{"id":5803,"date":"2017-12-03T13:42:06","date_gmt":"2017-12-03T05:42:06","guid":{"rendered":"https:\/\/limguaneng.com\/?p=5803"},"modified":"2017-12-03T13:42:06","modified_gmt":"2017-12-03T05:42:06","slug":"ucapan-pembukaan-rasmi-persidangan-kebangsaan-dapsy-m-c","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2017\/12\/03\/ucapan-pembukaan-rasmi-persidangan-kebangsaan-dapsy-m-c\/","title":{"rendered":"Ucapan Pembukaan Rasmi Persidangan Kebangsaan DAPSY (m\/c)"},"content":{"rendered":"<p>Ucapan Pembukaan Rasmi Persidangan Kebangsaan DAPSY Oleh Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di ibupejabat DAP Di Kuala Lumpur Pada 3.12.2017.<br \/>\n<strong><br \/>\nSayap Berjiwa Muda Sebagai Penggerak Gelombang Pembaharuan Menggantikan Kleptokrasi, Autokrasi, Kroni Kapitalis Dengan Integriti, Demokrasi, Keusahawanan Dan Kebajikan.<\/strong><\/p>\n<p>Golongan muda dan DAP sudah menjadi sesuatu yang sinonim. Tahukah anda bahawa DAPSY hanya wujud 7 tahun selepas DAP ditubuhkan? Mengapa sayap pemuda DAP agak lewat ditubuhkan? ini adalah kerana kepimpinan DAP, iaitu Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau CEC yang pertama kebanyakannya terdiri daripada orang muda. DAP dari mula lagi merupakan parti anak muda! Sewaktu ditubuhkan, Pengerusi pertama Dr. Chen Man Hin berumur 42 manakala Sdr Lim Kit Siang pada masa itu hanya berumur 25 tahun. Pemimpin tertinggi pada dekad pertama DAP semuanya berumur di natara 20an dan 30an.<br \/>\n<!--more--><\/p>\n<p>Memang sejak awal lagi, DAP diterajui oleh kepimpinan anak muda yang bersemangat Impian Malaysia, iaitu berjuang bagi mewujudkan Malaysia yang menjadi milik semua rakyat Malaysia. Lihat pada komposisi CEC kita, 7 daripada 30 orang ahli CEC berumur 40 tahun ke bawah. Ini menunjukkan bahawa kita serius dalam memperkasakan suara muda terutama meletakkan mereka di posisi untuk membuat keputusan. Ahli Parlimen dan ADUN termuda juga daripada parti DAP, seperti saudara Zairil Khir Johari, Steven Sim dan Saudari Liow Cai Tung.<\/p>\n<p>Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Rasah dan bekas Ketua DAPSY Teo Kok Seong harus dipuji kerana berjaya mendesak di Parlimen agar peruntukan RM30 juta diberikan semula kepada TAR University College selepas meneliti Belanjawan 2018 tidak memberikan apa-apa pun. MCA patut mengucapkan terima kasih kepada DAP kerana Ahli Parlimen DAP buat kerja menuntut RM30 juta untuk 2018 yang telahpun dihapuskan. Sungguhpun jumlah RM30 juta jauh lebih kurang daripada RM60 juta yang diperuntukkan pada 2015, kegagalan MCA menuntut wang peruntukan untuk kolej pendidikan mereka sendiri dan terpaksa bergantung kepada DAP untuk mendapat balik peruntukan, membuktikan rakyat buat pilihan betul dan tepat menolak parti politik yang tidak berguna ini.<\/p>\n<p>Bukan itu sahaja, DAP sentiasa mempunyai wakil rakyat dan pemimpin muda di dalam barisan pimpinan DAP. Saudara Wong Kah Woh Ketua DAPSY Kebangsaan dan Saudari Yeo Bee Yin baru sahaja dilantik sebagai ahli CEC. Kita juga mempunyai Saudara Howard Lee yang merupakan Presiden International Union of Socialist Youth atau IUSY, iaitu organisasi politik belia terbesar di dunia. Justeru, sayap berjiwa muda harus bertindak sebagai penggerak gelombang pembaharuan menggantikan kleptokrasi, autokrasi, kroni kapitalis dengan integriti, demokrasi, keusahawanan dan kebajikan.<\/p>\n<p>Tabung RM1 Bilion Insentif Latihan Semula Untuk Majikan<br \/>\nKita percaya pelaburan modal insan harus difokuskan kepada pemerkasaan, pendidikan dan pekerjaan untuk golongan muda. Kita mempunyai bilangan anak muda yang sangat ramai tetapi kebanyakan mereka terperangkap di dalam kesulitan hidup kerana kos sara hidup yang tinggi dan kekurangan peluang pekerjaan, terutama kerja layak, untuk upah yang layak(adil), menyebabkan kehidupan yang layak gagal untuk dicapai.<\/p>\n<p>Pengangguran di kalangan belia adalah tinggi. Kadar pengangguran sebanyak 10.5% adalah lebih 3 kali lebih tinggi daripada kadar penggangguran negara sebanyak 3.3% pada 2016. Ini melibatkan 273,400 belia yang ditakrifkan sebagai warga bawah 25 tahun dan merupakan 17.8% daripada tenaga buruh Malaysia pada 2016. Peratus penggangguran lebih tinggi di kalangan graduan universiti. Pada 2015, daripada 405,000 belia yang memegang ijazah sarjana muda, 15.3% masih menganggur. Kalau dibandingkan dengan belia tanpa ijazah sebanyak 2.162 juta belia, kadar pengangguran hanya 9.8% pada 2015.<\/p>\n<p>Kesatuan Majikan Malaysia Malayaian Employers Federation menganggarkan dalam2016, terdapat 200,000 graduan tempatan yang menganggur dan angka ini tidak termasuk mereka yang menghabiskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), program sijil dan diploma.Ini selari dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh yang menyatakan daripada 238,187 mahasiswa-mahasiswi yang habiskan pengajian mereka, 54,103 graduan tidak dapat pekerjaan dalam masa 6 bulan selepas tamat pengajian mereka.<\/p>\n<p>Kerajaan haruslah melaburkan dalam latihan semula atau insentif pekerjaan kepada majikan yang mengambil belia yang menganggur ini. Masalahnya ialah sistem pendidikan kita gagal untuk menghasilkan graduan yang berkemampuan dan diyakini dalam sektor swasta sehingga majikan terpaksa melatih mereka semula. Secara jangka panjang, perlu untuk sistem pendidikan kita dirombak secara keseluruhan menghala ke arah pekerja yang relevan untuk industri.<\/p>\n<p>Penyelesaian jangka masa pendek ialah untuk menubuhkan satu tabung RM1 bilion untuk memberikan insentif latihan semula kepada majikan yang mengambil belia ini yang menganggur. Golongan muda tersekat untuk maju kerana pelaburan yang sepatutnya dicurahkan untuk  pemerkasaan, pendidikan dan pekerjaan anak muda telah dirampas oleh kerajaan yang kleptokratik. Anak muda terus terperangkap di dalam kitaran ganas dengan kesulitan hidup, kos sara hidup yang tinggi dan kekurangan peluang yang setimpal.<\/p>\n<p>Sekiranya golongan muda hari ini menerima pendidikan berkualiti, peluang yang banyak, pemerkasaan yang mampan, mereka lebih mudah berpeluang mengumpul kekayaan, menyimpan wang dan berbelanja dengan cekap. Seterusnya mereka mendapat kuasa membeli yang lebih besar yang secara langsung dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.<\/p>\n<p>Di peringkat pengajian tinggi, kita mahu gedung ilmu menjadikan golongan muda sebagai insan terpelajar yang bersih jiwa mereka serta berani menuntut hak-hak rakyat.DAP juga mengkritik Universiti Malaya yang menggantung Persatuan Bahasa Cina untuk kesalahan yang remeh yang boleh dihukum dengan denda., bukannya menggunakan peluang kesalahan kecil untuk mengharamkannya.<br \/>\nMahasiswa dan mahasiswi perlu dilayan seperti orang dewasa, dan bukan seperti kanak-kanak. Jika ditutup mulut mata, mulut dan telinga mereka, maka negara hanya melahirkan graduan yang tidak peka dengan keperluan masyarakat dan hak-hak asasi. Dengan itu kita mengkritik tindakan Unit Integriti Universiti Malaya yang telah mengeluarkan notis larangan mengkritik dasar kerajaan dan ulasan mengenai universiti.<\/p>\n<p>Pengundi muda generasi kritikal<br \/>\nKali ini kita akan menghadapi PRU yang paling kotor dalam sejarah negara di mana segala fitnah, penipuan dan salahguna kuasa telah dan akan terus digunakan bagi mengekalkan regim yang kleptokratik dan korup.DAPSY perlu memahami aspirasi golongan muda mereka di samping menjelaskan kepada mereka isu-isu sebenar agar DAP dan Harapan menjadi wadah untuk mereka menyuarakan pendapat, keluh-kesah, dan kegembiraan mereka. <\/p>\n<p>Semuanya ini bergantung kepada tawaran kita dan cara kerja kita. Tawaran anak muda kali ini perlu benar-benar menyentuh isu-isu yang dihadapi mereka. Isu perumahan, kos sara hidup meningkat, cukai GST yang menindas, kadar penggangguran yang tinggi dan kualiti hidup yang semakin menurun. Hal inilah yang perlu ditangani segera melalui tawaran-tawaran yang kita berikan kepada mereka. <\/p>\n<p>Golongan muda kini bergelut dengan ekonomi yang mencabar. Keluar dari universiti sudah ditekan beban hutang PTPTN. Jika bernasib baik sedikit dapat kerja, masuk ke alam pekerjaan dengan gaji yang rendah pula. Di sekeliling kita, harga barang dan perkhidmatan semakin mahal dan ditambah pula cukai GST. Yang bakal mendirikan rumah tangga semakin tidak mampu membeli rumah idaman yang semakin mahal.<\/p>\n<p>Akibat terlalu bergelut mencari nafkah hidup, sudah tiada masa berhibur dengan keluarga kerana terlalu sibuk bekerja, termasuk terpaksa melakukan kerja over-time atau lebih masa. Akhirnya generasi muda kita terdedah dengan masalah kesihatan yang bukan sahaja memudaratkan diri tetapi juga menjejaskan kehidupan keluarga. <\/p>\n<p>Ya, semua ini adalah masalah sebenar yang dihadapi oleh kebanyakan golongan muda. Jangan terlalu tumpukan dengan anak muda di Lembah Klang sahaja. Ada jutaan anak muda di kawasan luar Bandar, di kampung-kampung dan di pedalaman Sabah dan Sarawak.  Mereka memerlukan idea dan usaha DAPSY untuk membawa hasrat dan impian mereka. Jangan kita lupa mereka ini. <\/p>\n<p>Tawaran Baru (New Deal) &#038; Ekonomi Insani (Human Economy)<\/p>\n<p>Kita bakal berdepan dengan Revolusi Industri ke-4 (Industri 4.0) di mana pasaran pekerja akan berubah wajah dengan ketara dan pantas. Model ekonomi serta pasaran pekerja sedia ada di bawah sistem kleptokrasi dan kapitalisme kroni UMNO-Barisan Nasional mempunyai masalah yang amat besar; dan ia hanya dapat diselesaikan dengan rombakan yang amat besar.<\/p>\n<p>Dalam kata lain, kita perlukan satu pelan peralihan ke arah model ekonomi pasca Industri 4.0 dengan satu visi dan matlamat yang jelas. Kita perlukan ekonomi yang menyumbang kepada perkembangan insan,selain daripada kemajuan ekonomi yang tergantung kepada sumbangan insan. Model ekonomi Pakatan Harapan haruslah meletakkan golongan muda sebagai asasnya, dan saya mengajak DAPSY dan Pemuda Harapn untuk terus menekankan Tawaran Baru yang telah anda ketengahkan, iaitu konsep Ekonomi Insani atau The Human Economy.<\/p>\n<p>Syabas dan tahniah!<\/p>\n<p>Ekonomi Insani mengutamakan aktiviti yang mengembangkan kesejahteraan insan, serta berpaksikan kepada solidariti semua lapisan masyarakat. Ia sebuah model yang akan mewujudkan peluang perkerjaan yang memenuhi standard kerja layak, upah layak  demi kehidupan yang layak.<\/p>\n<p>Dasar Ekonomi Insani harus dijadikan pelaburan dan pemerkasaan modal insan di Malaysia sebagai tunggak utama pemerintahan Pakatan Harapan; di mana latihan, penyampaian ilmu, serta perkembangan kemahiran adalah sumber peluang pekerjaan serta kunci pelonjak kepada sebuah model ekonomi baru, yang seiring dengan zaman digital dan pasca Industri 4.0.<\/p>\n<p>Saya menyambut baik cadangan DAPSY dan Pemuda Harapan dalam mensasarkan sebanyak 1 juta peluang pekerjaan pelbagai sektor kepada golongan belia dalam masa lima tahun pertama pemerintahan Pakatan Harapan. Peluang pekerjaan ini turut akan mengambil kira potensi Ekonomi Penjagaan (Care Economy)  kerana menjelang 2030, Malaysia akan menjadi negara yang berusia dengan 15 peratus penduduk berumur 65 tahun ke atas yang memerlukan penjagaan.Pelaburan dalam sektor kesihatan haruslah ditambah dan bukannya dikurangkan seperti yang dibuat dalam Belanjawan 2018 sebanyak RM19 juta.<\/p>\n<p>Pakatan Harapan sebagai cahaya dalam kegelapan<\/p>\n<p>DAPSY sekarang, berbanding dengan zaman saya, sudah berkembangu besar. Dulu zaman saya, DAPSY adalah pelita kecil, hari ini, DAPSY adalah rumah api yang dapat memberi cahaya dan halatuju kepada keseluruhan golongan muda Malaysia.<\/p>\n<p>Apapun tekanan dan penindasan. Apapun penganiayaan dan fitnah jahat,kita harus bersedia mananggung segala-galanya sekiranya kita nak bawa perubahan, menggantikan BN dan menyelamatkan Malaysia. Harapan-lah yang memberi semangat kepada kita semua untuk terus berjuang tidak kira betapa susah dan menyeksakan.<\/p>\n<p>Gabungan 4 parti politik DAP, PKR, Bersatu dan Amanah mampu memberikan harapan untuk berjaya menghalang BN daripada mencuri dan merompak masa depan golongan muda kita. Di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan, kita  mampu menolak fitnah jahat bahawa hak dan kuasa orang Melayu akan terhakis sekiranya Pakatan Harapan menang.<\/p>\n<p>Berikanlah tumpun kepada isu ekonomi, khususnya kezaliman GST, yang merupakan isu utama yang boleh menyatupadukan rakyat menumbang kleptokrat, autokrat dan kroni kapitalis ini. Gantilah dengan Pakatan yang menjanjikan integriti, demokrasi dan negeri keusahawanan dan berkebajikan.<\/p>\n<p>Hidup,hidup. Hidup Rakyat.<br \/>\nBangkit, bangkit! Bangkit Harapan.<\/p>\n<p>LIM GUAN ENG<\/p>\n<p>&#8212; &#8212;-Mandarin &#8212;<\/p>\n<p>\u6c11\u4e3b\u884c\u52a8\u515a\u79d8\u4e66\u957f\u517c\u5cc7\u773c\u533a\u56fd\u4f1a\u8bae\u5458\u6797\u51a0\u82f1\u4e8e2017\u5e7412\u67083\u65e5\u5047\u6c11\u4e3b\u884c\u52a8\u515a\u5168\u56fd\u603b\u90e8\u4e3e\u884c\u7684\u793e\u9752\u56e2\u4ee3\u8868\u5927\u4f1a\u4e0a\u81f4\u5f00\u5e55\u8bcd\uff1a<br \/>\n<strong><br \/>\n\u5c5e\u4e8e\u5e74\u8f7b\u4eba\u7684\u6c11\u4e3b\u884c\u52a8\u515a<\/strong><\/p>\n<p>\u5e74\u8f7b\u4eba\u4e0e\u6c11\u4e3b\u884c\u52a8\u515a\u5df2\u7ecf\u5212\u4e0a\u4e86\u7b49\u53f7\u3002\u5927\u5bb6\u662f\u5426\u77e5\u9053\u793e\u9752\u56e2\u662f\u5728\u6c11\u4e3b\u884c\u52a8\u515a\u5efa\u515a7\u5e74\u540e\u624d\u6210\u7acb\uff1f\u4e3a\u4f55\u6211\u515a\u8fd9\u4e48\u4e45\u624d\u8bbe\u7acb\u9752\u5e74\u81c2\u8180\uff1f\u539f\u56e0\u5728\u4e8e\u884c\u52a8\u515a\u7b2c\u4e00\u5c4a\u4e2d\u592e\u59d4\u5458\u4f1a\u5927\u90e8\u5206\u6210\u5458\u90fd\u662f\u9752\u5e74\uff0c\u6211\u4eec\u5728\u6210\u7acb\u4e4b\u65f6\u5c31\u5df2\u7ecf\u662f\u4e00\u4e2a\u5e74\u8f7b\u4eba\u7684\u653f\u515a\uff01\u5efa\u515a\u90a3\u4e00\u5e74\uff0c\u6211\u4eec\u7684\u9996\u5c4a\u4e3b\u5e2d\u66fe\u654f\u5174\u540c\u5fd742\u5c81\uff0c\u800c\u6797\u5409\u7965\u540c\u5fd7\u624d25\u5c81\u3002\u8349\u521b\u7684\u5341\u5e74\u91cc\uff0c\u6211\u515a\u4e2d\u592e\u9886\u8896\u7684\u5e74\u9f84\u51e0\u4e4e\u4ecb\u4e8e20\u81f330\u591a\u5c81\u3002<\/p>\n<p>\u6253\u4ece\u65e9\u671f\u5f00\u59cb\uff0c\u884c\u52a8\u515a\u5c31\u7531\u6000\u62b1\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u4e4b\u68a6\u7684\u5e74\u8f7b\u4eba\u6240\u9886\u5bfc\uff0c\u4e3a\u5efa\u7acb\u5c5e\u4e8e\u5168\u4f53\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u4eba\u7684\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u800c\u594b\u6597\u3002<\/p>\n<p>\u884c\u52a8\u515a\u6e05\u695a\u77e5\u9053\uff0c\u56fd\u5bb6\u4e43\u81f3\u4e16\u754c\u672a\u6765\u7684\u51b3\u5b9a\u8005\uff0c\u5c31\u662f\u5e74\u8f7b\u4eba\u3002\u8fd9\u7edd\u5bf9\u4e0d\u662f\u653f\u6cbb\u4fee\u8f9e\uff0c\u800c\u662f\u56e0\u4e3a\u6211\u4eec\u770b\u5230\u5f53\u4eca\u4e16\u754c\u5e74\u8f7b\u4eba\u53e3\uff0c\u5df2\u662f\u53f2\u4e0a\u6700\u591a\u3002\u5728\u6211\u56fd\uff0c\u7ea6\u6709\u4e09\u5206\u4e4b\u4e8c\u7684\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u4eba\u5e74\u9f84\u4f4e\u4e8e40\u5c81\u3002<\/p>\n<p>\u56e0\u6b64\uff0c\u884c\u52a8\u515a\u5f00\u653e\u66f4\u591a\u7684\u673a\u4f1a\u7ed9\u5e74\u8f7b\u4eba\u3002\u9664\u4e86\u683d\u57f9\u66f4\u591a\u7684\u4f18\u79c0\u9752\u5e74\u4e3a\u56fd\u5bb6\u5949\u732e\uff0c\u6211\u515a\u4e5f\u7ed9\u4ed6\u4eec\u5341\u8db3\u7684\u4fe1\u5fc3\u548c\u4fe1\u4efb\uff0c\u8ba9\u4ed6\u4eec\u625b\u8d77\u91cd\u4efb\u3002<\/p>\n<p>\u770b\u4e00\u770b\u6211\u4eec\u7684\u4e2d\u59d4\u4f1a\uff0c30\u4eba\u5f53\u4e2d\u67097\u4eba\u4e0d\u523040\u5c81\uff0c\u8fd9\u662f\u6211\u4eec\u5bf9\u9752\u5e74\u7684\u91cd\u89c6\uff0c\u8046\u542c\u4ed6\u4eec\u7684\u58f0\u97f3\uff0c\u8ba9\u5e74\u8f7b\u4eba\u53c2\u4e0e\u515a\u52a1\u7684\u51b3\u7b56\u3002\u76ee\u524d\u6211\u56fd\u6700\u5e74\u8f7b\u7684\u56fd\u5dde\u8bae\u5458\uff0c\u90fd\u662f\u6765\u81ea\u6c11\u4e3b\u884c\u52a8\u515a\uff0c\u4ed6\u4eec\u662f\u518d\u91cc\u5c14\u540c\u5fd7\u3001\u6c88\u5fd7\u5f3a\u540c\u5fd7\uff0c\u4ee5\u53ca\u5ed6\u5f69\u5f64\u540c\u5fd7\u3002\u6211\u4eec\u65e0\u65f6\u65e0\u523b\u90fd\u6709\u5e74\u8f7b\u6c11\u4ee3\u548c\u9752\u5e74\u9886\u8896\u5728\u515a\u7684\u9886\u5bfc\u5c42\u5f53\u4e2d\u3002\u5168\u56fd\u793e\u9752\u56e2\u603b\u56e2\u957f\u9ec4\u5bb6\u548c\uff0c\u8fd8\u6709\u6768\u7f8e\u76c8\u540c\u5fd7\uff0c\u6700\u8fd1\u521a\u53d7\u59d4\u8fdb\u5165\u4e2d\u59d4\u4f1a\u3002\u6211\u4eec\u4e5f\u6709\u674e\u5b58\u5b5d\u540c\u5fd7\uff0c\u62c5\u4efb\u793e\u4f1a\u515a\u9752\u5e74\u56fd\u9645\u8054\u76df\u4e3b\u5e2d\uff0c\u9886\u5bfc\u5168\u7403\u6700\u5927\u7684\u9752\u5e74\u653f\u6cbb\u7ec4\u7ec7\u3002<\/p>\n<p>\u4e0e\u6b64\u540c\u65f6\uff0c\u6211\u8981\u8d5e\u626c\u4e9a\u6c99\u533a\u56fd\u4f1a\u8bae\u5458\u66a8\u524d\u793e\u9752\u56e2\u603b\u56e2\u957f\u5f20\u8052\u7fd4\u540c\u5fd7\uff0c\u5f53\u4ed6\u5bdf\u89c92018\u5e74\u5ea6\u7684\u8d22\u653f\u9884\u7b97\u6848\u5e76\u6ca1\u6709\u7ed9\u4e88\u62c9\u66fc\u5927\u5b66\u5b66\u9662\u4efb\u4f55\u62e8\u6b3e\uff0c\u4ed6\u6210\u529f\u5728\u56fd\u4f1a\u8feb\u4f7f\u5f53\u5c40\u91cd\u65b0\u53d1\u653e3\u5343\u4e07\u4ee4\u5409\u62e8\u6b3e\u7ed9\u8be5\u5927\u5b66\u5b66\u9662\u3002\u9a6c\u534e\u516c\u4f1a\u5e94\u8be5\u611f\u6069\u6c11\u4e3b\u884c\u52a8\u515a\uff0c\u56e0\u4e3a\u662f\u6c11\u4e3b\u884c\u52a8\u515a\u628a\u5df2\u7ecf\u88ab\u53d6\u6d88\u7684\u62e8\u6b3e\u4e89\u53d6\u56de\u6765\u3002\u65e0\u8bba\u5982\u4f55\uff0c3\u5343\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u62e8\u6b3e\u6bd42015\u5e74\u5ea6\u76846\u5343\u4e07\u4ee4\u5409\u5c11\u4e86\u534a\u622a\uff0c\u9a6c\u534e\u516c\u4f1a\u65e0\u6cd5\u4e3a\u81ea\u5bb6\u5f00\u529e\u7684\u5927\u5b66\u5b66\u9662\u4e89\u53d6\u62e8\u6b3e\u5145\u5206\u663e\u793a\u4ed6\u4eec\u7684\u65e0\u80fd\uff0c\u5e76\u4e14\u8981\u4f9d\u9760\u6c11\u4e3b\u884c\u52a8\u515a\u6765\u4e89\u53d6\u76f8\u5173\u62e8\u6b3e\uff0c\u8bc1\u660e\u4e86\u9009\u6c11\u62d2\u7edd\u8fd9\u4e2a\u65e0\u80fd\u7684\u653f\u515a\u662f\u660e\u667a\u4e4b\u4e3e\u3002<\/p>\n<p>\u8d4b\u6743\u3001\u6559\u80b2\u548c\u5c31\u4e1a<\/p>\n<p>\u6211\u4eec\u575a\u4fe1\uff0c\u4eba\u529b\u6295\u8d44\u5fc5\u987b\u4e13\u6ce8\u5728\u5e74\u8f7b\u4eba\u7684\u8d4b\u6743\u3001\u6559\u80b2\u548c\u5c31\u4e1a\u3002\u6211\u56fd\u6709\u8bb8\u8bb8\u591a\u591a\u7684\u5e74\u8f7b\u4eba\uff0c\u5927\u90e8\u5206\u9762\u5bf9\u7740\u5e9e\u5927\u751f\u6d3b\u5f00\u9500\u7684\u538b\u529b\uff0c\u4e5f\u7f3a\u4e4f\u5de5\u4f5c\u673a\u4f1a\uff0c\u5c24\u5176\u662f\u653f\u5e9c\u65e0\u529b\u521b\u9020\u80fd\u591f\u63d0\u4f9b\u4f53\u9762\u85aa\u8d44\u7684\u4f53\u9762\u5de5\u4f5c\uff0c\u8ba9\u4ed6\u4eec\u4eab\u6709\u4f53\u9762\u751f\u6d3b\u3002<\/p>\n<p>\u9752\u5e74\u7684\u5931\u4e1a\u7387\u9ad8\u8fbe10.5%\uff0c\u5373273\uff0c400\u540d25\u5c81\u4ee5\u4e0b\u7684\u5e74\u8f7b\u4eba\uff0c\u6bd42016\u5e74\u5168\u56fd\u5e73\u5747\u7387\u76843.3%\u8fd8\u8981\u9ad83\u500d\uff0c\u8fd9\u662f\u975e\u5e38\u4e25\u91cd\u7684\u4e8b\u60c5\uff0c\u56e0\u4e3a\u4ed6\u4eec\u53602016\u5e74\u5ea6\u52b3\u52a8\u7fa4\u4f53\u768417.8%\u3002\u5927\u5b66\u6bd5\u4e1a\u751f\u7684\u5931\u4e1a\u7387\u66f4\u9ad8\u3002\u57282015\u5e74\uff0c405\uff0c000\u540d\u62e5\u6709\u672c\u79d1\u5b66\u4f4d\u7684\u9752\u5e74\uff0c\u5176\u4e2d15.3%\u4ecd\u5728\u5931\u4e1a\u72b6\u6001\uff1b\u800c216.2\u4e07\u540d\u6ca1\u6709\u5927\u5b66\u672c\u79d1\u5b66\u4f4d\u7684\u9752\u5e74\uff0c\u5176\u5931\u4e1a\u7387\u5219\u662f9.8%\u3002<\/p>\n<p>\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u96c7\u4e3b\u8054\u5408\u4f1a\u9884\u6d4b\uff0c\u4e8e2016\u5e74\uff0c\u5171\u6709200\uff0c000\u540d\u5927\u5b66\u6bd5\u4e1a\u751f\u5931\u4e1a\uff0c\u8fd9\u8fd8\u4e0d\u5305\u62ec\u53ea\u6301\u6709\u5927\u9a6c\u6559\u80b2\u6587\u51ed\uff08SPM\uff09\uff0c\u8bc1\u4e66\u548c\u6587\u51ed\u8d44\u683c\u7684\u9752\u5e74\u3002\u540c\u65f6\uff0c\u9ad8\u6559\u90e8\u957f\u4f0a\u5fb7\u91cc\u65af\u4e5f\u8bc1\u5b9e\uff0c238\uff0c187\u540d\u5927\u5b66\u6bd5\u4e1a\u751f\u5f53\u4e2d\uff0c\u5176\u4e2d54\uff0c103\u540d\u65e0\u6cd5\u5728\u6bd5\u4e1a\u4e4b\u540e\u7684\u99966\u4e2a\u6708\u83b7\u5f97\u5de5\u4f5c\u3002<\/p>\n<p>\u653f\u5e9c\u5fc5\u987b\u6295\u653e\u8d44\u6e90\u5728\u518d\u57f9\u8bad\u8ba1\u5212\uff0c\u6216\u63d0\u4f9b\u5c31\u804c\u6d25\u8d34\u7ed9\u613f\u610f\u8058\u8bf7\u5931\u4e1a\u6bd5\u4e1a\u751f\u7684\u96c7\u4e3b\u3002\u95ee\u9898\u662f\u6211\u4eec\u7684\u6559\u80b2\u7cfb\u7edf\uff0c\u65e0\u6cd5\u57f9\u80b2\u5177\u5907\u5373\u6218\u529b\u7684\u6bd5\u4e1a\u751f\u7ed9\u79c1\u4eba\u754c\uff0c\u5bfc\u81f4\u8fd9\u4e9b\u96c7\u4e3b\u5fc5\u987b\u91cd\u65b0\u518d\u57f9\u8bad\u4ed6\u4eec\u3002\u957f\u8fdc\u800c\u8ba1\uff0c\u6211\u4eec\u5fc5\u987b\u5168\u9762\u68c0\u8ba8\u6559\u80b2\u7cfb\u7edf\uff0c\u4ee5\u57f9\u80b2\u5207\u5408\u672a\u6765\u5de5\u4e1a\u7684\u4eba\u624d\u3002<\/p>\n<p>\u81f3\u4e8e\u77ed\u671f\u8ba1\u5212\uff0c\u6211\u4eec\u5fc5\u987b\u6210\u7acb\u4e00\u4e2a1\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u57fa\u91d1\uff0c\u63d0\u4f9b\u5c31\u804c\u6d25\u8d34\u7ed9\u613f\u610f\u8058\u8bf7\u5931\u4e1a\u6bd5\u4e1a\u751f\u7684\u96c7\u4e3b\u3002\u5e74\u8f7b\u4eba\u524d\u9014\u832b\u832b\uff0c\u4e3b\u8981\u662f\u56e0\u4e3a\u672c\u6765\u5e94\u8be5\u6295\u5165\u5728\u9752\u5e74\u8d4b\u6743\u3001\u6559\u80b2\u548c\u5c31\u4e1a\u7684\u8d44\u6e90\uff0c\u901a\u901a\u90fd\u5df2\u7ecf\u88ab\u8fd9\u4e2a\u76d7\u8d3c\u7edf\u6cbb\u62a2\u593a\u3002\u5e74\u8f7b\u4eba\u7ee7\u7eed\u53d7\u56f0\u5728\u751f\u6d3b\u8270\u82e6\u3001\u751f\u6d3b\u5f00\u9500\u5de8\u5927\u548c\u7f3a\u4e4f\u673a\u4f1a\u7684\u6076\u6027\u5faa\u73af\u4e4b\u4e2d\u3002<\/p>\n<p>\u5982\u679c\u4eca\u5929\u7684\u5e74\u8f7b\u4eba\u53d7\u5230\u6709\u7d20\u8d28\u7684\u6559\u80b2\uff0c\u5f97\u5230\u66f4\u591a\u7684\u673a\u4f1a\u548c\u8d4b\u6743\uff0c\u4ed6\u4eec\u5c06\u66f4\u5bb9\u6613\u79ef\u7d2f\u8d22\u5bcc\uff0c\u6539\u5584\u751f\u6d3b\u54c1\u8d28\u3002\u4e0e\u6b64\u540c\u65f6\uff0c\u968f\u7740\u4ed6\u4eec\u7684\u8d2d\u4e70\u529b\u63d0\u5347\uff0c\u4e5f\u76f4\u63a5\u52a0\u901f\u4e86\u7ecf\u6d4e\u589e\u957f\u548c\u56fd\u5bb6\u53d1\u5c55\u3002<\/p>\n<p>\u56e0\u6b64\uff0c\u884c\u52a8\u515a\u76f8\u4fe1\u5e74\u8f7b\u4eba\u5e94\u8be5\u8981\u6709\u53d1\u8a00\u548c\u51b3\u7b56\u7684\u6743\u529b\uff0c\u4e3a\u81ea\u5df1\u4e89\u53d6\u4e00\u4e2a\u66f4\u5149\u660e\u7684\u524d\u666f\u3002\u56fd\u5bb6\u7684\u672a\u6765\u60e8\u88ab\u5f53\u6743\u8005\u5178\u5f53\uff0c\u5e74\u8f7b\u4eba\u5fc5\u987b\u8981\u52c7\u4e8e\u53d1\u58f0\u3002<\/p>\n<p>\u9ad8\u7b49\u6559\u80b2\u65b9\u9762\uff0c\u6211\u4eec\u8981\u5b66\u672f\u6bbf\u5802\u81f4\u529b\u628a\u5e74\u8f7b\u4eba\u57f9\u80b2\u6210\u793e\u4f1a\u7684\u826f\u77e5\uff0c\u4e3a\u4e0d\u516c\u4e0d\u4e49\u6562\u6012\u6562\u8a00\u7684\u77e5\u8bc6\u5206\u5b50\u3002\u5927\u5b66\u751f\u5e94\u88ab\u89c6\u4e3a\u6210\u5e74\u4eba\uff0c\u800c\u4e0d\u662f\u5c0f\u5b69\u3002\u5982\u679c\u63a7\u5236\u4ed6\u4eec\u7684\u601d\u60f3\uff0c\u6253\u538b\u4ed6\u4eec\u7684\u610f\u89c1\u81ea\u7531\uff0c\u6211\u4eec\u6700\u7ec8\u53ea\u4f1a\u6709\u4ea7\u751f\u4e00\u73ed\u4e0d\u7b26\u793e\u4f1a\u548c\u6c11\u6743\u5b9e\u9645\u9700\u6c42\u7684\u6bd5\u4e1a\u751f\u3002<\/p>\n<p>\u9a6c\u5927\u65e5\u524d\u53d1\u51fa\u901a\u544a\uff0c\u7981\u6b62\u5e08\u751f\u516c\u5f00\u53d1\u8868\u5bf9\u653f\u5e9c\u548c\u6821\u65b9\u9020\u6210\u8d1f\u9762\u5f71\u54cd\u7684\u8a00\u8bba\u3002\u6211\u4eec\u4e25\u5389\u8c34\u8d23\u9a6c\u5927\u7684\u538b\u8feb\u884c\u4e3a\u3002<\/p>\n<p>\u8fd9\u6837\u7684\u4e3e\u52a8\u65e0\u6cd5\u5e2e\u52a9\u63d0\u5347\u5927\u5b66\u751f\u7684\u72ec\u7acb\u548c\u6279\u5224\u601d\u7ef4\u3002\u6211\u5e0c\u671b\u6821\u65b9\u7acb\u5373\u64a4\u56de\u51b3\u5b9a\uff0c\u628a\u5e74\u8f7b\u4eba\u5f53\u6210\u4e00\u4e2a\u5927\u5b66\u751f\u770b\u5f85\uff0c\u5c0a\u91cd\u4ed6\u4eec\u7684\u60f3\u6cd5\u548c\u610f\u89c1\u3002<\/p>\n<p>\u5e74\u8f7b\u4eba\u4f5c\u4e3a\u5173\u952e\u9009\u6c11<\/p>\n<p>\u6765\u5c4a\u5927\u9009\uff0c\u5e74\u8f7b\u9009\u6c11\u5360\u4e86\u5168\u4f53\u9009\u6c11\u7684\u591a\u6570\u3002\u5927\u90e8\u5206\u7684\u5e74\u8f7b\u4eba\u90fd\u76f8\u5f53\u72ec\u7279\uff0c\u5e76\u6ca1\u6709\u7279\u5b9a\u7684\u610f\u8bc6\u5f62\u6001\u6216\u653f\u515a\u503e\u5411\uff0c\u4ed6\u4eec\u7684\u58f0\u97f3\u975e\u5e38\u5173\u952e\u3002\u6211\u627f\u8ba4\uff0c\u884c\u52a8\u515a\u548c\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u8981\u4e89\u53d6\u5e74\u8f7b\u9009\u6c11\u7684\u652f\u6301\uff0c\u5e76\u4e0d\u662f\u4e00\u4ef6\u5bb9\u6613\u7684\u4e8b\u3002\u4e0d\u8fc7\uff0c\u8fd9\u4e5f\u4e0d\u662f\u4e00\u4ef6\u4e0d\u53ef\u80fd\u7684\u4e8b\u3002<\/p>\n<p>\u73b0\u5728\u6b63\u662f\u793e\u9752\u56e2\u6293\u7d27\u673a\u4f1a\u7684\u65f6\u5019\uff0c\u4ee5\u4fbf\u66f4\u8fd1\u4e00\u6b65\u8d34\u8fd1\u5e74\u8f7b\u4eba\u3002\u6211\u77e5\u9053\u5927\u5bb6\u4e00\u76f4\u90fd\u4e0e\u5e74\u8f7b\u4eba\u540c\u5728\u3002\u7136\u800c\uff0c\u6211\u4eec\u73b0\u5728\u5373\u5c06\u9762\u5bf9\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u53f2\u4e0a\u6700\u80ae\u810f\u7684\u5927\u9009\uff0c\u76d7\u8d3c\u7edf\u6cbb\u4e3a\u4e86\u5de9\u56fa\u653f\u6743\uff0c\u4f1a\u7ee7\u7eed\u4f7f\u51fa\u8bb8\u591a\u624b\u6bb5\uff0c\u5305\u62ec\u6c61\u8511\u3001\u8c0e\u8a00\u548c\u6ee5\u6743\u3002<\/p>\n<p>\u6211\u5e0c\u671b\u793e\u9752\u56e2\u80fd\u66f4\u8d34\u8fd1\u5e74\u8f7b\u4eba\uff0c\u5c24\u5176\u662f\u90a3\u4e9b\u76ee\u524d\u8fd8\u5bf9\u5404\u515a\u62b1\u7740\u89c2\u671b\u6001\u5ea6\u8005\u3002\u793e\u9752\u56e2\u5fc5\u987b\u4e86\u89e3\u4ed6\u4eec\u7684\u613f\u666f\uff0c\u4e5f\u5411\u4ed6\u4eec\u89e3\u91ca\u5f53\u4e0b\u5404\u5927\u8bae\u9898\uff0c\u8ba9\u884c\u52a8\u515a\u548c\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u6210\u4e3a\u4e00\u4e2a\u8ba9\u4ed6\u4eec\u53d1\u8868\u559c\u6012\u54c0\u4e50\u7684\u5e73\u53f0\u3002<\/p>\n<p>\u8fd9\u5168\u9760\u6211\u4eec\u63d0\u51fa\u7684\u653f\u7eb2\u548c\u5b9e\u8df5\u7684\u65b9\u6cd5\u3002\u8fd9\u6b21\u6211\u4eec\u7ed9\u9752\u5e74\u63d0\u51fa\u7684\u653f\u7eb2\uff0c\u5fc5\u987b\u771f\u7684\u56de\u5e94\u5230\u4ed6\u4eec\u5173\u5fc3\u548c\u6709\u611f\u7684\u8bae\u9898\uff0c\u5305\u62ec\u623f\u5c4b\u3001\u751f\u6d3b\u5f00\u9500\u3001\u6d88\u8d39\u7a0e\u3001\u5931\u4e1a\u7387\u3001\u751f\u6d3b\u54c1\u8d28\u7b49\u3002\u6211\u4eec\u5fc5\u987b\u8ba9\u5e74\u8f7b\u4eba\u77e5\u9053\u6211\u4eec\u7684\u653f\u7eb2\uff0c\u5982\u4f55\u89e3\u51b3\u548c\u6539\u5584\u5f53\u4e0b\u7684\u56f0\u5883\u3002<\/p>\n<p>\u793e\u9752\u56e2\u5fc5\u987b\u6210\u4e3a\u4e89\u53d6\u9752\u5e74\u6743\u76ca\u7684\u5148\u950b\uff0c\u4e86\u89e3\u5e74\u8f7b\u4eba\u7684\u5fc3\u58f0\u3002\u6211\u4eec\u4e0d\u53ea\u662f\u8981\u8046\u542c\uff0c\u8fd8\u8981\u4e3a\u4ed6\u4eec\u60f3\u51fa\u6700\u597d\u7684\u89e3\u51b3\u65b9\u6848\u3002<\/p>\n<p>\u5e74\u8f7b\u4eba\u9762\u5bf9\u7740\u5145\u6ee1\u6311\u6218\u7684\u7ecf\u6d4e\u73af\u5883\u3002\u5927\u5b66\u6bd5\u4e1a\u521a\u51fa\u6765\u793e\u4f1a\uff0c\u5c31\u5f97\u627f\u53d7\u507f\u8fd8\u56fd\u5bb6\u9ad8\u7b49\u6559\u80b2\u57fa\u91d1\u5c40\u8d37\u5b66\u91d1\u7684\u503a\u52a1\u538b\u529b\u3002\u597d\u8fd0\u4e00\u70b9\u7684\u53ef\u4ee5\u627e\u5230\u5de5\u4f5c\uff0c\u4f46\u5374\u4ee5\u5f88\u4f4e\u7684\u8d77\u85aa\u5165\u804c\u3002\u6d88\u8d39\u7a0e\u548c\u901a\u8d27\u81a8\u80c0\u4e5f\u9020\u6210\u4e86\u751f\u6d3b\u5f00\u9500\u8d8a\u6765\u8d8a\u5927\u3002\u51c6\u5907\u6210\u5bb6\u7acb\u5ba4\u7684\u5e74\u8f7b\u4eba\uff0c\u4e5f\u56e0\u4e3a\u623f\u4ef7\u8d8a\u6765\u8d8a\u6602\u8d35\uff0c\u4e70\u4e0d\u8d77\u5c5e\u610f\u7684\u5bb6\u56ed\u3002<\/p>\n<p>\u4eca\u5929\u7684\u5e74\u8f7b\u4eba\u53ea\u6709\u751f\u5b58\uff0c\u6ca1\u6709\u751f\u6d3b\uff0c\u56e0\u4e3a\u5fd9\u4e8e\u5de5\u4f5c\u800c\u5931\u53bb\u4e86\u4e0e\u5bb6\u4eba\u5171\u4eab\u5929\u4f26\u4e4b\u4e50\u7684\u7f8e\u597d\u65f6\u5149\uff0c\u5305\u62ec\u52a0\u65f6\u6216\u8d85\u65f6\u5de5\u4f5c\u3002\u6700\u7ec8\uff0c\u5e74\u8f7b\u4eba\u7684\u5065\u5eb7\u4e5f\u5bb9\u6613\u4eae\u8d77\u7ea2\u706f\uff0c\u81ea\u5df1\u9762\u5bf9\u75db\u82e6\u4e4b\u4f59\uff0c\u4e5f\u5f71\u54cd\u4e86\u5bb6\u4eba\u7684\u751f\u6d3b\u3002<\/p>\n<p>\u662f\u7684\uff0c\u8fd9\u4e9b\u90fd\u662f\u786e\u786e\u5b9e\u5b9e\u53d1\u751f\u5728\u5927\u90e8\u5206\u5e74\u8f7b\u4eba\u7684\u771f\u4eba\u771f\u4e8b\u3002\u6211\u4eec\u4e5f\u4e0d\u8981\u53ea\u4e13\u6ce8\u5728\u5df4\u751f\u8c37\u5730\u533a\u7684\u9752\u5e74\uff0c\u5728\u90ca\u5916\u3001\u4e61\u533a\u548c\u6c99\u7802\u5185\u9646\u4e5f\u6709\u6570\u767e\u4e07\u8ba1\u7684\u9752\u5e74\uff0c\u9700\u8981\u793e\u9752\u56e2\u5e2e\u52a9\u4ed6\u4eec\u5b9e\u73b0\u7406\u60f3\uff0c\u6211\u4eec\u5343\u4e07\u4e0d\u80fd\u5fd8\u4e86\u4ed6\u4eec\u3002<\/p>\n<p>\u65b0\u653f\u4e0e\u4eba\u672c\u7ecf\u6d4e<\/p>\n<p>\u6211\u4eec\u5c06\u9762\u5bf9\u7b2c\u56db\u6ce2\u5de5\u4e1a\u6539\u9769\uff0c\u52b3\u52a8\u5e02\u573a\u5f88\u5feb\u5c06\u4f1a\u5f7b\u5e95\u88ab\u6539\u5934\u6362\u9762\u3002\u7eb3\u5409\u4e0e\u5deb\u7edf\u76d7\u8d3c\u7edf\u6cbb\u548c\u670b\u515a\u8d44\u672c\u4e3b\u4e49\u4e4b\u4e0b\u7684\u73b0\u6709\u7ecf\u6d4e\u6a21\u5f0f\u4e0e\u52b3\u52a8\u5e02\u573a\uff0c\u62e5\u6709\u7740\u975e\u5e38\u5927\u7684\u95ee\u9898\uff0c\u800c\u8fd9\u95ee\u9898\u5fc5\u987b\u5728\u5de8\u5927\u7684\u51b2\u51fb\u4e4b\u4e0b\u624d\u80fd\u6539\u53d8\u3002<\/p>\n<p>\u6362\u8a00\u4e4b\uff0c\u6211\u4eec\u5fc5\u987b\u4e3a\u7b2c\u56db\u6ce2\u5de5\u4e1a\u6539\u9769\u62df\u5b9a\u660e\u786e\u7684\u8f6c\u578b\u8ba1\u5212\u3002\u6211\u4eec\u9700\u8981\u7684\u662f\u4e00\u4e2a\u80fd\u591f\u4e3a\u4eba\u7c7b\u53d1\u5c55\u7684\u7ecf\u6d4e\uff0c\u800c\u4e0d\u662f\u4e00\u4e2a\u5974\u5f79\u4eba\u7c7b\u6765\u53d1\u5c55\u7684\u7ecf\u6d4e\u3002\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u7684\u7ecf\u6d4e\u6a21\u5f0f\u5fc5\u987b\u4ee5\u9752\u5e74\u4e3a\u672c\uff0c\u6211\u547c\u5401\u793e\u9752\u56e2\u4e0e\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u9752\u5e74\u56e2\u7ee7\u7eed\u63a8\u884c\u4f60\u4eec\u6240\u63d0\u51fa\u7684\u65b0\u653f\uff0c\u4e5f\u5c31\u662f\u4eba\u672c\u7ecf\u6d4e\u3002<\/p>\n<p>\u5404\u4f4d\u505a\u5f97\u5f88\u68d2\uff01\u606d\u559c\u5927\u5bb6\uff01<\/p>\n<p>\u4eba\u672c\u7ecf\u6d4e\u7684\u4e3b\u8981\u6d3b\u52a8\u662f\u53d1\u5c55\u4eba\u4eec\u798f\u7949\uff0c\u540c\u65f6\u4e5f\u81f4\u529b\u589e\u8fdb\u793e\u4f1a\u5404\u9636\u5c42\u7684\u56e2\u7ed3\u4e92\u52a9\u7cbe\u795e\u3002\u5b83\u662f\u6839\u636e\u4f53\u9762\u52b3\u52a8\u6807\u51c6\u521b\u9020\u63d0\u4f9b\u4f53\u9762\u85aa\u8d44\u7684\u5c31\u4e1a\u673a\u4f1a\uff0c\u8ba9\u5927\u5bb6\u6709\u4e2a\u66f4\u4f53\u9762\u7684\u751f\u6d3b\u3002<\/p>\n<p>\u4ee5\u4eba\u672c\u7ecf\u6d4e\u4f5c\u4e3a\u57fa\u77f3\u7684\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\uff0c\u4eba\u529b\u8d44\u672c\u5c06\u4f1a\u6210\u4e3a\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u7684\u4e3b\u8981\u652f\u67f1\u3002\u900f\u8fc7\u63d0\u4f9b\u8bad\u7ec3\u3001\u77e5\u8bc6\u7684\u704c\u8f93\u3001\u6280\u672f\u7684\u53d1\u5c55\uff0c\u4eba\u4eec\u5f97\u4ee5\u6210\u4e3a\u65b0\u7ecf\u6d4e\u7684\u4e00\u5206\u5b50\uff0c\u548c\u6570\u7801\u65f6\u4ee3\u53ca\u540e\u7b2c\u56db\u6ce2\u5de5\u4e1a\u53d1\u5c55\u4e0e\u65f6\u5e76\u8fdb\u3002<\/p>\n<p>\u793e\u9752\u56e2\u4e0e\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u9752\u5e74\u56e2\u7684\u76ee\u6807\u662f\u5728\u99965\u5e74\u7684\u6267\u653f\u671f\u95f4\uff0c\u5f00\u53d1100\u4e07\u4e2a\u5404\u9886\u57df\u7684\u5c31\u4e1a\u673a\u4f1a\u7ed9\u4e88\u9752\u5e74\u7fa4\u4f53\u3002\u8fd9\u4e9b\u5c31\u4e1a\u5f53\u4e2d\u4e5f\u5c06\u4f1a\u8003\u91cf\u7167\u62a4\u7ecf\u6d4e\u7684\u6f5c\u5728\u6027\uff0c\u56e0\u4e3a\u57282030\u5e74\u65f6\uff0c\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9884\u8ba1\u62e5\u670915%\u4eba\u53e3\u662f65\u5c81\u4ee5\u4e0a\u7684\u5e74\u957f\u8005\uff0c\u9700\u8981\u53d7\u5230\u7167\u62a4\u3002\u5176\u4ed6\u8fd8\u5305\u62ec\u4e86\u8868\u6f14\u827a\u672f\u548c\u4f20\u7edf\u624b\u827a\u7b49\u7b49\u7ecf\u6d4e\u53ef\u80fd\u3002\u6211\u6b22\u8fce\u793e\u9752\u56e2\u4e0e\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u5728\u8fd9\u65b9\u9762\u6240\u63d0\u51fa\u7684\u5efa\u8bae\u3002<\/p>\n<p>\u8ba9\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u70b9\u4eae\u9ed1\u6697<\/p>\n<p>\u6211\u4eec\u6b63\u5904\u5728\u4e00\u4e2a\u5341\u5b57\u8def\u53e3\uff0c\u5168\u9a6c\u4eba\u6c11\u5fc5\u987b\u505a\u51fa\u4e00\u4e2a\u6289\u62e9\uff0c\u4e00\u662f\u8ba9\u73b0\u6709\u7684\u66b4\u653f\u7ee7\u7eed\u638c\u6743\uff0c\u4e8c\u662f\u4e3a\u4e86\u6240\u6709\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u540c\u80de\u548c\u4e0b\u4e00\u4ee3\u5b9e\u73b0\u6539\u53d8\u3002<\/p>\n<p>\u4eba\u6c11\u88ab\u8feb\u627f\u62c5\u56fd\u9635\u653f\u7b56\u5931\u8d25\u7684\u540e\u679c\uff0c\u5c24\u5176\u662f\u5e74\u8f7b\u4eba\u65e0\u7591\u662f\u6700\u5927\u7684\u53d7\u5bb3\u8005\uff0c\u9971\u53d7\u76d7\u8d3c\u7edf\u6cbb\u548c\u4e00\u4f17\u56fd\u9635\u9886\u8896\u7684\u8feb\u5bb3\u4e0e\u5265\u524a\u3002<\/p>\n<p>\u8eab\u4e3a\u9752\u5e74\uff0c\u8fd8\u6709\u6211\u515a\u4eca\u5929\u548c\u672a\u6765\u7684\u9886\u8896\uff0c\u4f60\u4eec\u5fc5\u987b\u79ef\u6781\u542c\u53d6\u3001\u4e86\u89e3\u548c\u89e3\u51b3\u56f0\u6270\u6211\u56fd\u5e74\u8f7b\u4eba\u7684\u95ee\u9898\u3002\u6211\u4eec\u8981\u7ed9\u5e74\u8f7b\u4eba\u5e26\u6765\u5e0c\u671b\u3002\u6ca1\u6709\u5e0c\u671b\uff0c\u6211\u4eec\u7684\u6597\u4e89\u5c31\u6ca1\u610f\u4e49\u3002<\/p>\n<p>\u6211\u5e74\u8f7b\u7684\u65f6\u5019\uff0c\u906d\u5230\u66b4\u653f\u63f4\u5f15\u5185\u5b89\u6cd5\u4ee4\u6263\u7559\u3002\u6211\u4eec\u5728\u6263\u7559\u8425\u906d\u5230\u7684\u7cbe\u795e\u548c\u8089\u4f53\u6298\u78e8\uff0c\u662f\u96be\u4ee5\u60f3\u8c61\u7684\u3002\u4f5c\u4e3a\u653f\u6cbb\u72af\uff0c\u6211\u4eec\u8fde\u63a5\u53d7\u5ba1\u8baf\u7684\u6743\u5229\u4e5f\u5931\u53bb\uff0c\u6211\u987f\u65f6\u89c9\u5f97\u8fd9\u4e2a\u4e16\u754c\u662f\u9ed1\u6697\u7684\u3002\u8fd9\u6bb5\u65f6\u95f4\uff0c\u8ba9\u6211\u4e00\u76f4\u575a\u6301\u4e0b\u53bb\u7684\uff0c\u5c31\u662f\u5fc3\u4e2d\u7684\u4e00\u4e1d\u5e0c\u671b\u3002<\/p>\n<p>\u5373\u4f7f\u662f\u6700\u5fae\u5f31\u7684\u5149\u7ebf\uff0c\u4e5f\u8db3\u4ee5\u5728\u9ed1\u6697\u4e2d\u95ea\u8000\u3002\u9ed1\u591c\u8d8a\u9ed1\uff0c\u5149\u660e\u8d8a\u4eae\u3002<\/p>\n<p>\u65e0\u8bba\u662f\u591a\u4e48\u8f9b\u82e6\uff0c\u591a\u4e48\u75db\u82e6\uff0c\u8fd9\u4e00\u4efd\u5e0c\u671b\u8ba9\u6211\u52c7\u4e8e\u7ee7\u7eed\u6597\u4e89\u3002<\/p>\n<p>\u7531\u6c11\u4e3b\u884c\u52a8\u515a\u3001\u4eba\u6c11\u516c\u6b63\u515a\u3001\u571f\u8457\u56e2\u7ed3\u515a\u548c\u56fd\u5bb6\u8bda\u4fe1\u515a\u7ec4\u6210\u7684\u5e0c\u671b\u8054\u76df\uff0c\u5c06\u80fd\u591f\u5e26\u7ed9\u4eba\u6c11\u5e0c\u671b\uff0c\u963b\u6b62\u56fd\u9635\u7ee7\u7eed\u63a0\u593a\u6211\u4eec\u540e\u4ee3\u7684\u672a\u6765\u3002\u5728\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u540d\u8a89\u4e3b\u5e2d\u6566\u9a6c\u54c8\u8fea\u533b\u751f\u548c\u4e3b\u5e2d\u65fa\u963f\u5179\u838e\u7684\u5171\u540c\u9886\u5bfc\u4e4b\u4e0b\uff0c\u6211\u4eec\u80fd\u591f\u62d2\u7edd\u201c\u9a6c\u6765\u4eba\u6743\u76ca\u4f1a\u88ab\u4fb5\u8680\u82e5\u5e0c\u76df\u6267\u653f\u201d\u7684\u6076\u6bd2\u8c0e\u8a00\u3002<\/p>\n<p>\u6211\u4eec\u5fc5\u987b\u4e13\u6ce8\u4e8e\u7ecf\u6d4e\u8bae\u9898\uff0c\u5c24\u5176\u662f\u6d88\u8d39\u7a0e\u66b4\u653f\uff0c\u8fd9\u662f\u80fd\u591f\u56e2\u7ed3\u5168\u6c11\uff0c\u6253\u5012\u76d7\u8d3c\u7edf\u6cbb\u3001\u4e13\u5236\u72ec\u88c1\u548c\u670b\u515a\u4e3b\u4e49\u7684\u653f\u6743\u3002\u5c31\u8ba9\u6211\u4eec\u4ee5\u4e00\u4e2a\u8ffd\u6c42\u8bda\u4fe1\u3001\u6c11\u4e3b\u3001\u798f\u5229\u548c\u521b\u65b0\u5dde\u5c5e\u7684\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u6765\u66ff\u6362\u56fd\u9635\u653f\u6743\u3002<\/p>\n<p>\u4eca\u5929\u7684\u793e\u9752\u56e2\uff0c\u5df2\u548c\u6211\u90a3\u4e2a\u65f6\u5019\u7684\u793e\u9752\u56e2\u4e0d\u4e00\u6837\u3002\u4ee5\u524d\u7684\u793e\u9752\u56e2\u662f\u4e00\u76cf\u5c0f\u706f\uff0c\u800c\u4eca\u5929\u7684\u793e\u9752\u56e2\u5219\u662f\u4e00\u5ea7\u706f\u5854\uff0c\u4e3a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u7684\u9752\u5e74\u670b\u53cb\u7167\u4eae\u524d\u65b9\u3002<\/p>\n<p>\u6211\u7ed9\u5927\u5bb6\u4e00\u4e2a\u4efb\u52a1\uff1a\u8ba9\u4f60\u7684\u6218\u53cb\u4eec\u770b\u5230\u5e0c\u671b\uff0c\u65e0\u8bba\u4ed6\u4eec\u6765\u81ea\u793e\u9752\u56e2\u3001\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u9752\u5e74\u56e2\uff0c\u53c8\u6216\u8005\u662f\u4efb\u4f55\u4e00\u4f4d\u60f3\u8981\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u83b7\u5f97\u6539\u53d8\u7684\u5e74\u8f7b\u4eba\u3002\u8bf7\u7ed9\u4ed6\u4eec\u5149\u8292\uff0c\u8ba9\u4ed6\u4eec\u5728\u9ed1\u6697\u4e4b\u4e2d\u7a81\u7834\u5fc3\u4e2d\u7684\u62c5\u5fe7\u548c\u6050\u60e7\u3002<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ucapan Pembukaan Rasmi Persidangan Kebangsaan DAPSY Oleh Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di ibupejabat DAP Di Kuala Lumpur Pada 3.12.2017. Sayap Berjiwa Muda Sebagai Penggerak Gelombang Pembaharuan Menggantikan Kleptokrasi, Autokrasi, Kroni Kapitalis Dengan Integriti, Demokrasi, Keusahawanan Dan Kebajikan. Golongan muda dan DAP sudah menjadi sesuatu yang sinonim. Tahukah anda bahawa DAPSY &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2017\/12\/03\/ucapan-pembukaan-rasmi-persidangan-kebangsaan-dapsy-m-c\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">Ucapan Pembukaan Rasmi Persidangan Kebangsaan DAPSY (m\/c)<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5803"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5803"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5803\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5804,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5803\/revisions\/5804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5803"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5803"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5803"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}