{"id":5298,"date":"2016-10-07T14:18:40","date_gmt":"2016-10-07T06:18:40","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=5298"},"modified":"2016-10-10T10:24:30","modified_gmt":"2016-10-10T02:24:30","slug":"teks-ucapan-ketua-menteri-pulau-pinang-sempena-majlis-perasmian-perpustakaan-digital-pulau-pinang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2016\/10\/07\/teks-ucapan-ketua-menteri-pulau-pinang-sempena-majlis-perasmian-perpustakaan-digital-pulau-pinang\/","title":{"rendered":"TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PERPUSTAKAAN DIGITAL PULAU PINANG"},"content":{"rendered":"<p>Hari ini adalah bersejarah untuk Pulau Pinang kerana kita menyaksikan perasmian Perpustakaan Digital Pulau Pinang ini iaitu perpustakaan digital yang pertama di Malaysia.<\/p>\n<p>Benarkan saya mengimbas kembali sejarah penubuhan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (Penang Digital Library) ini.<!--more--><\/p>\n<p>Pada bulan Jun 2016, Kerajaan Negeri telah mengumumkan penubuhan perpustakaan digital yang dikenali Perpustakaan Digital Pulau Pinang atau Penang Digital Library. Ianya bertujuan untuk mentransformasikan kaedah dan mekanisma perpustakaan tradisional di mana maklumat dan pengetahuan boleh diperolehi bukan sekadar buku-buku dan majalah sahaja tetapi menerusi dunia digital pada masa kini.<\/p>\n<p>Kerajaan Negeri juga ingin meraikan suatu detik bersejarah yang sungguh unggul dan istimewa iaitu ulangtahun ke-200 sebuah sekolah British yang paling tua di Asia Tenggara &#8211; Penang Free School yang didirikan pada tahun 1816. Penang Free School terletak bersebelahan sahaja dan di kawasan berhampiran ada lebih 5 buah sekolah lagi.<\/p>\n<p>Perpustakaan Digital Pulau Pinang merupakan satu inisiatif terbaru oleh Kerajaan Negeri dalam sektor pendidikan sains dan teknologi, yang mana sebelum ini telah diwujudkan Penang Science Cafe, Penang Tech Dome dan pendidikan vokasional Jerman (kerja sambil belajar) German Dual Vocational Training.<\/p>\n<p>Bagi merealiasikan penubuhannya, Kerajaan Negeri meminta sumbangan tanggungjawab social korporat (corporate social responsibility) daripada E&#038;O Berhad dan Keysight Technologies serta disokong oleh pembekal digital, TIME.<\/p>\n<p>Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada E&#038;O Berhad, Keysight Technologies dan TIME, di atas sokongan anda semua kepada projek pembangunan perpustakaan digital ini di Pulau Pinang.<\/p>\n<p>E&#038;O Berhad telah diberi mandat  dari segi kerja-kerja pengubahsuaian dalaman dan luaran bangunan fizikal untuk perpustakaan ini. Pihak E&#038;O juga telah memastikan bangunan warisan ini yang bertaraf warisan kategori 2 telah dibaiki dan dilindungi sewajarnya serta memastikan ianya mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh agensi kerajaan. E&#038;O telah membiayai kos pembaikan dengan sumbangan sebanyak RM1 juta. Kerja-kerja pengubahsuaian ini hanya dimulakan pada 1 April 2016 dan siap dalam tempoh 6 bulan .<\/p>\n<p>Manakala, pihak Keysight Technologies telah memberi sumbangan yang besar dari segi khidmat nasihat teknologi terkini dan terbaik memandangkan Keysight mempunyai kepakaran dari aspek teknikal dan sistem. Antara peranan utama Keysight ialah mengenalpasti jenis bahan bacaan e-book yang bersesuaian dalam pelbagai bidang dan membiayai kos penyediaan kelengkapan dan peralatan software serta lesen bahan bacaan. Ini adalah disebabkan Keysight telah menyediakan satu digital library tersendiri untuk kegunaan dalaman oleh kakitangan.  Keysight telah menyumbang sebanyak RM350,000 untuk peralatan dan software serta kepakaran untuk  melatih kakitangan perpustakaan yang bakal akan menguruskan Digital Library.<\/p>\n<p>Selain itu, bagi memastikan kelancaran perpustakaan ini, pihak TIME dot com juga telah memberikan sumbangan dari segi penyediaan kemudahan jalur lebar yang pantas iaitu 100mbs yang dapat dinikmati oleh pengguna Digital Library dengan kos RM100,000.<\/p>\n<p>Kerajaan Negeri amat agresif dalam mempromosi dan membangunkan pengajaran serta pembelajaran dalam STEM (Science, Technology, Engineering dan Mathematics) agar menjadikan Pulau Pinang pusat kecemerlangan sains dan teknologi. Ini penting kerana Pulau Pinang harus menyertai Revolusi Industri 4.0 supaya kita tidak ketinggalan dalam industri \u201ckilang pintar\u201d yang akan menjadi teras teknologi masa depan. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Revolusi Industri yang pertama adalah dengan penciptaan enjin stim (the 1st Industrial Revolution happened with the invention of steam engines). Revolusi Industri yang kedua pula adalah dengan penemuan pengeluaran elektrik secara besar-besaran dan pengkhususan kerja (the 2nd Industrial Revolution with the discovery of electricity of mass production and specialisation of work). Revolusi Industri yang ketiga adalah penciptaan komputer dan internet (the 3rd Industrial Revolution with the invention of computers and internet) manakala Revolusi Industri yang keempat adalah yang berkisar tentang Big Data Analytics (BDA), Cloud Computing dan Internet of Things (IoT) (the 4th Industrial Revolution revolves around the Big Data Analystics (BDA), Cloud Computing and Internet of Things (IoT)).<\/p>\n<p>Penubuhan perpustakaan ini diharapkan dapat merealisasikan dan mencapai objektif Kerajaan Negeri dalam 3 perkara utama iaitu:<\/p>\n<p>1)       Sebagai pemangkin utama kepada pembangunan STEM<\/p>\n<p>2)       Sebagai ruang perkembangan kreativiti dan inovasi melalui peralatan elektronik dan akses WiFi yang disediakan di dalam perpustakaan tersebut<\/p>\n<p>3)       Sebagai penghubung kepada masyarakat dengan dunia digital masa kini.<\/p>\n<p>Pelajar-pelajar di Pulau Pinang sungguh bertuah kerana mendapat keistimewaan ini. Sebelum ini Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM20 juta untuk mendirikan Penang Science Cafe di Wisma Yeap Chor Ee, RM28 juta untuk mendirikan Penang Tech Dome dan RM6 juta untuk pembelajaran sistem Vokasional Jerman.<\/p>\n<p>Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan RM1.5 juta untuk menubuhkan Perpustakaan Digital yang pertama di Pulau Pinang dengan anggaran kos keseluruhan yang berjumlah RM3 juta. Perpustakaan ini telah dibangunkan di atas Bangunan Warisan Kerajaan Negeri yang berkeluasan 4,000 kaki persegi. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang terkini dan peralatan pembelajaran secara elektronik serta lebih 3,000 bacaan elektronik (e-books).<\/p>\n<p>Perpustakaan ini sesuai digunakan oleh kesemua peringkat umur. Untuk makluman juga, pengguna orang kurang upaya juga digalakkan untuk menggunakan Perpustakaan ini dan kemudahan khas dari segi tandas khas, tempat letak kereta khas dan laluan khas bagi memasuki bangunan  telah disediakan di bangunan ini.<\/p>\n<p>Kemudahan-kemudahan lain yang dapat digunakan adalah bilik-bilik perbincangan pelbagai guna (multi purpose rooms) dan &#8216;amphitheater&#8217; yang mana boleh disewa khas oleh pengguna dengan kadar bayaran yang nominal serta sudut-sudut bacaan individu (nook area) yang selesa. Bangunan Perpustakaan Digital ini mampu memuatkan 50-80 orang dalam satu-satu masa.<\/p>\n<p>Di samping itu, pengguna boleh mendapatkan minuman dan makanan (berasaskan pastri dan bakeri) dari kafe Love A Loaf di tingkat bawah Perpustakaan ini.<\/p>\n<p>Seramai lima kakitangan akan ditempatkan di Perpustakaan Digital. Perpustakaan Digital Pulau Pinang akan memberikan perkhidmatan bagi 365 hari setahun iaitu beroperasi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum, mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.<\/p>\n<p>Pengguna digalakkan untuk membuat pendaftaran keahlian percuma dan meminjam\/memuat turun &#8216;ebooks&#8217; secara percuma bagi tempoh tiga bulan mulai hari ini iaitu 8 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2016. Walau bagaimanapun, mulai 1 Januari 2017 pengguna akan dikenakan yuran keahlian yang nominal bagi pinjaman bahan-bahan elektronik yang disediakan.<\/p>\n<p>Sebagai langkah keselamatan, Perpustakaan Digital ini dilindungi oleh pengawal keselamatan bagi 24jam oleh syarikat penyedia Perkhidmatan Keselamatan bagi memastikan keselamatan pengguna dan harta benda yang terdapat di dalam bangunan ini.<\/p>\n<p>Saya amat-amat berharap khususnya rakyat, pelajar dan ibu bapa di Pulau Pinang dapat mengambil kesempatan menggunakan kemudahan yang disediakan ini dengan sepenuhnya. Ambillah manfaat sebaiknya agar menjadikan Pulau Pinang berstatus Bandar Masa Depan, berteknologi tinggi, berpengetahuan dan pintar.<\/p>\n<p>Sekali lagi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada E&#038;O Berhad atas derma RM1 juta, Keysight Technologies atas isi kandungan \u201csoftware\u201d dan pengurusan serta TIME, di atas sokongan anda semua kepada projek pembangunan perpustakaan digital.<\/p>\n<p>Akhir kata, saya merasmikan Perpustakaan Digital Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Sekian, terima kasih.<\/p>\n<p>&#8212;-Mandarin &#8212;<\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u9996\u957f\u6797\u51a0\u82f1\u4e8e2016\u5e7410\u67088\u65e5\u5728\u69df\u57ce\u6570\u7801\u56fe\u4e66\u9986\u5f00\u5e55\u793c\u4e0a\u81f4\u8f9e<\/p>\n<p><strong>\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u5728\u4eca\u5e746\u6708\u5ba3\u5e03\u6210\u7acb\u69df\u57ce\u6570\u7801\u56fe\u4e66\u9986\uff0c\u4ee5\u6539\u9769\u4f20\u7edf\u56fe\u4e66\u9986\u7684\u9605\u8bfb\u673a\u5236\uff0c\u5728\u73b0\u4eca\u6570\u7801\u4e16\u754c\uff0c\u8d44\u8baf\u548c\u77e5\u8bc6\u5e76\u4e0d\u518d\u662f\u53ea\u80fd\u901a\u8fc7\u4e66\u7c4d\u548c\u6742\u5fd7\u83b7\u53d6\u3002<\/strong><\/p>\n<p>\u5dde\u653f\u5e9c\u4e5f\u8981\u5e86\u795d\u4eca\u5929\u5386\u53f2\u6027\u7684\u4e00\u5929\uff0c\u4e5f\u5c31\u662f\u4e1c\u5357\u4e9a\u6700\u60a0\u4e45\u7684\u82f1\u6821\uff0c\u6210\u7acb\u4e8e1816\u5e74\u7684\u5927\u82f1\u4e49\u5b66\u5e86\u795d200\u5468\u5e74\u7eaa\u5ff5\uff0c\u5927\u82f1\u4e49\u5b66\u4e0e\u56fe\u4e66\u9986\u6bd7\u90bb\u95e8\u9644\u8fd1\u8fd8\u67095\u6240\u5b66\u6821\u3002<\/p>\n<p>\u69df\u57ce\u6570\u7801\u56fe\u4e66\u9986\u662f\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u7ee7\u6210\u7acb\u69df\u57ce\u79d1\u5b66\u5496\u5561\u9986\u3001\u69df\u57ce\u5706\u9876\u79d1\u5b66\u9986\u548c\u5fb7\u56fd\u53cc\u5143\u5236\u804c\u6559\u57f9\u8bad\u540e\uff0c\u53e6\u4e00\u9879\u4e3a\u63a8\u5e7f\u79d1\u5b66\u548c\u79d1\u6280\u505a\u51fa\u7684\u52aa\u529b\u3002<br \/>\n\u8fd9\u662f\u516c\u79c1\u4f19\u4f34\u5173\u7cfb\u4e4b\u4e0b\u5408\u4f5c\u6210\u679c\uff0c\u611f\u8c22\u79c1\u4eba\u754c\u4f19\u4f34\u4e1c\u5bb6\u96c6\u56e2\uff08E&#038;O\uff09\u548c\u5fb7\u79d1\u6280\uff08Keysight Technologies\uff09\uff0c\u8fd8\u6709\u63d0\u4f9b\u7f51\u901f\u670d\u52a1\u7684\u9ad8\u79d1\u6280\u673a\u6784Time dotCom \u7684\u914d\u5408\u548c\u652f\u6301\u3002<\/p>\n<p>\u4e1c\u5bb6\u96c6\u56e2\u8d1f\u8d23\u8fd9\u7b2c\u4e8c\u7ea7\u53e4\u8ff9\u5efa\u7b51\u7269\u7684\u88c5\u4fee\u548c\u4fee\u590d\u5de5\u7a0b\uff0c\u4ee5\u786e\u4fdd\u7b26\u5408\u653f\u5e9c\u673a\u6784\u7684\u6761\u89c4\uff0c\u7531\u4e1c\u5bb6\u96c6\u56e2\u627f\u62c51\u767e\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u5de5\u7a0b\u8d39\uff0c\u5de5\u7a0b\u4ece\u4eca\u5e746\u67081\u65e5\u5f00\u59cb\uff0c\u57286\u4e2a\u6708\u5185\u5b8c\u5de5\u3002<\/p>\n<p>\u5fb7\u79d1\u6280\uff08Keysight Technologies\uff09\u63d0\u4f9b\u79d1\u6280\u8d44\u8baf\uff0c\u5176\u4e2d\u6700\u91cd\u8981\u4efb\u52a1\u662f\u786e\u4fdd\u56fe\u4e66\u9986\u7684\u7535\u5b50\u4e66\u9002\u5408\u5404\u9886\u57df\uff0c\u5e76\u627f\u62c5\u5668\u6750\u3001\u865a\u62df\u8bbe\u65bd\u3001\u7f51\u7edc\u8bbe\u8ba1\u548c\u520a\u7269\u7248\u6743\u8d39\uff0c\u56e0\u4e3a\u5fb7\u79d1\u6280\u5df2\u62e5\u6709\u5176\u5458\u5de5\u4e13\u5c5e\u7684\u6570\u7801\u56fe\u4e66\u9986\uff0c\u5fb7\u79d1\u6280\u9664\u4e86\u627f\u62c535\u4e07\u4ee4\u5409\u8d39\u7528\uff0c\u8fd8\u4e3a\u56fe\u4e66\u9986\u63d0\u4f9b\u7ba1\u7406\u5458\u4e13\u624d\u8bad\u7ec3\u8bfe\u7a0b\u3002<\/p>\n<p>\u6b64\u5916\uff0c\u9ad8\u79d1\u6280\u673a\u6784Time dotCom\u540c\u610f\u63d0\u4f9b\u4e3a\u671f\u4e24\u5e74\u7684100mbps\u7f51\u901f\u670d\u52a1\uff0c\u4f5c\u4e3a\u5b83\u7684\u4f01\u4e1a\u793e\u4f1a\u516c\u6c11\u8d23\u4efb\u8d21\u732e\uff0c\u603b\u503c10\u4e07\u4ee4\u5409\u3002<\/p>\n<p>\u5dde\u653f\u5e9c\u79ef\u6781\u63a8\u5e7f\u79d1\u5b66\u3001\u79d1\u6280\u3001\u5de5\u7a0b\u53ca\u6570\u5b66\uff08STEM\uff09\u7684\u5b66\u4e60\uff0c\u53d1\u5c55\u69df\u57ce\u6210\u4e3a\u79d1\u5b66\u548c\u79d1\u6280\u7684\u5353\u8d8a\u4e2d\u5fc3\uff0c\u69df\u57ce\u5fc5\u987b\u8d76\u4e0a\u7b2c\u56db\u6ce2\u5de5\u4e1a\u9769\u547d\u624d\u4e0d\u4f1a\u88ab\u201c\u667a\u80fd\u5de5\u5382\u201d\u629b\u5728\u540e\u5934\u3002\u4f17\u6240\u5468\u77e5\uff0c\u7b2c\u4e00\u6ce2\u5de5\u4e1a\u9769\u547d\u662f\u84b8\u6c7d\u65f6\u4ee3\uff0c\u7b2c\u4e8c\u6ce2\u5de5\u4e1a\u9769\u547d\u5219\u662f\u7535\u6c14\u65f6\u4ee3\uff0c\u7535\u8111\u7f51\u7edc\u65f6\u4ee3\u662f\u7b2c\u4e09\u6ce2\u5de5\u4e1a\u9769\u547d\uff0c\u5982\u4eca\u5927\u6570\u636e\u5206\u6790\u3001\u4e91\u7aef\u8fd0\u7b97\u548c\u7269\u8054\u7f51\u5e26\u6765\u4e86\u7b2c\u56db\u6ce2\u5de5\u4e1a\u9769\u547d\u3002<\/p>\n<p>\u5dde\u653f\u5e9c\u6210\u7acb\u6570\u7801\u56fe\u4e66\u9986\u76843\u5927\u5b97\u65e8<br \/>\n1\uff09\u4f5c\u4e3a\u63a8\u5e7fSTEM\u7684\u4e3b\u8981\u50ac\u5316\u5242\uff0c\u6570\u7801\u56fe\u4e66\u9986\u60e0\u53ca\u5e74\u8f7b\u65cf\u7fa4\u901a\u8fc7\u501f\u7535\u5b50\u4e66\u3001\u7535\u5b50\u6742\u5fd7\u7b49\u520a\u7269\u9605\u8bfb<br \/>\n2\uff09\u901a\u8fc7\u56fe\u4e66\u9986\u7684\u7535\u5b50\u8bbe\u5907\u548c\u7f51\u7edc\uff0c\u63d0\u4f9b\u4e00\u4e2a\u523a\u6fc0\u521b\u9020\u529b\u7684\u7a7a\u95f4<br \/>\n3\uff09\u8854\u63a5\u8d77\u73b0\u4eca\u6570\u7801\u4e16\u754c\u548c\u793e\u4f1a\u7684\u6865\u6881\u3002<br \/>\n\u69df\u5dde\u5b66\u751f\u5f88\u5e78\u8fd0\u5f97\u4ee5\u4eab\u6709\u8fd9\u4e9b\u8bbe\u5907\u3002\u4e4b\u524d\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u4e5f\u6295\u5165\u4e862\u5343\u4e07\u4ee4\u5409\u6210\u7acb\u69df\u57ce\u79d1\u5b66\u5496\u5561\u9986\u30012\u53438\u767e\u4e07\u4ee4\u5409\u6210\u7acb\u69df\u57ce\u5706\u9876\u79d1\u6280\u56ed\u548c6\u767e\u4e07\u4ee4\u5409\u63a8\u884c\u5fb7\u56fd\u53cc\u5143\u5236\u804c\u6559\u57f9\u8bad\u3002<\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u9996\u5bb6\u6570\u7801\u56fe\u4e66\u9986\u603b\u8017\u8d443\u767e\u4e07\u4ee4\u5409\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u6295\u5165\u4e86150\u4e07\u4ee4\u5409\u3002\u8fd9\u5ea7\u53e4\u8ff9\u5efa\u7b51\u7269\u67094\u5343\u5e73\u65b9\u5c3a\u5efa\u7b51\u7a7a\u95f4\uff0c\u5c06\u6536\u7eb3\u903e3\u5343\u672c\u5404\u7c7b\u7535\u5b50\u4e66\u548c\u7535\u5b50\u520a\u7269\u3002\u6570\u7801\u56fe\u4e66\u9986\u9002\u5408\u5404\u9636\u5c42\u8bfb\u8005\u4f7f\u7528\uff0c\u969c\u788d\u53cb\u5584\u7a7a\u95f4\u4e5f\u9f13\u52b1\u884c\u52a8\u4e0d\u4fbf\u8005\u4f7f\u7528\uff0c\u5982\u5395\u6240\u3001\u505c\u8f66\u573a\u548c\u7279\u522b\u8d70\u9053\u3002<\/p>\n<p>\u56fe\u4e66\u9986\u4e5f\u8bbe\u6709\u7528\u9014\u4ea4\u6d41\u7a7a\u95f4\u3001\u89c6\u542c\u5ba4\u3001\u9605\u89c8\u89d2\u843d\uff0c\u80fd\u540c\u65f6\u5bb9\u7eb350\u4eba\u81f380\u4eba\uff0c\u697c\u4e0b\u4e5f\u8bbe\u6709\u5496\u5561\u9986\u3002<\/p>\n<p>\u69df\u57ce\u6570\u7801\u56fe\u4e66\u9986\u5168\u5e74\u65e0\u4f11\uff0c\u5305\u62ec\u5047\u65e5\u548c\u5468\u672b\uff0c\u4ece\u65e9\u4e0a10\u65f6\u5f00\u653e\u81f3\u665a\u4e0a10\u65f6\uff0c\u5171\u67095\u540d\u5458\u5de5\u3002\u6c11\u4f17\u53ef\u4ece10\u67088\u65e5\u81f312\u670831\u65e5\u4eab\u75283\u4e2a\u6708\u7684\u514d\u8d39\u501f\u4e66\u4f18\u60e0\uff0c\u4e0d\u8fc7\u660e\u5e741\u6708\u8d77\u5c06\u6536\u53d6\u4f1a\u5458\u8d39\uff0c\u56fe\u4e66\u9986\u4e5f\u670924\u5c0f\u65f6\u4fdd\u5b89\u3002<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini adalah bersejarah untuk Pulau Pinang kerana kita menyaksikan perasmian Perpustakaan Digital Pulau Pinang ini iaitu perpustakaan digital yang pertama di Malaysia. Benarkan saya mengimbas kembali sejarah penubuhan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (Penang Digital Library) ini.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5298"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5298"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5298\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5299,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5298\/revisions\/5299"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5298"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5298"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5298"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}