{"id":5143,"date":"2016-05-26T10:56:14","date_gmt":"2016-05-26T02:56:14","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=5143"},"modified":"2016-05-26T10:56:14","modified_gmt":"2016-05-26T02:56:14","slug":"sehingga-kesemua-persoalan-yang-disenaraikan-di-atas-diambil-kira-dan-diperjelaskan-kerajaan-negeri-pulau-pinang-tidak-akan-membenarkan-sebarang-urusniaga-tanah-ke-atas-234-tanah-1mdb-di-air-itammc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2016\/05\/26\/sehingga-kesemua-persoalan-yang-disenaraikan-di-atas-diambil-kira-dan-diperjelaskan-kerajaan-negeri-pulau-pinang-tidak-akan-membenarkan-sebarang-urusniaga-tanah-ke-atas-234-tanah-1mdb-di-air-itammc\/","title":{"rendered":"Sehingga kesemua persoalan yang disenaraikan di atas diambil kira dan diperjelaskan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah ke atas 234 tanah 1MDB di Air Itam(m\/c)"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.5.2016 <\/p>\n<p>Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 20 Mei 2016 telah membuat keputusan bijaksana dengan meluluskan usul berikut: &#8211;<\/p>\n<p>          \u201cBahawa Dewan yang mulia ini prihatin tentang skandal 1MDB sebanyak RM50 bilion yang mencipta sejarah buat kali pertama mengakibatkan sebuah syarikat milikan Kerajaan Persekutuan Malaysia dan juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia gagal (default), atau tidak dapat melangsaikan bayaran faedah yang diwajibkan dibayar sebanyak dua kali, setiap kali melibatkan jumlah faedah sekurang-kurangnya USD50 juta.<br \/>\n<!--more--><\/p>\n<p>          Justeru itu, demi kepentingan awam adalah diputuskan bahawa semua urusan berkaitan dengan 1MDB di Pulau Pinang harus dibekukan sehingga satu penjelasan penuh diberikan olehnya tentang skandal ini dan impaknya kepada rakyat serta juga tentang urusan pembelian dan penjualan tanah, khususnya 234 ekar tanah di Air Itam yang dibeli dengan harga RM1.38 bilion sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 serta membabitikan hampir 3,000 keluarga dan pembangunan perumahan berskala besar.\u201d <\/p>\n<p>Kebijaksanaan meluluskan usul ini bukan sahaja mempertahankan hak dan kepentingan 3,000 keluarga yang duduk di atas tanah di Air Itam tetapi juga menjauhkan diri daripada sebuah syarikat yang terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sehingga bank 1MDB di Singapura baru-baru ditutup. Pihak Berkuasa Kewangan Singapura(MAS) telah mengarahkan BSI Bank  daripada Switzerland,  yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1MDB supaya ditutup dan menarik semula status bank saudagar. <\/p>\n<p>Alasan-alasan yang diberikan termasuk &#8220;pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank.Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun. Bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseorangan, termasuk 1MDB. <\/p>\n<p>MAS juga mengenakan denda ke atas BSI Bank sebanyak USD 13.3 juta untuk 41 kesalahan. Ini menimbulkan persoalan apakah nasib asset 1MDB yang dipegang dalam bentuk \u201cunit\u201d di BSI Bank sebanyak USD 940 juta atau RM3.8 bilion. Jelas sekali penutupan BSI akan memudaratkan pegangan 1MDB dalam bank saudagar itu. <\/p>\n<p>Skandal RM50 bilion 1MDB tidak boleh ditutup melainkan Kerajaan Persekutuan tampil ke depan secara berani membersihkan nama mereka dengan:<\/p>\n<p>1.                 Mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara secara umum berkenaan skandal terbabit<\/p>\n<p>2.                 Mengira kos impak negatif kegagalan melangsaikan hutang buat kali pertama dalam sejarah oleh entiti kerajaan bulan lalu dan awal bulan ini dalam bentuk bayaran faedah berjumlah USD50 juta masing-masing, dan<\/p>\n<p>3.                 Memberi justifikasi mengapa  tiada tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas skandal yang begitu besar sedangkan tangkapan dan dakwaan telah dibuat oleh negara-negara asing terhadap mereka yang bertanggungjawab berhubung skandal ini <\/p>\n<p>Apakah yang cuba disorok atau diselindungi oleh Kerajaan Malaysia apabila enggan mendedahkan laporan Ketua Audit Negara kepada umum? <\/p>\n<p>Menyelamatkan 1MDB dengan memindahkan kesemua baki asetnya ke Kementerian Kewangan tidak akan menyelesaikan masalah kerana 30 juta rakyat Malaysia masih perlu menanggung beban hutang RM50 bilion. Akhirnya masih memerlukan kerajaan Malaysia untuk menyelamatkannya kerana 1MDB adalah syarikat hak milik kerajaan, dan Kerajaan Persekutuan turut menjamin beberapa hutang 1MDB. <\/p>\n<p>Malah jenis serta nilai aset 1MDB yang dipindahkan kepada Kementerian Kewangan juga boleh dipertikaikan. Aset ketara 1MDB yang masih tinggal adalah tanah Tun Razak Exchange Bandar Malaysia di Kuala Lumpur (diberikan pada harga rendah tanpa tender terbuka dan dijual semula oleh 1MDB dengan keuntungan berlipat ganda), tanah seluas 234 ekar di Air Itam yang dibeli dengan harga RM1.08 bilion, tunai berjumlah RM2.3 bilion dan unit RM3.8 bilion di BSI Bank, yang nilainya diragui. <\/p>\n<p>Disebabkan masih terdapat soalan-soalan 1MDB yang masih belum dijawab, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membekukan kesemua urusniaga tanah yang seluas 234 ekar di Air Itam yang dibeli oleh 1MDB sehingga wujud akauntabiliti dan ketelusan penuh untuk skandal ini. Perdana Menteri sendiri telah berjanji untuk membina 9,999 unit perumahan rakyat bagi menampung lebih 3,000 keluarga setinggan di sana. Terdapat kebimbangan awam sama ada janji-janji ini masih praktikal dan dapat dilaksanakan memandangkan kos yang besar telah dilaburkan serta tiada 100% milikan tanah. <\/p>\n<p>Keutamaan Kerajaan Negeri ialah untuk berdiri teguh bersama lebih 3,000 keluarga setinggan ini. Atas sebab itu, sehingga kesemua persoalan yang disenaraikan di atas diambil kira dan diperjelaskan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah ke atas 234 tanah 1MDB di Air Itam, sama ada permohonan tukar hakmilik tanah atau kebenaran gadaian, kecuali ia mendapat pengesahan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.<\/p>\n<p>LIM GUAN ENG<\/p>\n<p>&#8212;-Mandarin &#8212;<br \/>\n\u69df\u5dde\u9996\u5e2d\u90e8\u957f\u6797\u51a0\u82f1\u4e8e2016\u5e745\u670826\u65e5\u5728\u5149\u5927\u4e54\u6cbb\u5e02\u53d1\u8868\u58f0\u660e\uff1a<\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u8bae\u4f1a\u57282016\u5e745\u670820\u65e5\u901a\u8fc7\u4e86\u4e0b\u5217\u52a8\u8bae\uff1a<br \/>\n\u201c\u5bf9\u4e8e\u521b\u4e0b\u5386\u53f2\u7684500\u4ebf\u4ee4\u5409\u4e00\u4e2a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u4e11\u95fb\uff0c\u6b64\u5e84\u4e25\u7684\u8bae\u4f1a\u5385\u8868\u793a\u5173\u6ce8\u3002\u8fd9\u4e5f\u662f\u53f2\u4e0a\u7b2c\u4e00\u6b21\u5bfc\u81f4\u4e00\u5bb6\u7531\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u6240\u62e5\u6709\u3001\u5e76\u83b7\u5f97\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u62c5\u4fdd\u7684\u516c\u53f8\uff0c\u4e24\u5ea6\u65e0\u6cd5\u507f\u8fd8\u6bcf\u6b21\u81f3\u5c115\u5343\u4e07\u7f8e\u5143\u7684\u5229\u606f\u3002<\/p>\n<p>\u56e0\u6b64\uff0c\u4e3a\u4e86\u516c\u4f17\u5229\u76ca\uff0c\u6211\u4eec\u8bae\u51b3\uff0c\u6240\u6709\u5728\u69df\u57ce\u4e0e\u4e00\u4e2a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6709\u9650\u516c\u53f8\u6709\u5173\u7684\u4e00\u5207\u4ea4\u6613\u5fc5\u987b\u88ab\u51bb\u7ed3\uff0c\u76f4\u81f3\u6709\u5173\u4e00\u9a6c\u516c\u53f8\u4e11\u95fb\u7684\u7591\u56e2\u83b7\u5f97\u5b8c\u6574\u7684\u89e3\u91ca\u4e3a\u6b62\uff0c\u7279\u522b\u662f\u4f4d\u4e8e\u4e9a\u4f9d\u6de1\u533a\u3001\u9762\u79ef234\u82f1\u4ea9\u7684\u5730\u76ae\u57282013\u5e74\u5168\u56fd\u5927\u9009\u524d\u4ee513\u4ebf8\u5343\u4e07\u4ee4\u5409\u88ab\u4e70\u4e0b\uff0c\u5171\u6d89\u53ca\u7ea63000\u4e2a\u5bb6\u5ead\u7684\u5927\u89c4\u6a21\u623f\u5c4b\u53d1\u5c55\u5bf9\u4eba\u6c11\u7684\u5f71\u54cd\u3002\u201d<\/p>\n<p>\u4e0a\u8ff0\u52a8\u8bae\u7684\u901a\u8fc7\uff0c\u4e0d\u4ec5\u4ec5\u634d\u536b\u4e86\u5c45\u4f4f\u5728\u4e9a\u4f9d\u6de13000\u6237\u5bb6\u5ead\u7684\u6743\u529b\u548c\u5229\u76ca\uff0c\u540c\u65f6\u4e5f\u4e0e\u4e00\u5bb6\u6d89\u53ca\u6ee5\u6743\u821e\u5f0a\u7684\u516c\u53f8\u5212\u6e05\u754c\u7ebf\uff0c\u751a\u81f3\u6d89\u53ca1MDB\u4e8b\u4ef6\u7684\u65b0\u52a0\u5761\u745e\u610f\u94f6\u884c\u88ab\u4e0b\u4ee4\u5173\u95ed\u3002\u65b0\u52a0\u5761\u91d1\u878d\u7ba1\u7406\u5c40\u5df2\u7ecf\u6307\u793a\u745e\u58eb\u6b63\u63a5\u53d7\u5173\u4e8e1MDB\u8c03\u67e5\u7684\u745e\u610f\u94f6\u884c\u5173\u95ed\uff0c\u5e76\u540a\u9500\u745e\u610f\u5728\u65b0\u52a0\u5761\u7684\u5546\u4e1a\u94f6\u884c\u6267\u7167\u3002<\/p>\n<p>\u5176\u7406\u7531\u662f\u4e0a\u8ff0\u94f6\u884c\uff1a\u4e25\u91cd\u8fdd\u53cd\u7684\u53cd\u6d17\u9ed1\u94b1\u89c4\u5b9a\u3001\u5bf9\u94f6\u884c\u4e1a\u52a1\u7ba1\u7406\u7cdf\u7cd5\u3001\u94f6\u884c\u7684\u4e00\u4e9b\u804c\u5458\u201c\u4e25\u91cd\u6e0e\u804c\u201d\uff0c\u8fd9\u662f\u65b0\u52a0\u5761\u8fc7\u53bb32\u5e74\u6765\u9996\u6b21\u91c7\u53d6\u5982\u6b64\u7684\u63aa\u65bd\u3002\u5546\u4e1a\u94f6\u884c\u662f\u5904\u7406\u5546\u4e1a\u516c\u53f8\u4e1a\u52a1\u7684\u94f6\u884c\uff0c\u800c\u4e0d\u662f\u5904\u7406\u4e2a\u4eba\u4e1a\u52a1\u3002<\/p>\n<p>\u745e\u610f\u94f6\u884c\uff08BSI Bank\uff09\u4e5f\u56e0\u89e6\u72af\u91d1\u878d\u7ba1\u7406\u5c4041\u9879\u6761\u4f8b\uff0c\u800c\u88ab\u7f5a\u6b3e1330\u4e07\u7f8e\u5143\u3002\u90a3\u4e481MDB\u5b58\u653e\u5728\u745e\u610f\u94f6\u884c\u76849\u4ebf4000\u4e07\u7f8e\u5143\u621638\u4ebf\u4ee4\u5409\u8d44\u4ea7\u7a76\u7adf\u4e0b\u843d\u5982\u4f55\uff1f\u5f88\u660e\u663e\u5730\uff0c\u745e\u610f\u94f6\u884c\u88ab\u4ee4\u5173\u95ed\u5c06\u8ba91MDB\u5728\u8fd9\u5bb6\u5546\u4e1a\u94f6\u884c\u7684\u80a1\u5206\u8d2c\u503c\u3002<\/p>\n<p>500\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u4e00\u9a6c\u4e11\u95fb\u65e0\u6cd5\u56e0\u6b64\u88ab\u63a9\u76d6\uff0c\u9664\u975e\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u80fd\u591f\u633a\u8eab\u800c\u51fa\uff0c\u52c7\u4e8e\u4f5c\u51fa\u4e0b\u5217\u4e3e\u52a8\u4ee5\u6d17\u6e05\u4ed6\u4eec\u7684\u6c61\u540d:<br \/>\n\uf031\u3002   \u5bf9\u5916\u516c\u5e03\u56fd\u5bb6\u603b\u7a3d\u67e5\u53f8\u5c31\u6709\u5173\u4e11\u95fb\u7684\u62a5\u544a<br \/>\n\uf032 \u3002   \u8ba1\u7b97\u653f\u5e9c\u673a\u5173\u4e0a\u6708\u53ca\u672c\u6708\u521d\uff0c\u521b\u4e0b\u53f2\u4e0a\u9996\u6b21\u65e0\u6cd5\u507f\u8fd8\u5404\u603b\u503c5\u5343\u4e07\u7f8e\u5143\u5229\u606f\u7684\u8d1f\u9762\u5f71\u54cd\u6210\u672c\uff1b\u4ee5\u53ca<br \/>\n\uf033\uf02e        \u5f53\u5916\u56fd\u7684\u6267\u6cd5\u5355\u4f4d\u7eb7\u7eb7\u5bf9\u6b64\u4e11\u95fb\u5c55\u5f00\u8c03\u67e5\uff0c\u91c7\u53d6\u902e\u6355\u53ca\u8d77\u8bc9\u884c\u52a8\u7684\u5f53\u513f\uff0c\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6267\u6cd5\u673a\u5173\u5374\u6beb\u65e0\u884c\u52a8\uff0c\u9488\u5bf9\u6b64\u4e8b\uff0c\u653f\u5e9c\u6709\u5fc5\u8981\u8bf4\u660e\u3002<\/p>\n<p>\u5230\u5e95\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u653f\u5e9c\u6709\u4ec0\u4e48\u8bd5\u56fe\u9690\u7792\u6216\u63a9\u76d6\uff0c\u4ee5\u81f4\u4e0d\u613f\u610f\u5c06\u56fd\u5bb6\u603b\u7a3d\u67e5\u53f8\u62a5\u544a\u516c\u8bf8\u4e8e\u4e16\uff1f <\/p>\n<p>\u5c06\u6240\u6709\u7684\u5269\u4f59\u8d44\u4ea7\u8f6c\u53bb\u8d22\u653f\u90e8\uff0c\u5e76\u65e0\u6cd5\u62ef\u6551\u4e00\u4e2a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6709\u9650\u516c\u53f8\uff0c\u4e5f\u65e0\u6cd5\u89e3\u51b3\u95ee\u9898\uff0c\u56e0\u4e3a3000\u4e07\u7684\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u516c\u6c11\uff0c\u5c1a\u9700\u8981\u627f\u62c5\u6c89\u91cd\u7684\u503a\u52a1\uff0c\u5373\u53ef\u80fd\u8d85\u8fc7500\u4ebf\u4ee4\u5409\u3002\u6700\u7ec8\u8fd8\u662f\u9700\u8981\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u653f\u5e9c\u51fa\u624b\u62ef\u6551\u2014\u56e0\u4e3a\u5b83\u662f\u56fd\u6709\u4f01\u4e1a\uff0c\u4ee5\u53ca\u8054\u653f\u5e9c\u4e5f\u5df2\u62c5\u4fdd\u597d\u51e0\u9879\u4e0e\u4e00\u9a6c\u516c\u53f8\u76f8\u5173\u7684\u503a\u52a1\u3002<\/p>\n<p>\u8f6c\u79fb\u81f3\u8d22\u653f\u90e8\u7684\u8d44\u4ea7\u4ef7\u503c\u53ca\u79cd\u7c7b\u4e5f\u4e00\u6837\u503c\u5f97\u5546\u6743\u3002\u76ee\u524d\u4e00\u9a6c\u516c\u53f8\u4ec5\u5b58\u7684\u6709\u5f62\u8d44\u4ea7\u5c31\u662f\u4f4d\u4e8e\u5409\u9686\u5761\u6566\u62c9\u8428\u56fd\u9645\u8d38\u6613\u4e2d\u5fc3\u571f\u5730\uff08\u4e5f\u5373\u662f\u5728\u6ca1\u6709\u7ecf\u8fc7\u516c\u5f00\u62db\u6807\u7684\u60c5\u51b5\u4e0b\u4ee5\u4f4e\u4ef7\u8d31\u5356\uff0c\u7136\u540e\u7531\u4e00\u4e2a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6709\u9650\u516c\u53f8\u4ee5\u7ffb\u500d\u5229\u6da6\u5356\u51fa\uff09\uff1b\u5728\u4e9a\u4f9d\u6de1\u4ee510\u4ebf8000\u4e07\u4ee4\u5409\u8d2d\u5165\u7684\u9762\u79ef234\u82f1\u4ea9\u5730\u6bb5\uff1b\u603b\u503c23\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u73b0\u91d1\u4ee5\u53ca\u745e\u610f\u94f6\u884c\u4ef7\u503c38\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u8d44\u4ea7\u90fd\u4ee4\u4eba\u6000\u7591\u3002 <\/p>\n<p>\u56e0\u4e3a\u76f8\u5173\u4e00\u4e2a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u7684\u79cd\u79cd\u7591\u56e2\u5c1a\u672a\u83b7\u5f97\u5398\u6e05\uff0c\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u5c06\u4f1a\u51bb\u7ed3\u4e00\u4e2a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6709\u9650\u516c\u53f8\u540d\u4e0b\u4f4d\u4e8e\u4e9a\u4f9d\u6de1234\u82f1\u4ea9\u4e4b\u5730\u6bb5\u7684\u4e00\u5207\u571f\u5730\u4ea4\u6613\uff0c\u76f4\u81f3\u7591\u56e2\u83b7\u5f97\u89e3\u5f00\u4e3a\u6b62\u3002\u9996\u76f8\u672c\u8eab\u66fe\u7ecf\u627f\u8bfa\u4f1a\u5174\u5efa\u542b9\u5343999\u5355\u4f4d\u7684\u516c\u5171\u623f\u5c4b\uff0c\u8ba9\u8d85\u8fc73\u5343\u6237\u4eba\u5bb6\u53ef\u4ee5\u5b89\u5c45\u4e8e\u6b64\u3002\u516c\u4f17\u90fd\u62c5\u5fc3\u4e0a\u8ff0\u627f\u8bfa\u662f\u5426\u5b9e\u9645\uff0c\u4ee5\u53ca\u9700\u8981\u6295\u5165\u5927\u91cf\u8d44\u91d1\uff0c\u56e0\u4e3a\u5b9e\u9645\u4e0a1MDB\u5e76\u4e0d\u662f100%\u62e5\u6709\u4e0a\u8ff0\u5730\u6bb5\u3002<\/p>\n<p>\u5dde\u653f\u5e9c\u4e0e\u8fd9\u8d85\u8fc73\u5343\u6237\u7684\u4eba\u5bb6\u540c\u5728\u3002\u804c\u662f\u4e4b\u6545\uff0c \u9664\u975e\u4e0a\u8ff0\u6240\u6709\u95ee\u9898\u7686\u5f97\u5230\u89e3\u91ca\uff0c\u5426\u5219\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u5c06\u4e0d\u4f1a\u5141\u8bb8\u4efb\u4f55\u571f\u5730\u4ea4\u6613\uff0c\u4e0d\u7ba1\u662f\u571f\u5730\u62e5\u6709\u6743\u6613\u540d\u6216\u5f81\u6c42\u540c\u610f\u5236\u6388\u6743\u62b5\u62bc\uff0c\u51e1\u6b64\u79cd\u79cd\u90fd\u9700\u83b7\u5f97\u69df\u5dde\u884c\u653f\u8bae\u4f1a\u7684\u6279\u51c6\u3002<\/p>\n<p>\u6797\u51a0\u82f1<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.5.2016 Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 20 Mei 2016 telah membuat keputusan bijaksana dengan meluluskan usul berikut: &#8211; \u201cBahawa Dewan yang mulia ini prihatin tentang skandal 1MDB sebanyak RM50 bilion yang mencipta sejarah buat kali pertama mengakibatkan sebuah syarikat &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2016\/05\/26\/sehingga-kesemua-persoalan-yang-disenaraikan-di-atas-diambil-kira-dan-diperjelaskan-kerajaan-negeri-pulau-pinang-tidak-akan-membenarkan-sebarang-urusniaga-tanah-ke-atas-234-tanah-1mdb-di-air-itammc\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">Sehingga kesemua persoalan yang disenaraikan di atas diambil kira dan diperjelaskan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah ke atas 234 tanah 1MDB di Air Itam(m\/c)<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5143"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5143"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5143\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5144,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5143\/revisions\/5144"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5143"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5143"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5143"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}