{"id":5249,"date":"2016-08-13T20:39:00","date_gmt":"2016-08-13T12:39:00","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=5249"},"modified":"2016-08-13T20:39:00","modified_gmt":"2016-08-13T12:39:00","slug":"ucapan-ketua-menteri-sempena-majlis-istiadat-penganugerahan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-kehormatanmc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2016\/08\/13\/ucapan-ketua-menteri-sempena-majlis-istiadat-penganugerahan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-kehormatanmc\/","title":{"rendered":"Ucapan Ketua Menteri Sempena Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan(m\/c)"},"content":{"rendered":"<p>UCAPAN YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG<\/p>\n<p>1.\tDengan penuh hormat dan takzimnya, saya bagi pihak Kerajaan Negeri, Pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam serta seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Tun yang ke-78 pada hari ini. Kami mendoakan semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta keluarga dilanjutkan usia, dilimpahkan rahmat dan sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera untuk memimpin dan mengetuai Negeri Pulau Pinang ini.<!--more--><\/p>\n<p>Tuan Yang Terutama Tun,<br \/>\n2.\tDi majlis yang mulia pada hari ini, saya bersama-sama anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri, anggota Perkhidmatan Awam di Negeri Pulau Pinang dan rakyat Negeri Pulau Pinang ingin memperbaharui ikrar dan taat setia kami yang tidak berbelah bahagi kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Tuan Yang Terutama Tun,<\/p>\n<p>[Perkembangan Ekonomi Negeri]<\/p>\n<p>3.\tDasar ekonomi Kerajaan Negeri ialah untuk mencapai Pertumbuhan Berteraskan Ekuiti Sosial (Growth with Social Equity) dipacu berpandukan kepada 6 matlamat menyeluruh seperti berikut:<\/p>\n<p>i) mewujudkan persekitaran yang kukuh untuk inovasi;<\/p>\n<p>ii) mempelbagaikan ekonomi masa kini dengan memanfaatkan kelompok industri teras;<\/p>\n<p>iii) menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan penyertaan sektor swasta dan ekosistem sokongan;<\/p>\n<p>iv) mengembang dan mengekalkan bakat-bakat dalam sektor-sektor industri berkenaan;<\/p>\n<p>v) memanfaatkan rangkaian perdagangan serantau; dan<\/p>\n<p>vi) memastikan limpahan sosio-ekonomi kepada rakyat.<\/p>\n<p>Tuan Yang Terutama Tun,<\/p>\n<p>4.\tKebelakangan ini terdapat kebimbangan mengenai berlakunya penutupan kilang-kilang di negeri ini. Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa fenomena tersebut berlaku berikutan penstrukturan semula industri elektronik sejagat. Di sebalik perkembangan tersebut, permintaan untuk pembukaan kilang baharu masih rancak di Negeri Pulau Pinang. Ini membuka peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat dan seterusnya menjadikan Pulau Pinang negeri yang mencatatkan kadar pengangguran terendah di Malaysia, iaitu 1.5% sahaja.<\/p>\n<p>5.\tKerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan usaha untuk mentransformasikan Pulau Pinang kepada negeri bertaraf antarabangsa dan pintar, yang merupakan lokasi pilihan bagi pelabur, destinasi pilihan bagi pelancong dan habitat pilihan untuk didiami kepada mereka yang mahukan kehidupan yang mampan. Pulau Pinang telah merekodkan pelaburan sebanyak RM8.2 bilion pada 2014, peningkatan sebanyak 110% berbanding RM3.9 bilion pada 2013. Bagi tempoh 8 tahun di antara 2008 \u2013 2015, Pulau Pinang mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM55 bilion, peningkatan sebanyak 90% berbanding tempoh 8 tahun di antara 2000 \u2013 2007 iaitu sebanyak RM29 bilion.<\/p>\n<p>6.\tPemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Pakatan Harapan akan memberi fokus untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai model urus tadbir yang baik dan kepimpinan yang bersih untuk membangunkan Pulau Pinang agar menjadi sebuah negeri keusahawanan dan berkebajikan yang bersih, cekap, akauntabel dan telus.<\/p>\n<p>7.\tWalaupun Pulau Pinang tidak mempunyai sumber semula jadi dan ketandusan peruntukan sewajarnya dari Kerajaan Persekutuan, Pulau Pinang telah berjaya mencapai pembangunan yang menyerlah dengan bergantung kepada urus tadbir yang baik, membina bakat sumber manusia serta bersandarkan kepada sektor swasta dan masyarakat madani dalam rangka kerja Perkongsian Kerjasama Awam-Swasta atau Public-Private Partnership (PPP). Dengan peruntukan wang modal atau pembiayaan penuh projek\/inisiatif oleh Kerajaan Negeri, kita mengalu-alukan sektor swasta melaburkan dana atau kepakaran dalam projek berkepentingan awam yang boleh menjanakan pembangunan mampan.<\/p>\n<p>8.\tWalaupun dibiayai secara awam, banyak projek\/inisiatif ini dijalankan oleh sektor swasta atau masyarakat madani, tanpa campur tangan daripada Kerajaan Negeri. Di antara projeknya ialah Projek Penang Science Cafe yang bernilai RM20 juta untuk memberi kelas percuma kepada kanak-kanak dalam sains aplikasi dan robotik, Tech Dome Pulau Pinang yang bernilai RM28 juta untuk meningkatkan minat dalam sains dan teknologi, Skim Latihan Dual Vokasional Jerman bernilai RM6 juta yang menawarkan kursus diploma sepanjang 42 bulan di mana para pelajar boleh belajar sambil bekerja di kilang-kilang yang diiktiraf dalam negara dan Negara Jerman, Perpustakaan Digital Pulau Pinang bernilai RM3 juta yang baru dibina, dan juga Festival George Town secara tahunan yang menunjukkan kejayaan model Pulau Pinang sebagai negeri keusahawanan.<\/p>\n<p>9.\tSektor pelancongan menampakkan pertumbuhan yang menggalakkan sehingga kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) telahpun memenuhi kapasiti sebanyak 6.5 juta penumpang pada masa kini iaitu 5 tahun lebih awal daripada 2020 yang dijadualkan. Adalah diharapkan Kementerian Pengangkutan akan menyegerakan cadangan projek membesarkan LTAPP daripada 6.5 juta kepada 10 juta kapasiti penumpang. Di samping itu, bilangan pelawat ke Bukit Bendera juga meningkat sebanyak 5.23% berbanding 1.6 juta penumpang pada tahun 2015.<br \/>\n10.\tPulau Pinang juga merupakan negeri berkebajikan yang tidak mengabaikan masyarakat miskin dan golongan kurang bernasib baik. Sejak 2008, lebih RM400 juta telah diperuntukkan untuk sekolah, pusat dialisis, warga emas, anak emas, ibu tunggal, orang kurang upaya, suri rumah, pemandu teksi, nelayan, penarik beca, serta pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti. Kami memperuntukkan 12% dari bajet tahunan untuk bantuan secara wang tunai.<\/p>\n<p>11.\tMalah, demi menjamin pendapatan isi rumah bulanan minimum sebanyak RM790 dengan menambah pendapatan mereka yang kurang daripada RM790. Dalam erti kata lain, jika pendapatan isi rumah bulanan anda adalah RM600 sebulan, Kerajaan akan membayar RM190 setiap bulan. Mungkin inilah sebab mengapa pekali Gini tentang ketidaksamaan pendapatan di Pulau Pinang telah berkurang daripada 0.42 pada 2009 kepada 0.364 pada 2014, satu peningkatan lebih 13% dalam masa 5 tahun, jika dibandingkan dengan purata negara sebanyak 0.401.<\/p>\n<p>12.\tKerajaan Negeri juga melancarkan Tabung Perumahan Awam dan Mampu Milik sebanyak RM500 juta, yang paling besar dalam sejarah oleh mana-mana Kerajaan Negeri. Program perumahan awam dan mampu milik kita sebanyak 26,255 unit di semua daerah Pulau Pinang, telah menarik minat yang meluas termasuk juga skim sewa-beli yang melibatkan 155 unit di Seberang Perai Selatan. Kami merayu Kerajaan Persekutuan untuk menambahkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dirancang dibina setakat 2013, di mana daripada 20,054 unit yang dibina di seluruh negara, hanya 70 buah unit yang dibina di Pulau Pinang iaitu setakat 0.3% sahaja!<\/p>\n<p>13.\tNegeri keusahawanan dan berkebajikan hanya dapat dicapai kerana kita merekodkan lebihan bajet tahunan melalui pentadbiran bersih. Malah, rizab aset kewangan kita meningkat daripada RM850 juta kepada hampir RM1.6 bilion dalam tempoh 8 tahun. Hutang negeri Pulau Pinang telah dikurangkan sebanyak 90% kepada hanya RM69 juta daripada RM16.8 bilion atau hanya 0.4% iaitu yang terendah di Malaysia. Malah, kadar pengangguran Pulau Pinang sebanyak 1.5% menunjukkan Pulau Pinang menawarkan banyak peluang pekerjaan.<\/p>\n<p>14.\tLebih banyak usaha akar umbi perlu dibuat supaya rakyat dimaklumkan dengan dasar-dasar baik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bekerja keras untuk kepentingan rakyat dan bukan memanfaatkan kroni.<\/p>\n<p>Tuan Yang Terutama Tun,<\/p>\n<p>[Pengurusan alam sekitar yang mampan]<\/p>\n<p>15.\tDalam mengejar arus pembangunan, Kerajaan Negeri memandang serius akan kepentingan memelihara alam sekitar. Bermula 1 Jun 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca yang meliputi semua premis dalam negeri. Pelaksanaan dasar ini dilihat mampu membantu negeri ke arah mencapai matlamat menjadi sebuah bandaraya yang bersih dan hijau serta mampu menarik pelaburan dan bakat. Kerajaan Negeri akan terus meningkatkan lagi promosi dan pendidikan agar masyarakat dapat menyokong dan membudayakan dasar ini dalam kehidupan seharian mereka.<\/p>\n<p>16.\tDalam pada itu, di bawah transformasi dasar Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat, Kerajaan Negeri telah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi negeri yang mencatatkan kadar kitar semula tahunan tertinggi dalam negara, iaitu 28% bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 34% bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Kadar tersebut jauh lebih baik daripada sasaran kitar semula kebangsaan secara purata, iaitu sebanyak 20 peratus. Kerajaan Negeri percaya bahawa Pulau Pinang mampu mencapai standard antarabangsa bagi negara-negara maju dengan mensasarkan kadar kitar semula 40 peratus menjelang tahun 2020.<\/p>\n<p>17.\tSaya juga berharap rakyat negeri ini akan terus mengekalkan perpaduan serta menangani perbezaan pendapat dan fahaman politik dengan bijaksana demi kemajuan dan kesejahteraan negeri Pulau Pinang. Walaupun terdapat perbezaan, namun usaha gigih mestilah diteruskan untuk mencari satu titik penyelesaian kepada perbezaan pendapat itu boleh diatasi demi mengekalkan keharmonian, dan kesejahteraan di antara kaum di negeri ini.<\/p>\n<p>18.\tAkhir kata, saya mewakili kepimpinan negeri, anggota Perkhidmatan Awam dan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Jadi Yang Ke-78 kepada Tuan Yang Terutama Tun. Kami berdoa mudah-mudahan Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan hendaknya di bawah naungan dan rahmat Tuhan Yang Maha Esa.<\/p>\n<p>19.\tSaya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji Aidil Adha kepada semua yang menunaikan fardhu haji dengan serangkap pantun:<\/p>\n<p>Bulan Zulhijjah, bulan berharga<br \/>\nAdil ditegak, rakyat dijaga<br \/>\nKerajaan rakyat, harapan bersinar<br \/>\nAmar maaruf, nahi mungkar<\/p>\n<p>Sekian, terima kasih.<\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u9996\u5e2d\u90e8\u957f\u6797\u51a0\u82f1\u8bb2\u8bcd\u6458\u8981<\/p>\n<p>1.            \u6211\u8c28\u4ee3\u8868\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u3001\u5168\u4f53\u516c\u52a1\u5458\u53ca\u69df\u5dde\u4eba\u6c11\uff0c\u606d\u8d3a\u69df\u5dde\u5143\u999678\u5c81\u534e\u8bde\u4e4b\u559c\uff0c\u5e76\u4ee5\u81f3\u8bda\u4e4b\u610f\u795d\u798f\u5143\u9996\u3001\u5143\u9996\u540e\u53ca\u5176\u5bb6\u4eba\u5065\u5eb7\u5e73\u5b89\uff0c\u7ee7\u7eed\u5e26\u9886\u69df\u5dde\u3002<\/p>\n<p>2.            \u5728\u8fd9\u5e84\u4e25\u8083\u7a46\u7684\u4eea\u5f0f\u4e0a\uff0c\u6211\u4e0e\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u540c\u4ec1\u3001\u5168\u4f53\u516c\u52a1\u5458\u4ee5\u53ca\u69df\u5dde\u4eba\u6c11\uff0c\u8c28\u6b64\u5ba3\u8a93\u6548\u5fe0\u5dde\u5143\u9996\u3002<\/p>\n<p>3.            \u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u7684\u7ecf\u6d4e\u653f\u7b56\u5728\u4e8e\u8ba9\u5dde\u5185\u7684\u7ecf\u6d4e\u6210\u957f\u4e4b\u4f59\uff0c\u4e0d\u5931\u793e\u4f1a\u516c\u5e73\uff0c\u8ba9\u5168\u6c11\u53d7\u60e0\u3002\u6211\u4eec\u6709\u516d\u5927\u76ee\u6807\uff0c\u5305\u62ec\uff1a<\/p>\n<p>i)\u6253\u9020\u4e00\u4e2a\u521b\u610f\u53cb\u5584\u7684\u5927\u73af\u5883\u3001<\/p>\n<p>ii)\u4fc3\u4f7f\u7ecf\u6d4e\u591a\u5143\u5316\uff0c\u60e0\u53ca\u6838\u5fc3\u4ea7\u4e1a\u96c6\u7fa4\u3001<\/p>\n<p>iii)\u9f13\u52b1\u5e76\u8054\u5408\u79c1\u4eba\u754c\u4e00\u540c\u53d1\u5c55\u7ecf\u6d4e\uff0c\u7740\u91cd\u751f\u6001\u73af\u5883\u3001<\/p>\n<p>iv)\u57f9\u80b2\u53ca\u53d1\u5c55\u5404\u884c\u5404\u4e1a\u4eba\u624d\u3001<\/p>\n<p>v)\u5145\u5206\u5229\u7528\u533a\u57df\u8d38\u6613\u7f51\u7edc\uff0c\u4ee5\u53ca<\/p>\n<p>vi)\u786e\u4fdd\u793e\u4f1a\u7ecf\u6d4e\u7e41\u8363<\/p>\n<p>4.            \u6700\u8fd1\u56e0\u4e3a\u6709\u4e9b\u5382\u623f\u5173\u95ed\u800c\u5f15\u8d77\u4e86\u62c5\u5fe7\uff0c\u6211\u6b32\u5728\u6b64\u89e3\u91ca\uff0c\u8fd9\u73b0\u8c61\u662f\u5168\u7403\u7535\u5b50\u4e1a\u91cd\u7ec4\u6240\u5e26\u6765\u7684\u7ed3\u679c\uff0c\u6709\u4eba\u5173\uff0c\u5374\u4e5f\u6709\u4eba\u7533\u8bf7\u8bbe\u7acb\u65b0\u5382\uff0c\u69df\u57ce\u5c31\u662f\u5982\u6b64\u3002\u6211\u4eec\u76ee\u524d\u7684\u5931\u4e1a\u7387\u4e3a1.5%\uff0c\u662f\u5168\u56fd\u6700\u4f4e\uff0c\u8fd9\u610f\u5473\u7740\u5728\u6211\u4eec\u8fd9\u91cc\u4ecd\u7136\u62e5\u6709\u8d85\u591a\u7684\u5c31\u4e1a\u673a\u4f1a\u3002<\/p>\n<p>5.            \u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u5c06\u7ee7\u7eed\u52aa\u529b\u4e3a\u69df\u5dde\u63a8\u52a8\u8f6c\u578b\u81f4\u56fd\u9645\u667a\u6167\u57ce\u5e02\uff0c\u6210\u4e3a\u6295\u8d44\u8005\u3001\u6e38\u5ba2\u3001\u53ca\u60f3\u8981\u4e00\u5904\u5b9c\u5c45\u8005\u7684\u9996\u9009\u3002\u69df\u5dde\u57282014\u5e74\u5171\u5438\u5f15\u4e8682\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u5916\u8d44\uff0c\u540c\u6bd42013\u5e74\u768439\u4ebf\u4ee4\u5409\uff0c\u6210\u957f\u4e86110%\u3002\u57282008\u5e74\u81f32015\u5e74\u671f\u95f4\uff0c\u69df\u5dde\u83b7\u5f97\u7684\u603b\u6295\u8d44\u989d\u4e3a550\u4ebf\u4ee4\u5409\uff0c\u6bd4\u8d772000\u5e74\u81f32007\u5e74\u7684290\u4ebf\u4ee4\u5409\uff0c\u591a\u51fa\u4e8690%\u3002<\/p>\n<p>6.            \u69df\u5dde\u5e0c\u671b\u8054\u76df\u7684\u4f17\u9886\u8896\u5c06\u4f1a\u805a\u7cbe\u4f1a\u795e\uff0c\u826f\u5584\u6cbb\u7406\u69df\u5dde\uff0c\u8ba9\u8fd9\u4e2a\u5dde\u5728\u5ec9\u6d01\u9886\u8896\u7684\u5584\u6cbb\u4e4b\u4e0b\uff0c\u53d1\u5c55\u6210\u4e3a\u4e00\u4e2a\u5ec9\u6d01\u3001\u6709\u6548\u7387\u3001\u95ee\u8d23\u53ca\u900f\u660e\u7684\u4f01\u4e1a\u4e0e\u798f\u5229\u5dde\u3002<\/p>\n<p>7.            \u5373\u4fbf\u69df\u5dde\u6ca1\u6709\u5929\u7136\u8d44\u6e90\uff0c\u4e5f\u6ca1\u83b7\u5f97\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u7684\u652f\u63f4\uff0c\u4f46\u662f\uff0c\u69df\u5dde\u4ecd\u7136\u83b7\u5f97\u826f\u597d\u7684\u53d1\u5c55\uff0c\u8fd9\u4e43\u662f\u56e0\u4e3a\u5dde\u653f\u5e9c\u7684\u826f\u5584\u6cbb\u7406\u3001\u57f9\u80b2\u5e76\u5584\u5f85\u4eba\u624d\uff0c\u4ee5\u53ca\u4e0e\u6c11\u95f4\u5145\u5206\u5408\u4f5c\u8bf8\u5982\u63a8\u884c\u516c\u79c1\u5408\u4f5c\u4f19\u4f34\u5173\u7cfb\uff08PPP\uff09\u3002\u6211\u4eec\u4e0d\u4ec5\u81ea\u5df1\u51fa\u94b1\u6295\u8d44\uff0c\u8fd8\u9f13\u52b1\u79c1\u4eba\u754c\u6295\u8d44\u516c\u5171\u9886\u57df\uff0c\u4ee5\u4fbf\u521b\u9020\u4e00\u4e2a\u826f\u597d\u53ca\u5b9c\u5c45\u7684\u57ce\u5e02\u3002<\/p>\n<p>8.            \u6709\u4e9b\u8ba1\u5212\u662f\u7531\u516c\u5bb6\u51fa\u8d44\uff0c\u5374\u7531\u79c1\u4eba\u754c\u9886\u5bfc\uff0c\u653f\u5e9c\u5e76\u672a\u4e88\u4ee5\u5e72\u9884\u3002\u8fd9\u4e9b\u8ba1\u5212\u8bf8\u5982\u8017\u8d442000\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u69df\u5dde\u79d1\u5b66\u5496\u5561\u9986\uff0c\u63d0\u4f9b\u514d\u8d39\u8bfe\u7a0b\u542f\u53d1\u5b66\u7ae5\u5bf9\u5e94\u7528\u79d1\u5b66\u53ca\u673a\u68b0\u4eba\u7684\u5174\u8da3\uff1b\u4ef7\u503c2800\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u69df\u5dde\u5706\u9876\u79d1\u6280\u9986\uff0c\u8ba9\u5b69\u5b50\u5bf9\u79d1\u5b66\u4ea7\u751f\u5174\u8da3\uff1b\u8017\u8d44600\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u5fb7\u56fd\u6280\u804c\u6559\u80b2\u8bad\u7ec3\uff0c\u63d0\u4f9b\u957f\u8fbe42\u4e2a\u6708\u7684\u8bad\u7ec3\uff0c\u8ba9\u5b66\u751f\u53ef\u4ee5\u4e00\u9762\u5b66\u4e60\uff0c\u4e00\u9762\u5230\u5de5\u5382\u5b9e\u4e60\uff1b300\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u6570\u4f4d\u56fe\u4e66\u9986\uff0c\u4ee5\u53ca\u4e54\u6cbb\u5e02\u827a\u672f\u8282\u7b49\uff0c\u90fd\u662f\u516c\u79c1\u5408\u4f5c\u7684\u6210\u529f\u4f8b\u5b50\uff0c\u5f70\u663e\u69df\u5dde\u6210\u4e3a\u4f01\u4e1a\u5dde\u7684\u5de8\u5927\u8fdb\u6b65\u3002<\/p>\n<p>9.            \u65c5\u6e38\u4e1a\u7684\u84ec\u52c3\u53d1\u5c55\uff0c\u5bfc\u81f4\u69df\u5dde\u56fd\u9645\u673a\u573a\u4e0d\u80dc\u8d1f\u8377\u3002\u539f\u672c\u9884\u8ba12020\u5e74\u8fbe\u5230\u6700\u9ad8\u4e58\u5ba2\u8d1f\u8377\u91cf\uff0c\u5373650\u4e07\u4eba\uff0c\u4f46\u4eca\u5929\uff0c\u6211\u4eec\u7684\u673a\u573a\u5df2\u63d0\u65e95\u5e74\u8fbe\u5230650\u4e07\u7684\u4e58\u5ba2\u6d41\u91cf\u3002\u6709\u9274\u4e8e\u6b64\uff0c\u6211\u7531\u8877\u5e0c\u671b\u4ea4\u901a\u90e8\u80fd\u591f\u5c3d\u901f\u63d0\u5347\u69df\u5dde\u56fd\u9645\u673a\u573a\uff0c\u8ba9\u673a\u573a\u7684\u4e58\u5ba2\u8d1f\u8377\u4eba\u6570\u53ef\u4ee5\u53bb\u52301000\u4e07\u4eba\u3002\u53e6\u5916\uff0c\u5347\u65d7\u5c71\u7684\u5230\u8bbf\u4eba\u6570\u4e5f\u5728\u8282\u8282\u5347\u9ad8\u4e2d\uff0c\u6bd4\u8d772015\u5e74\u7684160\u4e07\u4eba\uff0c\u4eca\u5e74\u7684\u6210\u957f\u7387\u9ad8\u8fbe5.23%\u3002<\/p>\n<p>10.          \u69df\u5dde\u4ea6\u662f\u4e00\u4e2a\u798f\u5229\u5dde\uff0c\u4ece\u4e0d\u5ffd\u89c6\u8d2b\u7a77\u4eba\u58eb\u53ca\u5f31\u52bf\u65cf\u7fa4\u3002\u81ea2008\u5e74\u8d77\uff0c\u8d85\u8fc74\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u62e8\u6b3e\u7528\u4e8e\u5b66\u6821\u3001\u6d17\u80be\u4e2d\u5fc3\u3001\u4e50\u9f84\u4eba\u58eb\u3001\u9ec4\u91d1\u5b9d\u8d1d\u3001\u5355\u4eb2\u5988\u5988\u3001\u8eab\u5fc3\u969c\u788d\u8005\u3001\u5bb6\u5ead\u4e3b\u5987\u3001\u5fb7\u58eb\u53f8\u673a\u3001\u6e14\u592b\u3001\u4e09\u8f6e\u8f66\u592b\u3001\u5c0f\u5b66\u751f\u3001\u4e2d\u5b66\u751f\u53ca\u5927\u5b66\u751f\u3002\u6211\u4eec\u6bcf\u5e74\u90fd\u4ece\u5dde\u9884\u7b97\u4e2d\u62e8\u51fa12%\u7684\u7ecf\u8d39\uff0c\u4ee5\u73b0\u91d1\u63f4\u52a9\u4e0a\u8ff0\u5355\u4f4d\u53ca\u4eba\u58eb\u3002<\/p>\n<p>11.          \u9664\u6b64\u4e4b\u5916\uff0c\u4e3a\u4e86\u4fdd\u8bc1\u6bcf\u6237\u5bb6\u5ead\u6536\u5165\u81f3\u5c11790\u4ee4\u5409\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u5bf9\u672a\u8fbe\u6807\u7684\u5bb6\u5ead\u8fdb\u884c\u8865\u8d34\u3002\u6362\u8a00\u4e4b\uff0c\u82e5\u662f\u4e00\u6237\u5bb6\u5ead\u6708\u5165\u4e3a600\u4ee4\u5409\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u5c06\u6bcf\u6708\u6d25\u8d34190\u4ee4\u5409\u3002\u8fd9\u4e5f\u53ef\u80fd\u4f7f\u69df\u5dde\u7684\u57fa\u5c3c\u7cfb\u6570\uff0c\u5373\u6536\u5165\u5206\u914d\u516c\u5e73\u6307\u6570\u4ece2009\u5e74\u76840.42\uff0c\u8fbe\u81f42014\u5e74\u76840.364\uff0c5\u5e74\u5185\u6210\u529f\u63d0\u9ad8\u4e8613%\u3002\u5168\u56fd\u7684\u5e73\u5747\u6570\u4e3a0.401\u3002<\/p>\n<p>12.          \u5dde\u653f\u5e9c\u63a8\u884c5\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u516c\u5171\u623f\u5c4b\u57fa\u91d1\u53ca\u53ef\u8d1f\u62c5\u623f\u5c4b\u8ba1\u5212\uff0c\u8fd9\u662f\u69df\u5dde\u53f2\u4e0a\u4e4b\u6700\u3002\u5728\u8fd9\u8ba1\u5212\u4e4b\u4e0b\uff0c\u6211\u4eec\u5728\u5404\u53bf\u4e00\u5171\u5174\u5efa\u4e862\u4e076255\u4e2a\u5355\u4f4d\u623f\u5c4b\uff0c\u5438\u5f15\u4e86\u591a\u4eba\u7684\u8d2d\u4e70\uff0c\u5176\u4e2d\u5305\u62ec\u5728\u5a01\u5357\u7684155\u4e2a\u5148\u79df\u540e\u552e\u5355\u4f4d\u3002\u6211\u4eec\u547c\u5401\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u589e\u52a0\u5728\u69df\u5dde\u7684\u623f\u5c4b\u8ba1\u5212\uff0c\u6709\u5173\u8ba1\u5212\u57282013\u5e74\u5f00\u59cb\uff0c\u5df2\u7ecf\u5728\u5168\u56fd\u5404\u5730\u5174\u5efa\u4e862\u4e07\u96f654\u4e2a\u5355\u4f4d\uff0c\u4f46\u5728\u69df\u5dde\uff0c\u4ec5\u670970\u4e2a\u5355\u4f4d\uff0c\u6216\u53ea\u5360\u5168\u56fd\u76840.3%\u800c\u5df2\uff01<\/p>\n<p>13.          \u6211\u4eec\u56e0\u4e3a\u5ec9\u6d01\u53ca\u826f\u5584\u6cbb\u7406\uff0c\u8ba9\u6bcf\u5e74\u7684\u8d22\u653f\u90fd\u6709\u76c8\u4f59\uff0c\u624d\u80fd\u4e00\u6b65\u4e00\u811a\u5370\u5730\u8d70\u5411\u6210\u4e3a\u4e00\u4e2a\u4f01\u4e1a\u5dde\u3001\u798f\u5229\u5dde\u3002\u6211\u4eec\u7684\u50a8\u5907\u91d1\u4ece8\u4ebf5000\u4e07\uff0c\u57288\u5e74\u5185\u63d0\u5347\u81f316\u4ebf\u4ee4\u5409\uff0c\u503a\u52a1\u4ea6\u4ece169\u4ebf\u4ee4\u5409\u9aa4\u51cf\u81f36900\u4e07\u4ee4\u5409\uff0c\u964d\u5e45\u8fbe90%\uff0c\u662f\u5168\u56fd\u8d1f\u503a\u6700\u5c11\u7684\u5dde\u5c5e\u3002\u6211\u4eec\u7684\u5931\u4e1a\u7387\u4e3a1.5%\uff0c\u5982\u6b64\u4f4e\u7684\u6570\u636e\u663e\u793a\u69df\u5dde\u63d0\u4f9b\u4e86\u8bb8\u591a\u7684\u5c31\u4e1a\u673a\u4f1a\u3002<\/p>\n<p>14.          \u6211\u4eec\u9700\u8981\u66f4\u79ef\u6781\u52aa\u529b\uff0c\u597d\u8ba9\u4eba\u6c11\u77e5\u9053\u5dde\u653f\u5e9c\u52e4\u594b\u5de5\u4f5c\uff0c\u6700\u7ec8\u60e0\u53ca\u7684\u662f\u5e7f\u5927\u7684\u4eba\u6c11\uff0c\u800c\u975e\u4e00\u5c0f\u64ae\u7684\u670b\u515a\u3002<\/p>\n<p>15.          \u5728\u53d1\u5c55\u4e4b\u4f59\uff0c\u6211\u4eec\u4e5f\u5341\u5206\u770b\u91cd\u73af\u5883\u4fdd\u62a4\u30022016\u5e746\u67081\u65e5\u671f\uff0c\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u5728\u5dde\u5185\u5b9e\u65bd\u4e86\u5783\u573e\u5206\u7c7b\u653f\u7b56\u3002\u8fd9\u5c06\u6709\u6548\u5e2e\u52a9\u69df\u5dde\u8fc8\u5411\u4e00\u5ea7\u66f4\u5e72\u51c0\u53ca\u7eff\u8272\u7684\u57ce\u5e02\uff0c\u5438\u5f15\u66f4\u591a\u7684\u5916\u8d44\u53ca\u4eba\u624d\u8fdb\u9a7b\u3002\u6211\u4eec\u4f1a\u6301\u7eed\u6559\u80b2\u53ca\u9f13\u52b1\u4eba\u6c11\u54cd\u5e94\u5404\u79cd\u73af\u4fdd\u653f\u7b56\uff0c\u8ba9\u73af\u4fdd\u6210\u4e3a\u6211\u4eec\u7684\u751f\u6d3b\u65b9\u5f0f\u3002<\/p>\n<p>16.          \u5728\u8f6c\u578b\u81f3\u6210\u4e3a\u4e00\u4e2a\u5e72\u51c0\u3001\u7eff\u610f\u3001\u5b89\u5168\u53ca\u5065\u5eb7\u7684\u57ce\u5e02\u4e4b\u9645\uff0c\u6211\u4eec\u76ee\u524d\u5df2\u7ecf\u4e66\u5199\u4e86\u8bb0\u5f55\uff0c\u56e0\u4e3a\u6211\u4eec\u7684\u56de\u6536\u7387\uff0c\u5373\u69df\u5c9b\u5e02\u653f\u5385\u768428%\u53ca\u5a01\u7701\u5e02\u653f\u5c40\u768434%\uff0c\u5df2\u7ecf\u8054\u624b\u8ba9\u6211\u4eec\u6210\u4e3a\u5168\u56fd\u4e4b\u6700\u3002\u73b0\u9636\u6bb5\uff0c\u5168\u56fd\u7684\u5e73\u5747\u56de\u6536\u7387\u5219\u662f20%\u3002\u6211\u4eec\u76f8\u4fe1\uff0c\u57282020\u5e74\u4e4b\u9645\uff0c\u6211\u4eec\u5c06\u53ef\u4ee5\u8fbe\u5230\u5148\u8fdb\u56fd\u7684\u6807\u51c6\uff0c\u5373\u62e5\u6709\u9ad8\u8fbe40%\u7684\u8d44\u6e90\u56de\u6536\u7387\u3002<\/p>\n<p>17.          \u6211\u4e5f\u5e0c\u671b\u69df\u5dde\u4eba\u6c11\u80fd\u591f\u56e2\u7ed3\u4e00\u81f4\uff0c\u5728\u9762\u5bf9\u4e0d\u540c\u7684\u610f\u89c1\u6216\u653f\u6cbb\u770b\u6cd5\u65f6\uff0c\u80fd\u591f\u7406\u667a\u4ee5\u5bf9\uff0c\u4e00\u5207\u4ee5\u69df\u5dde\u7684\u798f\u7949\u4e3a\u4e0a\u3002\u5c3d\u7ba1\u6709\u65f6\u5019\u6211\u4eec\u4f1a\u9762\u5bf9\u5dee\u5f02\uff0c\u4f46\u53ea\u8981\u6211\u4eec\u6709\u5fc3\u4e14\u613f\u610f\u6301\u4e4b\u4ee5\u6052\uff0c\u5fc5\u80fd\u627e\u5230\u4e00\u4e2a\u89e3\u51b3\u7684\u65b9\u6cd5\uff0c\u552f\u6709\u5982\u6b64\uff0c\u624d\u80fd\u786e\u4fdd\u5dde\u5185\u79cd\u65cf\u95f4\u7684\u548c\u8c10\u5171\u5904\uff0c\u5f97\u4ee5\u7ee7\u7eed\u4e0b\u53bb\u3002<\/p>\n<p>18.          \u6700\u540e\uff0c\u6211\u518d\u6b21\u4ee3\u8868\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u3001\u5168\u4f53\u516c\u52a1\u5458\u53ca\u4eba\u6c11\uff0c\u606d\u8d3a\u69df\u5dde\u5143\u9996\u534e\u8bde\u5feb\u4e50\uff0c\u7948\u613f\u5143\u9996\u3001\u5143\u9996\u540e\u53ca\u5bb6\u4eba\u5e78\u798f\u5b89\u5eb7\u3002<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UCAPAN YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG 1. Dengan penuh hormat dan takzimnya, saya bagi pihak Kerajaan Negeri, Pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam serta seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2016\/08\/13\/ucapan-ketua-menteri-sempena-majlis-istiadat-penganugerahan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-kehormatanmc\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">Ucapan Ketua Menteri Sempena Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan(m\/c)<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5249"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5249"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5249\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5250,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5249\/revisions\/5250"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5249"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5249"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5249"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}