{"id":363,"date":"2009-04-22T17:16:01","date_gmt":"2009-04-22T09:16:01","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=363"},"modified":"2009-04-22T17:27:40","modified_gmt":"2009-04-22T09:27:40","slug":"363","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2009\/04\/22\/363\/","title":{"rendered":"Polisi-Polisi baru yang diperkenalkan oleh Semua Exco"},"content":{"rendered":"<p><strong>Soalan Daripada YB. DATUK ARIF SHAH BIN HAJI OMAR SHAH (BN-Seberang Jaya)<\/strong><br \/>\nKerajaan negeri sekarang dilihat lemah terutamanya dengan masalah dalaman yang disebarkan melalui akhbar dan cerita-cerita mengenai ketidakcekapan anggota-anggota Exco tertentu menjalankan tugas.   Apakah benar dakwaan ini? Jika tidak, sila senaraikan polisi-polisi baru yang diperkenalkan secara terperinci setiap portfolio yang dipegang oleh semua Exco termasuk YAB Ketua Menteri dan YB Timbalan Ketua Menteri. <\/p>\n<p><strong> Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang<\/strong><br \/>\nDakwaan Y.B. bahawa anggota-anggota Exco tidak cekap dalam menjalankan tugas mereka adalah tidak berasas sekali. Bagi tempoh setahun yang lalu, Kerajaan Negeri telah menggubal dasar pentadbiran yang baru di samping merombak sistem pentadbiran yang sedia ada. Dasar-dasar yang telah digariskan oleh semua Exco termasuk Y.A.B. Ketua Menteri dan Y.B. Timbalan Menteri adalah seperti yang dilampirkan.<\/p>\n<p><strong>YAB KETUA MENTERI<br \/>\nPortfolio : MMK Pembangunan Industri &#038; Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah &#038; Pembangunan Tanah<br \/>\nSECARA KESELURUHAN<\/strong><br \/>\n<!--more--><br \/>\n1. \tMemperkenalkan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti &#038; Telus) pertama di Malaysia: memerangi rasuah dan membuktikan sebuah kerajaan bersih boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kerajaan berasuah;<br \/>\n2.\tPembatalan saman atas penjaja kecil dan saman kesalahan letak kereta;<br \/>\n3.\tMembuka Jambatan Merah di Fasa 3 Bayan Lepas untuk mengurangkan kesesakan trafik;<br \/>\n4.\tKenaikan Elaun Guru Kafa sebanyak RM50 sebulan;<br \/>\n5.\tKajian semula prosedur pentadbiran tanah\/penyiasatan penyelewengan tanah;<br \/>\n6.\tPembatalan pembelian 4 buah kereta rasmi baru sebanyak RM500,000;<br \/>\n7.\tMelantik ahli NGO dan seorang AKU pertama sebagai Ahli Majlis Kerajaan Tempatan;<br \/>\n8.\tPapan-papan tanda jalan dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dengan Bahasa Mandarin, Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dengan Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu dengan Bahasa Jawi\/Arab dalam linkungan Zon Warisan Georgetown;<br \/>\n9.\tUsaha-usaha pemulihan KOMTAR termasuk mengekalkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR;<br \/>\n10.\tSebut harga tender terbuka melalui internet dengan pelaksanaan Sistem e-Perolehan yang membolehkan tender terbuka menerusi internet dan tempoh bantahan;<br \/>\n11.\tJumlah pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2008 mencecah RM10.2 bilion berbanding dengan RM4.7 bilion pada tahun 2007;<br \/>\n12.\tUsaha menarik pelaburan asing dengan menubuhkan Petugas Khas yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri untuk setiap pelaburan yang melebihi RM1 bilion dan juga melicinkan pentadbiran kerajaan negeri seperti dasar \u201cbina dulu, lulus kemudian\u201d;<br \/>\n13.\tPengambilan pekerja asing di sektor pembuatan, terutamanya sektor elektrik dan elektronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan dibekukan;<br \/>\n14.\tPenubuhan Pusat Bantuan dan Latihan Kerjaya (CAT Centre) untuk membantu golongan yang hilang kerja;<br \/>\n15.\tMenubuhkan Tabung Modal Pusingan Peniaga dan Penjaja Kecil Negeri Pulau Pinang dengan jumlah pinjaman maksima sebanyak RM10,000.00 dengan tempoh bayaran balik maksima 5 tahun bagi setiap pemohon;<br \/>\n16.\tMenubuhkan Penang Global Tourism Sdn. Bhd. Untuk mempromosi dan menggalakkan pembangunan sector pelancongan;<br \/>\n17.\tMenyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM8.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan Cina, sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah menengah persendirian. Peruntukan RM1.5 juta bagi sekolah-sekolah agama rakyat adalah tambahan daripada RM3.7 juta yang diperuntukkan untuk tujuan pendidikan agama bagi tahun 2009 oleh kerajaan negeri;<br \/>\n18.\tMembatalkan pembelian notebook dan pencetak untuk ADUN sebanyak RM300 ribu untuk tahun 2008-2009;<br \/>\n19.\tMemberi wang ehsan RM100.00 kepada lebih 170,000 buah keluarga miskin yang membelanjakan RM17 juta;<br \/>\n20.\tMengecualikan semua sekolah milikan bukan kerajaan yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada membayar cukai tanah dengan membayar nominal fee RM1.00;<br \/>\n21.\tMenyediakan perkhidmatan WiFi dan WiMax secara percuma di seluruh negeri;<br \/>\n22.\tMendirikan Industri Halal Hub dengan peruntukan kawasan tanah perindustrian sebanyak 131 ekar di Bukit Minyak untuk Fasa 1 dan 2;<br \/>\n23.\t Membenarkan warga media menggunakan pas media sebagai pas keselamatan dalam KOMTAR;<br \/>\n24.\tPemberian bantuan beras percuma kepada penerima bantuan kebajikan;<br \/>\n25.\tBerjaya menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan dengan bantuan kewangan di bawah Rancangan Anti-Kemiskinan (RAK);<br \/>\n26.\tPenubuhan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat (CAT) \u2013 ke arah kebebasan akhbar dalam suasana pengetahuan tanpa kekurangan dan kekangan;<br \/>\n27.\tSiaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri melalui internet, Web TV;<br \/>\n28.\tCadangan penukaran Hakmilik daripada Pajakan kepada Pegangan 99 tahun untuk tanah industri\/komersial dan hakmilik kekal untuk kediaman rumah pangsa\/rumah kos rendah dan sederhana demi memulangkan tanah kerajaan kepada rakyat;<br \/>\n29.\tHad masa larangan kenderaan berat atas Jambatan Pulau Pinang dan pengeluaran pas khas untuk mengatasi masalah kesesakan di Jambatan;<br \/>\n30.\tMenetapkan bantuan bencana alam dikeluarkan dalam masa 24 jam kepada mangsa-mangsa;<br \/>\n31.\tMelantik Timbalan Ketua Menteri pertama di Malaysia daripada kaum India dan Pengerusi Melayu pertama untuk InvestPenang;<br \/>\n32.\tMengurangkan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK kepada RM350.00 dan RM250.00 sebulan daripada RM600.00 dan RM500.00 masing-masing;<br \/>\n33.\tMemberikan penganugerahan pingat dan bintang berdasarkan sumbangan masyarakat atau prestasi pencapaian dan bukannya latar belakang politik di mana buat pertama kali tidak ada seorang ahli Exco, ADUN ataupun Ahli Majlis kerajaan tempatan menerima pingat yang menyebabkan bilangan Dato\u2019 Seri Utama, Dato\u2019 Seri dan Dato\u2019 dikurangkan daripada 82 pada tahun 2007 kepada 38 pada tahun 2008;<br \/>\n34.\tMelarang semua ahli pentadbiran dan ADUN kerajaan daripada membuat permohonan baru untuk tanah kerajaan;<br \/>\n35.\tPenghargaan dan pengiktirafan kepada para hafiz secara kewangan terhadap penghafal dan pengajar Al-Quran yang berkhidmat di Negeri Pulau Pinang;<br \/>\n36.\tPeruntukan RM1 juta untuk tujuan Rukun Tetangga yang akan dikenali sebagai Pasukan Rondaan Sukarela (PRS) demi mengawal keselamatan awam dan mempertingkatkan usaha memerangi jenayah;<br \/>\n37.\tMenjalankan usaha penjimatan kerja kontrak dan pembekalan kerajaan negeri dengn memastikan ia adalah bernilai dengan harga munasabah di mana wang kerajaan sebanyak RM1.62 juta dijimatkan seperti projek pembaikan semula Keretapi Bukit Bendera;<br \/>\n38.\tMendapat balik pembayaran denda RM4.2 juta daripada Gamuda Berhad yang gagal mematuhi keperluan kebenaran merancang untuk projek landasan berkembar keretapi sebanyak RM12.485 bilion;<br \/>\n39.\tMendapat balik bayaran royalti pasir RM6.6 juta daripada Penang Port Sdn Bhd;<br \/>\n40.\tMenuntut balik tunggakan cukai pintu bangunan milikan UMNO dan MCA bertahun-tahun sebanyak RM238,632.17; dan<br \/>\n41.\tPemberian rebat RM5-RM10 sebulan untuk rumah beribadat sebanyak RM64,000 setahun.<br \/>\n<strong><br \/>\nPENTADBIRAN TANAH<br \/>\n<\/strong><br \/>\n1.\tKe arah usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan keputusan dan mengurangkan kerenah birokrasi, kerajaan negeri telah menghapus jawatankuasa yang tidak diperlukan. Berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah, rujukan untuk ulasan jawatankuasa berikut telah dihapuskan:<\/p>\n<p>\t(a)\tJawatankuasa Ad-hoc Tukarsyarat Tanah;<br \/>\n\t(b)\tJawatankuasa Tebatan Air; dan<br \/>\n\t(c)\tJawatankuasa Tanah Bukit <\/p>\n<p>2.\tKerajaan negeri telah memberi lebih peluang dan keyakinan kepada pemilik-pemilik tanah untuk mendapatkan tempoh pajakan tanah yang lebih panjang melalui dasar kebenaran untuk menyambung tempoh pajakan tanah industri dan komersil kepada 99 tahun bagi semua jenis tanah dan hakmilik kekal bagi kediaman rumah kos rendah dan sederhana (yang kini hendak dimaklumkan kepada Majlis Tanah Negara);<br \/>\n3.\tPenubuhan Jawatankuasa bersama-sama ahli-ahli profesional daripada 5 pertubuhan pakar dan profesional  bagi memperbaiki dan mempermudahkan prosedur dan proses urusan tanah; dan<br \/>\n4.\tKerajaan negeri telah memperkenalkan dasar mengenai pelupusan tanah-tanah yang strategik yang dibuat melalui proses tender terbuka di manasemua syarikat boleh mengambil bahagian. Langkah ini untuk mengelakkan daripada kecenderungan untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat tertentu sahaja.<\/p>\n<p><strong>YB PROF. DR P. RAMASAMY<br \/>\nPortfolio : MMK Perancang Ekonomi, Pendidikan, Sumber Manusia dan Sains Teknologi &#038; Inovasi<\/strong><\/p>\n<p>PERANCANGAN EKONOMI <\/p>\n<p>(i)\tMelaksanakan penyelidikan ekonomi Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa.<br \/>\n(ii)\t Mengumpul maklumat\/data sosial, ekonomi dan alam sekitar dan aliran pembangunan ekonomi di Pulau Pinang serta mengelolakan seminar\/taklimat bagi pembangunan ekonomi mapan dan seimbang Negeri Pulau Pinang<br \/>\n(iii)\tMenarik pelajar dan pelabur asing ke negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan pertukaran Ringgit Malaysia<br \/>\n(iv)\tMelonggarkan syarat pinjaman perniagaan<br \/>\n(v)\tDasar-dasar sedia ada telah dikaji dan diperhalusi bagi menambah baik pelaksanaan dan perancangan pembangunan ekonomi negeri. Adalah diharap dengan usaha bersepadu semua pihak agensi akan dapat meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negeri.<\/p>\n<p>PENDIDIKAN<\/p>\n<p>(i)\tMewujudkan persepaduan pendidikan  antara sektor awam dan sektor swasta<br \/>\n(ii)\tMewujudkan dan memperkenalkan peluang pendidikan kepada semua golongan masyarakat, terutamanya dari luar negara.<br \/>\n(iii)\tMemberi pendedahan pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dari kebudayaan yang pelbagai<br \/>\n(iv)\tMemberi penumpuan yang lebih kepada pendidikan yang lebih sainstifik dan menaruh minat terhadapnya.<br \/>\n(v)\tMemberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang di negeri Pulau Pinang<br \/>\n(vi)\tMenaiktarafkan IPTS tempatan kepada taraf universiti<br \/>\n(vii)\tDasar-dasar sedia ada telah dikaji dan diperhalusi bagi menambah baik pelaksanaan dan perancangan pembangunan pendidikan negeri, seperti program-program yang telah dijalankan oleh BOLD, iaitu Program Intervensi Pelajar Yang Menghadapi Kesukaran Pembelajaran dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun dengan kerjasama antara Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri. <\/p>\n<p>SUMBER MANUSIA<\/p>\n<p>(i)\tPenggunaan tenaga kerja secara optima<br \/>\n(ii)\tMewujudkan perhubungan yang strategik antara Kerajaan Negeri, majikan dan pekerja<br \/>\n(iii)\tMeningkatkan kemahiran di kalangan pekerja<br \/>\n(iv)\tMemperkenalkan teori-teori, idea-idea dan pendedahan baru  yang kreatif untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran<br \/>\n(v)\tLebih peka kepada perkembangan sains dan teknologi untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti  pengeluaran<br \/>\n(vi)\tPenyediaan penempatan pekerjaan sementara serta latihan dan peluang pernigaan kepada pekerja yang telah diberhentikan, para graduan, belia lepasan sekolah dan penganggur<\/p>\n<p>SAINS &#038; TEKNOLOGI DAN INOVASI<\/p>\n<p>(i)\tAktiviti dan program pada masa akan datang perlu lebih sainstifik, kreatif dan inovatif agar penumpuan sains dan teknologi secara menyeluruh di negeri ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya<br \/>\n(ii)\tPenglibatan daripada syarikat swasta amat perlu dalam usaha meningkatkan kerjasama dan nilai tambah terhadap perancangan program kelak.<br \/>\n(iii)\tPendidikan sains di kalangan remaja digalakkan.<\/p>\n<p><strong>YB CHOW KON YEOW<br \/>\nPortfolio : MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas<\/strong><\/p>\n<p>KERAJAAN TEMPATAN<\/p>\n<p>Kerajaan Tempatan sedang dalam proses mengkaji beberapa dasar supaya dapat mencapai matlamat menyokong usaha pembangunan socio-ekonomi negeri. Antaranya dasar pemasangan struktur komunikasi, dasar papan iklan, dasar dasar rumah burung walit dan dasar penglibatan rakyat dalam proses membuat keputusan. <\/p>\n<p>PENGURUSAN LALULINTAS<\/p>\n<p>Pengurusan Lalulintas sedang dalam proses. Menggubal Pelan Induk Pengangkutan Awam dan penubuhan Majlis Pengangkutan Negeri Pulau Pinang. <\/p>\n<p><strong>YB LIM HOCK SENG<br \/>\nPortfolio : MMK Kerjaraya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara, Laut &#038; Keretapi)<\/strong><\/p>\n<p>JABATAN KERJA RAYA (JKR)<\/p>\n<p>a)\tSentiasa menyelenggara jalan raya yang sediada dan memastikannya ia adalah dalam keadaan baik dan selamat.<br \/>\nb)\tSentiasa merancang jalan-jalan baru untuk memberi manfaat kepada orang ramai<br \/>\nc)\tSentiasa meneliti dan mengawal cadangan pembinaan infrastruktur oleh pihak swasta supaya ianya memenuhi piawaian dan garis panduan mutu kerja<br \/>\nd)\tSentiasa memastikan bahawa pelebaran Jambatan Pulau Pinang I berjalan dengan lancar dan siap pada Ogos 2009 dan juga mengkoordinasi kerja-kerja di Jambatan Pulau Pinang yang kedua.<\/p>\n<p>TENAGA (TNB)<\/p>\n<p>a)\tSentiasa memastikan bahawa tenaga adalah mencukupi untuk permintaan dan dengan kadar yang cepat<br \/>\nb)\tSentiasa  memantau keadaan bekalan dan meminimakan gangguan bekalan dan memperbaiki gangguan bekalan dengan segera sekiranya berlaku<\/p>\n<p>TELEKOM<\/p>\n<p>a)\tSentiasa memastikan bahawa talian yang ada sentiasa mencukupi untuk permintaan<br \/>\nb)\tMemperbaiki gangguan talian dengan segera<br \/>\nc)\tSentiasa memastikan pemasangan broadband &#038; wireless untuk internet <\/p>\n<p>AIR (PBA)<\/p>\n<p>a)\tSentiasa memastikan kualiti bekalan air adalan dalam tahap yang memuaskan<br \/>\nb)\tSentiasa berusaha mencari sumber air mentah<br \/>\nc)\tMengurangkan kadar NRW dengan memperbaiki kebocoran air dengan segera dan cepat<\/p>\n<p>LTAB (Lapangan Terbang Antarabangsa)<\/p>\n<p>a)\tSentiasa mengkoordinasi dengan MAB tentang keperluan penumpang<br \/>\nb)\tSentiasa menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan sekitar lapangan terbang<br \/>\nc)\tSentiasa memastikan perkembangan dan kemajuan lapangan terbang <\/p>\n<p>PELABUHAN<\/p>\n<p>a)\tSentiasa memantau perkhidmatan feri<br \/>\nb)\tMendesak implementasi \u201ccatamaran\u201d untuk penumpang yang berjalan kaki<br \/>\nc)\tMendalamkan selat North Channel<br \/>\nd)\tMemastikan kargo dan container sentiasa dikendali<\/p>\n<p>KERETAPI (KTM)<\/p>\n<p>a)\tSentiasa memantau keselamatan dan kekerapan jadual keretapi<br \/>\nb)\t\u2018Double track\u201d dapat berjaya dilaksanakan<\/p>\n<p><strong>YB LAW CHOO KIANG<br \/>\nPortfolio : MMK Pertanian &#038; Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir<br \/>\n<\/strong><\/p>\n<p>1.\tMenubuhkan Majlis Pengguna Air (MPA) &#038; Kumpulan Pengguna Air (KPA) untuk pengurusan air bagi saliran air sawah padi yang lebih berkesan.<\/p>\n<p>2.\tPerlaksanaan Teknologi EM (Effective Micro organism) dalam pengurusan pencemaran alam sekitar di ladang-ladang ternakan.<\/p>\n<p>3.\tMeneruskan dan melaksanakan Projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Juru yang telah dihentikan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan peningkatan bekalan makanan yang bermutu.<\/p>\n<p>4.\tMengkaji &#038; memaksimumkan penggunaan tanah-tanah di bawah Rentis kabel TNB &#038; tebing sungai untuk tujuan memaksimumkan kegunaan tanah terbiar.<\/p>\n<p>5.\tMembangunkan tanah-tanah berstatus pertanian milik kerajaan negeri yang mempunyai keluasan yang sesuai dengan bentuk dan jenis pertanian yang lebih nilai di pasaran dengan Jabatan Pertanian Negeri.<\/p>\n<p>6.\tMenarik pelaburan \u201cPrivate Finance Initiatives\u2019 dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan.<\/p>\n<p>7.\t Melaksanakan pewartaan kawasan tali air bagi memastikan keluasan sawah padi di negeri ini tidak terjejas dan bekalan pengeluaran beras sentiasa mencukupi.<\/p>\n<p><strong>YB PHEE BOON POH<br \/>\nPortfolio : MMK Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar<\/strong><\/p>\n<p>KEBAJIKAN<\/p>\n<p>(I) Dasar Kemiskinan Tegar Sifar<br \/>\n&#8211; Saranan kerajaan adalah untuk menangani isu kemiskinan tegar dalam negeri dalam tempoh masa setahun.<br \/>\n&#8211; Langkah inisiatif yang dijalankan adalah menjemput syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan supaya turut serta sebagai Rakan Anti-Kemiskinan (RAK), atau Partners Against Poverty (PAP) bagi menghapuskan kemiskinan tegar dan melahirkan masyarakat penyayang. <\/p>\n<p>(II) Dasar Skim Penghargaan kepada Wargamas<\/p>\n<p>KESIHATAN<\/p>\n<p>(I) Dasar Penang Smoke Free atau Pulau Pinang Bebas dari Asap Rokok<br \/>\n&#8211; Mewujudkan persekitaran yang sihat iaitu bebas daripada asap rokok dalam negeri.<br \/>\n&#8211; Menguatkuasakan undang-undang di kawasan larangan merokok, Dewan Undangan Negeri dan kawasan awam yang lain termasuk hospital dan balai polis.<\/p>\n<p>(II) Dasar Cleanliness and Brighter<br \/>\n&#8211; Memastikan Kompleks Penjaja dan restoran memenuhi syarat-syarat kebersihan dari segi penyediaan makanan dan persekitaran.<\/p>\n<p>MASYARAKAT PENYAYANG<\/p>\n<p>(I) Dasar kewujudan Jiran Tetangga untuk Keselamatan Masyarakat<br \/>\n&#8211; Menggalak semua RT, RA menubuhkan Pasukan Perondaan Sukarela untuk menjaga keselamatan penduduk masing-masing.<\/p>\n<p>(II) Dasar Polis Pelancong<\/p>\n<p>ALAM SEKITAR<\/p>\n<p>(I) Dasar penghijauan<br \/>\n&#8211; menanam pokok <\/p>\n<p>(II) Dasar Kesedaran Alam Sekitar<br \/>\n&#8211; Memulihkan keadaan Sungai Pinang<\/p>\n<p><strong>YB LYDIA ONG KOK FOOI<br \/>\nPortfolio : MMK Belia dan Sukan, Pemmbangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti<\/strong><\/p>\n<p>BELIA DAN SUKAN<\/p>\n<p>i.\t   Mengambil pendekatan yang \u201cmesra belia\u201d untuk menggalakkan para belia supaya berani tampil ke hadapan dan membentuk \u201csmart partnership\u201d dengan Kerajaan Negeri bagi menyumbang kepintaran dan bakat.<\/p>\n<p>ii.\t   Menggalakkan pembangunan insan yang menyeluruh bukan sekadar dari segi akademik tetapi juga menerapkan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan sukan. <\/p>\n<p>iii.\t  Menggalakkan semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum<\/p>\n<p>iv.\t  Menggalakkan kesaksamaan gender.<\/p>\n<p>v.\t   Penyaluran sumber Negeri kepada projek yang membawa faedah secara terus kepada masyarakat terutamanya golongan sasar iaitu belia tanpa pembaziran mengikut falsafah CAT Kerajaan Negeri Pulau Pinang.<\/p>\n<p>vi.\t  Mengalakkan dan memupuk cara hidup yang lebih sihat (healthy lifestyle living) di kalangan belia, komuniti dan keluarga di Negeri Pulau Pinang.<\/p>\n<p>PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN KOMUNITI<\/p>\n<p>i.\tMembela nasib wanita terutamanya ibu tunggal dan meningkatkan taraf ekonomi wanita supaya setanding dengan wanita Negara Maju<\/p>\n<p>ii.\tMenggalakkan dan menyokong kaum wanita untuk terus berkerjaya serta mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing<\/p>\n<p>iii.\tMewujudkan komuniti yang bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dalam memupuk semangat muhibah antara kaum<\/p>\n<p>iv.\t Mempertahankan kesaksamaan gender<\/p>\n<p>v.\tMenambah bilangan wanita sehingga mencapai matlamat 30% penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam agensi Kerajaan dan korporat<\/p>\n<p><strong>YB WONG HONG WAI<br \/>\nPortfolio : MMK Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan<\/strong><\/p>\n<p>PERANCANGAN BANDAR DAN DESA <\/p>\n<p>1.\tDasar Pembangunan Di Kawasan Pengairan Permatang Damar Laut, Daerah Barat Daya <\/p>\n<p>2. \tKeperluan Menyediakan Laporan Heritage Impact Assessment (HIA) Bagi Cadangan Pembangunan Dalam Zon Warisan Dunia UNESCO <\/p>\n<p>3. \tPindaan Prosidur Permohonan Perlingkungan Semula Majlis Perbandaran Pulau Pinang \tKepada Jawatankuasa Perancang Negeri <\/p>\n<p>4. \tPenyerahan Tapak-Tapak Cadangan Sekolah Oleh Pihak Pemaju Kepada Kerajaan Negeri (Syarat untuk menyediakan Tapak Sekolah Bagi Pemajuan Perumahan melebihi 1250   unit \u2013 Perlu disediakan satu klausa dalam Konsesi Perjanjian yang menyatakan supaya tapak tersebut perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri) <\/p>\n<p>5. \tPerlantikan Calon-Calon Profesional dan Bebas untuk menganggotai Lembaga Rayuan untuk memberikan imej dan kredibiliti terhadap badan ini <\/p>\n<p>PERUMAHAN<\/p>\n<p>1.\tPenubuhan Jawatankuasa Pelepasan Kuota Bumiputera untuk mempertimbangkan kes-kes projek perumahan yang memohon Sijil Layak Menduduki <\/p>\n<p>2. \tPenetapan Harga Baru Perumahan Pindaan prosidur penetapan harga baru perumahan di mana Jawatankuasa Harga Baru akan menetapkan harga perumahan bagi projek-projek yang dikemukakan oleh pemaju. Permohonan rayuan pemaju akan dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Negeri <\/p>\n<p>3. \tPerluasan proses temu duga dalam proses penawaran rumah ke projek penswastaan dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kerajaan Negeri.   Melalui kaedah ini, hasrat Kerajaan Negeri pemilihan secara yang telus dan adil akan dapat dibuat berdasarkan maklumat-maklumat yang dibekalkan dan keterangan daripada pemohon melalui proses-proses temu duga ini. <\/p>\n<p><strong>YB LAW HENG KIANG<br \/>\nPortfolio : MMK Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan<\/strong><\/p>\n<p>PELANCONGAN<\/p>\n<p>Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggariskan sepuluh (10) teras utama pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan negeri iaitu:<\/p>\n<p>1.\tPelancongan Kebudayaan, Warisan dan Bersejarah<br \/>\n2.\tDataran Kulinari<br \/>\n3.\tPusat MICE (meetings, incentives, conventions &#038; exhibitions)<br \/>\n4.\tPelancongan perubatan<br \/>\n5.\tPelancongan Pendidikan<br \/>\n6.\tEko-pelancongan<br \/>\n7.\tPelancongan Sukan<br \/>\n8.\tPusat Filem dan Kesenian<br \/>\n9.\tSyurga Membeli-belah<br \/>\n10.\tIbu Pejabat Wilayah bagi MNCs<\/p>\n<p>WARISAN <\/p>\n<p>Setahun selepas George Town menerima penganugerahan sebagai tapak warisan UNESCO tahun lepas, tindakan segera berdasarkan Pelan Pengurusan Pemuliharaan perlu diambil.<\/p>\n<p>Pelan ini merupakan mekanisme untuk tadbir urus and memulihara nilai kawasan yang disenaraikan supaya nilai-nilai \u201cOutstanding Universal Value\u201d tapak ini terpelihara.<\/p>\n<p>Bedasarkan Pelan Pengurusan itu, perkara-perkara berikut akan dilaksanaka:<\/p>\n<p>a.\tMenubunhkan Jawatankuasa Pemandu Warisan bertujuan untuk memantau perlaksanaan perihal warisan peringkat negeri dan kebangsaan;<br \/>\nb.\tMewujudkan Pejabat Warisan Dunia (World Heritage Office) peringkat Negeri Pulau Pinang yang berfungsi sebagai pejabat yang bertanggungjawab untuk mentadbir, mengurus dan memantau pelaksanaan projek dalam kawasan tapak warisan;<br \/>\nc.\tMenubuhkan \u201cState Heritage Fund\u201d bagi menampung projek-projek dan social berkaitan kawasan tapak warisan;<br \/>\nd.\tPenubuhna Jabatan Warisan di peringkat Majlis Perbandaran Pulau Pinang bagi tujuan memproses kelulusan pelan-pelan yang melibatkan kawasan warisan kelulusan pelan-pelan yang melibatkan kawasan warisan;<br \/>\ne.\tMenubuhkan \u201cTechnical Review Panel\u201d di peringkat Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai badan penasihat berkaitan reka bentuk dan ciri-ciri banguna warisan.<\/p>\n<p>PENERBANGAN \u201cCHARTERED\u201d<\/p>\n<p>Sejak November 2008, sebanyak sembilan penerbangan \u201cchartered\u201d ditempah khas dari Finland untuk membawa pelancong ke Pulau Pinang. Purata pelancong yang menaiki penerbangan \u201cchartered\u201d adalah seramai 220 orang. Agensi pelancongan tersebut menerima sambutan yang baik dan telah membuat keputusan untuk tujuh lagi penerbangan \u201cchartered\u201d ditempah khas dari Finland untuk membawa pelancong ke Pulau Pinang hujung tahun 2009.<\/p>\n<p><strong>YB ABDUL MALIK ABUL KASSIM<br \/>\nPortfolio : MMK Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama<\/strong><\/p>\n<p>PERDAGANGAN DALAM NEGERI<\/p>\n<p>1.\tMembangunkan Perdagangan dan Industri Kecil &#038; Sedehana  ke Tahap Global<br \/>\n2.\tMembangunkan Pulau Pinang sebagai Hub Halal Antarabangsa .<br \/>\n3.\tMemperkukuhkan dan mempertingkatkan kerjasama IMT-GT .<br \/>\n4.\tMelaksanakan  Promosi Perdagangan dan  Industri .<br \/>\n5.\tMempertingkatkan Perdagangan seperti \u2018Barter Trade\u201d ke tahap yang seterusnya<br \/>\n6.\tMenjadikan Singapura, Hong Kong dan Dubai sebagai penanda aras bagi pembangunan ekonomi dan perdagangan Pulau Pinang.<\/p>\n<p>PELAKSANAAN DASAR<br \/>\nDasar-dasar di atas akan dilaksanakan melalui beberapa strategi seperti di bawah:-<\/p>\n<p>1.\tMembangunkan dan menyediakan prasarana dan infrastruktur.<br \/>\na.\tDalam membangunkan industri halal di Pulau Pinang , kerajaan negeri telah mengenal pasti sebidang tanah seluas 130 ekar di Penang Science Park  Bukit Minyak  untuk dibangunkan sebagai Kawasan Perindustrian Halal Pulau Pinang Fasa pertama sejumlah 30 ekar sedang dibangunkan dan akan menempatkan syarikat Halagel (M) Sdn  Bhd, Pusat Inkubator Halal Negeri dan industri berteknologi tinggi.<br \/>\nFasa ke-2 sebanyak 100 ekar sedang dalam perancangan awal dan akan dibangunkan sebagai pusat perindustrian bersepadu (integrated) dengan kemudahan logistic dan shared services.<br \/>\nb.\tDalam menyediakan usahawan-usahawan untuk  menerokai industri halal ini, kerajaan negeri dalam proses perancangan awal dengan pihak PDC untuk mendirikan pusat inkubator Halal di Fasa 1 Kawasan Perindustrian Halal.<br \/>\nc.\tKerajaan negeri telah mengenalpasti  satu kawasan di Pelabuhan Pulau Pinang untuk dijadikan kawasan logistic halal  bagi melengkapkan kemudahan industri halal di Pulau Pinang. Penang Port sedang dalam tahap akhir pelaksanaan untuk  mendapatkan piawaian MS1900;2005 dan seterusnya mendapatkan status Halal Port<br \/>\nPerkhidmatan tambah nilai (value added services) seperti pembungkusan semula (re-packaging) dan penjenamaan semula (re-branding) akan ditawarkan untuk menggalakkan pengeluar dan pembekal barangan Halal menggunakan Pulau Pinang dalam rangkaian logistik mereka.<br \/>\nd.\tKerajan negeri akan terus menyediakan kilang-kilang siap bina bagi membantu rakyat Pulau Pinang memperkukuhkan perniagaan masing-masing.<br \/>\ne.\tSatu usaha membina jaringan dengan taman-taman perindustrian halal di seluruh Malaysia dan luar negara akan dimulakan untuk membina rantaian nilai Halal yang boleh dikesan (traceability).<\/p>\n<p>2.\tMempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui seminar dan program-program latihan.<br \/>\na.\tDalam mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran para perdagangan dan perniaga, Kerajan negeri telah berkerjasama dengan Dewan-Dewan Perniagaan dan NGOs bagi melaksanakan program-program latihan seperti seminar dan forum-forum.<br \/>\nb.\tBerkerjasama dengan pihak industri dan pusat latihan dalam menyediakan module latihan dan bimbingan yang bersesuian dengan keperluan industri Halal dan tahap keupayaan tenaga kerja<\/p>\n<p>3.\tMenyediakan jaringan perniagaan dan perdagangan melalui pameran dan expo perdagangan dan perindustrian<br \/>\na.\tKerajaan Negeri sedang berusaha untuk menyediakan Program Pameran Perdagangan sepanjang tahun . Program ini akan dimasukkan sebagai \u201cCalendar of Events\u201d untuk setiap tahun mulai tahun 2010. Program ini akan diikuti dengan Sesi Pemadanan Perniagaan, Forum,Seminar dan Klinik-klinik usahawan. <\/p>\n<p>b.\tKerajan Pulau Pinang telah mengambil beberapa inisiatif  bagi memperkukuhkan dan mempertingkatkan kerjasama IMT-GT. Inisiatif ini sangat penting bagi mempertingkatkan  potensi perniagaan Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) di Malaysia, Thailand dan Indonesia menerusi jaringan perdagangan dan pemadanan perniagaan. Beberapa lawatan, dialog dan kunjungan misi perdangangan telah diadakan di antara Pulau Pinang, Acheh,Medan, Songkla, Bangkok dan Selatan Thailand. <\/p>\n<p>Hubungan kerjasama dan perdagangan dua-hala melalui kerajaan atau swasta dengan negara-negara di  rantau Asia, Timur Tengah, USA dan EU juga akan diperkuatkan.<\/p>\n<p>c.\tPerdagangan Barter Trade telah dihidupkan semula bagi memperkukuhkan perdagangan dua-hala ini. Melalui IMT-GT Kerajaan Acheh Utara bersetuju mengendalikan satu perhubungan perdagangan \u2019Coastal Trade\u2019 melalui sebuah kapal MV Marrisa sebesar 1000 tan metrik untuk perjalanan dari Acheh Utara ke Pulau Pinang. Program ini akan dijalankan tidak lama lagi.<\/p>\n<p>Kerajaan Negeri, melalui agensinya Halal Penang, akan menguatkan jaringan komunikasi dengan agensi-agensi persekutuan yang mempunyai cawangan di seluruh dunia seperti MIDA, MATRADE, Tourism Malaysia etc. sebagai satu saluran mempromosi inisiatif Hab Halal Antrabangsa Pulau Pinang .<\/p>\n<p>HAL EHWAL PENGGUNA<\/p>\n<p>1.\tMeningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal\/pengilang dan Kerajaan Negeri dalam mengawal harga barangan; dan <\/p>\n<p>2.\tMenjadikan pendidikan dan kesedaran tentang hak pengguna sebagai teras utama dalam menghasilkan pengguna yang bijak serta mewujudkan model pengguna yang bijak disemua peringkat masyarakat.<\/p>\n<p>PELAKSANAAN DASAR<\/p>\n<p>1.\tMengesan dan memantau perkembangan semasa yang berkaitan dengan kepenggunan (harga barang, perkhidmatan dan sebagainya) dan menjalankan penguatkuasaan terhadap kenaikan harga barangan.<\/p>\n<p>2.\tMelaksanakan program \/ aktiviti kesedaran kepenggunaan dengan memperkasakan Program Pemantau Pengguna Negeri Pulau Pinang; <\/p>\n<p>3.\tMemupuk dan mewujudkan jalinan kerjasama yang bersepadu antara jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dengan badan lain seperti NGO, pihak swasta (pengusaha, usahawan, pengeluar) dan masyarakat; dan<\/p>\n<p>Membincang dan menganalisa isu dan masalah pengguna yang berhubung kait atau mempunyai implikasi terhadap pengguna.<\/p>\n<p>AGAMA<\/p>\n<p>1.\tDasar dan Pembangunan<br \/>\nTema : Ke arah melahirkan generasi Al-Quran <\/p>\n<p>a.\tMenubuhkan Majlis Musawwarah<br \/>\ni.\tDianggotai oleh cerdik pandai, ulama`-ulama`, badan-badan NGO dan individu-individu yang berminat dan mampu memberi pandangan bagi menambah baik pentadbiran Agama Islam di Pulau Pinang.<br \/>\nii.\tMajlis ini akan mengadakan mesyuarat dan percambahan minda sekurang-kurangnya 3 kali setahun.<br \/>\niii.\tMajlis ini berfungsi sebagai penasihat dan pengkritik kepada pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang.<br \/>\niv.\tMerancang dan menjalankan beberapa aktiviti yang di luluskan oleh Exco Agama.<br \/>\nv.\tBerfungsi untuk merapatkan hubungan antara badan-badan kerajaan, badan-badan NGO dan Masyarakat. <\/p>\n<p>b.\tMemperkasakan Institusi Masjid dan surau<br \/>\ni.\tMenjadikan masjid berfungsi dengan lebih efisien seperti di zaman Rasullah dan Ambia`.<br \/>\nii.\tMengkaji dan memperkemaskan kaedah perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid dan surau. Ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang AJK perlu di kaji semula dan di tambah \u2013 JAIPP di amanahkan untuk membuat kajian terperinci.<br \/>\niii.\tMenaik taraf surau-surau di tempat awam seperti di pusat membeli belah dan hotel-hotel.<br \/>\niv.\tMenubuhkan satu pasukan yang akan bergerak dari satu masjid ke satu masjid untuk memberi khutbah dan menjalankan aktiviti pada hari Jumaat yang di kenali sebagai \u2018Khutbah Litar\u2019. <\/p>\n<p>c.\tMemperkasakan badan Penguatkuasaan JAIPP<br \/>\ni.\tKemudahan dan peralatan untuk penguatkusaan tidak mencukupi seperti kenderaan, lokap JAIPP dan kemudahan hotline penguatkuasa.<br \/>\nii.\tKekurangan penguatkuasa jabatan yang membataskan aktiviti penguatkuasaan.<\/p>\n<p>d.\tMemperkasakan Pentadbiran JAIPP<br \/>\ni.\tSuasana pejabat yang kurang sesuai untuk pentadbiran.- kajian akan di lakukan oleh pihak JAIPP<\/p>\n<p>e.\tMemperkasakan Bahagian Pendakwaan<br \/>\ni.\tTidak mempunyai peralatan pejabat yang mencukupi seperti komputer dan juga bilik kebal untuk menyimpan dokumen rasmi.<\/p>\n<p>f.\tMemperkaskan pendidikan Islam<br \/>\ni.\tMemperkasakan Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan pusat-pusat pengajian islam.<br \/>\nii.\tMewujudkan jawatankuasa bagi memantau, merancang dan memelihara Sek Agama Raktar(SAR) dan para Huffaz. <\/p>\n<p>g.\tMemperkasakan Dakwah Islamiah<br \/>\ni.\tMemperjelaskan isu-isu semasa kepada umat islam dengan tepat dan berkesan.<br \/>\nii.\tMeningkatkan cara atau skill para pendakwah dalam menjalankan aktiviti dakwah.<br \/>\niii.\tBerkerjasama dengan NGO-NGO Islam Pulau Pinang bagi menjalankan aktiviti menyampaikan dakwah di pulau pinang<br \/>\niv.\tMenubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji, merancang dan membentes gejala sosial di kalangan remaja sekolah di Pulau Pinang .<br \/>\nv.\tMelatih para belia dan Mahasiswa untuk terlibat dalam dakwah melalui latihan dan pendidikan di lapangan. <\/p>\n<p>2.\tCadangan Program-program<br \/>\na.\tWacana Isu Semasa dan penerangan kepada umat Islam\u2013 Setiap Bulan<br \/>\ni.\tAkidah<br \/>\nii.\tIbadah<br \/>\niii.\tSosial<br \/>\niv.\tDan lain-lain<br \/>\nb.\tBulan penghayatan Islam<br \/>\nc.\tSambutan Ramadhan Al-mubarak  &#8211; 1 bulan <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Soalan Daripada YB. DATUK ARIF SHAH BIN HAJI OMAR SHAH (BN-Seberang Jaya) Kerajaan negeri sekarang dilihat lemah terutamanya dengan masalah dalaman yang disebarkan melalui akhbar dan cerita-cerita mengenai ketidakcekapan anggota-anggota Exco tertentu menjalankan tugas. Apakah benar dakwaan ini? Jika tidak, sila senaraikan polisi-polisi baru yang diperkenalkan secara terperinci setiap portfolio yang dipegang oleh semua Exco &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2009\/04\/22\/363\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">Polisi-Polisi baru yang diperkenalkan oleh Semua Exco<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[12],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/363"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=363"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/363\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":370,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/363\/revisions\/370"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=363"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=363"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=363"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}