{"id":269,"date":"2009-03-07T14:47:36","date_gmt":"2009-03-07T06:47:36","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=269"},"modified":"2009-03-07T14:47:36","modified_gmt":"2009-03-07T06:47:36","slug":"adakah-begitu-susah-bagi-kerajaan-pusat-untuk-memberikan-bantuan-pemberhentian-kerja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2009\/03\/07\/adakah-begitu-susah-bagi-kerajaan-pusat-untuk-memberikan-bantuan-pemberhentian-kerja\/","title":{"rendered":"Adakah begitu susah bagi Kerajaan Pusat untuk memberikan Bantuan Pemberhentian Kerja?"},"content":{"rendered":"<p><strong>Adakah begitu susah bagi Kerajaan Pusat untuk memberikan Bantuan Pemberhentian Kerja RM 556.8 juta untuk 58,000 pekerja pada  2009 dan RM1.42 bilion kepada 148 ribu pekerja pada 2010 yang diberhentikan?<\/strong><\/p>\n<p>Saya menyeru agar kerajaan Pusat melaksanakan skim bantuan pemberhentian pekerja (unemployment benefit) dengan memberikan bantuan RM800 sebulan kepada setiap pekerja diberhentikan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua. Ini akan menyebabkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk dua tahun 2009 dan 2010 sekiranya bantuan henti kerja RM800 sebulan dijalankan.<\/p>\n<p>Bantuan yang saya cadangkan adalah amat penting bagi membolehkan setiap pekerja dapat menampung kos sara hidup sehingga mereka mendapat kerja semula.  <\/p>\n<p><!--more-->Di samping itu, bagi tahun 2009 adalah dianggarkan seramai 40,000 hingga 58,000 pekerja dijangka akan diberhentikan. Manakalah bagi tahun 2010, dianggarkan seramai 70,000 hingga 90,000 pekerja dijangka akan diberhentikan.  <\/p>\n<p>Jika Kerajaan Pusat mampu menggunakan wang rakyat sebanyak RM 5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) untuk menyelamatkan satu atau dua syarikat dalam pasaran saham, adakah begitu susah bagi Kerajaan Pusat untuk memberikan Bantuan Pemberhentian Kerja RM 556.8 juta untuk 58,000 pekerja pada  2009 dan RM1.42 bilion kepada 148 ribu pekerja pada 2010 yang diberhentikan?<\/p>\n<p>Dalam pertanyaan lisan Dewan Rakyat, saya minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah pengangguran untuk setiap penggal sejak 2007 dan jumlah kehilangan pekerjaan dalam kegawatan ekonomi pada tahun ini dan tahun depan untuk Malaysia dan berikan pecahan mengikut negeri. Apakah langkah menyelamatkan pekerjaan dan jumlah wang untuk mengatasinya, khususnya di Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Dalam jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam, beliau menyatakan:<\/p>\n<p>\u201dKegawatan ekonomi global telah mengakibatkan berlaku pemberhentian dan pengangguran. Pemberhentian pekerja kebanyakan berlaku di sektor pembuatan khususnya subsektor elektrik dan elektronik serta tekstil dan pakaian.  <\/p>\n<p>JUMLAH PENGANGGURAN BAGI TAHUN 2007 DAN 2008 ADALAH SEPERTI BERIKUT: <\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" src=\"http:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/ep12.jpg\" alt=\"ep12\" title=\"ep12\" width=\"397\" height=\"131\" class=\"aligncenter size-full wp-image-273\" srcset=\"https:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/ep12.jpg 397w, https:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/ep12-300x98.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 397px) 100vw, 397px\" \/><\/p>\n<p>Bilangan Penganggur mengikut negeri pada Suku Tahun Ketiga 2008 adalah seperti berikut:  <\/p>\n<p><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" src=\"http:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/ep2.jpg\" alt=\"ep2\" title=\"ep2\" width=\"453\" height=\"343\" class=\"aligncenter size-full wp-image-274\" srcset=\"https:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/ep2.jpg 453w, https:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/ep2-300x227.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 453px) 100vw, 453px\" \/><\/p>\n<p>Jumlah pemberhentian pekerja(pemberhentian tetap dan secara sukarela) bagi tempoh 1 Januari 2009 sehingga 18 Februari 2009 berjumlah 10,450 pekerja yang melibatkan 303 majikan. Negeri yang mencatatkan jumlah pemberhentian tertinggi ialah Selangor iaitu seramai 3,487 yang melibatkan 90 majikan dan dituruti Johor seramai 2,240 pekerja (35 majikan) dan Pulau Pinang seramai 1,830 pekerja (47 majikan) .Sektor pembuatan mencatatkan jumlah pemberhentian yang tertinggi iaitu sebanyak 8795 pekerja yang melibatkan 151 majikan. <\/p>\n<p><strong>BILANGAN MAJIKAN DAN PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN PEMBERHENTIAN MENGIKUT NEGERI BAGI TEMPOH 1\/1\/2009 HINNGA 18\/2\/2009<br \/>\n<\/strong><br \/>\n<img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" src=\"http:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/ep3.jpg\" alt=\"ep3\" title=\"ep3\" width=\"500\" height=\"372\" class=\"aligncenter size-full wp-image-275\" srcset=\"https:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/ep3.jpg 500w, https:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/ep3-300x223.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 500px) 100vw, 500px\" \/><\/p>\n<p>Bagi tahun 2009 adalah dianggarkan seramai 40,000 hingga 58,000 pekerja dijangka akan diberhentikan. Manakalah bagi tahun 2010, dianggarkan seramai 70,000 hingga 90,000 pekerja dijangka akan diberhentikan. Angka ini hanyalah jangkaan dan bergantung kepada senario ekonomi global terutamanya Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun serta Pakej Rangsangan Ekonomi seterusnya oleh Kerajaan Malaysia.<\/p>\n<p>Bagi melindungi pekerja di seluruh negara yang kehilangan pekerjaan akibat kemerosotan ekonomi, kementerian saya telah melaksanakan beberapa langkah seperti berikut:<br \/>\na)\tMenubuhkan Jawantankuasa Tripartite Pemberhentian Pekerja di peringkat Kebangsaan dan Negeri termasuk Negeri Pulau Pinang bertujuan untuk membincangkan dan menentukan tindakan bagi menangani masalah pemberhentian kerja.<\/p>\n<p>b)\tSebanyak 80 Bilik Operasi Pemantauan Pemberhentian Pekerja telah diwujudkan di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang untuk tujuan seperti berikut;<\/p>\n<p>(i)\tmemantau trend pemberhentian pekerja;<br \/>\n(ii)\tmendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan;<br \/>\n(iii)\tmembantu pekerja diberhentikan mendapatkan pekerjaan baru (job-placement);dan<br \/>\n(iv)\tmengumpulkan  maklumat mengenai pemberhentian kerja tetap, pemberhentian secara sukarela (VSS), pemberhentian sentara (lay-off) dan pengurangan gaji.<\/p>\n<p>c)\tMelakasanakan program latihan semula dan penempatan (train &#038; place)bagi pekerja-pekerja yang diberhentikan (termasuk belia dan siswazah menganggur)untuk membolehkan mereka memperolehi kemahiran baru yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan semasa. Pekerja-pekerja yang diberhentikan perlu berdaftar dengan JobsMalaysia sebelum diberi latihan dan seterusnya dibuat penempatan. Untuk program ini Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta secara keseluruhan untuk semua negeri termasuk Pulau Pinang. Siswazah menganggur yang mengikuti program ini akan diberi elaun sara diri RM500 sebulan.<\/p>\n<p>d)\tBagi pekerja yang terlibat dengan pemberhentian pekerja sentara (temporary lay-off), mereka diberi latihan dalam bidang kemahiran yang diperlukan oleh industri .Melalui program ini, Kerajaan berharap kos operasi majikan dapat dikurangkan dan pekerja dapat bekerja semula dengan majikan asal selepas tamat tempoh latihan.<br \/>\nBagi membantu meringankan beban pekerja yang diberhentikan, Kementerian saya sedang bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain supaya mereka yang jatuh di bawah Garis Kemiskinan akibat pemberhentian kerja diberi bantuan ehsan. <\/p>\n<p>Di samping itu, kerajaan telah memutuskan supaya pengambilan pekerja asing di sektor pembuatan terutamanya di sektor elektrik dan eletronik, tekstil dan pakaian serta sektor perkhidmatan dibekukan. Sebagai galakan kepada majikan, Kerajaan telah membuat keputusan supaya baki levi pekerja asing akan dikembalikan kepada majikan, manakala sebagai insentif kepada majikan, jaminan bank akan dipulangkan secepat mungkin.\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Adakah begitu susah bagi Kerajaan Pusat untuk memberikan Bantuan Pemberhentian Kerja RM 556.8 juta untuk 58,000 pekerja pada 2009 dan RM1.42 bilion kepada 148 ribu pekerja pada 2010 yang diberhentikan? Saya menyeru agar kerajaan Pusat melaksanakan skim bantuan pemberhentian pekerja (unemployment benefit) dengan memberikan bantuan RM800 sebulan kepada setiap pekerja diberhentikan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2009\/03\/07\/adakah-begitu-susah-bagi-kerajaan-pusat-untuk-memberikan-bantuan-pemberhentian-kerja\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">Adakah begitu susah bagi Kerajaan Pusat untuk memberikan Bantuan Pemberhentian Kerja?<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[8],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/269"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=269"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/269\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":277,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/269\/revisions\/277"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=269"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=269"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=269"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}