{"id":153,"date":"2008-12-01T10:38:06","date_gmt":"2008-12-01T02:38:06","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=153"},"modified":"2008-12-02T10:19:23","modified_gmt":"2008-12-02T02:19:23","slug":"pegawai-kewangan-negeri-dato-supiah-bt-md-yusof-akan-menjalankan-siasatan-dan-memberikan-laporan-bebas-tentang-skendal-kehilangan-rm-2237-juta-rizab-mpsp","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2008\/12\/01\/pegawai-kewangan-negeri-dato-supiah-bt-md-yusof-akan-menjalankan-siasatan-dan-memberikan-laporan-bebas-tentang-skendal-kehilangan-rm-2237-juta-rizab-mpsp\/","title":{"rendered":"Dato Supiah Bt Md. Yusof Akan Menjalankan Siasatan Dan Memberikan Laporan Bebas Tentang Skendal Kehilangan RM 223.7 Juta Rizab MPSP."},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Di Persidangan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Ibupejabat MPSP Di Bandar PERDA Pada 1.12.2008:<\/p>\n<p>Pegawai Kewangan Negeri Dato&#8217; Supiah Bt. Md. Yusof dilantik oleh EXCO Negeri Pulau Pinang untuk menyandang Pemangku Yang di Pertua MPSP semasa En. Farizan bin Darus bercuti sehingga 31 Disember 2008. Saya datang bersama dengan Ahli EXCO untuk Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow untuk menyaksikan upacara angkat sumpah Dato\u2019 Supiah,  yang akan diminta menjalankan siasatan bebas tentang pengurusan kewangan MPSP yang menyebabkan skendal kehilangan rizab MPSP sebanyak RM 223.7 juta dalam tempoh masa 9 tahun.<\/p>\n<p>Daripada lebihan Kumpulan Wang Baki sebanyak  RM 230.1 juta pada 1.1.2000 dan tinggal hanya RM 6.4 juta pada 31.12.2008, di antara faktor utama kehilangan RM 223.7 juta dalam tempoh masa 9 tahun adalah seperti berikut:-<br \/>\n\u2022\tPeruntukan kawasan sebanyak RM 50.3 juta kepada ADUN BN di Seberang Perai dan RM 8.6 juta kepada ahli-ahli  MPSP menjadi keseluruhannya RM 59 juta wang MPSP digunakan sebagai politik wang;<br \/>\n\u2022\tTerus membina Ibupejabat MPSP sebanyak RM 84.3 juta di Bandar Perda tanpa tender terbuka kepada Syarikat Aseania Development Sdn. Bhd(ADSB) sungguhpun pilihan lebih murah wujud bila kerajaan negeri memperuntukkan sebidang tanah seluas 30 ekar di Ampang Jajar; dan<br \/>\n\u2022\tPenyelenggaraan sistem hawa dingin dengan kos mahal kepada Aseania Linear District Cooling System Sdn. Bhd.<\/p>\n<p>Siasatan bebas yang akan dijalankan oleh Dato\u2019 Supiah akan dilaporkan kepada kerajaan negeri. Laporan kedudukan kewangan MPSP seperti berikut:-<\/p>\n<p><!--more--><em>\u201cBajet MPSP bagi tahun 2008 telah diluluskan dengan defisit sebanyak RM19.54 juta. Bagi tahun 2008 anggaran pendapatan adalah sebanyak RM148 juta manakala anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM167.55 juta. Kedudukan kewangan MPSP sehingga 13 November 2008 adalah seperti berikut :<\/p>\n<p>Pendapatan\t\t\tRM130.20 juta<br \/>\nPerbelanjaan\t\tRM118.87 juta<br \/>\n\t \t \t\t&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;<br \/>\nLebihan \t\t\tRM 11.33 juta<br \/>\n\t\t\t\t&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;<\/p>\n<p>Walaupun terdapat lebihan sebanyak RM11.33 juta, namun terdapat beberapa lagi tanggungan yang perlu dijelaskan oleh MPSP sehingga hujung tahun 2008 antaranya ialah emolumen kakitangan sebanyak RM9.85 juta, bayaran kontrak PPS &#038; KPA sebanyak RM13.7 juta, tipping fees sebanyak RM6 juta, transfer station sebanyak RM6.2 juta, lain-lain pemiutang MPSP sebanyak RM16.11 juta dan bayaran utiliti sebanyak RM1.89 juta. Keseluruhannya, tanggungan MPSP sehingga Disember 2008 adalah berjumlah RM 53.77 juta. Kenaikan kos bahanapi, tarif elektrik serta kos emolumen juga telah menyumbang kepada peningkatan kos operasi MPSP secara relatifnya.<\/p>\n<p>Kedudukan tunai MPSP sehingga 13 November 2008 adalah sebanyak RM10.06 juta. Bagi memastikan MPSP dapat menampung tanggungan perbelanjaan sehingga hujung tahun 2008, selain daripada langkah memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri, MPSP juga telah melaksanakan perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat dalam pentadbirannya sejak tahun 2007 lagi. Antara langkah-langkah yang telah diambil dan dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan MPSP ialah :<\/p>\n<p>1.\tMempergiatkan usaha untuk memungut tunggakan cukai taksiran. Untuk setengah tahun pertama sejumlah 4,090 waran tahanan telah dikeluarkan dan MPSP mensasarkan sejumlah 4,500 waran akan dikeluarkan bagi setengah tahun kedua bermula November ini. Jawatankuasa Pemantauan Tunggakan Hasil juga telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut.<\/p>\n<p>2.\tMeningkatkan penguatkuasaan kepada binaan\/tambahan bangunan haram bagi meningkatkan hasil cukai. Jawatankuasa Pemantauan Kilang-kilang Tanpa Kebenaran\/Lesen telah diwujudkan untuk tujuan ini.<\/p>\n<p>3.\tKursus kepada kakitangan  dibuat di peringkat dalaman sahaja dan menggunakan kemudahan MPSP yang ada. Perjalanan pegawai-pegawai melalui kapalterbang dihadkan kepada kelas ekonomi sahaja.<\/p>\n<p>4.\tMelantik panel peguam bagi membawa kes-kes pemilik tegar yang gagal menjelaskan tunggakan cukai kadaran ke mahkamah. <\/p>\n<p>5.\tBahagian Letak Kereta ditubuhkan bagi memastikan penguatkuasaan yang lebih  berkesan dan berterusan supaya MPSP mendapat hasil yang sewajarnya dan hasil kutipan meningkat dari semasa ke semasa. Usaha-usaha penguatkuasaan ke atas petak-petak yang disalah guna sebagai petak khas akan disegerakan.<\/p>\n<p>6.\tMemohon peruntukan pembangunan dan infrastruktur daripada Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>7.\tMensyaratkan supaya cukai kadaran dibayar terlebih dahulu dalam berurusan dengan MPSP.<\/p>\n<p>8.\tmengawal kos pentadbiran dan operasi seperti penjimatan penggunaan elektrik, kertas dan iklan-iklan MPSP dipaparkan melalui laman web bagi mengurangkan kos pengiklanan melalui media cetak.<\/p>\n<p>Bajet MPSP untuk tahun 2009 yang diluluskan oleh Majlis Penuh pada 31 Oktober 2008 secara ringkasnya adalah seperti berikut :<\/p>\n<p>Pendapatan\t\t\tRM145.15 juta<br \/>\nPerbelanjaan\t\tRM160.62 juta<br \/>\n\t \t \t\t&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;<br \/>\nDefisit \t\t\t(RM 15.47 juta)<br \/>\n\t\t\t\t&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8211;<\/p>\n<p>MPSP bagi Bajet 2009 tidak memperuntukkan wang untuk perbelanjaan pembangunan. Ia akan dipohon daripada Kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah yang dinyatakan akan diteruskan malah akan dikemaskan lagi mulai akhir tahun ini bagi menjamin pertambahan pendapatan.\u201d<br \/>\n<\/em><br \/>\nDengan defisit 2009 sebanyak RM 15.5 juta, ia akan menyusahkan prestasi kewangan MPSP yang telah susut pada 1.1.2000 sebanyak RM 230.1 juta kepada RM 6.5 juta pada akhir tahun 2008 seperti berikut:- <\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2008\/12\/mpsp.jpg\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" src=\"http:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2008\/12\/mpsp.jpg\" alt=\"\" title=\"mpsp\" width=\"500\" height=\"290\" class=\"aligncenter size-full wp-image-154\" srcset=\"https:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2008\/12\/mpsp.jpg 522w, https:\/\/limguaneng.com\/wp-content\/uploads\/2008\/12\/mpsp-300x174.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 500px) 100vw, 500px\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Di Persidangan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Ibupejabat MPSP Di Bandar PERDA Pada 1.12.2008: Pegawai Kewangan Negeri Dato&#8217; Supiah Bt. Md. Yusof dilantik oleh EXCO Negeri Pulau Pinang untuk menyandang Pemangku Yang di Pertua MPSP semasa En. Farizan bin Darus bercuti sehingga 31 Disember 2008. Saya datang bersama dengan &hellip;<\/p>\n<p class=\"read-more\"> <a class=\"\" href=\"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2008\/12\/01\/pegawai-kewangan-negeri-dato-supiah-bt-md-yusof-akan-menjalankan-siasatan-dan-memberikan-laporan-bebas-tentang-skendal-kehilangan-rm-2237-juta-rizab-mpsp\/\"> <span class=\"screen-reader-text\">Dato Supiah Bt Md. Yusof Akan Menjalankan Siasatan Dan Memberikan Laporan Bebas Tentang Skendal Kehilangan RM 223.7 Juta Rizab MPSP.<\/span> Read More &raquo;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[10,5],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/153"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=153"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/153\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":156,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/153\/revisions\/156"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=153"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=153"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=153"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}