{"id":5149,"date":"2016-05-28T15:31:21","date_gmt":"2016-05-28T07:31:21","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=5149"},"modified":"2016-05-30T15:44:08","modified_gmt":"2016-05-30T07:44:08","slug":"permohonan-kelulusan-untuk-membina-jambatan-ketiga-pulau-pinang-bebas-tolmc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2016\/05\/28\/permohonan-kelulusan-untuk-membina-jambatan-ketiga-pulau-pinang-bebas-tolmc\/","title":{"rendered":"PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MEMBINA JAMBATAN KETIGA PULAU PINANG BEBAS TOL(m\/c)"},"content":{"rendered":"<p> PSUKPP\/21\/0353\/46 (11)<br \/>\n26 Mei, 2016 <\/p>\n<p>YAB Dato\u2019 Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak<br \/>\nPerdana Menteri Malaysia<br \/>\nPejabat Perdana Menteri<br \/>\nBlok Utama, Bangunan Perdana Putra<br \/>\nPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan<br \/>\n62502 PUTRAJAYA <\/p>\n<p>[No. Faks: 03 &#8211; 8888 3444]<br \/>\nYang Amat Berhormat Dato\u2019 Sri,<\/p>\n<p><strong> PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MEMBINA JAMBATAN KETIGA PULAU PINANG BEBAS TOL<\/strong><\/p>\n<p>Dengan hormatnya saya ingin merujuk mengenai perkara di atas. <\/p>\n<p>2.     Sebagaimana YAB Dato\u2019 Sri sedia maklum, Kerajaan Negeri merancang untuk membina link ketiga di Pulau Pinang yang berupa sebuah terowong bawah dasar laut yang akan dibiayai sendiri oleh Kerajaan Negeri dengan kos RM3.7 bilion. Walau bagaimanapun, kos pembinaan, pengurusan dan penyelenggaraan terowong yang akan menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam, Seberang Perai Utara tersebut adalah tinggi dan perlu disertakan dengan konsesi kutipan tol selama 30 tahun. <!--more--><\/p>\n<p>3.     Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memohon kelulusan pihak YAB Dato&#8217; Sri bagi pembinaan Projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang yang turut akan menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam, Seberang Perai Utara. Kos pembinaan Jambatan Ketiga ini dianggarkan berjumlah kurang daripada RM2 bilion dan akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Tiada peruntukan Kerajaan Persekutuan dipohon. Dengan kelulusan daripada pihak YAB Dato&#8217; Sri, Kerajaan Negeri akan dapat menjimatkan kos hampir RM2 bilion dan penjimatan ini membolehkan Kerajaan Negeri menampung kos pembinaan jambatan dan sekaligus membenarkan kenderaan menggunakan Jambatan Ketiga secara percuma tanpa sebarang caj tol. <\/p>\n<p>4.     Perlu ditegaskan bahawa projek terowong bawah dasar laut ini diilhamkan demi membawa pembangunan seimbang kepada Seberang Perai, khususnya kawasan utara. Untuk makluman YAB Dato&#8217; Sri, daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah dilengkapkan dengan Jambatan Pertama Pulau Pinang sejak tahun 1984 manakala daerah Seberang Perai Selatan (SPS) memiliki Jambatan Sultan Abdul Halim Mu&#8217;adzam Shah yang dirasmikan oleh YAB Dato&#8217; Sri sendiri pada 1 Mac 2014. <\/p>\n<p>5.     Hanya daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang tertinggal dan &#8216;terpinggir&#8217; daripada penghubungan infrastruktur yang dinikmati oleh kawasan lain. Oleh itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina terowong bawah dasar laut di antara Persiaran Gurney ke Bagan Ajam demi menghubungkan daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan kawasan pulau. <\/p>\n<p>6.     Memandangkan pembinaan jambatan memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan, maka tender terbuka telah dipanggil untuk projek terowong bawah dasar laut ini. Bidaan terendah sebanyak RM3.7 bilion diterima dan bukannya bernilai RM6.3 bilion seperti yang dilaporkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Malah anasir-anasir jahat ini juga mendakwa kajian &#8216;feasibility study&#8217; yang mengandungi beberapa keping kertas berkenaan terowong bawah dasar laut adalah RM305 juta sedangkan kos sebenar hanya bernilai RM20 juta dan ia mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan sendiri oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan piawaian antarabangsa. Pembayaran untuk projek terowong bawah dasar laut akan dibuat menerusi pertukaran tanah atau &#8216;land swap&#8217; dan bukannya secara wang tunai. <\/p>\n<p>7.     Sehingga sekarang, kerja-kerja untuk projek terowong bawah dasar laut belum bermula kerana ia hanya dijangka siap di antara tahun 2025-2027 apabila jalan-jalan penghubung di kawasan bandaraya George Town siap dan trafik bertambah sehingga kedua-dua jambatan sekarang djiangka sesak dalam tempoh 12 tahun lagi. Ingin ditegaskan bahawa sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak membuat sebarang bayaran dalam bentuk wang atau seinci tanah pun untuk projek terowong bawah dasar laut ini. <\/p>\n<p>8.     Kerajaan Negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Kerja Raya yang baru-baru ini menyatakan kesudian Kerajaan Persekutuan untuk menimbang permohonan membina Jambatan Ketiga. Sekiranya kelulusan diberikan, maka Kerajaan Negeri berkemungkinan besar mampu membina jambatan ketiga ini tanpa mengenakan tol kepada pengguna-pengguna jambatan. Perlu ditekankan juga bahawa Jambatan Ketiga ini adalah gantian kepada projek terowong bawah dasar laut. <\/p>\n<p>9.     Konsesi tol yang dicadangkan untuk terowong bawah dasar laut adalah selama 30 tahun iaitu pada kadar sama yang dikenakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu&#8217;adzam Shah. Ini adalah kerana kos pembinaan projek terowong bawah dasar laut amat tinggi berbanding dengan pembinaan jambatan. Oleh itu, sekiranya jambatan ketiga dibenarkan dibina bagi menggantikan terowong bawah dasar laut, maka kos yang dijimatkan boleh menampung pembinaan jambatan tanpa tol. <\/p>\n<p>10.   Kerajaan Negeri bersedia memberanikan diri untuk menjalankan inisiatif Jambatan Ketiga tanpa tol. Sebaik sahaja kelulusan secara prinsip diberikan oleh YAB Dato&#8217; Sri, maka Kerajaan Negeri boleh menjalankan kajian pelaksanaan dan kajian lain yang perlu untuk suatu projek yang akan memanfaatkan rakyat. Sudah tentunya projek ini mesti mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) atau Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA). <\/p>\n<p>11.    Kerajaan Negeri tidak boleh menjalankan kajian &#8216;feasibility study&#8217; kerana ia menelan perbelanjaan yang besar dengan anggaran kos sebanyak RM10 juta. Oleh itu, kelulusan secara prinsip perlu diberikan terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang kajian kerana tidak wajar wang yang begitu besar dibelanjakan tanpa mendapat keputusan muktamad bahawa projek jambatan ketiga ini boleh diluluskan. <\/p>\n<p>12.   Justeru, Kerajaan Negeri amat berharap supaya permohonan terhadap cadangan pembinaan projek jambatan ketiga ini diberi kelulusan secara prinsip oleh pihak YAB Dato&#8217; Sri supaya Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya ke arah merealisasikan pelaksanaan projek tersebut. <\/p>\n<p>13.   Besarlah harapan Kerajaan Negeri yang membawa hasrat 1.7 juta rakyat Pulau Pinang untuk memiliki sebuah jambatan bebas tol. Pertimbangan sewajarnya oleh pihak YAB Dato&#8217; Sri berhubung permohonan di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. <\/p>\n<p>Sekian.<\/p>\n<p>Yang ikhlas,<br \/>\n(LIM GUAN ENG)<br \/>\nKetua Menteri Pulau Pinang  <\/p>\n<p>Salinan kepada : <\/p>\n<p>YB Dato&#8217; Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof<br \/>\nMenteri Kerja Raya,<br \/>\nKementerian Kerja Raya,<br \/>\nTingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,<br \/>\nJalan Sultan Salahuddin,<br \/>\n50580 Kuala Lumpur<\/p>\n<p>YB Dato\u2019 Seri Farizan bin Darus<br \/>\nSetiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang<br \/>\nPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang<br \/>\nTingkat 25, KOMTAR,<br \/>\n10503 Pulau Pinang<\/p>\n<p>YB Lim Hock Seng<br \/>\nPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan,<br \/>\nPejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,<br \/>\nTingkat 53, KOMTAR<br \/>\n10503 Pulau Pinang <\/p>\n<p>&#8212;&#8211;Mandarin&#8212;<\/p>\n<p>\u7533\u8bf7\u6279\u51c6\u5efa\u8bbe\u514d\u6536\u8fc7\u8def\u8d39\u7684\u69df\u5dde\u7b2c\u4e09\u5927\u6865<\/p>\n<p>\u81f4\u9996\u76f8\u62ff\u7763\u65af\u91cc\u7eb3\u5409\uff0c <\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u539f\u672c\u8ba1\u5212\u81ea\u8d44\u6253\u9020\u4e00\u5ea7\u4ef7\u503c37\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\uff0c\u6210\u4e3a\u901a\u5f80\u69df\u5a01\u4e24\u5730\u7684\u7b2c\u4e09\u6761\u8fde\u63a5\u7ebf\u3002\u53ea\u662f\uff0c\u6709\u5173\u4ece\u65b0\u5173\u4ed4\u89d2\u94fe\u63a5\u5230\u5cc7\u773c\u4e9a\u5360\u7684\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\uff0c\u5176\u5efa\u8bbe\u3001\u7ecf\u8425\u53ca\u7ba1\u7406\u6210\u672c\u76f8\u5f53\u4e4b\u9ad8\uff0c\u4ee5\u81f4\u9700\u8981\u6536\u53d6\u6574\u657430\u5e74\u7684\u8fc7\u6865\u8d39\u59cb\u80fd\u5e73\u8861\u6536\u652f\u3002 <\/p>\n<p>\u6709\u9274\u4e8e\u6b64\uff0c\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u8bda\u631a\u5411\u9996\u76f8\u7533\u8bf7\u6279\u51c6\u5efa\u8bbe\u69df\u5dde\u7b2c\u4e09\u5ea7\u5927\u6865\uff0c\u4ee5\u94fe\u63a5\u65b0\u5173\u4ed4\u89d2\u81f3\u5a01\u5317\u7684\u5cc7\u773c\u4e9a\u5360\u3002\u8fd9\u5ea7\u7b2c\u4e09\u5927\u6865\u7684\u5efa\u7b51\u6210\u672c\u4f30\u8ba1\u4f4e\u4e8e20\u4ebf\u4ee4\u5409\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u5c06\u4f1a\u5168\u76d8\u8d1f\u8d23\uff0c\u5e76\u4e0d\u4f1a\u5bfb\u6c42\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u62e8\u6b3e\u3002\u5018\u82e5\u83b7\u5f97\u9996\u76f8\u6279\u51c6\uff0c\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u5c06\u4f1a\u76f4\u63a5\u7701\u4e0b\u7ea620\u4ebf\u4ee4\u5409\uff0c\u800c\u8fd9\u7b14\u7701\u4e0b\u7684\u91d1\u94b1\uff0c\u4e0d\u6b62\u8ba9\u5dde\u653f\u5e9c\u6709\u80fd\u529b\u627f\u62c5\u5efa\u7b51\u8d39\uff0c\u540c\u65f6\u4ea6\u80fd\u8ba9\u4f7f\u7528\u8be5\u6865\u8005\u4e0d\u5fc5\u7f34\u4ed8\u8fc7\u6865\u8d39\u3002 <\/p>\n<p>\u9700\u5f3a\u8c03\u7684\u662f\uff0c\u5efa\u8bbe\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\u7684\u539f\u610f\u4e43\u662f\u5728\u4e8e\u5e73\u8861\u53d1\u5c55\u5a01\u7701\uff0c\u7279\u522b\u662f\u5a01\u5317\u90e8\u5206\u3002\u76ee\u524d\uff0c\u5a01\u4e2d\u5730\u533a\u5df2\u7ecf\u62e5\u6709\u69df\u57ce\u7b2c\u4e00\u5927\u6865\uff0c\u8be5\u5927\u6865\u5174\u5efa\u4e8e1984\u5e74\u3002\u800c\u5a01\u5357\u90e8\u5206\uff0c\u5219\u62e5\u6709\u82cf\u4e39\u963f\u90fd\u54c8\u6797\u5927\u6865\uff0c\u9996\u76f8\u672c\u4eba\u66fe\u4e8e2014\u5e743\u67081\u65e5\u4eb2\u81ea\u4e3a\u6709\u5173\u5927\u6865\u4e3b\u6301\u542f\u7528\u793c\u3002 <\/p>\n<p>\u663e\u800c\u6613\u89c1\uff0c\u76ee\u524d\u4ec5\u6709\u5a01\u5317\u5730\u533a\u662f\u88ab\u201c\u8fb9\u7f18\u5316\u201d\u7684\uff0c\u56e0\u4e3a\u622a\u81f3\u76ee\u524d\u4e3a\u6b62\u5c1a\u672a\u62e5\u6709\u4efb\u4f55\u94fe\u63a5\u4e24\u5cb8\u7684\u7ebf\u8def\u3002\u804c\u662f\u4e4b\u6545\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u8f83\u65e9\u524d\u6253\u7b97\u5efa\u9020\u4e00\u5ea7\u94fe\u63a5\u69df\u5c9b\u65b0\u5173\u4ed4\u89d2\u5230\u5a01\u5317\u5cc7\u773c\u4e9a\u5360\u7684\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\uff0c\u4ee5\u586b\u8865\u5a01\u5317\u533a\u7684\u7a7a\u7f3a\u3002 <\/p>\n<p>\u57fa\u4e8e\u5efa\u9020\u5927\u6865\u9700\u8981\u83b7\u5f97\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u7684\u9996\u80af\uff0c\u56e0\u6b64\u6211\u4eec\u624d\u8f6c\u800c\u8fdb\u884c\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\u5e76\u505a\u516c\u5f00\u62db\u6807\uff0c\u6709\u5173\u5de5\u7a0b\u6700\u7ec8\u4ee5\u6700\u4f4e\u4ef737\u4ebf\u4ee4\u5409\u83b7\u6807\uff0c\u800c\u975e\u4e00\u4e9b\u4e0d\u8d1f\u8d23\u4efb\u4eba\u58eb\u6240\u8bf4\u768463\u4ebf\u4ee4\u5409\u3002\u8fd9\u4e9b\u5b58\u5fc3\u4e0d\u826f\u8005\u4e5f\u6307\u63a7\uff0c\u5de5\u7a0b\u524d\u7684\u53ef\u884c\u6027\u7814\u7a76\uff0c\u51e0\u5f20\u7eb8\u7684\u62a5\u544a\u5374\u8981\u4ef73\u4ebf500\u4e07\u4ee4\u5409\uff0c\u4e8b\u5b9e\u4e0a\uff0c\u76f8\u5173\u53ef\u884c\u6027\u7814\u7a76\u7684\u5b9e\u9645\u6210\u672c\u4ec5\u662f2\u5343\u4e07\u4ee4\u5409\uff0c\u800c\u4e14\u8fc7\u7a0b\u7b26\u5408\u5de5\u7a0b\u90e8\u53ca\u56fd\u9645\u7684\u6807\u51c6\u3002\u53e6\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u5e76\u4e0d\u4f1a\u4ee5\u73b0\u91d1\u652f\u51fa\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\u7684\u5de5\u7a0b\u8d39\u7528\uff0c\u800c\u662f\u4ee5\u571f\u5730\u4ea4\u6362\u7684\u65b9\u5f0f\u89e3\u51b3\u3002 <\/p>\n<p>\u8fc4\u4eca\uff0c\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\u7684\u5de5\u7a0b\u5c1a\u672a\u5f00\u59cb\u52a8\u5de5\uff0c\u6709\u5173\u5de5\u7a0b\u9884\u8ba1\u57282025-2027\u5e74\u59cb\u80fd\u7ae3\u5de5\uff0c\u5c4a\u65f6\uff0c\u94fe\u63a5\u4e54\u6cbb\u5e02\u7684\u5404\u4e2a\u4e3b\u8981\u901a\u9053\u4ea6\u5df2\u5b8c\u6210\uff0c\u800c\u73b0\u6709\u7684\u4e24\u5ea7\u5927\u6865\u572812\u5e74\u540e\u4f30\u8ba1\u4ea4\u901a\u6d41\u91cf\u4e5f\u5df2\u8fbe\u81f4\u62e5\u6324\u3002\u6211\u4eec\u6b32\u5f3a\u8c03\u7684\u662f\uff0c\u622a\u81f3\u73b0\u9636\u6bb5\u4e3a\u6b62\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u5e76\u4e3a\u4ed8\u8d39\u6216\u4ea4\u51fa\u4efb\u4f55\u4e00\u5bf8\u571f\u5730\u7ed9\u83b7\u6807\u8005\u3002 <\/p>\n<p>\u5dde\u653f\u5e9c\u6b32\u5728\u6b64\u611f\u8c22\u5de5\u7a0b\u90e8\u957f\uff0c\u56e0\u4e3a\u4ed6\u5728\u8f83\u65e9\u524d\u8bf4\u8fc7\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u613f\u610f\u8003\u8651\u5dde\u653f\u5e9c\u7684\u7533\u8bf7\u3002\u8981\u662f\u6211\u4eec\u7684\u7533\u8bf7\u83b7\u5f97\u6279\u51c6\uff0c\u6211\u4eec\u5c06\u4f1a\u5c3d\u5168\u529b\u6253\u9020\u4e00\u5ea7\u4e0d\u6536\u8d39\u7684\u65b0\u5927\u6865\u3002\u6211\u4eec\u8981\u5f3a\u8c03\u7684\u662f\uff0c\u65b0\u5927\u6865\u5c06\u4f1a\u53d6\u4ee3\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\uff0c\u6210\u4e3a\u69df\u5a01\u4e24\u5730\u7684\u7b2c\u4e09\u6761\u8fde\u63a5\u7ebf\u3002 <\/p>\n<p>\u8f83\u65e9\u524d\uff0c\u6211\u4eec\u5efa\u8bae\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\u7684\u6536\u8d39\u548c\u82cf\u4e39\u963f\u90fd\u54c8\u6797\u5927\u6865\u4e00\u6837\uff0c\u5e76\u9884\u8ba1\u6536\u8d39\u671f\u8fbe30\u5e74\u3002\u4f1a\u6536\u53d6\u6b64\u8d39\u7528\u662f\u57fa\u4e8e\u5174\u5efa\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\u7684\u6210\u672c\u6bd4\u5927\u6865\u9ad8\u6602\uff0c\u56e0\u6b64\uff0c\u8981\u662f\u6211\u4eec\u5f97\u4ee5\u7528\u5927\u6865\u53d6\u4ee3\u6d77\u5e95\u96a7\u9053\uff0c\u5219\u7701\u4e0b\u7684\u6210\u672c\u8db3\u4ee5\u8ba9\u6211\u4eec\u8d1f\u62c5\u5efa\u8bbe\u4e00\u5ea7\u514d\u8fc7\u8def\u8d39\u7684\u5927\u6865\u3002 <\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u51c6\u5907\u5927\u80c6\u5c1d\u8bd5\uff0c\u8fdb\u884c\u8fd9\u9879\u514d\u6536\u8fc7\u8def\u8d39\u7684\u7b2c\u4e09\u5927\u6865\u3002\u4e00\u65e6\u5f97\u5230\u9996\u76f8\u539f\u5219\u4e0a\u7684\u6279\u51c6\uff0c\u6211\u4eec\u5c31\u4f1a\u6295\u5165\u8fd9\u4e2a\u8fdb\u884c\u5229\u6c11\u8ba1\u5212\u7684\u53ef\u884c\u6027\u7814\u7a76\u3002\u6211\u4eec\u6709\u4fe1\u5fc3\uff0c\u8be5\u8ba1\u5212\u5b9a\u80fd\u901a\u8fc7\u73af\u8bc4\u3002 <\/p>\n<p>\u81f3\u4eca\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u5e76\u672a\u5f00\u59cb\u8fdb\u884c\u65b0\u5927\u6865\u7684\u53ef\u884c\u6027\u7814\u7a76\uff0c\u7686\u56e0\u6709\u5173\u6210\u672c\u8981\u4ef7\u7ea61\u5343\u4e07\u4ee4\u5409\u3002\u8981\u662f\u672a\u5f97\u5230\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u7684\u539f\u5219\u4e0a\u6279\u51c6\uff0c\u6211\u4eec\u4e0d\u4f1a\u83bd\u649e\u5730\u5148\u53bb\u505a\u7814\u7a76\uff0c\u4ee5\u514d\u6211\u4eec\u505a\u4e86\u7814\u7a76\u6700\u540e\u5374\u5f97\u4e0d\u5230\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u7684\u6279\u51c6\u3002 <\/p>\n<p>\u603b\u7684\u6765\u8bf4\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u975e\u5e38\u6bb7\u5207\u76fc\u671b\u9996\u76f8\u53ef\u4ee5\u539f\u5219\u4e0a\u6279\u51c6\u6709\u5173\u5174\u5efa\u7b2c\u4e09\u5927\u6865\u7684\u7533\u8bf7\uff0c\u597d\u8ba9\u5dde\u653f\u5e9c\u505a\u597d\u51c6\u5907\u5de5\u4f5c\uff0c\u9010\u6b65\u843d\u5b9e\u8fd9\u9879\u5de5\u7a0b\u3002 <\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u53ca170\u4e07\u4eba\u6c11\u671f\u8bb8\u62e5\u6709\u8fd9\u5ea7\u514d\u53d7\u8fc7\u6865\u8d39\u7684\u65b0\u5927\u6865\uff0c\u5e0c\u671b\u9996\u76f8\u53ef\u4ee5\u614e\u91cd\u8003\u8651\uff0c\u82e5\u8499\u6279\u51c6\u5219\u611f\u6fc0\u4e0d\u5c3d\u3002<\/p>\n<p>\u8c22\u8c22\uff01<\/p>\n<p>\u6797\u51a0\u82f1<\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u9996\u5e2d\u90e8\u957f<\/p>\n<p>\u526f\u672c\u81f4:<br \/>\n\u5de5\u7a0b\u90e8\u957f<br \/>\n\u69df\u5dde\u79d8\u4e66\u7f72<br \/>\n\u69df\u5dde\u516c\u5171\u5de5\u7a0b\u59d4\u5458\u4f1a\u4e3b\u5e2d\u6797\u5cf0\u6210<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PSUKPP\/21\/0353\/46 (11) 26 Mei, 2016 YAB Dato\u2019 Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Pejabat Perdana Menteri Blok Utama, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA [No. Faks: 03 &#8211; 8888 3444] Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Sri, PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MEMBINA JAMBATAN KETIGA PULAU PINANG BEBAS TOL Dengan hormatnya saya &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2016\/05\/28\/permohonan-kelulusan-untuk-membina-jambatan-ketiga-pulau-pinang-bebas-tolmc\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MEMBINA JAMBATAN KETIGA PULAU PINANG BEBAS TOL(m\/c)<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5149"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5149"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5149\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5150,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5149\/revisions\/5150"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5149"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5149"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5149"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}