{"id":3926,"date":"2014-02-26T13:21:14","date_gmt":"2014-02-26T05:21:14","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=3926"},"modified":"2014-02-26T13:21:14","modified_gmt":"2014-02-26T05:21:14","slug":"datuk-seri-maximum-ongkili-menolak-cadangan-skim-bekalan-air-mentah-dari-sungai-perak-yang-boleh-menjaminkan-keperluan-air-pulau-pinang-pada-tahun-tahun-selepas-2026-atas-sebab-sumber-air-mentah-di-p","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2014\/02\/26\/datuk-seri-maximum-ongkili-menolak-cadangan-skim-bekalan-air-mentah-dari-sungai-perak-yang-boleh-menjaminkan-keperluan-air-pulau-pinang-pada-tahun-tahun-selepas-2026-atas-sebab-sumber-air-mentah-di-p\/","title":{"rendered":">Datuk Seri Maximum Ongkili Menolak Cadangan Skim Bekalan Air Mentah Dari Sungai Perak Yang Boleh Menjaminkan Keperluan Air Pulau Pinang Pada Tahun-Tahun Selepas 2026 Atas Sebab Sumber Air Mentah Di Pulau Pinang Mencukupi(bm\/cn)"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.2.2014.<\/p>\n<p><strong>Datuk Seri Maximum Ongkili Menolak Cadangan Skim Bekalan Air Mentah Dari Sungai Perak Yang Boleh Menjaminkan Keperluan Air Pulau Pinang Pada Tahun-Tahun Selepas 2026 Atas Sebab Sumber Air Mentah Di Pulau Pinang Mencukupi.<\/strong><\/p>\n<p>Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximum Ongkili menolak cadangan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak yang boleh menjaminkan keperluan air Pulau Pinang pada tahun-tahun selepas 2026 atas sebab sumber air mentah di Pulau Pinang mencukupi. Ini dinyatakan dalam surat beliau pada 18.9.2013 semasa menjawab surat saya pada 18 Jun 2013 yang meminta agar projek ini disegerakan sepertimana yang dijanjikan dalam perjanjian penghijrahan aset air yang telah ditandatangani di antara kerajaan negeri dan persekutuan pada 2011.<\/p>\n<p><!--more-->Kejayaan Pulau Pinang menghadapi musim kemarau masakini dengan tidak menjalankan sebarang catuan air tentu akan menyusahkan permohonan menjalankan skim bekalan air daripada Sungai Perak. Sungguhpun permintaan kerajaan negeri untuk projek sedemikian ditolak maka kemampuan kerajaan negeri menangani krisis kemarau sekarang tidak harus menjadi alasan tidak mengikuti syarat-syarat persefahaman yang telahpun dipersetujui. Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus meminta agar skim bekalan air ini diteruskan agar menjaminkan masa depan anak-anak kita selepas 2026.<\/p>\n<p>Alasan-alasan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menolak skim bekalan air adalah seperti berikut:-<\/p>\n<p><strong>CADANGAN SKIM BEKALAM AIR MENTAH DARI SUNGAI PERAK, NEGERI PERAK KE NEGERI PULAU PINANG<br \/>\n<\/strong><br \/>\nDengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, Surat daripada YAB Tuan, PSUKPP\/21\/ 0353\/36 (1558\/2018) bertarikh 18 Jun 2013 adalah berkaitan.<\/p>\n<p>2.\tKerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap keperluan air diseluruh Negara termasuk negeri Pulau Pinang. Selaku Menteri yang bertanggung jawab terhadap industry perkhidmatan air, sudah menjadi agenda utama saya untuk memastikan air yang cukup dan berkualiti dapat dibekalkan kepada rakyat.<\/p>\n<p>3.\tSebagaimana YAB Tuan sedia maklum, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang dengan kos berjumlah RM1.4 billion. Pelaksanaa projek ini secara geran untuk sumber air ini oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebahagian daripada Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Pulau Pinang yang telah dimeterai di antara Kerajaan Persekutan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Projek yang sedang giat dilaksanakan ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2016 dan akan meningkatkan kapasiti air mentah sedia ada sebanyak 198 juta liter sehari (JLH) dan mampu membekalkan air diseluruh Pulau Pinang sehingga tahun 2026.\t<\/p>\n<p>4.\tDi samping pelaksanaa Projek Pembesaran Empangan Mengkuang tersebut, saya berpandangan bahawa Program Pengurusan Permintaan Air (Water Demand Management) yang komprehensif juga perlu diberi tumpuan oleh pihak YAB Tuan sebagai usaha untuk memastikan penggunaana bekalan air mentah yang berhemat di negeri Pulau Pinang. Cadangan ini bersasakan bahawa penggunaan air per kapita bagi negeri Pulau Pinang adalah yang tertinggi di Negara ini iaitu sebanyak 285 liter\/kapita\/hari berbanding dengan purata nasional sebanyak 210 liter\/kapita\/hari. Penggunaan air per kapita yang tinggi ini mendorong kepada pengabstrakan air mentah yang berlebihan untuk dirawat oleh operator air.<\/p>\n<p>5.\tJusteru, dalam konteks ini saya turut berpendapat bahawa pendekatan untuk meningkatkan usaha bagi mengawal penggunaan air per kapita kepada tahap yang munasabah serta mengoptimumkan penggunaan air Empangan Mengkuang kelak merupakan langkah yang terbaik yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan operator bekalan negeri buat masa ini. Jika penggunaan air per kapita domestic bagi negeri Pulau Pinang dikawal sekurang-kurangnya pada paras 250 liter\/kapita\/hari bagi kawasan bandar dan 240 liter\/kapita\/hari bagi kawasan luar Bandar, saya yakin bekalan air mentah sedia ada dijangka mencukupi sehingga 2030.<\/p>\n<p>6.\tOleh itu, cadangan YAB Tuan untuk melaksanakan Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak\/Kerian ke Negeri Pulau Pinang sebagai langkah untuk menjamin bekalan air mentah yang mencukupi dilihat masih terlalu awal untuk dipertimbangkan. Selain daripada itu, bagi merealisasikan pelakasanaan projek tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Negeri Perak untuk mendapatkan persetujuan membekalkan air mentah ke Pulau Pinang memandanagkan sumber air mentah adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Jika persetujuan telah dicapai, Kementerian bersedia memperakukan semula cadangan tersebut di Rancangan Malaysia yang akan datang.<\/p>\n<p>7.\tBerhubung dengan kenyataan YAB Tuan di para 2 surat bertarikh 18 Jun 2013 tersebut, sukacita saya memaklumkan bahawa Kementerian saya telah mengemukakan permohonan mengenai Cadangan Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak\/Kerian ke negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan. Namun begitu, Kementerian ini dimaklumkan bahawa cadangan ini tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini kerana Kerajaan mempunyai keutamaan yang lebih mendesak untuk melaksanakan projek-projek lain.<\/p>\n<p>8.\tDengan ini, saya berharap agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat mengambil semua langkah perlu dalam memastikan bahawa air mentah mencukupi dan berterusan dalam jangka panjang. Kerajaan dan perhatian pihak YAB Tuan terhadap perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.<\/p>\n<p>Sekian<\/p>\n<p>&#8212;&#8211;Mandarin Version &#8212;&#8211;<\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u9996\u5e2d\u90e8\u957f\u6797\u51a0\u82f1\u4e8e2014\u5e742\u670826\u65e5\u5728\u5149\u5927\u4e54\u6cbb\u5e02\u53d1\u8868\u58f0\u660e\uff1a<br \/>\n<strong><br \/>\n\u62ff\u7763\u65af\u91cc\u80fd\u6e90\u3001\u7eff\u8272\u5de5\u827a\u4e0e\u6c34\u52a1\u90e8\u957f\u62ff\u7763\u65af\u91cc\u9ea6\u897f\u6155\u4ee5\u69df\u5dde\u751f\u6c34\u5145\u8db3\u4e3a\u7531\uff0c\u62d2\u7edd\u4e00\u9879\u80fd\u591f\u4fdd\u969c\u69df\u5dde2026\u5e74\u4ee5\u540e\u6c34\u4f9b\u5e94\u7684\u9739\u96f3\u6cb3\u751f\u6c34\u8f93\u5165\u8ba1\u5212\u3002<\/strong><\/p>\n<p>\u62ff\u7763\u65af\u91cc\u80fd\u6e90\u3001\u7eff\u8272\u5de5\u827a\u4e0e\u6c34\u52a1\u90e8\u957f\u62ff\u7763\u65af\u91cc\u9ea6\u897f\u6155\u4ee5\u69df\u5dde\u751f\u6c34\u5145\u8db3\u4e3a\u7531\uff0c\u62d2\u7edd\u4e00\u9879\u80fd\u591f\u4fdd\u969c\u69df\u5dde2026\u5e74\u4ee5\u540e\u6c34\u4f9b\u5e94\u7684\u9739\u96f3\u6cb3\u751f\u6c34\u8f93\u5165\u8ba1\u5212\u3002\u90e8\u957f\u57282013\u5e749\u670818\u65e5\u56de\u590d\u6211\u57282013\u5e746\u670818\u65e5\u7684\u4fe1\u4ef6\uff0c\u5f53\u65f6\u6211\u8981\u6c42\u5f53\u5c40\u5c3d\u5feb\u63a8\u884c\u4e0a\u8ff0\u8ba1\u5212\uff0c\u4ee5\u5c65\u884c2011\u5e74\u5dde\u653f\u5e9c\u4e0e\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u6240\u7b7e\u7f72\u7684\u6c34\u8d44\u4ea7\u8f6c\u79fb\u534f\u8bae\u3002<\/p>\n<p>\u69df\u5dde\u80fd\u591f\u5728\u4e0d\u7528\u5236\u6c34\u7684\u60c5\u51b5\u4e0b\u9762\u5bf9\u65f1\u707e\uff0c\u4e5f\u8ba9\u6211\u4eec\u5728\u7533\u8bf7\u9739\u96f3\u6cb3\u751f\u6c34\u8f93\u5165\u8ba1\u5212\u9762\u5bf9\u56f0\u96be\u3002\u867d\u7136\u5dde\u653f\u5e9c\u7684\u8981\u6c42\u88ab\u62d2\u7edd\uff0c\u4f46\u662f\u5dde\u653f\u5e9c\u5728\u9762\u5bf9\u65f1\u707e\u7684\u80fd\u529b\u4e0d\u5e94\u8be5\u6210\u4e3a\u4e00\u9879\u4e0d\u5c65\u884c\u534f\u8bae\u7684\u7406\u7531\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u5c06\u4f1a\u7ee7\u7eed\u8981\u6c42\u9a6c\u4e0a\u8fdb\u884c\u6c34\u4f9b\u8ba1\u5212\uff0c\u4ee5\u4fdd\u969c2026\u5e74\u4ee5\u540e\u5b69\u5b50\u7684\u672a\u6765\u3002<\/p>\n<p>\u62ff\u7763\u65af\u91cc\u9ea6\u897f\u6155\u7ed9\u4e88\u7684\u7406\u7531\u5982\u4e0b\uff1a<\/p>\n<p>\u201c\u4ece\u9739\u96f3\u6cb3\u8f93\u5165\u751f\u6c34\u7684\u5efa\u8bae<\/p>\n<p>\u6211\u9488\u5bf9\u60a8\u4e8e2013\u5e746\u670818\u65e5\u7684\u4fe1\u51fd\uff0c\u56de\u590d\u5982\u4e0b\uff1a<\/p>\n<p>2.\t\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u5411\u6765\u5173\u6ce8\u5168\u56fd\u5404\u5730\u7684\u6c34\u4f9b\u5305\u62ec\u69df\u5dde\u3002\u8eab\u4e3a\u5bf9\u6c34\u8d44\u6e90\u5de5\u4e1a\u8d1f\u8d23\u7684\u90e8\u957f\uff0c\u6211\u7684\u9996\u8981\u4efb\u52a1\u5c31\u662f\u786e\u4fdd\u4eba\u6c11\u4eab\u6709\u5145\u8db3\u53ca\u6709\u7d20\u8d28\u7684\u6c34\u6e90\u3002<\/p>\n<p>3.\t\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u5df2\u7ecf\u6279\u51c6\u5b5f\u5149\u6c34\u575d\u6269\u5efa\u8ba1\u5212\uff0c\u8017\u8d4414\u4ebf\u4ee4\u5409\u3002\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u4ee5\u62e8\u6b3e\u5f62\u5f0f\u8d44\u52a9\u8fd9\u9879\u8ba1\u5212\u662f\u69df\u5dde\u6c34\u4f9b\u91cd\u7ec4\u8ba1\u5212\u7684\u4e00\u90e8\u5206\uff0c\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u53ca\u5dde\u653f\u5e9c\u4e5f\u9488\u5bf9\u6b64\u4e8b\u8fbe\u81f4\u5171\u8bc6\u3002\u8fd9\u9879\u8ba1\u5212\u9884\u8ba1\u5c06\u57282016\u5e74\u5168\u9762\u7ae3\u5de5\uff0c\u5c4a\u65f6\u5c06\u80fd\u591f\u5c06\u751f\u6c34\u4f9b\u5e94\u91cf\u589e\u52a0\u6bcf\u59291\u4ebf9800\u4e07\u516c\u5347\uff0c\u5e76\u4f9b\u5e94\u5168\u69df\u6c34\u4f9b\u81f32026\u5e74\u3002<\/p>\n<p>4.\t\u9664\u4e86\u5b5f\u5149\u6c34\u575d\u6269\u5efa\u8ba1\u5212\uff0c\u6211\u8ba4\u4e3a\u60a8\u4e5f\u5e94\u8be5\u52aa\u529b\u5168\u9762\u63a8\u884c\u201c\u6c34\u6e90\u9700\u6c42\u7ba1\u7406\u201d\uff0c\u4ee5\u786e\u4fdd\u69df\u57ce\u8282\u7ea6\u4f7f\u7528\u751f\u6c34\u3002\u6709\u9274\u4e8e\u69df\u57ce\u4eba\u5747\u7528\u6c34\u91cf\u662f\u5168\u9a6c\u6700\u9ad8\uff0c\u8fbe\u6bcf\u4eba\u6bcf\u5929285\u516c\u5347\uff0c\u9ad8\u51fa\u5168\u56fd\u4eba\u5747\u7528\u6c34\u6bcf\u4eba\u6bcf\u5929210\u516c\u5347\u3002\u5982\u6b64\u8d85\u9ad8\u7684\u4eba\u5747\u7528\u6c34\u91cf\uff0c\u53ea\u4f1a\u5bfc\u81f4\u5bf9\u751f\u6c34\u7684\u8981\u6c42\u589e\u52a0\u3002<\/p>\n<p>5.\t\u56e0\u6b64\uff0c\u6211\u8ba4\u4e3a\u5dde\u653f\u5e9c\u53ca\u5dde\u6c34\u4f9b\u516c\u53f8\u6709\u5fc5\u8981\u52a0\u5f3a\u7ba1\u5236\u4eba\u5747\u7528\u6c34\u91cf\u81f4\u5408\u7406\u6c34\u5e73\uff0c\u5e76\u4e14\u5c06\u5b5f\u5149\u6c34\u575d\u7684\u7528\u6c34\u6700\u4f18\u5316\uff0c\u624d\u662f\u5f53\u524d\u6700\u597d\u7684\u505a\u6cd5\u3002\u5982\u679c\u5dde\u653f\u5e9c\u80fd\u591f\u5c06\u69df\u5dde\u7684\u4eba\u5747\u7528\u6c34\u91cf\u964d\u4f4e\u81f3\u57ce\u533a\u6bcf\u4eba\u6bcf\u5929250\u516c\u5347\u3001\u90ca\u5916\u6bcf\u4eba\u6bcf\u5929240\u516c\u5347\uff0c\u6211\u76f8\u4fe1\u69df\u5dde\u7684\u751f\u6c34\u4f9b\u5e94\u5230\u4e862030\u5e74\u8fd8\u662f\u5145\u8db3\u7684\u3002<\/p>\n<p>6.\t\u56e0\u6b64\uff0c\u9996\u957f\u60a8\u5efa\u8bae\u63a8\u884c\u4ece\u9739\u96f3\u6cb3\u5bfc\u6c34\u81f3\u69df\u5dde\u5409\u8f87\u6cb3\u4ee5\u786e\u4fdd\u6c34\u4f9b\u5145\u8db3\uff0c\u8fd8\u662f\u8a00\u4e4b\u8fc7\u65e9\u3002\u9664\u6b64\u4e4b\u5916\uff0c\u5982\u679c\u8981\u63a8\u884c\u4e0a\u8ff0\u8ba1\u5212\uff0c\u69df\u5dde\u653f\u5e9c\u5fc5\u987b\u4e0e\u9739\u96f3\u5dde\u653f\u5e9c\u5546\u91cf\uff0c\u4ee5\u53d6\u5f97\u9739\u96f3\u5dde\u7684\u540c\u610f\uff0c\u8ba9\u5b83\u4eec\u4f9b\u5e94\u751f\u6c34\u5230\u69df\u57ce\uff0c\u56e0\u4e3a\u751f\u6c34\u662f\u5c5e\u4e8e\u5dde\u653f\u5e9c\u7684\u6743\u9650\u3002\u5982\u679c\u4ed6\u4eec\u540c\u610f\uff0c\u672c\u90e8\u95e8\u5c06\u91cd\u65b0\u5728\u6765\u4e34\u7684\u5927\u9a6c\u8ba1\u5212\u68c0\u8ba8\u8fd9\u9879\u5efa\u8bae\u3002<\/p>\n<p>7.    \t\u9488\u5bf9\u9996\u957f\u5728\u5fd7\u671f2013\u5e746\u670818\u65e5\u7684\u4fe1\u51fd\u4e2d\u7b2c\u4e8c\u6bb5\uff0c\u6211\u8c28\u6b64\u901a\u77e5\u6211\u7684\u90e8\u95e8\u5df2\u7ecf\u9488\u5bf9\u4ece\u9739\u96f3\u6cb3\u8f93\u5165\u751f\u6c34\u5230\u69df\u57ce\u5409\u8f87\u6cb3\u7684\u5efa\u8bae\uff0c\u5411\u653f\u5e9c\u63d0\u51fa\u7533\u8bf7\u3002\u4f46\u662f\uff0c\u6211\u4eec\u88ab\u544a\u77e5\u4e0a\u8ff0\u5efa\u8bae\u4e0d\u88ab\u8003\u8651\uff0c\u56e0\u4e3a\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u8fd8\u6709\u66f4\u8feb\u5207\u91cd\u8981\u7684\u8ba1\u5212\u8981\u63a8\u884c\u3002<\/p>\n<p>8.\t\u6211\u5e0c\u671b\u69df\u5dde\u80fd\u591f\u91c7\u53d6\u4e00\u5207\u6709\u5fc5\u8981\u7684\u63aa\u65bd\uff0c\u4ee5\u786e\u4fdd\u672a\u6765\u751f\u6c34\u4f9b\u5e94\u5145\u8db3\u53ca\u6c38\u7eed\u3002<\/p>\n<p>\u8c22\u8c22\uff01 <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.2.2014. Datuk Seri Maximum Ongkili Menolak Cadangan Skim Bekalan Air Mentah Dari Sungai Perak Yang Boleh Menjaminkan Keperluan Air Pulau Pinang Pada Tahun-Tahun Selepas 2026 Atas Sebab Sumber Air Mentah Di Pulau Pinang Mencukupi. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2014\/02\/26\/datuk-seri-maximum-ongkili-menolak-cadangan-skim-bekalan-air-mentah-dari-sungai-perak-yang-boleh-menjaminkan-keperluan-air-pulau-pinang-pada-tahun-tahun-selepas-2026-atas-sebab-sumber-air-mentah-di-p\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">>Datuk Seri Maximum Ongkili Menolak Cadangan Skim Bekalan Air Mentah Dari Sungai Perak Yang Boleh Menjaminkan Keperluan Air Pulau Pinang Pada Tahun-Tahun Selepas 2026 Atas Sebab Sumber Air Mentah Di Pulau Pinang Mencukupi(bm\/cn)<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3926"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3926"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3926\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3927,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3926\/revisions\/3927"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3926"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3926"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3926"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}