{"id":5808,"date":"2017-11-28T23:39:08","date_gmt":"2017-11-28T15:39:08","guid":{"rendered":"https:\/\/limguaneng.com\/?p=5808"},"modified":"2017-12-07T15:40:04","modified_gmt":"2017-12-07T07:40:04","slug":"teks-ucapan-ketua-menteri-sempena-majlis-perasmian-pesta-pulau-pinang-2017","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2017\/11\/28\/teks-ucapan-ketua-menteri-sempena-majlis-perasmian-pesta-pulau-pinang-2017\/","title":{"rendered":"TEKS UCAPAN KETUA MENTERI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PESTA PULAU PINANG 2017"},"content":{"rendered":"<p>28 NOVEMBER 2017   TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG<\/p>\n<p>1.\t Syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Pesta Pulau Pinang 2017 yang telah berjaya menganjurkan Pesta Pulau Pinang 2017 bagi kali yang ke-51.  <\/p>\n<p>Hadirin yang dihormati sekalian,<\/p>\n<p>2.\tSekali lagi Pesta Pulau Pinang bersama kita. Pesta Pulau Pinang sememangnya merupakan satu &#8216;event&#8217; yang sentiasa dinanti-nantikan bukan sahaja oleh warga Pulau Pinang tetapi juga mereka yang berada di sekitar Wilayah Utara Semenanjung.  Pesta Pulau Pinang 2017 dijadual berlangsung selama 37 hari, mulai 25 November sehingga 31 Disember  2017 seiring dengan tagline \u201dJom Pi Pesta\u201d.<!--more--><\/p>\n<p>3.\tSaya difahamkan pada tahun ini, seramai 154 orang usahawan telah mengambil bahagian untuk  menjual pelbagai barangan seperti barangan elektronik, produk kesihatan, pakej pelancongan, hiasan dalaman, produk berasaskan kayu, tekstil dan pakaian, produk kraftangan serta permaidani. Di samping itu, 8 usahawan yang menjual makanan dalam konsep Foodtruck turut  menanti kehadiran pengunjung di Tapak Pesta.  Seiring dengan prinsip CAT Kerajaan Negeri iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus, Jawatankuasa Pengurusan Pesta Pulau Pinang 2017 telah menawarkan lot-lot perniagaan melalui kaedah cabutan undi dan sebut harga terbuka. <\/p>\n<p>4.\tUntuk makluman para hadirin sekalian juga, sebanyak 74 program telah diaturkan sepanjang Pesta Pulau Pinang 2017 berlangsung yang mengambil kira program bercorak kekeluargaan, kesukanan dan riadah. Pengunjung akan disajikan dengan pertunjukan hiburan pentas, program bercorak kesukanan seperti Pertandingan Silat Antarabangsa, Pesta Tinju Antarabangsa dan Pesta Muay Thai Challenger 2017  termasuk persembahan kucing di bawah penganjuran Jabatan Veterinar Negeri Pulau Pinang dan pertunjukan akrobatik.<\/p>\n<p>5.\tBagi pertandingan yang berkonsepkan hiburan pula, Pesta Pulau Pinang bagi tahun ini masih meneruskan  beberapa pertandingan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru, muzik dan lagu.<\/p>\n<p>6.\tPihak urusetia telah menempatkan ruang atau sudut swafoto (selfie) untuk pengunjung mengabdikan foto mereka yang berkunjung  ke Pesta Pulau Pinang 2017 antaranya Halaman I Love Penang di ruang pintu masuk utama Pesta Pulau Pinang.  <\/p>\n<p>7.\tPada tahun ini juga, pencahayaan Pesta Pulau Pinang 2017 juga telah ditambahbaik  dengan menaiktaraf pencahayaan yang akan menyerikan lagi Tapak Pesta kali ini.<\/p>\n<p>8.\tSeperti pada tahun-tahun lepas, Jawatankuasa Pesta Pulau Pinang  turut menjemput penyertaan daripada Pavilion Thailand, Pavilion Sumatera Barat, Pavilion Sumatera Utara dan Aceh selain daripada pelbagai agensi kerajaan yang mengadakan pameran berkaitan aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam Pesta ini.  Agensi-agensi yang terlibat selain daripada jabatan-jabatan Kerajaan Negeri ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mempamerkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk kemudahan pengunjung. Di samping itu, Bank Rakyat juga turut serta dalam menyediakan kaunter khidmat pelanggan dan mesin ATM. <\/p>\n<p>Hadirin yang dihormati sekalian,<\/p>\n<p>9.\tSambutan popular daripada orang ramai ke Pesta Pulau Pinang juga akan menjanakan banyak peluang perniagaan dan pekerjaan. Itulah sebabnya Kerajaan Negeri bersedia untuk membelanjakan sebanyak RM2.4 juta untuk menganjurkan program ini.<\/p>\n<p>10.\t Sukalah saya mengucapkan penghargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Unit Skuad Khas Pesta Pulau Pinang dan mereka yang telah bekerjasama bagi menjayakan Pesta Pulau Pinang pada tahun ini.<\/p>\n<p>11.\tSelamat beriadah bersama keluarga di Pesta Pulau Pinang.   JOM  Pi  Pesta<\/p>\n<p>Sekian, terima kasih.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>28 NOVEMBER 2017 TAPAK PESTA, SUNGAI NIBONG 1. Syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Pesta Pulau Pinang 2017 yang telah berjaya menganjurkan Pesta Pulau Pinang 2017 bagi kali yang ke-51. Hadirin yang dihormati sekalian, 2. Sekali lagi Pesta Pulau Pinang bersama kita. Pesta Pulau Pinang sememangnya merupakan satu &#8216;event&#8217; yang sentiasa dinanti-nantikan bukan sahaja oleh warga Pulau &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2017\/11\/28\/teks-ucapan-ketua-menteri-sempena-majlis-perasmian-pesta-pulau-pinang-2017\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">TEKS UCAPAN KETUA MENTERI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PESTA PULAU PINANG 2017<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5808"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5808"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5808\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5809,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5808\/revisions\/5809"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5808"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5808"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5808"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}