{"id":4019,"date":"2014-04-09T11:05:25","date_gmt":"2014-04-09T03:05:25","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=4019"},"modified":"2014-04-09T11:05:25","modified_gmt":"2014-04-09T03:05:25","slug":"perlunya-kettha-melaksanakan-segera-skim-bekalan-air-mentah-sebanyak-rm-300-juta-dari-sungai-perakperak-ke-pulau-pinang-sungai-perak-raw-water-scheme-sprws-demi-menjaminkan-bekalan-air-yang-mencu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2014\/04\/09\/perlunya-kettha-melaksanakan-segera-skim-bekalan-air-mentah-sebanyak-rm-300-juta-dari-sungai-perakperak-ke-pulau-pinang-sungai-perak-raw-water-scheme-sprws-demi-menjaminkan-bekalan-air-yang-mencu\/","title":{"rendered":"PERLUNYA KeTTHA  MELAKSANAKAN SEGERA SKIM BEKALAN AIR MENTAH SEBANYAK RM 300 JUTA DARI SUNGAI PERAK,PERAK KE PULAU PINANG -SUNGAI PERAK RAW WATER SCHEME (SPRWS) DEMI MENJAMINKAN BEKALAN AIR YANG MENCUKUPI D MULAI 2020.(bm\/cn)"},"content":{"rendered":"<p>Rujukan Kami      :  1.02.04.00005.02<br \/>\nRujukan Tuan      :   KeTTHA:BPA(S) 666\/6\/31(22)<br \/>\nTarikh                   :   07 April 2014<\/p>\n<p>Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili<br \/>\nMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia<br \/>\nKementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia<br \/>\nAras 6, Blok E4\/5<br \/>\nPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan<br \/>\n62668 Putrajaya<\/p>\n<p>YB Datuk Seri Panglima<br \/>\n <strong><br \/>\nPERLUNYA KeTTHA  MELAKSANAKAN SEGERA SKIM BEKALAN AIR MENTAH SEBANYAK RM 300 JUTA DARI SUNGAI PERAK,PERAK KE PULAU PINANG -SUNGAI PERAK RAW WATER SCHEME (SPRWS) DEMI MENJAMINKAN BEKALAN AIR YANG MENCUKUPI D MULAI 2020.<br \/>\nDengan hormatnya kami merujuk kepada perbualan kami di ruang Parlimen minggu lepas berkaitan surat YB rujukan KeTTHA:BPA(S) 666\/6\/31(22) tanggal 18 September 2013 mengenai perkara di atas.<\/strong><\/p>\n<p>Kami ingin menegaskan bahawa dengan siap binanya projek pembesaran Empangan Mengkuang, bekalan sumber air mentah (total reliable yield) di Negeri Pulau Pinang tidak dapat memenuhi permintaan bekalan air menjelang 2020 dan bukannya 2026 atau 2030 seperti yang dimaklumkan dalam surat YB di atas. Malah permintaan  air yang kian meningkat dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang pesat, bekalan air di Pulau Pinang mungkin tertekan mulai 2020.<\/p>\n<p><!--more-->Laporan Masterplan Study for Portable Water in Penang 2050 (MSPWPP)menunjukkan dengan siapnya projek pembesaran dan perluasan Empangan Mengkuang, jumlah air mentah yang terhasil untuk memenuhi permintaan air pada akan bertambah kepada keseluruhan 1,325 million litre per day (mld) pada tahun 2020 berbanding dengan 1,053 mld pada 2010. Pihak PBAPP telah melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut untuk mengujudkan kesedaran penggunaan air secara berhemah dan menguruskan bekalan air secara mampan.<\/p>\n<p>Inisiatif 1 \u2013 Melaksanakan Pengurusan NRW secara Holistik.<br \/>\nSemenjak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang(PBAPP) dikorporatkan pada tahun 1999, PBAPP telah berusaha untuk mengurangkan kehilangan air terawat di Pulau Pinang dengan memantapkan program pengurusan air tidak berhasil (NRW). Hasilnya peratusan NRW di Pulau Pinang adalah yang terendah di Malaysia iaitu pada paras 17.6% untuk tahun 2012 berbanding dengan purata nasional sebanyak 36.4%. PBAPP akan terus berusaha untuk mengurangkan lagi NRW pada tahun-tahun yang akan datang di mana dalam Plan Rancangan Perniagaan 30 tahun disasarkan kepada 12%.<\/p>\n<p>Initiatif 2 \u2013 Peningkatan Nilai Air melalui Surcaj Pemeliharaan Air (WCS) dan Tarif Air<br \/>\nKami memang bersetuju dengan pandangan YB bahawa Program Pengurusan Permintaan Air (Water Demand Management) yang komprehensif juga perlu diberi tumpuan sebagai usaha untuk memastikan penggunaan bekalan air mentah yang berhemat di Negeri Pulau Pinang. Penggunaan air per kapita yang tinggi ini mendorong kepada pengabstrakan air mentah yang berlebihan untuk dirawat oleh operator air.<\/p>\n<p>Dalam usaha untuk mengurangkan Penggunaan Domestik per kapita (PCD) iaitu 291 liter sehari per kapita (lcd) yang dicatatkan pada tahun 2010, pihak PBAPP telah memperkenalkan Surcaj Pemeliharaan Air (WCS) sebanyak RM 0.24 untuk setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuatkuasa November 2010. Dengan pelaksanaan WCS ini, PCD telah menurun ke 285 lcd pada tahun 2011. Walau bagaimanapun PCD pada tahun 2013 telah meningkat semula ke 295 lcd dan setakat akhir Februari 2014 telah mencatat 311 lcd.<\/p>\n<p>Untuk menangani peningkatan ini, berkuatkuasa November 2013, PBAPP telah meningkatkan kadar WCS ke RM0.48 daripada RM0.24 sebelum ini. Ternyata disini bahawa ianya tidak mudah untuk mengurangkan PCD. Oleh yang demikian kerajaan negeri telah membenarkan pihak pengurusan PBAPP menaikkan tarif air secara komprehensif.<\/p>\n<p>Dengan menerima syor YB Menteri untuk mengurangkan penggunaan air, tidak ada halangan lagi untuk pihak Kementerian melaksanakan SPRWS, termasuk mengambil inisiatif berbincang dengan negeri Perak, di mana kerajaan Pulau Pinang sedia membayarkan kos air mentah kepada negeri Perak. Pihak Kementerian akan menanggung perbelanjaan SPRWS sebanyak RM300 juta sahaja sedangkan RM1.7 billion untuk pembinaan loji rawatan air ditanggung oleh PBAPP menerusi pinjaman dengan Perbadanan Aset Air Bhd(PAAB) serta PBAPP menanggung juga pembayaran kos air mentah kepada negeri Perak.<\/p>\n<p>Inisiatif 3 \u2013 Meningkatkan Tahap Kesedaran dan Penglibatan Orang Awam<br \/>\nPBAPP akan meneruskan kempen publisiti untuk meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya memelihara air dengan mengurangkan penggunaan air. Pihak SPAN sedang dalam proses untuk memperkenal dan mempromosikan alat penjimatan air atau Water Saving Devices(WSDs) untuk mengurangkan penggunaan air melalui pelaksanaan Efficient Water Product Labeling. PBAPP telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membantu mempromosikan budaya penjimatan air kepada kampus USM Minden. Pihak PBAPP juga telah mengadakan sesi penerangan dan pameran untuk mempromosikan penggunaan WSDs dan membantu untuk menggalakkan budaya penjimatan air di sekolah-sekolah seluruh Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Inisiatif 4 \u2013 Pembangunan Sumber Air Tambahan<br \/>\nDalam tahun 2012, Sungai Muda telah membekalkan lebih daripada 80% permintaan air mentah di Pulau Pinang dan sungai ini cuma boleh menampung penggunaan air di Pulau Pinang sehingga tahun 2020. Selepas itu penambahan sumber air mentah yang lain seperti SPRWS amat diperlukan.<\/p>\n<p>Laporan MSPWPP telah mengenalpasti Skim Air Mentah Sungai Perak (SPRWS) sebagai sumber air mentah pada masa hadapan untuk Pulau Pinang. Kos projek pemindahan air mentah ini dijangka melibatkan kos RM300 juta yang akan dibiayai oleh Kerajaan Pusat seperti yang dinyatakan di dalam Water Services Industry Act 2006(WSIA).<\/p>\n<p>Projek pemindahan air mentah yang melibatkan pembinaan terowong sepanjang 14.8 KM dijangka mengambil masa enam (6) tahun untuk disiapkan bermula dari peringkat kajian, pemeriksaan lokasi, rekabentuk dan pembinaan. Oleh yang demikian adalah amat penting bahawa projek pemindahan air ini perlu dimulakan serta-merta sebelum air mentah memenuhi kapasiti selepas 2020.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun PBAPP perlu melabur sebanyak RM1,700 juta untuk membina Loji Rawatan Air, saluran paip, stesen pam dan tangki penyimpanan. Kerja-kerja pembinaan Loji rawatan ini akan dilaksanakan dalam empat (4) fasa untuk memenuhi permintaan air sehingga tahun 2050. Kami harap boleh mendapat pinjaman untuk jumlah ini daripada PAAB.<\/p>\n<p>Anggaran kos untuk projek pemindahan air mentah yang dikendalikan dan dibiayai oleh Kerajaan Pusat ini adalah RM300 juta untuk membekal sejumlah 1,300 mld (RM0.27 setiap liter) untuk membekalkan air ke Pulau Pinang dan Perak Utara serta air untuk Skim Pengairan Kerian. Cadangan ini adalah kos efektif.<\/p>\n<p>Pencemaran yang berlaku pada penghujung Ogos 2013 di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan besar bekalan air di Lembah Klang telah menunjukkan betapa lemah serta mudah terdedahnya sumber air mentah kepada pencemaran. Seperti yang kita sedia maklum empat (4) Loji Rawatan Air di Sungai Selangor telah ditutup yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada lebih kurang 50% pengguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuan.<\/p>\n<p>Pentadbiran ini ingin merujuk kepada surat SPAN rujukan SPAN\/KPA-700-7\/4 KLT 2(27) bertarikh 2 Ogos 2012(dilampirkan bersama) di mana pihak SPAN telah menyatakan persetujuan untuk melaksanakan SPRWS serta-merta. Demi mengelakkan kekurangan air minuman menjelang tahun 2020 bila bekalan air daripada Sungai Muda memenuhi kapasiti, projek SPRWS hendaklah dilaksanakan dengan segera sebelum terlambat.<\/p>\n<p>Jika projek ini dilaksanakan sekarang, kos pembinaan dan kos pengambilan tanah yang pasti meningkat masa depan dapatlah dielakkan. Pelaksanaan SPRWS dengan serta merta akan menjadi satu keputusan yang bijak berhubung dengan penjimatan kos untuk mengelak peningkatan kos dan juga mengurangkan risiko krisis air di Pulau Pinang mulai tahun 2020.<\/p>\n<p>Kesimpulanya kami memang menghargai jaminan YB yang berkomited untuk memastikan air yang cukup dan berkualiti dapat dibekalkan kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Untuk melaksanakannya, adalah perlu jaminan yang diberikan dalam Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Pulau Pinang yang telah dimeterai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2010 dapat ditegakkan.<\/p>\n<p>Oleh itu besar harapan kami agar YB Dato\u2019 dapat menimbang semula dan memastikan projek SPRWS ini dapat dilaksanakan dengan segera demi mengelakkan sebarang kekurangan air selepas 2020. Sekian, terima kasih.<\/p>\n<p>&#8212;&#8211;Mandarin Version &#8212;-<\/p>\n<p>Rujukan Kami      :  1.02.04.00005.02<br \/>\nRujukan Tuan      :   KeTTHA:BPA(S) 666\/6\/31(22)<br \/>\nTarikh                   :   07 April 2014<\/p>\n<p> \u81f4\u80fd\u6e90\u3001\u7eff\u8272\u79d1\u6280\u53ca\u6c34\u52a1\u90e8\u957f\u9a6c\u897f\u76ee<\/p>\n<p>\u80fd\u6e90\u3001\u7eff\u8272\u79d1\u6280\u53ca\u6c34\u52a1\u90e8\u5fc5\u987b\u9a6c\u4e0a\u6267\u884c3\u4ebf\u4ee4\u5409\u4ece\u9739\u96f3\u6cb3\u8f93\u6c34\u5230\u69df\u57ce\u7684\u751f\u6c34\u4f9b\u5e94\u8ba1\u5212\uff08SPRWS\uff09\uff0c\u4ee5\u786e\u4fdd\u6c34\u4f9b\u5230\u4e862020\u5e74\u80fd\u6709\u8db3\u591f\u7684\u4f9b\u5e94\u3002<\/p>\n<p>\u6211\u9488\u5bf9\u6211\u4eec\u4e0a\u661f\u671f\u5728\u56fd\u4f1a\u8d70\u5eca\u9488\u5bf9\u4f60\u5fd7\u671f2013\u5e749\u670818\u65e5\uff08KeTTHA:BPA(S) 666\/6\/31(22)\uff09\u6765\u4fe1\u7684\u8c08\u8bdd\u5185\u5bb9\uff0c\u7279\u6b64\u81f4\u51fd\u3002<\/p>\n<p>\u6211\u4eec\u8981\u5f3a\u8c03\uff0c\u5b5f\u5149\u6c34\u575d\u6269\u5efa\u8ba1\u5212\u7ae3\u5de5\u540e\uff0c\u69df\u5dde\u7684\u751f\u6c34\u4f9b\u5e94\u5230\u4e862020\u5e74\u8fd8\u662f\u65e0\u6cd5\u6ee1\u8db3\u9700\u6c42\uff0c\u800c\u4e0d\u662f\u60a8\u6240\u8bf4\u76842026\u5e74\u62162030\u5e74\u3002\u7531\u4e8e\u5c45\u6c11\u4eba\u6570\u589e\u52a0\uff0c\u52a0\u4e0a\u53d1\u5c55\u8fc5\u901f\uff0c\u6c34\u9700\u6c42\u4e5f\u4e0a\u5347\uff0c\u69df\u5dde\u7684\u6c34\u4f9b\u5230\u4e862020\u5e74\u53ef\u80fd\u9762\u5bf9\u4e0d\u8db3\u7684\u95ee\u9898\u3002<\/p>\n<p>2050\u5e74\u69df\u5dde\u6c34\u4f9b\u5927\u84dd\u56fe\u4e5f\u663e\u793a\uff0c\u5b5f\u5149\u6c34\u575d\u6269\u5efa\u4e4b\u540e\uff0c\u751f\u6c34\u7684\u4f9b\u5e94\u5c06\u4ece2010\u5e74\u7684\u6bcf\u59291053\u767e\u4e07\u516c\u5347\uff0c\u589e\u52a0\u52302020\u5e74\u6bcf\u59291325\u767e\u4e07\u516c\u5347\u3002\u69df\u5dde\u6c34\u4f9b\u673a\u6784\u5df2\u7ecf\u91c7\u53d6\u4e00\u7cfb\u5217\u63aa\u65bd\u4ee5\u5021\u5bfc\u8282\u7ea6\u7528\u6c34\uff0c\u6c38\u7eed\u4f9b\u6c34\u3002<\/p>\n<p>\u63aa\u65bd\u4e00\uff1a\u5168\u65b9\u4f4d\u6267\u884c\u65e0\u6536\u76ca\u6c34\uff08NRW\uff09\u7ba1\u7406\u3002<br \/>\n\u69df\u5dde\u4f9b\u6c34\u673a\u6784\u57281999\u5e74\u6210\u4e3a\u673a\u6784\u4ee5\u540e\uff0c\u4fbf\u81f4\u529b\u4e8e\u51cf\u5c11\u69df\u5dde\u7684\u65e0\u6536\u76ca\u6c34\u767d\u767d\u6d41\u5931\u3002\u69df\u5dde\u7684\u65e0\u6536\u76ca\u6c34\u662f\u5168\u9a6c\u6700\u4f4e\uff0c\u57282012\u5e74\u8fbe17.6%\uff0c \u5168\u56fd\u5e73\u5747\u4e3a36.4%\u3002\u4f9b\u6c34\u673a\u6784\u5c06\u4f1a\u7ee7\u7eed\u52aa\u529b\u51cf\u5c11\u65e0\u6536\u76ca\u6c34\uff0c\u7ecf\u8425\u5927\u84dd\u56fe\u628a\u672a\u676530\u5e74\u7684\u65e0\u6536\u76ca\u6c34\u76ee\u6807\u8ba2\u4e3a12%\u3002<\/p>\n<p>\u63aa\u65bd\u4e8c\uff1a\u901a\u8fc7\u6c34\u6e90\u4fdd\u62a4\u9644\u52a0\u8d39\u53ca\u6c34\u8d39\u63d0\u9ad8\u6c34\u7684\u4ef7\u503c\u3002<br \/>\n\u6211\u4eec\u540c\u610f\u60a8\u7684\u770b\u6cd5\uff0c\u6211\u4eec\u9700\u8981\u5168\u9762\u7684\u6c34\u9700\u6c42\u7ba1\u7406\uff0c\u4ee5\u786e\u4fdd\u69df\u5dde\u8282\u7ea6\u7528\u6c34\u3002\u6bcf\u65e5\u4eba\u5747\u7528\u6c34\u91cf\u5982\u6b64\u9ad8\uff0c\u5c06\u5bfc\u81f4\u9700\u8981\u6c72\u53d6\u66f4\u591a\u751f\u6c34\u53ca\u5904\u7406\u3002<\/p>\n<p>\u5728\u51cf\u5c11\u6bcf\u65e5\u4eba\u5747\u7528\u6c34\u65b9\u9762\uff082010\u5e74\u8fbe291\u516c\u5347\uff09\uff0c\u4f9b\u6c34\u673a\u6784\u57282010\u5e7411\u6708\u5f00\u59cb\uff0c\u5411\u90a3\u4e9b\u6bcf\u6708\u7528\u6c34\u8d85\u8fc73\u4e075000\u516c\u5347\u7684\u7528\u6237\u5f81\u6536\u6bcf1000\u516c\u534724\u4ed9\u7684\u6c34\u6e90\u4fdd\u62a4\u9644\u52a0\u8d39\u3002\u4e4b\u540e\uff0c\u6bcf\u65e5\u4eba\u5747\u7528\u6c34\u91cf\u66fe\u7ecf\u57282011\u5e74\u964d\u5230285\u516c\u5347\u3002\u4f46\u662f\uff0c2013\u5e74\u53c8\u518d\u4e0a\u5347\u5230295\u516c\u5f00\uff0c\u5230\u4e862014\u5e742\u6708\u751a\u81f3\u98d1\u9ad8\u81f3311\u516c\u5347\u3002<\/p>\n<p>\u4e3a\u4e86\u5e94\u5bf9\u7528\u6c34\u91cf\u4e0d\u65ad\u4e0a\u5347\u7684\u95ee\u9898\uff0c\u4f9b\u5e94\u673a\u6784\u57282013\u5e7411\u6708\u5c06\u4fdd\u62a4\u6c34\u6e90\u9644\u52a0\u8d39\u589e\u52a0\u81f348\u4ed9\u3002\u4f46\u662f\u5b83\u8fd8\u662f\u65e0\u6cd5\u6709\u6548\u51cf\u5c11\u6bcf\u65e5\u4eba\u5747\u7528\u6c34\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u5141\u8bb8\u69df\u5dde\u6c34\u52a1\u673a\u6784\u66f4\u5168\u9762\u5730\u63d0\u9ad8\u6c34\u8d39\u3002<\/p>\n<p>\u6211\u4eec\u542c\u53d6\u4f60\u7684\u610f\u89c1\u51cf\u5c11\u7528\u6c34\uff0c\u4f60\u7684\u90e8\u95e8\u4fbf\u4e0d\u4f1a\u53cd\u5bf9\u6267\u884cSPRWS\uff0c\u5305\u62ec\u4e0e\u9739\u96f3\u5dde\u5546\u91cf\uff0c\u800c\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u4e5f\u51c6\u5907\u7f34\u4ed8\u751f\u6c34\u8d39\u7ed9\u9739\u96f3\u5dde\u3002\u800c\u4f60\u7684\u90e8\u95e8\u5c06\u4f1a\u627f\u62c53\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684SPRWS\u751f\u6c34\u8f93\u5165\u6210\u672c\uff0c\u53e6\u5916\u4f9b\u6c34\u673a\u6784\u5c06\u81ea\u5df1\u901a\u8fc7\u5411\u6c34\u8d44\u4ea7\u673a\u6784\uff08PAAB\uff09\u8d37\u6b3e\uff0c\u627f\u62c5\u5174\u5efa\u6c34\u5904\u7406\u5382\u768417\u4ebf\u4ee4\u5409\uff0c\u540c\u65f6\u627f\u62c5\u9700\u7f34\u4ed8\u7ed9\u9739\u96f3\u5dde\u653f\u5e9c\u7684\u751f\u6c34\u8d39\u3002<\/p>\n<p>\u63aa\u65bd3 \u2013 \u63d0\u5347\u516c\u4f17\u9192\u89c9\u53ca\u53c2\u4e0e<br \/>\n\u4f9b\u6c34\u673a\u6784\u5c06\u4f1a\u7ee7\u7eed\u6559\u80b2\u516c\u4f17\uff0c\u4ee5\u63d0\u5347\u516c\u4f17\u5173\u4e8e\u4fdd\u62a4\u6c34\u6e90\u53ca\u8282\u7ea6\u7528\u6c34\u7684\u9192\u89c9\u3002\u6c34\u670d\u52a1\u7406\u4e8b\u4f1a\uff08SPAN\uff09\u4e5f\u6b63\u5728\u63a8\u8350\u53ca\u63a8\u5e7f\u8282\u6c34\u914d\u5907\uff08WSDs\uff09\uff0c\u4ee5\u901a\u8fc7\u6709\u6548\u6c34\u4ea7\u54c1\u6807\u7b7e\u51cf\u5c11\u7528\u6c34\u3002\u4f9b\u6c34\u673a\u6784\u4e5f\u4e0e\u7406\u5927\u7b7e\u7f72\u4e86\u8c05\u89e3\u5907\u5fd8\u5f55\uff0c\u4ee5\u534f\u52a9\u5728\u7406\u5927Minden\u6821\u56ed\u63a8\u5e7f\u8282\u6c34\u6587\u5316\u3002\u4f9b\u6c34\u673a\u6784\u4e3b\u529e\u5404\u9879\u8bf4\u660e\u4f1a\u53ca\u5c55\u89c8\uff0c\u4ee5\u63a8\u5e7f\u8282\u6c34\u914d\u5907\uff0c\u4ee5\u5728\u5168\u69df\u5b66\u6821\u63a8\u5e7f \u8282\u6c34\u6587\u5316\u3002<\/p>\n<p>\u63aa\u65bd4 \u2013 \u9644\u52a0\u6c34\u6e90\u7684\u53d1\u5c55  <\/p>\n<p>2012\u5e74\uff0c\u6155\u8fbe\u6cb3\u5df2\u7ecf\u4f9b\u5e94\u8d85\u8fc780%\u751f\u6c34\u7ed9\u69df\u57ce\uff0c\u8fd9\u6761\u6cb3\u53ea\u80fd\u5e94\u4ed8\u69df\u5dde\u6c34\u9700\u6c42\u81f32020\u5e74\u3002\u4e4b\u540e\u6211\u4eec\u9700\u8981SPRWS\u8ba1\u5212\u6765\u589e\u52a0\u751f\u6c34\u4f9b\u5e94\u3002<\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u6c34\u4f9b\u5927\u84dd\u56fe\u4e5f\u786e\u8ba4\u9739\u96f3\u6cb3\u751f\u6c34\u8f93\u5165\u8ba1\u5212\u5c06\u662f\u69df\u57ce\u672a\u6765\u7684\u751f\u6c34\u6765\u6e90\u3002\u57282006\u5e74\u6c34\u670d\u52a1\u5de5\u4e1a\u6cd5\u4ee4\u4e0b\uff0c\u8fd9\u98793\u4ebf\u4ee4\u5409\u7684\u8ba1\u5212\u5c06\u7531\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u627f\u62c5\u3002<\/p>\n<p>\u751f\u6c34\u8f93\u5165\u8ba1\u5212\u6d89\u53ca\u5174\u5efa14.8\u516c\u91cc\u7684\u96a7\u9053\uff0c\u9884\u8ba1\u9700\u89816\u5e74\u7684\u65f6\u95f4\uff0c\u8fdb\u884c\u7814\u7a76\u3001\u5730\u70b9\u68c0\u67e5\u3001\u8bbe\u8ba1\u53ca\u5174\u5efa\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u6211\u4eec\u9700\u8981\u5c3d\u5feb\u5f00\u5c55\u8fd9\u9879\u5de5\u4f5c\uff0c\u4ee5\u786e\u4fdd2020\u5e74\u4e4b\u540e\u4f9b\u6c34\u4ecd\u7136\u8db3\u591f\u3002<\/p>\n<p>\u65e0\u8bba\u5982\u4f55\uff0c\u4f9b\u6c34\u673a\u6784\u4e5f\u9700\u8981\u6295\u8d4417\u4ebf\u4ee4\u5409\u6765\u5174\u5efa\u6c34\u5904\u7406\u5382\u3001\u8f93\u6c34\u7ba1\u3001\u62bd\u6c34\u673a\u3001\u50a8\u6c34\u5e93\u3002\u4e0a\u8ff0\u5904\u7406\u6c34\u7684\u8bbe\u5907\u5c06\u5206\u56db\u4e2a\u9636\u6bb5\u8fdb\u884c\uff0c\u4ee5\u6ee1\u8db3\u52302050\u5e74\u7684\u9700\u6c42\u3002\u6211\u4eec\u5e0c\u671b\u6211\u4eec\u80fd\u591f\u83b7\u53d6\u6c34\u8d44\u4ea7\u673a\u6784\u7684\u8d37\u6b3e\u3002<\/p>\n<p>\u4e0a\u8ff0\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u627f\u62c5\u76843\u4ebf\u4ee4\u5409\u751f\u6c34\u8f93\u5165\u8ba1\u5212\u4f30\u8ba1\u80fd\u6bcf\u5929\u4f9b\u5e941300\u767e\u4e07\u516c\u5347\u6c34\uff08\u6bcf\u516c\u534727\u4ed9\uff09\uff0c\u4ece\u9739\u96f3\u5317\u90e8\u8f93\u6c34\u8fdb\u5165\u69df\u5dde\uff0c\u4ee5\u4ee5\u5409\u8f87\u6cb3\u704c\u6e89\u8ba1\u5212\u3002\u8fd9\u9879\u8ba1\u5212\u7b26\u5408\u6210\u672c\u6548\u76ca\u3002<\/p>\n<p>2013\u5e748\u6708\u96ea\u5170\u83aa\u6cb3\u53d1\u751f\u7684\u6c61\u67d3\u4e8b\u6545\uff0c\u5bfc\u81f4\u5df4\u751f\u6cb3\u6d41\u57df\u6c34\u4f9b\u4e2d\u65ad\uff0c\u4e5f\u8bf4\u660e\u4e86\u751f\u6c34\u662f\u591a\u4e48\u5730\u5bb9\u6613\u88ab\u6c61\u67d3\u3002\u6c61\u67d3\u4e8b\u6545\u5bfc\u81f4\u96ea\u5170\u83aa\u56db\u4e2a\u6ee4\u6c34\u7ad9\u88ab\u5173\u95ed\uff0c\u96ea\u5dde\u53ca\u8054\u90a6\u76f4\u8f96\u533a\u8fd150%\u7528\u6237\u6c34\u4f9b\u4e2d\u65ad\u3002<\/p>\n<p>\u6211\u4eec\u4e5f\u8981\u63d0\u53ca\u6c34\u670d\u52a1\u4f9b\u7406\u4e8b\u4f1a\u5fd7\u671f2012\u5e748\u67082\u65e5(SPAN\/KPA-700-7\/4 KLT 2(27))\u7684\u6765\u51fd\u3002\u4e3a\u4e86\u907f\u514d2020\u5e74\u996e\u7528\u6c34\u51cf\u5c11\uff0c\u6155\u8fbe\u6cb3\u4f9b\u4e0d\u5e94\u6c42\uff0cSPRWS\u8ba1\u5212\u5fc5\u987b\u9a6c\u4e0a\u8fdb\u884c\u3002<\/p>\n<p>\u5982\u679c\u9a6c\u4e0a\u6267\u884cSPRWS\uff0c\u6211\u4eec\u53ef\u4ee5\u907f\u514d\u672a\u6765\u9ad8\u6602\u7684\u5174\u5efa\u8d39\u53ca\u571f\u5730\u6536\u8d2d\u8d39\u3002\u8fd9\u5c06\u662f\u660e\u667a\u7684\u51b3\u5b9a\uff0c\u4ee5\u8282\u7ea6\u6210\u672c\uff0c\u540c\u65f6\u51cf\u5c112020\u5e74\u69df\u5dde\u9762\u5bf9\u6c34\u8352\u7684\u98ce\u9669\u3002<\/p>\n<p>\u7b80\u800c\u8a00\u4e4b\uff0c\u6211\u4eec\u975e\u5e38\u73cd\u60dc\u4f60\u5411\u6211\u4eec\u4fdd\u8bc1\u69df\u5dde\u80af\u5b9a\u62e5\u6709\u8db3\u591f\u53ca\u6709\u7d20\u8d28\u7684\u4f9b\u6c34\u3002\u6211\u4eec\u4e5f\u9700\u8981\u4f60\u5c65\u884c\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u53ca\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u57282010\u5e74\u6240\u7b7e\u7f72\u7684\u69df\u5dde\u6c34\u4f9b\u5de5\u4e1a\u91cd\u7ec4\u8ba1\u5212\u7684\u6761\u7ea6\u3002<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rujukan Kami : 1.02.04.00005.02 Rujukan Tuan : KeTTHA:BPA(S) 666\/6\/31(22) Tarikh : 07 April 2014 Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia Aras 6, Blok E4\/5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62668 Putrajaya YB Datuk Seri Panglima PERLUNYA KeTTHA MELAKSANAKAN SEGERA &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2014\/04\/09\/perlunya-kettha-melaksanakan-segera-skim-bekalan-air-mentah-sebanyak-rm-300-juta-dari-sungai-perakperak-ke-pulau-pinang-sungai-perak-raw-water-scheme-sprws-demi-menjaminkan-bekalan-air-yang-mencu\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">PERLUNYA KeTTHA  MELAKSANAKAN SEGERA SKIM BEKALAN AIR MENTAH SEBANYAK RM 300 JUTA DARI SUNGAI PERAK,PERAK KE PULAU PINANG -SUNGAI PERAK RAW WATER SCHEME (SPRWS) DEMI MENJAMINKAN BEKALAN AIR YANG MENCUKUPI D MULAI 2020.(bm\/cn)<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[16],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4019"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4019"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4019\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4020,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4019\/revisions\/4020"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4019"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4019"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4019"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}