{"id":3467,"date":"2013-08-29T10:52:43","date_gmt":"2013-08-29T02:52:43","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=3467"},"modified":"2013-08-29T10:52:43","modified_gmt":"2013-08-29T02:52:43","slug":"teks-ucapan-sempena-majils-penganugerahan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-kehormatan-negeri-pulau-pinang-bmcn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2013\/08\/29\/teks-ucapan-sempena-majils-penganugerahan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-kehormatan-negeri-pulau-pinang-bmcn\/","title":{"rendered":"Teks Ucapan Sempena Majils Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang (bm\/cn)"},"content":{"rendered":"<p>UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG PADA 26 OGOS 2013 DI DEWAN SRI PINANG:<br \/>\nSelamat pagi dan salam bersih kepada semua.<\/p>\n<p>1.\tBersempena Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2013 ini, dengan penuh takzim dan kesyukuran, saya bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Pulau Pinang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan dirgahayu kepada Tuan Yang Terutama Tun, sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang ke-75. Kami semua merafakkan doa ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan dilanjutkan usia, dirahmati serta dianugerahi oleh Tuhan Yang Maha Esa dengan nikmat kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan untuk terus mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat dan negeri Pulau Pinang.<br \/>\nTuan Yang Terutama Tun,<\/p>\n<p>2.\tDi Majlis yang mulia pagi ini, saya sekali lagi bersama-sama dengan anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, pemimpin-pemimpin di pelbagai peringkat dan seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang, dengan ini memperbaharui ikrar taat setia kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan negara Malaysia yang tercinta.<\/p>\n<p><!--more-->3.\tDi bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun, rakyat berbilang kaum, agama dan budaya di negeri ini sentiasa hidup bersatu padu dan saling bekerjasama dalam suasana penuh harmoni dan muhibah. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk terus mentadbir negeri ini dengan lancar dan berkesan.<\/p>\n<p>4.\tSesungguhnya, amanah yang diberikan ini akan saya pikul dan laksanakan bersama-sama barisan pimpinan negeri ini dengan penuh dedikasi dan integriti. Adalah menjadi tanggungjawab saya dan barisan pimpinan yang lain untuk melaksanakan tugas secara amanah dengan mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) demi kebaikan negeri serta kesejahteraan rakyat jua.<\/p>\n<p>5.\tDi kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima darjah-darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri pada tahun ini. Semoga pengurniaan ini dapat menyemarakkan lagi azam, semangat dan iltizam para penerima anugerah sekelian dalam memberikan sumbangan dan jasa bakti demi pembangunan dan kemajuan negeri dan negara.<br \/>\nTuan Yang Terutama Tun,<\/p>\n<p>6.\tSememangnya, mandat besar yang diberi oleh pengundi dalam Pilihanraya Umum yang lalu yang membolehkan kerajaan negeri menambahkan undi popular sebanyak 10% kepada 68% dan menambahkan satu kerusi kepada 30 daripada 40 kerusi DUN, mencerminkan kepercayaan dan sokongan padu rakyat negeri ini terhadap Kerajaan Negeri. Sokongan rakyat kepada kerajaan negeri ini sedikit sebanyak mencerminkan kejayaan usaha untuk memantapkan pentadbiran awam negeri agar menjadi lebih efisien, bersih dan berkesan dalam penyampaian perkhidmatan.<\/p>\n<p>7.       Pada masa yang sama kehilangan sokongan di Balik Pulau juga memberikan petanda tentang kelemahan yang perlu diatasi dan tahap pentadbiran yang perlu diperkasakan. Sememangnya krisis keyakinan orang awam terhadap institusi awam harus diatasi dan usaha-usaha transformasi di dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terus didokong bagi merealisasikan visi ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar <\/p>\n<p>Tuan Yang Terutama Tun, <\/p>\n<p>8.       Sepanjang 5 tahun yang lepas, Kerajaan Negeri telah memberi penekanan kepada pentadbiran berteraskan belanjawan (budget-based administration) menerusi urustadbir Cekap Akauntabel Telus(CAT) untuk mengatasi sebarang ketirisan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan rasuah. Urustadbir CAT telah berjaya menjanakan lebihan bajet(surplus) setiap tahun sejak 2008, menambahkan asset negeri sebanyak 50% kepada RM1.2 bilion dan mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95%. <\/p>\n<p>9.       Kejayaan belanjawan lebihan dan pengurangan hutang kerajaan adalah penting kerana Fitch Ratings mengkaji semula penarafan kredit Malaysia daripada \u201ckukuh\u201d(stable) kepada \u201cnegative\u201d kerana peningkatan hutang kerajaan persekutuan dan kekurangan reformasi belanjawan. Ini dicerminkan dengan defisit Belanjawan sebanyak 4% GDP dan peningkatan hutang kerajaan persekutuan kepada 54% GDP atau 70% GDP sekiranya tanggungan\/jaminan(contingent liabilities) diambilkira. <\/p>\n<p>10.     Prestasi pengurusan kewangan kerajaan negeri membolehkan program kebajikan sosial sebanyak RM 150 juta dijalankan menerusi program \u201cEmas\u201d kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, mahasiswa, kelahiran anak dan pelajar-pelajar serta menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan kemiskinan. Baru-baru ini golongan ibu yang tidak bekerja, pemandu teksi, penarik beca dan nelayan pun menjadi penerima menafaat tersebut \u2013 iaitu golongan sasaran yang pertama kali menerimanya di Malaysia. Kerajaan negeri juga akan meneruskan program pembinaan rumah mampu milik dengan dana RM500 juta untuk membina 22,172 yunit rumah di kelima daerah Pulau Pinang. <\/p>\n<p>11.     Bagi tujuan mengekalkan pembangunan negeri yang mapan, kerajaan negeri telah menjalankan ekonomi berteraskan 3PRO, iaitu pro-growth, pro-jobs dan pro-poor. Setelah kejayaan pentadbiran berteraskan belanjawan yang berjaya mengawal ketirisan dalam perbelanjaan, kerajaan negeri menjurus ke arah pentadbiran berteraskan hasil (outcome-based administration). Ini bukan sekadar memenuhi prinsip value for money dan penggunaan sumber secara maximum tetapi juga memastikan setiap projek yang dirancang mampu memberikan impak optimal kepada rakyat. Janganlah sekadar belanja demi belanja dan sungguhpun tidak ada kemungkaran, ia akan menjadi projek gajah putih sahaja. <\/p>\n<p>12.     Adalah perlu pelaburan dan perbelanjaan dijalankan ke atas kemudahan infrastruktur dan juga sektor ekonomi yang boleh menjanakan pulangan dan menggerakkan pertumbuhan. Pada separuh tahun pertama 2013 berbanding dengan separuh tahun pertama 2012 di Malaysia, sektor pembuatan bertumbuh sebanyak 1.9% (5.1%), perkhidmatan sebanyak 5.4%(6.2%) dan pembinaan sebanyak 12%(18.5%). Memandangkan sektor pembuatan bertumbuh secara lembab sekadar 1.9% maka kerajaan negeri terpaksa menumpukan perhatian kepada sektor pembinaan dan perkhidmatan seperti pelancongan, kesihatan dan pendidikan. <\/p>\n<p>13.     Kerajaan Negeri yakin dapat memperluaskan sumbangan industri perkhidmatan dan pelancongan untuk mengimbangi kekurangan sumbangan daripada sektor pembuatan sehingga ia pulih semula. Sektor pelancongan akan dimajukan dengan projek jalan dan infrastruktur di kawasan pulau dan Seberang Perai. <\/p>\n<p>14. Usaha memperbesarkan perkhidmatan Bukit Bendera mendatangkan hasil bila projek-projek baru dapat mencatatkan rekod baru 10,300 pelawat sehari dengan sasaran melebihi 1.2 juta pelawat setahun. Pengumuman taman bertema air di atas laut di Teluk Bahang dan Batu Feringgi, pembinaan beberapa hotel berjenama seperti The Banyan Tree, Aman Resorts dan St Giles, penglibatan hospital baru dan pusat jualan baru serta penubuhan institusi pengajian tinggi yang baru di Batu Kawan akan bergandingan dengan perkembangan perkhidmatan kewangan seperti Citigroup dan pemerosesan data daripada syarikat gergasi dunia. <\/p>\n<p>15.     Selain daripada produk-produk baru, adalah penting juga \u201cevents\u201d atau acara baru disediakan demi memberikan satu pengalaman yang akan kerap dikenang oleh pelancong. Persembahan acara-acara menarik yang melibatkan seni budaya, warisan atau kegemaran, lukisan mural seni di atas dinding dan ukiran besi akan ditambah. Tajaan Edinburgh Art Festival, salah satu pesta seni yang terbesar di dunia, yang menjemput kami sebagai tetamu khas adalah pengiktirafan istimewa sumbangan George Town World Heritage Festival kepada dunia seni. Acara sukan dan berbasikal akan digalakkan. <\/p>\n<p>16.     Kunjungan pelancong cruise telah memberi anggaran pulangan sebanyak RM34.8 juta dan kini menerima kunjungan kapal-kapal yang lebih besar. Untuk itu, saya berharap Kerajaan Persekutuan akan berusaha mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di sekitar kawasan pelabuhan dan feri serta membina semula Tanjung City Marina yang sudah tenggelam ke laut. <\/p>\n<p>17.     Samada sektor pelancongan dapat dimajukan bergantung kepada menjayakan inisiatif Pulau Pinang yang lebih \u201cbersih, hijau, sihat dan selamat\u201d. Inisiatif ini telah dipinda kepada Safer, Cleaner, Greener and Healthier Penang demi mengekalkan kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri terselamat di Malaysia. <\/p>\n<p>18.     Di samping pemasangan tiang lampu jalan, sebanyak 125 buah CCTV dengan kos RM3 juta akan disiapkan pada akhir tahun ini, menjadikan keseluruahnnya 229 CCTV di seluruh Pulau Pinang. Sepanjang ini, Kerajaan Negeri bekerjasama rapat dengan polis dengan menawarkan sumber untuk melantik pekerja terlatih bagi memantau CCTV supaya polis boleh menumpukan usaha kepada pencegahan jenayah. Penubuhan Pasukan Peronda Sukarela(PPS) dengan 6,000 anggota sekarang akan dinaikkan kepada sasaran 10,000 anggota untuk membantu pihak polis menjalankan rondaan keselamatan. Kuliah khas daripada pakar jenayah daripada tempatan dan luar negeri akan diberikan kepada ahli PPS ini.<\/p>\n<p>Tuan Yang di Pertua, <\/p>\n<p>19. Saya percaya dengan perancangan yang baik dan usaha yang gigih serta tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi, negeri ini akan bertambah makmur. Oleh itu, saya menyeru agar semua lapisan rakyat  sentiasa bersatu padu, hormat menghormati dan bekerja sama di antara satu sama lain serta berusaha kuat bersama-sama dengan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri sedia ada untuk memaju dan meningkatkan lagi kemakmuran negeri Pulau Pinang. Sekalung budi dan segunung intan kepada semua warga pentadbiran, pihak berkuasa keselamatan dan polis atas sumbangan memastikan Pulau Pinang terus aman, damai dan berfungsi lancar. <\/p>\n<p> 20.Akhir kata, saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri serta seluruh rakyat negeri ini, sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas jasa bakti dan keperihatinan Tuan Yang Terutama Tun dalam menerajui pemerintahan negeri ini dan mengucapkan Selamat Menyambut  Hari Jadi Yang Ke-75.  Kami berdoa agar  Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Berbahagia Toh Puan serta keluarga sentiasa dilimpahi oleh Yang Maha Esa dengan segala keberkatan di dalam menjalani kehidupan seharian serta hidup aman bahagia dan sejahtera selalu hendaknya.<\/p>\n<p>Sekian, terima kasih.<\/p>\n<p>=====Mandarin Version ===================================<br \/>\n\u9996\u957f\u4e8e2013\u5e748\u670826\u65e5\u5728\u69df\u5dde\u8d50\u5c01\u5178\u793c\u4e0a\u7684\u6f14\u8bb2<\/p>\n<p>2.\u5728\u8fd9\u9879\u5178\u793c\u4e0a\uff0c\u6211\u518d\u6b21\u4e0e\u5dde\u653f\u5e9c\u56e2\u961f\u3001\u5404\u7ea7\u9886\u8896\u53ca\u5168\u4f53\u69df\u57ce\u4eba\u6c11\u6548\u5fe0\u5dde\u5143\u9996\u3001\u56fd\u5bb6\u5143\u9996\u53ca\u656c\u7231\u7684\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u3002<\/p>\n<p>3.\t\u5728\u5dde\u5143\u9996\u8f96\u4e0b\uff0c\u5404\u65cf\u4eba\u6c11\u3001\u5404\u5b97\u6559\u4e0e\u6587\u5316\u65f6\u65f6\u90fd\u5728\u548c\u8c10\u7684\u6c14\u6c1b\u4e2d\uff0c\u56e2\u7ed3\u4e00\u81f4\u3001\u4e92\u52a9\u5408\u4f5c\u3002\u6211\u4e5f\u5bf9\u4e8e\u5dde\u5143\u9996\u7ed9\u4e88\u6211\u7684\u4fe1\u5fc3\u4e0e\u4fe1\u4efb\uff0c\u8ba9\u6211\u80fd\u6709\u6548\u7684\u6cbb\u7406\u69df\u5dde\u5728\u6b64\u81f4\u4e0a\u4e07\u4e8c\u5206\u7684\u8c22\u610f\u3002<\/p>\n<p>4.\t\u57fa\u4e8e\u4fe1\u4efb\uff0c\u6211\u4e0e\u5dde\u653f\u5e9c\u56e2\u961f\u5c06\u5fe0\u8bda\u4e0e\u8bda\u4fe1\u7684\u63a8\u884c\u653f\u52a1\u3002\u8fd9\u5c06\u662f\u6211\u8ddf\u56e2\u961f\u7684\u8d23\u4efb\uff0c\u4ee5\u80fd\u5e72\u3001\u516c\u4fe1\u3001\u900f\u660e\u7684\u65b9\u9488\u63a8\u884c\u5229\u5dde\u53ca\u5229\u6c11\u7684\u653f\u7b56\u3002<\/p>\n<p>5.\t\u5728\u6b64\uff0c\u6211\u4e5f\u8981\u606d\u559c\u4eca\u5e74\u5404\u754c\u53d7\u5c01\u7684\u6709\u529f\u4eba\u58eb\u3002\u5e0c\u671b\u501f\u8fd9\u6b21\u7684\u529f\u52cb\u80af\u5b9a\uff0c\u80fd\u6fc0\u53d1\u53d7\u5c01\u4eba\u58eb\u66f4\u79ef\u6781\u5730\u4e3a\u56fd\u4e3a\u5dde\u7684\u53d1\u5c55\u505a\u51fa\u8d21\u732e\u3002<\/p>\n<p>6.\t\u5728\u521a\u8fc7\u53bb\u7684\u5927\u9009\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u83b7\u5f97\u9009\u6c11\u6781\u5927\u7684\u59d4\u6258\uff0c\u8ba9\u5dde\u653f\u5e9c\u7684\u603b\u9009\u7968\u589e\u52a0\u4e8610%\u81f368%\uff0c\u5e76\u4ece40\u5404\u5dde\u8bae\u5e2d\u5f53\u4e2d\u83b7\u5f97\u4e8630\u4e2a\u5dde\u8bae\u5e2d\uff0c\u589e\u52a0\u4e86\u4e00\u4e2a\u5dde\u8bae\u5e2d\uff0c\u663e\u793a\u4e86\u5dde\u6c11\u5bf9\u5dde\u653f\u5e9c\u7684\u4fe1\u4efb\u4e0e\u652f\u6301\u3002\u4eba\u6c11\u652f\u6301\u5dde\u653f\u5e9c\uff0c\u591a\u591a\u5c11\u5c11\u663e\u793a\u4e86\u8fc7\u53bb\u5dde\u653f\u5e9c\u6210\u529f\uff0c\u8ba9\u516c\u5171\u65bd\u653f\u7684\u670d\u52a1\u6548\u7387\u66f4\u9ad8\u3001\u66f4\u5e72\u51c0\u53ca\u66f4\u6709\u6548\u7528\u3002<\/p>\n<p>7.       \u4e0e\u6b64\u540c\u65f6\uff0c\u5931\u53bb\u6d6e\u7f57\u5c71\u80cc\u56fd\u5e2d\uff0c\u4e5f\u6307\u51fa\u4e86\u4e0d\u8db3\u7684\u5730\u65b9\u6709\u5f85\u6539\u8fdb\u53ca\u65bd\u653f\u6709\u5f85\u52a0\u5f3a\u3002\u516c\u4f17\u5bf9\u4e8e\u516c\u5171\u673a\u6784\u7684\u4fe1\u5fc3\u5371\u673a\u9700\u8981\u89e3\u51b3\uff0c\u540c\u65f6\u6301\u7eed\u6539\u9769\u4ee5\u63d0\u5347\u516c\u5171\u670d\u52a1\u54c1\u8d28\uff0c\u4f7f\u4eba\u6c11\u83b7\u5f97\u6700\u4f73\u7684\u670d\u52a1\uff0c\u5b9e\u73b0\u69df\u5dde\u6210\u4e3a\u56fd\u9645\u6c34\u51c6\u53ca\u667a\u6167\u578b\u7684\u5dde\u5c5e\u3002 <\/p>\n<p>8.       \u8fc7\u53bb\u4e94\u5e74\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u5f3a\u8c03\u9884\u7b97\u578b\u7ba1\u7406\uff0c\u5ef6\u7eed\u7740\u80fd\u5e72\u3001\u516c\u4fe1\u3001\u900f\u660e\u7684\u65bd\u653f\u65b9\u9488\uff0c\u4ee5\u9632\u6ee5\u6743\u3001\u8d2a\u6c61\u3002\u80fd\u5e72\u3001\u516c\u4fe1\u3001\u900f\u660e\u7684\u65bd\u653f\u65b9\u9488\u81ea2008\u5e74\u5f00\u59cb\uff0c\u8ba9\u69df\u5dde\u5e74\u5e74\u83b7\u5f97\u9884\u7b97\u76c8\u4f59\uff0c\u589e\u52a0\u4e8650%\u7684\u8d44\u4ea7\u81f312\u4ebf\u4ee4\u5409\uff0c\u5e76\u51cf\u5c11\u4e8695%\u7684\u5dde\u653f\u5e9c\u503a\u52a1\u3002 <\/p>\n<p>9.       \u5dde\u653f\u5e9c\u9884\u7b97\u76c8\u4f59\u589e\u52a0\u53ca\u51cf\u503a\u662f\u975e\u5e38\u91cd\u8981\u7684\uff0c\u56e0\u4e3a\u6839\u636e\u60e0\u8a89\u56fd\u9645\u8bc4\u7ea7(Fitch Ratings) \u7814\u7a76\u663e\u793a\uff0c\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u7684\u8bc4\u7ea7\u5df2\u7ecf\u4ece\u7a33\u5b9a\u8f6c\u4e3a\u8d1f\u9762\uff0c\u56e0\u4e3a\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u7684\u503a\u52a1\u589e\u52a0\u53ca\u7f3a\u4e4f\u9884\u7b97\u6539\u9769\u3002\u8fd9\u663e\u793a\u4e86\u9884\u7b97\u8d64\u5b57\u5360\u4e86\u56fd\u6c11\u751f\u4ea7\u603b\u503c(GDP)\u76844%\uff0c\u4f7f\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u503a\u52a1\u7684\u589e\u52a0\uff0c\u5360\u636e\u4e8654%\u7684\u56fd\u6c11\u751f\u4ea7\u603b\u503c\uff0c\u82e5\u52a0\u4e0a\u6216\u6709\u8d1f\u503a(contingent liabilities) \u8ba1\u7b97\u5728\u5185\u5219\u5360\u636e\u4e8670%\u7684\u56fd\u6c11\u751f\u4ea7\u603b\u503c\u3002 <\/p>\n<p>10.     \u5dde\u653f\u5e9c\u7684\u8d22\u52a1\u8868\u73b0\uff0c\u5141\u8bb8\u5dde\u653f\u5e9c\u5e9c\u6709\u80fd\u529b\u63a8\u884c1\u4ebf5000\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u793e\u4f1a\u798f\u5229\u8ba1\u5212\uff0c\u8fd9\u4e9b\u8ba1\u5212\u5305\u62ec\u4e50\u9f84\u4eba\u58eb\u56de\u9988\u3001\u5355\u4eb2\u5988\u5988\u3001\u6b8b\u969c\u4eba\u58eb\u3001\u5927\u4e13\u751f\u3001\u5feb\u4e50\u5b9d\u8d1d\u3001\u5feb\u4e50\u5b66\u751f\u53ca\u5168\u9a6c\u9996\u4e2a\u5dde\u5c5e\u6210\u529f\u6d88\u706d\u8d2b\u7a77\u7684\u8ba1\u5212\u3002\u5982\u4eca\uff0c\u69df\u5dde\u7684\u58eb\u53f8\u673a\u3001\u4e09\u8f6e\u8f66\u592b\u3001\u6e14\u592b\u53ca\u8d4b\u95f2\u5728\u5bb6\u7684\u6bcd\u4eb2\uff0c\u4e5f\u5c06\u6210\u4e3a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9996\u5ea6\u88ab\u60e0\u53ca\u7684\u793e\u4f1a\u9636\u5c42\uff0c\u4eab\u6709\u793e\u4f1a\u798f\u5229\u3002\u5dde\u653f\u5e9c\u5c06\u7ee7\u7eed\u8fdb\u884c\u4ee55\u4ebf\u4ee4\u5409\u4e3a\u8d44\u91d1\uff0c\u57285\u4e2a\u53bf\u5c5e\u5174\u5efa\u53ef\u8d1f\u62c5\u623f\u5c4b\u7684\u8ba1\u5212\u3002 <\/p>\n<p>11.     \u4e3a\u4e86\u6c38\u7eed\u53d1\u5c55\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u8fdb\u884c\u4e86\u5f3a\u8c03\u6709\u6210\u957f\u3001\u6709\u5de5\u4f5c\u3001\u6709\u6d4e\u8d2b\u7684\u201c\u4e09\u6709\u201d\u7ecf\u6d4e\u653f\u7b56\u3002\u7ecf\u8fc7\u4e86\u9884\u7b97\u578b\u65bd\u653f\u6210\u529f\u8282\u5236\u4e86\u5f00\u9500\u4e0a\u7684\u7eb0\u6f0f\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u6b63\u8fc8\u5411\u6210\u679c\u578b\u65bd\u653f(outcome-based administration). \u6240\u8c13\u6210\u679c\u578b\u65bd\u653f\uff0c\u4e0d\u5355\u53ea\u662f\u7b26\u5408\u4ef7\u683c\u53ca\u5584\u7528\u8d44\u6e90\u7684\u539f\u5219\u800c\u4ee5\uff0c\u66f4\u5fc5\u987b\u786e\u4fdd\u6bcf\u4e00\u9879\u8ba1\u5212\u90fd\u662f\u6700\u4f73\u7684\u5229\u6c11\u8ba1\u5212\uff0c\u800c\u4e0d\u662f\u53ea\u4f1a\u4e0d\u65ad\u5f00\u9500\u62e8\u6b3e\u8fdb\u884c\u8ba1\u5212\uff0c\u5373\u4f7f\u6ca1\u6076\u610f\uff0c\u4f46\u5374\u53ea\u4f1a\u6ca6\u4e3a\u767d\u8c61\u8ba1\u5212\u3002 <\/p>\n<p>12.     \u6295\u8d44\u53ca\u62e8\u6b3e\u5728\u8fdb\u884c\u57fa\u7840\u8bbe\u65bd\u4e0e\u7ecf\u6d4e\u9886\u57df\u4e0a\u662f\u5fc5\u987b\u7684\uff0c\u56e0\u4e3a\u5b83\u5c06\u4fc3\u8fdb\u6210\u957f\u3002\u6839\u636e\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a2013\u5e74\u4e0a\u534a\u5e74\u4e0e2012\u5e74\u4e0a\u534a\u5e74\u6bd4\u8f83\uff0c\u5236\u9020\u4e1a\u589e\u52a0\u4e861.9%(\u81f35.1%)\uff0c\u670d\u52a1\u4e1a\u5219\u589e\u52a0\u4e865.4%(\u81f36.2%)\uff0c\u800c\u5efa\u9020\u4e1a\u5219\u589e\u52a0\u4e8612%(\u81f318.5%)\u3002\u6709\u9274\u4e8e\u5236\u9020\u4e1a\u75b2\u8f6f\u53ea\u589e\u957f1.9%\uff0c\u5dde\u653f\u5e9c\u88ab\u8feb\u5173\u6ce8\u5728\u5efa\u9020\u4e1a\u53ca\u670d\u52a1\u4e1a\uff0c\u5982\u65c5\u6e38\u4e1a\u3001\u533b\u836f\u536b\u751f\u53ca\u6559\u80b2\u3002<\/p>\n<p>13.     \u5dde\u653f\u5e9c\u6709\u4fe1\u5fc3\u6269\u5927\u670d\u52a1\u4e1a\u53ca\u65c5\u6e38\u4e1a\u4ee5\u5e73\u8861\u5236\u9020\u4e1a\u7684\u75b2\u8f6f\uff0c\u76f4\u5230\u8be5\u4ea7\u4e1a\u6062\u590d\u4e3a\u6b62\u3002\u5728\u69df\u5a01\u4e24\u5cb8\u7684\u9020\u8def\u53ca\u5174\u5efa\u57fa\u7840\u8bbe\u65bd\u8ba1\u5212\u4e0b\uff0c\u5dde\u5185\u65c5\u6e38\u4e1a\u5c06\u4f1a\u83b7\u5f97\u52a9\u76ca\u4e0e\u53d1\u5c55\u3002 <\/p>\n<p>14. \u5347\u65d7\u5c71\u7684\u6269\u5927\u670d\u52a1\u8ba1\u5212\u5e26\u6765\u4e86\u6210\u6548\uff0c\u521b\u4e0b\u4e86\u5355\u65e51\u4e07300\u540d\u6e38\u5ba2\u7684\u65b0\u7eaa\u5f55\uff0c\u8fbe\u5230\u5e74\u5ea6\u6e38\u5ba2120\u4e07\u540d\u7684\u76ee\u6807\u3002\u76f4\u843d\u5df4\u5df7\u4e0e\u5cc7\u90fd\u4e01\u5b9c\u6d77\u4e0a\u6e38\u4e50\u573a\u7684\u5ba3\u5e03\u3001The Banyan Tree, Aman Resorts \u53caSt Giles\u7b49\u6570\u95f4\u9152\u5e97\u7684\u5174\u5efa\u3001\u533b\u9662\u4e0e\u8d2d\u7269\u4e2d\u5fc3\u7684\u5174\u5efa\uff0c\u8fd8\u6709\u5cc7\u90fd\u4ea4\u6e7e\u5c06\u6210\u7acb\u7684\u9ad8\u7b49\u6559\u80b2\u4e2d\u5fc3\u3002\u540c\u65f6\u8fd8\u6709\u82b1\u65d7\u96c6\u56e2\u7684\u91d1\u878d\u670d\u52a1\u4e2d\u5fc3\u53ca\u4e16\u754c\u77e5\u540d\u7684\u8d44\u6599\u5904\u7406\u4e2d\u5fc3\u3002 <\/p>\n<p>15.     \u9664\u4e86\u65b0\u4ea7\u54c1\uff0c\u521b\u65b0\u7684\u6d3b\u52a8\u4e5f\u662f\u5fc5\u4e0d\u53ef\u5c11\uff0c\u624d\u80fd\u8ba9\u6e38\u5ba2\u7559\u4e0b\u96be\u5fd8\u7684\u5370\u8c61\u3002\u8fd9\u4e9b\u6d3b\u52a8\u5305\u542b\u4e86\u827a\u672f\u3001\u6587\u5316\u4e0e\u53e4\u8ff9\uff0c\u5f53\u4e2d\u5305\u62ec\u4e86\u58c1\u753b\u827a\u672f\u53ca\u94c1\u96d5\u827a\u672f\u3002\u4e16\u754c\u77e5\u540d\u7684\u827a\u672f\u76db\u4f1a\u300a\u7231\u4e01\u5821\u827a\u672f\u8282\u300b\u751a\u81f3\u9080\u8bf7\u69df\u57ce\u4f5c\u4e3a\u8be5\u827a\u672f\u8282\u7684\u7279\u522b\u5609\u5bbe\uff0c\u4e54\u6cbb\u5e02\u8282\u5e86\u5bf9\u827a\u672f\u754c\u6240\u505a\u51fa\u7684\u8d21\u732e\u53ef\u89c1\u4e00\u6591\u3002\u540c\u65f6\u4e5f\u5c06\u4f1a\u63a8\u5e7f\u4f53\u80b2\u53ca\u811a\u8f66\u8fd0\u52a8\u3002<\/p>\n<p>16.     \u81ea\u90ae\u8f6e\u8bbf\u69df\u7684\u6e38\u5ba2\u9884\u4f30\u4e5f\u5e26\u6765\u4e863480\u4e07\u4ee4\u5409\u7684\u7ecf\u6d4e\u6548\u76ca\uff0c\u5982\u4eca\u9646\u7eed\u5c06\u6709\u66f4\u5927\u578b\u7684\u90ae\u8f6e\u9760\u5cb8\u8bbf\u69df\u3002\u6211\u5e0c\u671b\u8054\u90a6\u653f\u5e9c\u80fd\u63d0\u5347\u7801\u5934\u53ca\u6e21\u8f6e\u7801\u5934\u7684\u57fa\u7840\u8bbe\u65bd\uff0c\u540c\u65f6\u91cd\u5efa\u5df2\u7ecf\u6c89\u5165\u6d77\u5e95\u7684\u4e39\u7ed2\u57ce\u5e02\u6e38\u8247\u4e2d\u5fc3\u3002 <\/p>\n<p>17.     \u65c5\u6e38\u4e1a\u662f\u5426\u6210\u529f\uff0c\u7aef\u770b\u69df\u57ce\u201c\u5e72\u51c0\u3001\u7eff\u5316\u3001\u5065\u5eb7\u4e0e\u5b89\u5168\u201d\u7684\u653f\u7b56\u3002\u5982\u4eca\uff0c\u8be5\u653f\u7b56\u5c06\u4ee5\u201c\u5b89\u5168\u3001\u5e72\u51c0\u3001\u7eff\u5316\u4e0e\u5065\u5eb7\u201d\uff0c\u628a\u5b89\u5168\u6446\u9996\u4f4d\uff0c\u4ee5\u8ba9\u69df\u57ce\u7ee7\u7eed\u6210\u4e3a\u6700\u5b89\u5168\u7684\u5dde\u5c5e\u3002 <\/p>\n<p>18.     \u9664\u4e86\u589e\u52a0\u5b89\u88c5\u8def\u706f\uff0c\u8017\u8d44300\u4e07\u4ee4\u5409\u5b89\u88c5\u7684125\u67b6\u7535\u773c\uff0c\u5c06\u5728\u5e74\u5e95\u5b8c\u6210\u3002\u5c4a\u65f6\u5168\u69df\u5c06\u6709229\u67b6\u7535\u773c\u3002\u5dde\u653f\u5e9c\u4e0e\u8b66\u65b9\u5bc6\u5207\u5408\u4f5c\uff0c\u534f\u52a9\u8058\u8bf7\u53d7\u8bad\u4eba\u5458\u76d1\u89c6\u7535\u773c\uff0c\u8ba9\u8b66\u65b9\u80fd\u4e13\u5fc3\u9632\u6cbb\u7f6a\u6848\u3002\u540c\u65f6\uff0c\u5dde\u51856000\u540d\u81ea\u613f\u5de1\u903b\u961f\u5c06\u589e\u63f4\u81f310000\u540d\u6210\u5458\uff0c\u4ee5\u534f\u52a9\u8b66\u65b9\u5de1\u903b\u6cbb\u5b89\u3002\u6765\u81ea\u56fd\u5185\u4f4d\u7684\u6cbb\u5b89\u4e13\u5bb6\u5c06\u4f1a\u63d0\u4f9b\u81ea\u613f\u5de1\u903b\u961f\u5458\u7279\u522b\u8bad\u7ec3\u3002 <\/p>\n<p>19. \u6211\u76f8\u4fe1\u51ed\u7740\u59a5\u5584\u7684\u8ba1\u5212\u3001\u52aa\u529b\u4e0d\u61c8\u7684\u6267\u884c\u53ca\u9ad8\u5ea6\u5ec9\u6d01\u4e0e\u95ee\u8d23\uff0c\u69df\u57ce\u5c06\u4f1a\u66f4\u7e41\u8363\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u6211\u547c\u5401\u5dde\u5185\u5404\u9636\u5c42\u4eba\u6c11\u8981\u56e2\u7ed3\u4e00\u81f4\uff0c\u76f8\u656c\u5982\u5bbe\u3001\u4e92\u52a9\u5408\u4f5c\uff0c\u540c\u65f6\u4e0e\u5dde\u653f\u5e9c\u56e2\u961f\u643a\u624b\uff0c\u8ba9\u69df\u57ce\u66f4\u52a0\u7e41\u8363\u3002\u611f\u8c22\u6240\u6709\u653f\u5e9c\u4eba\u5458\u3001\u6cbb\u5b89\u4eba\u5458\u4e0e\u8b66\u65b9\u7684\u8d21\u732e\uff0c\u4ee5\u786e\u4fdd\u69df\u57ce\u957f\u6cbb\u4e45\u5b89\u3002<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG PADA 26 OGOS 2013 DI DEWAN SRI PINANG: Selamat pagi dan salam bersih kepada semua. 1. Bersempena Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2013 ini, dengan penuh takzim dan &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2013\/08\/29\/teks-ucapan-sempena-majils-penganugerahan-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat-kehormatan-negeri-pulau-pinang-bmcn\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">Teks Ucapan Sempena Majils Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang (bm\/cn)<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[5],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3467"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3467"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3467\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3468,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3467\/revisions\/3468"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3467"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3467"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3467"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}