{"id":4690,"date":"2015-04-28T16:00:31","date_gmt":"2015-04-28T08:00:31","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=4690"},"modified":"2015-05-12T16:09:17","modified_gmt":"2015-05-12T08:09:17","slug":"ucapan-ketua-menteri-sempena-istiadat-mengangkat-sumpah-pelantikan-yang-di-pertuaemc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2015\/04\/28\/ucapan-ketua-menteri-sempena-istiadat-mengangkat-sumpah-pelantikan-yang-di-pertuaemc\/","title":{"rendered":"Ucapan Ketua Menteri Sempena Istiadat Mengangkat Sumpah Pelantikan Yang Di-Pertua(e\/m\/c)"},"content":{"rendered":"<p>UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH  PELANTIKAN  YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO\u2019 SERI UTAMA  (DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS<\/p>\n<p>Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.<\/p>\n<p>Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang, saya melafazkan doa kesyukuran serta ucapan tahniah kerana pada hari ini, negeri dan rakyat Pulau Pinang sekali lagi berasa gembira sempena pelanjutan perkhidmatan Tuan Yang Terutama Tun Dato\u2019 Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang buat kali yang keenam dan juga setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Toh Puan Dato\u2019 Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff. <\/p>\n<p>Saya mendoakan semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan sentiasa berada dalam keafiatan serta kesejahteraan, terus berperanan sebagai lambang keutuhan negeri dan menjadi tunjang utama kepimpinan negeri. Semoga negeri dan rakyat yang berada di bawah kepimpinan Tuan Yang Terutama Tun, akan dikurnia dan dilimpahkan oleh Tuhan segala kerahmatan, keberkatan dan kesejahteraan jua hendaknya.<!--more--><\/p>\n<p>Kewujudan institusi yang efisien, kukuh dan mampan merupakan prasyarat utama untuk mencapai tahap sebuah negeri maju yang bertaraf antarabangsa dan pintar seperti matlamat Kerajaan Negeri. Pulau Pinang berjaya menarik jumlah pelaburan sebanyak RM8.16 bilion pada tahun 2014 berbanding dengan RM3.91 bilion pada tahun 2013. Keyakinan pelabur memang terserlah apabila pelaburan negeri ini mencatat RM48.2 bilion untuk tempoh tujuh (7) tahun di antara 2008 hingga 2014 iaitu 93.6% lebih tinggi daripada RM24.9 bilion semasa tempoh tujuh (7) tahun sebelum ini (2001-2007).<\/p>\n<p>Permulaan tahun baru ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan di mana Negeri Pulau Pinang mencatat satu lagi sejarah baharu apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya yang ke-13 di Malaysia dan kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dengan status terbaru ini, adalah diharapkan supaya perkhidmatan yang diberikan akan lebih efisien dan mencerminkan sebuah Bandaraya yang maju dan bertaraf antarabangsa.<\/p>\n<p>Dalam usaha membebaskan Negeri Pulau Pinang daripada gejala rasuah serta pembaziran dan penyelewengan kewangan, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Hasil daripada urus tadbir CAT, Kerajaan Negeri berjaya mencatatkan lebihan Belanjawan setiap tahun semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008. <\/p>\n<p>Sepanjang enam (6) tahun ini bermula dari tahun 2008 hingga 2013, lebihan Belanjawan yang dicatatkan adalah berjumlah RM453 juta. Pada tahun 2011 sahaja, Pulau Pinang mencatatkan lebihan Belanjawan RM138.31 juta yang merupakan lebihan Belanjawan tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah Negeri Pulau Pinang. Dalam tempoh enam (6) tahun ini (2008-2013), lebihan Belanjawan terkumpul bagi Pulau Pinang berjumlah RM453 juta, yang jauh melebihi lebihan Belanjawan terkumpul 50 tahun sebelum ini (1957-2007), sebanyak RM373.6 juta.<\/p>\n<p>Lebihan Belanjawan yang terkumpul hasil daripada kawalan dalaman perbelanjaan, amalan perbelanjaan berhemah dan usaha berterusan dalam menambah hasil negeri, membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan program-program bantuan sosial iaitu sebanyak RM287 juta sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menghargai dan menjaga kebajikan rakyatnya. Ianya diberikan secara langsung sebagai pemberian sumbangan &#8220;emas&#8221; kepada golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal, ibu emas, pelajar emas, anak emas, waris warga emas, waris ibu tunggal dan waris OKU serta semua mahasiswa dan mahasiswi universiti awam tempatan.<\/p>\n<p>Baki lebihan Belanjawan ini digunakan untuk melaksanakan projek-projek untuk kegunaan awam seperti jalan raya, longkang, dewan orang ramai, rumah mampu milik dan perumahan awam, taman rekreasi, gelanggang futsal dan sukan serta menaiktaraf pasar awam.  Antaranya, memperuntukan RM5 juta bagi menaiktaraf tiga (3) buah pasar awam termasuk Pasar Awam Samagagah di Permatang Pauh. <\/p>\n<p>Kerajaan Negeri juga sedang merancang untuk membangunkan semula 4.5 ekar Pasar Awam dan Kompleks Penjaja Bandar Seberang Jaya yang akan menelan belanja sebanyak RM12 juta. Di samping itu, RM11 juta dibelanjakan oleh PDC bagi pembinaan SPA atau Seberang Perai Arena yang merupakan dewan paling cantik dibina oleh Kerajaan Negeri, khas bagi penduduk di Seberang Jaya dan penduduk Permatang Pauh khususnya. <\/p>\n<p>Selain daripada itu, program pemeriksaan mamogram percuma telahpun dilancarkan untuk semua wanita yang melebihi 35 tahun sekaligus menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kaum wanita. Kerajaan Negeri menghadapi dua (2) cabaran utama \u2013 masalah pengangkutan awam serta perumahan awam.  <\/p>\n<p>Adalah menjadi visi dan misi Kerajaan Negeri sejak mula memerintah Negeri Pulau Pinang pada tahun 2008 bagi mewujudkan satu sistem pengangkutan awam dan jalan raya yang berintegrasi dan menyeluruh di seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk di Seberang Perai. Pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Negeri yang dijangka menelan belanja sebanyak RM27 bilion dibahagi kepada tiga (3) komponen utama iaitu jangka pendek dari tahun 2013 hingga 2015, jangka sederhana bermula tahun 2015 hingga 2020 dan jangka panjang bermula pada tahun 2020 hingga 2030. Ianya merangkumi pengangkutan darat, air dan udara (termasuk keretapi, LRT\/MRT).<\/p>\n<p>Sebagai langkah jangka masa pertengahan sehingga sistem LRT\/MRT siap pada tahun 2030, Kerajaan Negeri dan Penang Sentral Sdn. Bhd. sedang dalam peringkat mengeksplorasi projek kereta kabel menghubungkan Seberang Perai dan bahagian Pulau yang dikenali sebagai Penang Sky Cab. Perjalanan akan mengambil masa selama 15 minit dan merupakan satu alternatif kepada perkhidmatan feri selain daripada menjadi tarikan pelancongan.<\/p>\n<p>Andai semuanya berjalan lancar, projek dengan anggaran kos antara RM250 juta ke RM300 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018. Penang Sky Cab akan menghubungkan Hab Pengangkutan Sentral Pulau Pinang, Butterworth (di bahagian Seberang Perai) ke Gat Lebuh Nordin berdekatan Depoh Bas Rapid Penang (di bahagian Pulau).<\/p>\n<p>Bagi memastikan pendemokrasian perumahan, Kerajaan Negeri menerusi PDC sedang membina 22,512 unit rumah awam dan mampu milik di kedua-dua bahagian Negeri Pulau Pinang. Ianya dijangka memenuhi permintaan rakyat sekiranya diambil kira lebih daripada 20,000 unit yang akan dibina oleh pihak swasta.<\/p>\n<p>Dalam mengelak pengaliran keluar bakat tempatan, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif khas menubuhkan Penang Future Foundation (PFF) yang merupakan program biasiswa. PFF ditawarkan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang dan berkelayakan, dengan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Pulau Pinang untuk belajar dalam jurusan terpilih dalam institusi pengajian tinggi di Malaysia, dengan syarat mesti bekerja di Pulau Pinang untuk satu tempoh masa selepas Ijazah.<\/p>\n<p>Kejayaan ekonomi dan sosio-politik Pulau Pinang adalah hasil daripada usaha kolektif semua rakyatnya. Sementara Pulau Pinang sedang menuju matlamat negeri maju dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, semua kejayaan ini tidak bermakna sekiranya ia tidak dimiliki bersama. Kita semua harus mengimpikan impian yang sama \u2013 Impian Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Impian Pulau Pinang adalah berjiwa rakyat dan berteraskan undang-undang, serta bertumpu kepada tiga (3) golongan utama iaitu individu, masyarakat dan institusi. Impian Pulau Pinang komited untuk mencapai:<\/p>\n<p>1.\tPerpaduan kebangsaan berdasarkan prinsip-prinsip bersama iaitu keadilan, demokrasi, kebebasan, nilai moral sejagat, kepimpinan berintegriti dan martabat manusia<\/p>\n<p>2.\tPertumbuhan ekonomi di mana sumber dikongsikan dengan rakyat dan tidak dimonopoli oleh segelintir kroni<\/p>\n<p>3.\tKeharmonian sosial yang meraikan kepelbagaian dan pertumbuhan inklusif sebagai tonggak masyarakat yang padu dengan penuh ehsan<\/p>\n<p>4.\tPembangunan lestari untuk memastikan habitat yang bersih, hijau, selamat dan sihat; dan<\/p>\n<p>5.\tUsaha masyarakat dan individu yang memberi ganjaran kepada mereka yang cekal dan cemerlang serta menyediakan peluang saksama bagi memastikan semua orang boleh merealisasikan potensi mereka.<\/p>\n<p>Mekanisme Impian Pulau Pinang hanya boleh diperkuat dan diperkukuhkan oleh institusi yang berteraskan undang-undang. Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, selain mendukung kedaulatan Parlimen, Institusi Raja-raja dan Islam sebagai agama Persekutuan, boleh juga mempertahankan lima (5) komitmen ini. Institusi seperti keluhuran undang-undang, hukuman berat untuk rasuah dan salah guna kuasa memberi harapan keesokan hari pasti lebih cerah untuk anak-anak kita.<\/p>\n<p>Dengan mengikrarkan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Negeri dan Perlembagaan Negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan bekerja keras untuk merealisasikan Impian Pulau Pinang. Marilah kita menjadikan Pulau Pinang sebagai landasan di mana semua impian kita boleh menjadi kenyataan.<\/p>\n<p>Sekali lagi saya dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri serta rakyat Negeri Pulau Pinang mengambil peluang untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuan Yang Terutama Tun. Kami berikrar untuk menjunjung Tuan Yang Terutama Tun dalam melaksanakan tanggungjawab menjalankan urus tadbir CAT ini. Kerajaan Negeri juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa keselamatan khususnya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengawal ketenteraman masyarakat, keamanan negeri dan keselamatan Tuan Yang Terutama Tun.<\/p>\n<p>Akhir sekali, kami sekalian mendoakan semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan dan seluruh anggota keluarga sentiasa mendapat keberkatan dan perlindungan daripada Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. <\/p>\n<p>Selamat memerintah dengan sejahteranya.<\/p>\n<p>Sekian, terima kasih.<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;-English &#8212;-<\/p>\n<p>Important Point Translation of Speech by Chief Minister in TYT Swearing In Ceremony on 28 April 2015<\/p>\n<p>Penang\u2019s economic and socio-political achievements is due to the collective effort of its people. Whilst Penang is on its way towards achieving a developed state and high-income economy by 2020, this successes will count for nothing if there is no sense of ownership by all. We must all dream the same dreams \u2013 the Penang Dream.<\/p>\n<p>The Penang Dream is people-centric and rules-based, focusing on three key groups of individual, community and institutions. The Penang Dream is committed towards:-<br \/>\n1.National Unity based on common principles of justice, democracy, freedom, universal moral values, integrity in leadership and human dignity.<br \/>\n2.Economic growth where the resources are shared with the people and not monopolised by a few cronies;<br \/>\n3.Social harmony that celebrates diversity and inclusive growth as a strength for social cohesion and compassion;<br \/>\n4.Sustainable development to ensure a clean, green, safe and healthy habitat; and<br \/>\n5.Community effort and individual enterprise that rewards excellence and diligence as well as provide equal opportunities to ensure that everyone can realise his and her potential.<\/p>\n<p>The mechanism of the Penang Dream can only be strengthened and reinforced by rules-based institutions. For instance the Federal and State Constitution, apart from upholding the supremacy of Parliament, the Royalty and Islam as the religion of the Federation can also protects these 5 commitments. These institutions such as rule of law, severe punishment for corruption and abuse of power gives hope for a better tomorrow for all and a brighter future for our young.<\/p>\n<p>In pledging our total and undivided loyalty to the Yang di Pertuan Agong, the Governor and the State Constitution, we will also work hard to realise this Penang Dream. Let Penang be the platform where all our dreams can come true!<\/p>\n<p>&#8212;-Mandarin &#8212;&#8211;<\/p>\n<p>\u69df\u57ce\u9996\u5e2d\u90e8\u957f\u6797\u51a0\u82f1\u4e8e2015\u5e744\u670828\u65e5\u5728\u69df\u57ce\u5dde\u5143\u9996\u5e9c\u4e3e\u884c\u7684\u5dde\u5143\u9996\u5c31\u804c\u5ba3\u8a93\u5178\u793c\u8bb2\u8bcd\u7684\u91cd\u70b9\u7ffb\u8bd1:<\/p>\n<p>\u62e5\u6709\u6548\u7387\u3001\u7a33\u56fa\u53ca\u6c38\u7eed\u7684\u5236\u5ea6\uff0c\u662f\u5dde\u653f\u5e9c\u5b9e\u73b0\u56fd\u9645\u53ca\u667a\u6167\u578b\u5dde\u5c5e\u7684\u5148\u51b3\u6761\u4ef6\u3002\u76f8\u8f83\u4e8e2013\u5e74\u768439\u4ebf1000\u4e07\u4ee4\u5409\uff0c\u69df\u57ce\u57282014\u5e74\u6210\u529f\u5438\u5f15\u4e8681\u4ebf6000\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u6295\u8d44\u3002\u6295\u8d44\u8005\u5bf9\u69df\u57ce\u6709\u4fe1\u5fc3\uff0c\u56e0\u6b64\u4ece2008\u5e74\u81f32014\u5e747\u5e74\u6765\uff0c\u69df\u57ce\u5171\u83b7\u5f97482\u4ebf\u4ee4\u5409\u6295\u8d44\uff0c\u8f83\u4e8e2007\u81f32001\u5e74\u524d\u4e03\u5e74\u69df\u57ce\u6240\u83b7\u5f97\u7684249\u4ebf\u4ee4\u5409\uff0c\u9ad8\u51fa93.6%<\/p>\n<p>\u4eca\u5e74\u4f0a\u59cb\uff0c\u69df\u57ce\u878d\u5165\u5728\u4e00\u7247\u6b22\u5e86\u4e0e\u5feb\u4e50\u7684\u6c14\u6c1b\u4e2d\uff0c\u56e0\u4e3a\u69df\u5dde\u518d\u6b21\u5199\u4e0b\u5386\u53f2\u65b0\u7bc7\u7ae0\uff0c\u69df\u5c9b\u4e8e2015\u5e741\u67081\u65e5\u6b63\u5f0f\u5347\u683c\u4e3a\u5e02\uff0c\u69df\u5c9b\u5e02\u653f\u5c40\uff08MPPP\uff09\u8363\u5347\u69df\u5c9b\u5e02\u653f\u5385\uff08MBPP\uff09\u3002\u5e0c\u671b\u501f\u7740\u5347\u683c\u4e3a\u5e02\uff0c\u5e02\u653f\u5385\u7684\u670d\u52a1\u6548\u7387\u80fd\u83b7\u5f97\u63d0\u5347\u53ca\u771f\u6b63\u53cd\u6620\u4e00\u5ea7\u5148\u8fdb\u53ca\u56fd\u9645\u7684\u57ce\u5e02\u3002<\/p>\n<p>\u6c11\u8054\u5dde\u653f\u5e9c\u5728\u79c9\u6301\u80fd\u5e72\u3001\u516c\u4fe1\u3001\u900f\u660e\u7684\u65bd\u653f\u65b9\u9488\uff0c\u8ba9\u69df\u5dde\u514d\u4e8e\u8d2a\u6c61\u3001\u6d6a\u8d39\u53ca\u6ee5\u6743\uff0c\u4f7f\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u81ea2008\u5e74\u6267\u653f\u4ee5\u6765\uff0c\u6210\u529f\u6bcf\u5e74\u83b7\u5f97\u9884\u7b97\u76c8\u4f59\u3002<\/p>\n<p>\u4ece2008\u5e74\u81ea2013\u5e74\uff0c6\u5e74\u6765\uff0c\u69df\u5dde\u5171\u83b7\u5f974\u4ebf5300\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u9884\u7b97\u76c8\u4f59\u3002\u5355\u53552011\u5e74\uff0c\u69df\u5dde\u5c31\u83b7\u5f97\u4e861\u4ebf3831\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u9884\u7b97\u76c8\u4f59\uff0c\u662f\u69df\u5dde\u53f2\u4e0a\u6700\u9ad8\u7684\u9884\u7b97\u76c8\u4f59\u30022008\u5e74\u81f32013\u5e74\uff0c\u69df\u5dde6\u5e74\u6765\u7684\u603b\u9884\u7b97\u76c8\u4f59\u51714\u4ebf5300\u4e07\u4ee4\u5409\uff0c\u8fdc\u8d85\u8fc71957\u5e74\u81f32007\u5e74\uff0c50\u5e74\u6765\u6240\u83b7\u5f97\u76843\u4ebf7360\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u9884\u7b97\u76c8\u4f59\u3002<\/p>\n<p>\u9884\u7b97\u76c8\u4f59\u662f\u6765\u81ea\u4e8e\u63a7\u5236\u5185\u90e8\u5f00\u652f\u3001\u8c28\u614e\u5f00\u652f\u53ca\u5f00\u6e90\u589e\u52a0\u69df\u5dde\u6536\u5165\u3002\u8fd9\u8ba9\u5dde\u653f\u5e9c\u6709\u80fd\u529b\u63a8\u884c2\u4ebf8700\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u5404\u79cd\u793e\u4f1a\u63f4\u52a9\u8ba1\u5212\uff0c\u4ee5\u4f5c\u4e3a\u5dde\u653f\u5e9c\u8c28\u8bb0\u611f\u8c22\u4eba\u6c11\u53ca\u7167\u987e\u4eba\u6c11\u7684\u798f\u5229\u8ba1\u5212\u3002\u8fd9\u4e9b\u4ee5\u63f4\u52a9\u91d1\u65b9\u5f0f\u8fdb\u884c\u7684\u798f\u5229\u8ba1\u5212\u5305\u62ec\u4e86\u4e50\u9f84\u56de\u9988\u8ba1\u5212\u3001\u6b8b\u969c\u4eba\u58eb\u3001\u5355\u4eb2\u5988\u5988\u3001\u9ec4\u91d1\u5988\u5988\u3001\u5feb\u4e50\u5b66\u751f\u8ba1\u5212\u3001\u5b9d\u8d1d\u8ba1\u5212\u3001\u4e50\u9f84\u4eba\u58eb\u5f80\u751f\u629a\u6064\u91d1\u3001\u5355\u4eb2\u5988\u5988\u5f80\u751f\u629a\u6064\u91d1\u53ca\u6b8b\u969c\u4eba\u58eb\u5f80\u751f\u629a\u6064\u91d1\uff0c\u8fd8\u6709\u5c31\u662f\u69df\u57ce\u5b66\u5b50\u5347\u8bfb\u672c\u5730\u5927\u5b66\u52a9\u5b66\u91d1\u3002<\/p>\n<p>\u9884\u7b97\u76c8\u4f59\u4e5f\u7528\u6765\u8fdb\u884c\u516c\u5171\u8ba1\u5212\uff0c\u5982\u94fa\u8bbe\u9053\u8def\u3001\u6c34\u6c9f\u3001\u5174\u5efa\u6c11\u4f17\u4f1a\u5802\u3001\u5174\u5efa\u53ef\u8d1f\u62c5\u623f\u5c4b\u53ca\u516c\u5c4b\u3001\u4f11\u95f2\u516c\u56ed\u30015\u4eba\u8db3\u7403\u573a\u53ca\u4f53\u80b2\u8bbe\u65bd\uff0c\u8fd8\u6709\u5c31\u662f\u63d0\u5347\u516c\u5171\u5df4\u5239\u8bbe\u65bd\u3002\u5f53\u4e2d\uff0c\u4e5f\u5305\u62ec\u4e4b\u524d\u62e8\u6b3e500\u4e07\u4ee4\u5409\uff0c\u63d0\u5347\u4e86\u6c99\u739b\u7259\u7259\u5df4\u5239\u5728\u5185\u76843\u5ea7\u5cc7\u4e1c\u57d4\u516c\u5171\u5df4\u5239\u3002 <\/p>\n<p>\u5dde\u653f\u5e9c\u8ba1\u5212\u5728\u8bd7\u5e03\u6717\u518d\u4e5f\u536b\u661f\u5e02\u76844.5\u82f1\u4ea9\u5730\u5174\u5efa\u4e00\u5ea7\u8017\u8d441200\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u5d2d\u65b0\u516c\u5171\u5df4\u5239\u53ca\u5c0f\u8d29\u4e2d\u5fc3\u3002\u540c\u65f6\uff0c\u69df\u5dde\u53d1\u5c55\u673a\u6784\u4e5f\u62e8\u51fa1100\u4e07\u4ee4\u5409\u5174\u5efa\u5df2\u7ecf\u5efa\u7ae3\uff0c\u5750\u843d\u5728\u8bd7\u5e03\u90ce\u518d\u4e5f\u7684\u5a01\u7701\u5927\u4f1a\u5802\u3002\u5a01\u7701\u5927\u4f1a\u5802\u662f\u5dde\u653f\u5e9c\u6240\u5174\u5efa\u7684\u6700\u6f02\u4eae\u5927\u4f1a\u5802\uff0c\u7279\u522b\u662f\u5bf9\u8bd7\u5e03\u6717\u518d\u4e5f\u53ca\u5cc7\u4e1c\u57d4\u7684\u5c45\u6c11\u800c\u8a00\u3002<\/p>\n<p>\u53e6\u5916\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u4e5f\u63a8\u884c35\u5c81\u4ee5\u4e0a\u5dde\u5185\u5987\u5973\u514d\u8d39\u4e73\u764c\u68c0\u67e5\u7684\u798f\u5229\uff0c\u663e\u793a\u5dde\u653f\u5e9c\u5bf9\u4e8e\u5987\u5973\u771f\u6b63\u7684\u5173\u5fc3\u3002<\/p>\n<p>\u5dde\u653f\u5e9c\u9762\u5bf92\u4e2a\u4e3b\u8981\u6311\u6218\uff0c\u90a3\u5c31\u662f\u516c\u5171\u4ea4\u901a\u7684\u95ee\u9898\u53ca\u516c\u5171\u623f\u5c4b\u7684\u95ee\u9898\u3002<\/p>\n<p>\u81ea2008\u5e74\u6267\u653f\u4ee5\u6765\uff0c\u5b9e\u73b0\u6574\u5408\u69df\u5c9b\u53ca\u5a01\u7701\u7684\u5168\u9762\u516c\u5171\u4ea4\u901a\u7cfb\u7edf\u53ca\u9053\u8def\uff0c\u4e00\u76f4\u662f\u5dde\u653f\u5e9c\u7684\u5b8f\u613f\u4e0e\u4efb\u52a1\u3002\u9884\u6599\u8017\u8d44270\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u69df\u57ce\u4ea4\u901a\u5927\u84dd\u56fe\uff0c\u5c06\u52063\u4e2a\u4e3b\u8981\u9636\u6bb5\u8fdb\u884c\uff0c\u7b2c\u4e00\u662f2013\u81f32015\u5e74\u7684\u77ed\u671f\u9636\u6bb5\uff0c\u63a5\u7740\u662f2015\u81f32020\u5e74\u7684\u4e2d\u671f\u9636\u6bb5\uff0c\u6700\u540e\u662f2020\u81f32030\u5e74\u7684\u957f\u671f\u9636\u6bb5\u3002\u8be5\u5927\u84dd\u56fe\u5305\u62ec\u4e86\u6d77\u9646\u7a7a\u7684\u4ea4\u901a\uff08\u6db5\u76d6\u8f7b\u5feb\u94c1\u6216\u5730\u94c1\uff09<\/p>\n<p>\u5728\u8f7b\u5feb\u94c1\u6216\u5730\u94c1\u57282030\u5e74\u5efa\u597d\u4e4b\u524d\uff0c\u4e8e\u4e2d\u671f\u9636\u6bb5\uff0c\u69df\u57ce\u5dde\u653f\u5e9c\u4e0e\u69df\u57ce\u4e2d\u73af\u6709\u9650\u516c\u53f8\uff0c\u62df\u8fdb\u884c\u4ece\u5a01\u7701\u8fde\u63a5\u69df\u5c9b\u7684\u7a7a\u4e2d\u5fb7\u58eb\u8ba1\u5212\u3002\u7a7a\u4e2d\u5fb7\u58eb\u4e00\u8d9f\u65c5\u7a0b\u53ea\u970015\u5206\u949f\uff0c\u4f5c\u4e3a\u4e58\u642d\u6e21\u8f6e\u4ee5\u5916\u7684\u4ea4\u66ff\u4ea4\u901a\u5de5\u5177\uff0c\u4e5f\u662f\u5438\u5f15\u6e38\u5ba2\u7684\u5356\u70b9\u3002<\/p>\n<p>\u82e5\u4e00\u5207\u8fdb\u884c\u987a\u5229\uff0c\u8be5\u9884\u6599\u8017\u8d442\u4ebf5000\u4e07\u81f33\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u8ba1\u5212\u5c06\u57282018\u5e74\u5b8c\u6210\u3002\u69df\u57ce\u7a7a\u4e2d\u5fb7\u58eb\u5c06\u8fde\u63a5\u5a01\u7701\u5317\u6d77\u7684\u69df\u57ce\u4e2d\u73af\u5e7f\u573a\u53ca\u69df\u5c9b\u4f4d\u4e8e\u5feb\u6377\u901a\u5df4\u58eb\u505c\u8f66\u573a\u65c1\u7684\u6e2f\u4ed4\u5c3e\u5730\u6bb5\uff08\u7ea2\u706f\u89d2\u5bf9\u9762\uff09\u3002<\/p>\n<p>\u4e3a\u4e86\u786e\u5b9a\u80fd\u8ba9\u623f\u5c4b\u6c11\u4e3b\u5316\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u900f\u8fc7\u69df\u5dde\u53d1\u5c55\u673a\u6784\u6b63\u5728\u69df\u5a01\u4e24\u5cb8\u5174\u5efa2\u4e072512\u4e2a\u516c\u5c4b\u53ca\u53ef\u8d1f\u62c5\u623f\u5c4b\u5355\u4f4d\u3002\u518d\u52a0\u4e0a\u53e62\u4e07\u4e2a\u7531\u79c1\u4eba\u754c\u5174\u5efa\u7684\u5355\u4f4d\uff0c\u9884\u6599\u5c06\u80fd\u8fce\u5408\u4eba\u6c11\u7684\u9700\u6c42\u3002<\/p>\n<p>\u4e3a\u4e86\u9632\u6b62\u4eba\u624d\u5916\u6d41\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u7387\u5148\u8bbe\u7acb\u4e86\u4ee5\u300a\u69df\u57ce\u672a\u6765\u57fa\u91d1\u4f1a\u300b\u7684\u5956\u5b66\u91d1\u3002\u300a\u69df\u57ce\u672a\u6765\u57fa\u91d1\u4f1a\u300b\u63d0\u4f9b\u7ed9\u6770\u51fa\u53ca\u7b26\u5408\u8d44\u683c\u7684\u5927\u9a6c\u5b66\u751f\u5956\u5b66\u91d1\uff0c\u5c24\u5176\u662f\u6765\u81ea\u69df\u57ce\u5b66\u751f\u4e3a\u5148\uff0c\u8d44\u52a9\u4ed6\u4eec\u5728\u5927\u9a6c\u672c\u5730\u9ad8\u7b49\u5b66\u5e9c\u7814\u8bfb\uff0c\u6761\u4ef6\u662f\u6bd5\u4e1a\u540e\u9700\u5728\u69df\u57ce\u5c31\u4e1a\u4e00\u6bb5\u65f6\u95f4\u3002<\/p>\n<p>\u69df\u57ce\u4eca\u65e5\u7684\u7ecf\u6d4e\u3001\u793e\u4f1a\u53ca\u653f\u6cbb\u6210\u5c31\u90fd\u662f\u69df\u57ce\u5168\u6c11\u6240\u52aa\u529b\u7d2f\u79ef\u3002\u540c\u65f6\uff0c\u69df\u57ce\u6b63\u8fc8\u54112020\u5e74\u5148\u8fdb\u5dde\u53ca\u9ad8\u6536\u5165\u5dde\u7684\u76ee\u6807\u3002\u8fd9\u4e9b\u6210\u5c31\u82e5\u4e0d\u662f\u5168\u6c11\u5171\u4eab\uff0c\u5c06\u53d8\u5f97\u6beb\u65e0\u610f\u4e49\uff0c\u56e0\u6b64\uff0c\u6211\u4eec\u5e94\u8be5\u6000\u7740\u540c\u6837\u7684\u68a6\u60f3\uff0c\u90a3\u5c31\u662f\uff0c\u69df\u57ce\u68a6\u3002<\/p>\n<p>\u69df\u57ce\u68a6\u662f\u4e00\u9879\u4ee5\u6c11\u4e3a\u672c\uff0c\u9075\u5faa\u6cd5\u6cbb\u7684\u6982\u5ff5\uff0c\u69df\u57ce\u68a6\u5c06\u6db5\u76d6\u4e2a\u4eba\u3001\u793e\u4f1a\u53ca\u5236\u5ea6\u3002\u69df\u57ce\u68a6\u5c06\u8fc8\u54115\u4e2a\u76ee\u6807\uff1a<\/p>\n<p>1.\t\u56e2\u7ed3\u4eba\u6c11\uff0c\u79c9\u6301\u6b63\u4e49\u3001\u6c11\u4e3b\u3001\u81ea\u7531\u3001\u666e\u4e16\u9053\u5fb7\u4ef7\u503c\u3001\u5ec9\u6d01\u9886\u5bfc\u53ca\u4eba\u6027\u5c0a\u4e25\u7684\u5171\u540c\u539f\u5219\u56e2\u7ed3\u4eba\u6c11\u3002<\/p>\n<p>2.\t\u7ecf\u6d4e\u589e\u957f\uff0c\u8d44\u6e90\u4e0e\u4eba\u6c11\u5171\u4eab\uff0c\u4e0d\u8ba9\u4e00\u4e9b\u670b\u515a\u5784\u65ad\u3002<\/p>\n<p>3.\t\u793e\u4f1a\u548c\u8c10\uff0c\u63d0\u5021\u591a\u5143\u5305\u5bb9\u4f5c\u4e3a\u793e\u4f1a\u7a33\u5b9a\u878d\u6d3d\u7684\u652f\u67f1\u3002<\/p>\n<p>4.\t\u6c38\u7eed\u53d1\u5c55\uff0c\u786e\u4fdd\u5c45\u4f4f\u5730\u6e05\u6d01\u3001\u7eff\u5316\u3001\u5b89\u5168\u4e0e\u5065\u5eb7\u3002<\/p>\n<p>5.\t\u6ce8\u91cd\u793e\u4f1a\u4e0e\u4e2a\u4eba\u7684\u5353\u8d8a\uff0c\u5956\u52b1\u5353\u8d8a\u7684\u793e\u4f1a\u7fa4\u4f53\u4e0e\u4e2a\u4f53\uff0c\u63d0\u4f9b\u516c\u5e73\u7684\u673a\u4f1a\u3002\u786e\u4fdd\u6bcf\u4e2a\u4eba\u53ef\u4ee5\u65bd\u5c55\u4ed6\u4eec\u7684\u6f5c\u80fd\u3002<\/p>\n<p>\u69df\u57ce\u68a6\u552f\u6709\u900f\u8fc7\u9075\u5faa\u6cd5\u6cbb\u7684\u5236\u5ea6\u624d\u80fd\u83b7\u5f97\u5f3a\u5316\u53ca\u7a33\u56fa\u3002\u4f8b\u5982\u6211\u4eec\u7684\u56fd\u5bb6\u8054\u90a6\u5baa\u6cd5\u53ca\u5dde\u5baa\u6cd5\uff0c\u4e0d\u53ea\u7ef4\u7cfb\u56fd\u4f1a\u3001\u541b\u4e3b\u7acb\u5baa\u53ca\u4f0a\u65af\u5170\u6559\u4f5c\u4e3a\u8054\u90a6\u5b97\u6559\u7684\u5730\u4f4d\uff0c\u4e5f\u80fd\u634d\u536b\u8fd95\u9879\u76ee\u6807\u3002\u5c0a\u5d07\u6cd5\u6cbb\u7684\u5236\u5ea6\uff0c\u4e25\u5211\u5cfb\u6cd5\u5bf9\u4ed8\u8d2a\u6c61\u6ee5\u6743\uff0c\u5c06\u4e3a\u6211\u4eec\u7684\u5b50\u5973\u5e26\u6765\u66f4\u7f8e\u597d\u7684\u660e\u5929\u3002<\/p>\n<p>\u6797\u51a0\u82f1<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA ISTIADAT MENGANGKAT SUMPAH PELANTIKAN YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO\u2019 SERI UTAMA (DR.) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang, saya melafazkan doa kesyukuran serta ucapan tahniah kerana pada &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2015\/04\/28\/ucapan-ketua-menteri-sempena-istiadat-mengangkat-sumpah-pelantikan-yang-di-pertuaemc\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">Ucapan Ketua Menteri Sempena Istiadat Mengangkat Sumpah Pelantikan Yang Di-Pertua(e\/m\/c)<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4690"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4690"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4690\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4694,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4690\/revisions\/4694"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4690"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4690"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4690"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}