{"id":4106,"date":"2014-04-29T16:11:17","date_gmt":"2014-04-29T08:11:17","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=4106"},"modified":"2014-04-29T16:11:17","modified_gmt":"2014-04-29T08:11:17","slug":"majlis-menandatangani-perjanjian-pembelian-104-unit-rumah-kos-rendah-di-taman-sungai-duri-permaiencn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2014\/04\/29\/majlis-menandatangani-perjanjian-pembelian-104-unit-rumah-kos-rendah-di-taman-sungai-duri-permaiencn\/","title":{"rendered":"Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian 104 Unit Rumah Kos Rendah Di Taman Sungai Duri Permai(en\/cn)"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Bagi Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian 104 Unit Rumah Kos Rendah Di Taman Sungai Duri Permai, Sungai Duri, Daerah Seberang Perai Selatan Pada 29.4.2014<\/p>\n<p>Pembelian 104 unit Rumah Kos Rendah di Taman Sungai Duri Permai, Sungai Duri, Daerah SPS merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang dengan menyediakan lebih banyak rumah kos rendah di bawah Skim Pemilikan Bersama (Shared Ownership Scheme \u2013 SOS) kepada golongan yang memerlukan. SOS adalah inisiatif baru yang pertama dilaksanakan di negara ini untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka sungguhpun menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank mengatasinya dengan bantuan pinjaman kerajaan negeri tanpa faedah. <\/p>\n<p>Pelaksanaan inisiatif ini adalah selaras dengan Bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh Kerajaan Negeri. Pembelian ini merupakan usahasama di antara Kerajaan Negeri dengan pemaju projek iaitu Syarikat Asas Dunia Berhad di atas dasar Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility-CSR) syarikat kepada Kerajaan Negeri dan rakyat di Negeri Pulau Pinang. Kesemua rumah ini akan dijual kepada mereka yang berdaftar dengan Bahagian Perumahan serta memenuhi kriteria yang melayakkan mereka membeli rumah kos rendah ini.  <\/p>\n<p><!--more-->Projek perumahan ini juga dikenali sebagai Rumah Bandaran Mampu Milik Dua (2) Tingkat. Ianya telah  dibina oleh Syarikat Asas Dunia Berhad dan telah menerima Borang F &#8211; Perakuan Siap dan Pematuhan pada 13 Ogos 2012. Jumlah keseluruhan rumah yang telah dibina adalah 224 unit. Sebanyak 104 unit rumah akan dibeli oleh Kerajaan Negeri manakala baki diuruskan sendiri oleh pihak syarikat. Projek perumahan ini dibina berdasarkan konsep &#8216;town house&#8217; dua tingkat. Rumah di Tingkat Bawah berkeluasan 716 kaki persegi manakala Tingkat 1 berkeluasan 705 kaki persegi. Setiap rumah mempunyai satu ruang tamu dan ruang makan, tiga bilik tidur  dan satu bilik air \/ tandas. Bagi kategori rumah kos rendah, Kerajaan Negeri mendapati bahawa rumah berkenaan berada di dalam keadaan baik. Disamping itu, ianya juga mempunyai suasana persekitaran yang selesa dan tenteram untuk didiami serta kini berhampiran dengan akses ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menghubungkan Daerah Seberang Perai Selatan dan kawasan pulau. <\/p>\n<p>Skim SOS ini diperkenalkan atas dasar keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap pembeli Rumah Kos Rendah yang gagal mendapat kelulusan pinjaman bank sebanyak 90% atau 100% di atas harga penjualan rumah. Antara alasan yang diberikan adalah tidak berupaya membuat bayaran balik dan mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik. Skim Jaminan Kredit Perumahan(SJKP) di bawah Kementerian Kewangan juga tidak dapat membantu dalam pembiayaan dan menjamin pinjaman bank komersial untuk membolehkan golongan miskin membeli rumah kos rendah. Banyak aduan diterima bahawa SJKP tidak berfungsi kerana banyak permohonan tidak dilayan atau diuruskan. <\/p>\n<p>Oleh yang demikian, ini adalah merupakan salah satu usaha murni Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat Negeri Pulau Pinang untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa serta memiliki rumah sendiri. Harga jualan pasaran seunit rumah ini adalah RM38,000\/-. Walau bagaimanapun, di bawah skim ini, pemohon hanya perlu mendapatkan pinjaman sebanyak 70% daripada harga tersebut manakala baki pinjaman 30% akan diperolehi daripada Kerajaan Negeri. Bayaran semula baki pinjaman (30%) Kerajaan Negeri adalah tanpa faedah. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan perkhidmatan skim SOS tersebut, pembeli tersebut perlu menunjukkan bukti bahawa beliau tidak berjaya untuk mendapatkan keseluruhan pinjaman tersebut daripada bank.  Skim ini juga berfungsi seperti Skim Mikro-Kredit.<\/p>\n<p>Sejurus selepas perjanjian pembelian 104 unit rumah ini ditandatangani, pengurusan dan penawaran 104 unit rumah ini  akan diserahkan kepada Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pengagihan dan penawaran akan dibuat oleh Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan (Selection Process Enhancement Committee &#8211; SPEC) yang dipengerusikan oleh Ahli EXCO Kerajaan Negeri untuk Perumahan YB Jagdeep Singh Deo untuk memastikan pengagihan dibuat secara adil dan telus kepada golongan yang memerlukan dengan diaudit bersama oleh syarikat perakaunan. Pemohon yang layak akan menandatangani perjanjian  bersama Kerajaan Negeri di bawah Skim SOS.<\/p>\n<p>LIM GUAN ENG<\/p>\n<p>&#8212;&#8211;Mandarin Version &#8212;-<\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u9996\u5e2d\u90e8\u957f\u6797\u51a0\u82f1\u4e8e2014\u5e744\u670829\u65e5\u5728\u69df\u57ce\u4e54\u6cbb\u5e02\u5149\u5927\u4e3a\u8d2d\u4e70\u5a01\u5357Taman Sungai Duri Permai, Sungai Duri104\u5ec9\u4ef7\u5c4b\u5355\u4f4d\u7b7e\u7f72\u4eea\u5f0f\u4e0a\u53d1\u8868\u7684\u58f0\u660e\uff1a<\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u8d2d\u4e70\u5a01\u5357Taman Sungai Duri Permai104\u95f4\u5ec9\u4ef7\u5c4b\u5355\u4f4d\uff0c\u662f\u5728\u5171\u4eab\u62e5\u5c4b\u8ba1\u5212\uff08Shared Ownership Scheme\uff09\u4e0b\uff0c\u5176\u4e2d\u4e00\u9879\u4e3a\u6240\u9700\u7684\u5dde\u6c11\uff0c\u63d0\u4f9b\u66f4\u591a\u73af\u5883\u8212\u9002\u7684\u5ec9\u4ef7\u5c4b\u5355\u4f4d\u7684\u52aa\u529b\u3002\u5171\u4eab\u62e5\u5c4b\u8ba1\u5212\u662f\u6211\u56fd\u4e3a\u534f\u52a9\u4f4e\u6536\u5165\u7fa4\u62e5\u9996\u95f4\u623f\u5c4b\u7684\u65b0\u63aa\u65bd\u3002\u867d\u7136\u4ed6\u4eec\u6216\u9762\u5bf9\u5411\u94f6\u884c\u8d37\u6b3e\u7684\u56f0\u96be\uff0c\u4f46\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u4f1a\u4ee5\u514d\u5229\u606f\u8d37\u6b3e\u65b9\u5f0f\u534f\u52a9\u3002<\/p>\n<p>\u8fd9\u9879\u63aa\u65bd\uff0c\u662f\u6309\u7167\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u57282014\u5e74\u6240\u63d0\u5448\u7684\u8d22\u653f\u9884\u7b97\u6848\u6765\u6267\u884c\u3002\u53d1\u5c55\u5546Syarikat Asas Dunia Berhad\u548c\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u5408\u4f5c\u5b8c\u6210\u8fd9\u9879\u8ba1\u5212\uff0c\u4ee5\u5c65\u884c\u793e\u4f1a\u4f01\u4e1a\u8d23\u4efb\u3002\u8fd9\u4e9b\u5ec9\u4ef7\u623f\u5c4b\u5355\u4f4d\uff0c\u5c06\u5356\u7ed9\u5df2\u7ecf\u5411\u5dde\u623f\u5c4b\u90e8\u767b\u8bb0\u3001\u5e76\u9644\u5408\u8d2d\u4e70\u5ec9\u4ef7\u5c4b\u6761\u4ef6\u7684\u5ec9\u4ef7\u5c4b\u7533\u8bf7\u8005\u3002<\/p>\n<p>\u8fd9\u9879\u623f\u5c4b\u8ba1\u5212\uff0c\u4e5f\u88ab\u79f0\u4e3a\u53ef\u8d1f\u62c5\u53cc\u5c42\u8fde\u6392\u5c4b\uff08Rumah Bandaran Mampu Milik Dua (2) Tingkat.\uff09\u3002\u5b83\u662f\u7531Syarikat Asas Dunia\u6240\u627f\u5efa\uff0c\u5e76\u7ecf\u57282012\u5e748\u670813\u65e5\u53d6\u5f97F\u8868\u683c\uff08\u5b8c\u5de5\u53ca\u843d\u6210\u51c6\u8bc1\uff09\u3002\u6b64\u8ba1\u5212\u5171\u6709224\u4e2a\u623f\u5c4b\u5355\u4f4d\uff0c\u5176\u4e2d104\u4e2a\u5355\u4f4d\u5c06\u7531\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u4e70\u4e0b\uff0c\u5176\u9980\u7531\u4ea4\u7531\u6709\u5173\u516c\u53f8\u81ea\u884c\u5904\u7406\u3002\u8fd9\u9879\u623f\u5c4b\u8ba1\u5212\u4ee5\u201c\u53cc\u5c42\u8fde\u6392\u5c4b\u201d\u7684\u6982\u5ff5\u5174\u5efa\uff0c\u5e95\u5c42\u9762\u79ef716\u5e73\u65b9\u5c3a\uff1b\u4e00\u697c\u9762\u79ef\u4e3a705\u5e73\u65b9\u5c3a\uff0c\u6bcf\u4e2a\u623f\u5c4b\u5355\u4f4d\u90fd\u6709\u5ba2\u5385\u4e36\u996d\u5385\u4e363\u95f4\u7761\u623f\u548c\u4e00\u95f4\u5395\u6240\/\u6d74\u5ba4\u3002\u4ee5\u5ec9\u4ef7\u5c4b\u79cd\u7c7b\u6765\u770b\uff0c\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u53d1\u73b0\u6709\u5173\u623f\u5c4b\u7684\u72b6\u51b5\u826f\u597d\u3002\u53e6\u5916\uff0c\u5176\u5468\u8fb9\u73af\u5883\u8212\u9002\u548c\u5b89\u5b81\uff0c\u52a0\u4e0a\u4e0e\u8854\u63a5\u5a01\u5357\u548c\u69df\u5c9b\u7684\u69df\u57ce\u7b2c\u4e8c\u5927\u6865\u90bb\u8fd1\uff0c\u4ea4\u901a\u975e\u5e38\u4fbf\u5229\u3002<\/p>\n<p>\u57fa\u4e8e\u8bb8\u591a\u5ec9\u4ef7\u5c4b\u8d2d\u5c4b\u8005\uff0c\u65e0\u6cd5\u5411\u94f6\u884c\u7533\u8bf790\uff05\u6216100%\u7684\u623f\u5c4b\u8d37\u6b3e\uff0c\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u624d\u56e0\u6b64\u63a8\u51fa\u8fd9\u9879\u5171\u4eab\u62e5\u5c4b\u8ba1\u5212\u3002\u7533\u8bf7\u8005\u88ab\u94f6\u884c\u62d2\u7edd\u7684\u7406\u7531\uff0c\u5305\u62ec\u6ca1\u6709\u80fd\u529b\u5c1d\u8fd8\u8d37\u6b3e\uff0c\u53ca\u62e5\u6709\u4e0d\u826f\u7684\u8d37\u6b3e\u8bb0\u5f55\u3002\u8d22\u653f\u90e8\u5c5e\u4e0b\u7684\u623f\u5c4b\u91d1\u878d\u4fdd\u969c\u57fa\u91d1(SJKP)\uff0c\u5374\u65e0\u6cd5\u534f\u52a9\u8d2b\u7a77\u7684\u8d2d\u5c4b\u8005\u507f\u8fd8\uff0c\u6216\u83b7\u5f97\u878d\u8d44\u4ee5\u8d2d\u4e70\u5ec9\u4ef7\u5c4b\u3002\u6211\u4eec\u63a5\u83b7\u8bb8\u591a\u8fd9\u65b9\u9762\u7684\u6295\u8bc9\uff0c\u6307\u623f\u5c4b\u91d1\u878d\u4fdd\u969c\u57fa\u91d1\u5e76\u65e0\u529f\u80fd\uff0c\u56e0\u4e3a\u8bb8\u591a\u7533\u8bf7\u7686\u4e0d\u53d7\u7406\u6216\u4e0d\u88ab\u5904\u7406\u3002<\/p>\n<p>\u56e0\u6b64\uff0c\u8fd9\u662f\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u4e3a\u534f\u52a9\u5dde\u6c11\uff0c\u8ba9\u4eba\u6c11\u80fd\u591f\u62e5\u6709\u66f4\u4f73\u7d20\u8d28\u548c\u8212\u9002\u751f\u6d3b\uff0c\u5e76\u62e5\u6709\u81ea\u5df1\u7684\u623f\u5c4b\u6240\u505a\u51fa\u7684\u52aa\u529b\u3002\u6bcf\u4e2a\u5355\u4f4d\u7684\u5e02\u4ef7\u4e3a3\u4e078000\u4ee4\u5409\u3002\u65e0\u8bba\u5982\u4f55\uff0c\u5728\u8fd9\u9879\u8ba1\u5212\u4e0b\uff0c\u7533\u8bf7\u8005\u53ea\u9700\u5f97\u5230\u5c4b\u4ef7\u768470\uff05\u8d37\u6b3e\uff0c\u53e6\u591630\uff05\u8d37\u6b3e\uff0c\u5c06\u7531\u5dde\u653f\u5e9c\u63d0\u4f9b\u3002\u8fd930\uff05\u7684\u5dde\u653f\u5e9c\u8d37\u6b3e\u662f\u514d\u5229\u606f\u7684\u3002\u867d\u7136\u5982\u6b64\uff0c\u8981\u83b7\u5f97\u8fd9\u9879\u201c\u5171\u4eab\u62e5\u5c4b\u8ba1\u5212\u201d\u7684\u8d2d\u5c4b\u8005\uff0c\u9700\u51fa\u793a\u8bc1\u636e\uff0c\u4ee5\u8bc1\u660e\u4ed6\u4eec\u65e0\u6cd5\u83b7\u5f97\u94f6\u884c100\uff05\u7684\u8d37\u6b3e\u3002\u8fd9\u9879\u8ba1\u5212\u7684\u529f\u80fd\u5982\u540c\u5fae\u578b\u8d37\u6b3e\u8ba1\u5212\u3002<\/p>\n<p>\u968f\u7740104\u95f4\u623f\u5c4b\u8d2d\u4e70\u5408\u7ea6\u7b7e\u7f72\u540e\uff0c\u8fd9104\u5355\u4f4d\u7684\u7ba1\u7406\u5c06\u4ea4\u7ed9\u5dde\u79d8\u4e66\u7f72\u65d7\u4e0b\u7684\u623f\u5c4b\u90e8\u8d1f\u8d23\u3002\u623f\u5c4b\u5206\u914d\u5de5\u4f5c\uff0c\u5c06\u7531\u638c\u7ba1\u623f\u5c4b\u7684\u69df\u5dde\u884c\u653f\u8bae\u5458\u4f73\u65e5\u661f\u6240\u9886\u5bfc\u7684\u9074\u9009\u7a0b\u5e8f\u59d4\u5458\u4f1a\uff08SPEC\uff09\u5904\u7406\uff0c\u786e\u4fdd\u5728\u516c\u5e73\u548c\u900f\u660e\u4e0b\u5206\u914d\u7ed9\u6709\u9700\u8981\u7684\u4e00\u7fa4\uff0c\u9074\u9009\u8fc7\u7a0b\u4e5f\u5c06\u7531\u4f1a\u8ba1\u516c\u53f8\u8fdb\u884c\u5ba1\u6838\u5de5\u4f5c\u3002\u9644\u5408\u8d44\u683c\u7684\u7533\u8bf7\u8005\uff0c\u5c06\u5728\u201c\u5171\u4eab\u62e5\u5c4b\u8ba1\u5212\u201d\u4e0b\uff0c\u4e0e\u5dde\u653f\u5e9c\u7b7e\u7f72\u5408\u7ea6\u3002<\/p>\n<p>\u6797\u51a0\u82f1<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Bagi Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian 104 Unit Rumah Kos Rendah Di Taman Sungai Duri Permai, Sungai Duri, Daerah Seberang Perai Selatan Pada 29.4.2014 Pembelian 104 unit Rumah Kos Rendah di Taman Sungai Duri Permai, Sungai Duri, Daerah SPS merupakan antara inisiatif Kerajaan &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2014\/04\/29\/majlis-menandatangani-perjanjian-pembelian-104-unit-rumah-kos-rendah-di-taman-sungai-duri-permaiencn\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian 104 Unit Rumah Kos Rendah Di Taman Sungai Duri Permai(en\/cn)<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[5],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4106"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4106"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4107,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4106\/revisions\/4107"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}