negara kita Malaysia dan Negeri Pulau Pinang telah mengamalkan  sistem demokrasi berparlimen semenjak pilihan raya yang pertama pada  tahun 1959.\u00a0 Melalui proses pilihan raya, rakyat berhak memilih  wakil-wakil mereka ke Dewan Rakyat (Parlimen) di peringkat Persekutuan  dan di Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Parti atau gabungan parti-parti  yang memperolehi majoriti diberi mandat untuk membentuk dan menerajui  kerajaan yang merupakan cabang eksekutif bagi negara atau negeri masing-masing.\u00a0  Manakala Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri berfungsi sebagai Penggubal  Undang-Undang di peringkat persekutuan atau di peringkat negeri.<\/span><\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Selain daripada itu,  Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri merupakan suatu arena di mana  wakil-wakil rakyat yang dipilih mengambil bahagian dalam sesi perbahasan  dan sesi soal jawab dengan tujuan untuk menyampaikan hasrat dan masalah  rakyat.\u00a0 Ia juga merupakan platform untuk mengemukakan pandangan,  cadangan dan maklumbalas bagi menarik perhatian kerajaan atau isu-isu  yang timbul serta pelaksanaan projek-projek pembangunan demi untuk mempertingkatkan  mutu hidup rakyat.<\/span><\/p>\n<p><!--more--><!--more--><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">YB. Tuan Speaker,<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Sebagai renungan, kedudukan  Ketua Pembangkang adalah institusi yang penting di dalam sistem berparlimen  Westminster yang dipinjam dari United Kingdom dan digunapakai oleh negara  Malaysia.\u00a0 Di Britain, Ketua Pembangkang diberikan penghormatan  yang sewajarnya dan dilihat sebagai Perdana Menteri alternatif yang  memberikan \u201c<em>checks and balances<\/em>\u201d, kritikan membina dan presripsi  polisi alternatif.\u00a0 Di Westminster, saraan tetap mula diberikan  kepada Ketua Pembangkang melalui <em>Ministers of the Crown Act<\/em> pada  tahun 1937.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Di Malaysia, kedudukan  ini diperakui oleh undang-undang, yang memberikan imbuhan elaun kewangan  bagi pemegang jawatan tersebut, sejak tahun 1971.\u00a0 Sekarang ianya  termaktub di dalam Akta Ahli-Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (No. 237).<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Peruntukan terhadap kedudukan  Ketua Pembangkang oleh Kerajaan Persekutuan ini adalah antara warisan  terakhir yang ditinggalkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj,  Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia dibentangkan di Parlimen sebelum  pilihanraya umum pada tahun 1969.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">YB. Tuan Speaker,<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Seperti mana yang diketahui  umum, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah dewan yang paling aktif  berbanding dengan dewan-dewan undangan negeri di seluruh negara.\u00a0  Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memberikan ruang dan masa mencukupi untuk  perbahasan daripada pihak pembangkang, bukan seperti kerajaan Barisan  Nasional yang memberikan masa dua hari sahaja untuk perbahasan Belanjawan  dan itu pun pada hari yang sama Belanjawan dibentangkan.\u00a0 Ini menunjukkan  Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat amat menghormati prinsip demokrasi dan  mengiktiraf kedudukan semua ahli-ahli Yang Berhormat, termasuk peranan  parti pembangkang yang boleh memainkan peranan \u2018<em>checks and balance<\/em>\u2019  dalam pembangunan negeri. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Saya tahu bahawa keikhlasan  pihak kerajaan tidak akan dibalas oleh Barisan Nasional.\u00a0 Sungguhpun  Pakatan Rakyat bertindak adil, kerajaan Barisan Nasional yang memerintah  di negeri lain tetap bersikap rakus dengan menafikan hak demokrasi dan  peluang berucap wakil rakyat pembangkang.\u00a0 Akan tetapi, kerajaan  Pakatan Rakyat percaya kita tidak harus membalas dendam dengan membenci  dan berniat jahat dengan mungkar tetapi bersikap baik, mulia dan suci.  Itulah sebabnya sungguhpun kita tahu bahawa Barisan Nasional Pulau Pinang  akan bersikap rakus dan kuku besi sekiranya memerintah kembali, kerajaan  Pakatan Rakyat masih memegang kuat pada prinsip demokrasi dan \u2018<em>fairplay<\/em>\u2019.\u00a0  Oleh itu, rakyat Pulau Pinang tidak boleh membenarkan Barisan Nasional  berkuasa kembali.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">YB. Tuan Speaker,<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Kami di dalam Kerajaan  Negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat yang baru berikrar untuk menghapuskan  trend autoritarian atau kuku besi yang diamalkan oleh kerajaan Barisan  Nasional selama ini dan mengembalikan demokrasi di Malaysia, agar sebuah  kerajaan yang diterajui oleh rakyat, dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat  (<em>a governmment of the people, by the people, for the people<\/em>)  yang mengamalkan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) dapat  diinstitusikan di Malaysia, dengan Negeri Pulau Pinang sebagai penerajunya.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Sudah tiba masanya kedudukan  Ketua Pembangkang diberikan penghormatan yang sewajarnya di Negeri Pulau  Pinang dan negeri-negeri lain di Malaysia.\u00a0 Kita berharap Ketua  Pembangkang boleh menyokong dan menerima pakai sistem CAT ataupun yang  kadangkala dianggap sebagai \u201ckucing\u201d sepertimana kata pemimpin Republik  Rakyat Cina, Deng Xiao Peng, \u201cTidak kira kucing itu putih atau hitam,  asalkan ia tangkap tikus, ia adalah kucing yang baik.\u201d\u00a0 Jadilah  \u201ckucing\u201d yang baik, amanah dan bersifat rasional untuk semua kaum.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Sekali lagi, Kerajaan  Negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat menerajui negara kita di dalam memartabatkan  demokrasi dengan mencadangkan Usul untuk menginstitusikan kedudukan  Ketua Pembangkang. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Dengan termaktubnya penghormatan  kepada Ketua Pembangkang ini, saya ingin menyeru pihak pembangkang di  Negeri Pulau Pinang agar belajar untuk menjadi \u201cpembangkang yang setia\u201d  yang berikrar untuk taat setia kepada rakyat, mendengar kehendak mereka,  dan mewakili mereka dengan bersungguh-sungguh.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Terdapat beberapa insiden  di mana pihak pembangkang bekerja bertentangan dengan kepentingan rakyat  Pulau Pinang.\u00a0 Dosa dan kesalahan besar yang saya maksudkan adalah  saranan Ketua Pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan agar menangguh  semua projek utama, termasuk Monorel, Jambatan Kedua Pulau Pinang, dan  PORR.\u00a0 Saranan pihak pembangkang agar Jambatan Kedua Pulau Pinang  dibatalkan telah menjejaskan pelaburan dan ini adalah sikap yang sungguh  tidak bertanggungjawab.\u00a0 Kita bersyukur akhirnya kerana pembinaan  Jambatan Kedua Pulau Pinang akan direalisasikan sungguhpun ada usaha  oleh pihak pembangkang untuk mensabotajnya. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Saya meminta pihak pembangkang  untuk berubah sikap mereka dan menyokong projek-projek kerajaan persekutuan  yang dijanjikan ini, iaitu berjumlah RM4.7 bilion yang dipulihkan semula  kepada rakyat Pulau Pinang.  Pihak pembangkang juga tidak mahu menyokong  Usul yang dicadangkan pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang lepas  untuk memulihkan semula projek-projek tersebut. Ini merupakan contoh  sikap dan tindakan pihak pembangkang yang tidak konstruktif dan gagal  mendengar kehendak rakyat.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">YB. Tuan Speaker,<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Dewan ini pada tahun  2005 telah meluluskan peraturan baru iaitu Peraturan 4A yang berbunyi  seperti berikut:<\/span><\/p>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">(1)\u00a0Maka hendaklah  ada seorang Ketua Dewan dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Ketua  Dewan, dan seorang Ketua Pembangkang.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">(2)\u00a0Ketua Dewan atau  Timbalan Ketua Dewan ertinya, berhubungan dengan Dewan, Ahli Dewan yang  sedang menjadi Ketua atau Timbalan Ketua Kerajaan, mengikut mana-mana  yang berkenaan.<\/span><\/ul>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">(3)\u00a0Ketua Pembangkang  ertinya, berhubungan dengan Dewan, Ahli Dewan yang sedang menjadi Ketua  Kumpulan pihak Pembangkang.<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<ul><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">(4)\u00a0Jika berbangkit  apa-apa keraguan atau pertikaian tentang siapakah yang sedang atau telah  menjadi Ketua Pembangkang pada bila-bila masa yang matan, masalah itu  hendaklah diputuskan oleh Speaker dan keputusannya yang diperakui secara  bertulis di bawah tandatangannya adalah muktamad dan konklusif.<\/span><\/ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Dengan wujudnya Peraturan  tersebut, maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat mengiktiraf  peranan Ketua Pembangkang yang semakin mencabar serta mendapat perhatian  daripada rakyat.\u00a0 Oleh itu, wajarlah Ketua Pembangkang diberi elaun  bulanan sebagai pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan oleh beliau.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Pembayaran elaun untuk  Ketua Pembangkang adalah bertujuan untuk menyelaraskannya dengan Akta  Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237) yang diguna pakai di Parlimen.\u00a0  Berdasarkan, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, ia menyatakan jika seseorang  Ahli Parlimen dilantik sebagai Ketua Pembangkang adalah berhak mendapat  elaun bulanan di samping lain-lain elaun.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">YB. Tuan Speaker,<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Peruntukan mengenai elaun-elaun  bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah dinyatakan di dalam  Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Saraan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan),  1980.\u00a0 Walau bagaimanapun, elaun Ketua Pembangkang tidak diperuntukkan  dalam enakmen tersebut.\u00a0 Bagi mewujudkan elaun Ketua Pembangkang,  dicadangkan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri  (Saraan), 1980 dipinda dengan memasukkan seksyen baru yang berbunyi  seperti berikut:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li>\n<ul>\n<li>\n<ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">\u201c3A\u00a0\u201cJika  seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik sebagai Ketua Pembangkang,  dia adalah berhak, selain daripada saraan bulanan yang dinyatakan dalam  Seksyen 3, mendapat elaun bulanan sebanyak seribu ringgit.\u201d<\/span><\/p>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Bayaran elaun kepada  Ketua Pembangkang, dicadangkan berkuat kuasa mulai tarikh kuat kuasa  Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan)  (Pindaan) 2008.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Akhirnya, Kerajaan Negeri  Pulau Pinang ingin menuju ke arah masyarakat madani dan bersedia mendengar  nada-nada suara yang berbeza.\u00a0 Itulah sebabnya kerajaan Pakatan  Rakyat bersikap berani dan ikhlas menjemput ahli-ahli pembangkang untuk  menyertai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Malangnya, \u201c<em>olive-branch<\/em>\u201d  atau salam perdamaian dan persahabatan ini telah ditolak oleh pihak  pembangkang. <\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">Marilah kita bekerjasama  untuk kepentingan rakyat dan bukanlah mengikut kepentingan politik berpuak  atau \u201c<em>sectarian politics<\/em>\u201d.\u00a0\u00a0 Pindaan hari ini menunjukkan  komitmen kerajaan negeri ke arah masyarakat madani yang memerlukan sistem  demokrasi yang sihat dengan memperakui peranan parti pembangkang.<\/span><\/p>\n<p align=\"justify\"><span style=\"font-family: Arial; font-size: small;\">YB. Tuan Speaker, saya  mohon mencadang.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>YB. Tuan Speaker, Saya memohon mencadangkan supaya Dewan ini meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2008 dengan memasukkan perkataan \u2018Elaun Ketua Pembangkang\u2019 yang telah dibaca pada kali yang kedua. YB. Tuan Speaker, Seperti mana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia dan Negeri Pulau Pinang telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2008\/11\/13\/masyarakat-madani-memerlukan-sistem-demokrasi-yang-sihat-dengan-peranan-ketua-pembangkang-yang-diperakui\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">MASYARAKAT MADANI MEMERLUKAN SISTEM DEMOKRASI YANG SIHAT DENGAN PERANAN KETUA PEMBANGKANG YANG DIPERAKUI<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[11,5],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/72"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=72"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/72\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":74,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/72\/revisions\/74"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=72"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=72"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=72"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}