{"id":1179,"date":"2010-12-11T16:09:19","date_gmt":"2010-12-11T08:09:19","guid":{"rendered":"http:\/\/limguaneng.com\/?p=1179"},"modified":"2010-12-13T16:14:55","modified_gmt":"2010-12-13T08:14:55","slug":"memohon-pemansuhan-permohonan-visa-perjalanan-di-antara-taiwan-dan-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/2010\/12\/11\/memohon-pemansuhan-permohonan-visa-perjalanan-di-antara-taiwan-dan-malaysia\/","title":{"rendered":"Memohon Pemansuhan Permohonan Visa Perjalanan di Antara Taiwan dan Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>3 Disember 2010<\/p>\n<p>YB Dato\u2019 Seri Hishammuddin bin Tun Hussein<br \/>\nMenteri Dalam Negeri<br \/>\nBlok D1, Kompleks D<br \/>\nPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan<br \/>\n62546 Putrajaya<br \/>\nTel : 03-88863000<br \/>\nFax : 03-88891613<\/p>\n<p>Yang Berhormat Dato\u2019 Seri,<\/p>\n<p><strong>MEMOHON PEMANSUHAN PERMOHONAN VISA PERJALANAN DI ANTARA TAIWAN DAN MALAYSIA BAGI MEMPROMOSIKAN PERDAGANGAN DAN PELABURAN<\/strong><\/p>\n<p><!--more-->Saya mendoakan semoga Yang Berhormat sekeluarga sihat sejahtera hendaknya.<\/p>\n<p>2.\tMerujuk perkara di atas, izinkan saya mengutarakan beberapa faktor yang memberi impak negatif kepada industri pelancongan, pembuatan dan perdagangan khususnya kepada kehadiran pelabur-pelabur Taiwan ke Malaysia khasnya Pulau Pinang.<\/p>\n<p>3.\tAdalah dimaklumkan bahawa, pertemuan dengan TIAM (Taipei Investors\u2019 Association in Malaysia) baru-baru ini, telah dibangkitkan isu mengenai kerisauan mereka tentang permohonan visa untuk memasuki Malaysia kerana pihak berkuasa Taiwan juga berhasrat untuk mengenakan tindakan yang sama ke atas pengunjung Malaysia ke sana.<\/p>\n<p>4.\tUntuk makluman Yang Berhormat, Malaysia tersenarai di antara empat (4) buah negara yang dikecualikan visa oleh pihak berkuasa Taiwan (termasuk Jepun, Singapura dan Korea Selatan). Manakala Taiwan pula tersenarai di antara 29 buah negara yang dikehendaki untuk memohon visa perjalanan untuk memasuki Malaysia. Perkara ini menjadi lebih serius apabila kita melaksanakan skim pembatalan visa semasa ketibaan yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun ini.<\/p>\n<p>5.\tSejak beberapa dekad yang lalu, Malaysia dan Taiwan telah menjalinkan satu hubungan perindustrian yang amat baik. Jumlah keseluruhan pelaburan syarikat Taiwan di Malaysia melebihi US$10 bilion di mana angka ini telah menjadikan Taiwan berada di kedudukan ke lima (5) teratas Pelaburan Langsung Asing (FDI) termasuk United States, Jepun, Hong Kong dan Singapura. Rekod pelaburan asing MIDA menunjukkan bahawa untuk projek-projek yang telah diluluskan di Pulau Pinang, Taiwan menduduki tangga teratas bagi tahun 2009 yang bernilai lebih daripada RM600 juta. Setakat ini, syarikat Taiwan merangkumi 25% daripada jumlah keseluruhan Syarikat Multinasional (MNC) di Pulau Pinang.<\/p>\n<p>6.\tDi ASEAN, Malaysia merupakan negara kedua terbesar selepas Singapura di dalam sektor perdagangan Taiwan. Untuk 10 bulan pertama tahun 2010, nilai export Malaysia ke Taiwan telah mencecah kepada US$6.4 bilion manakala nilai export Taiwan ke Malaysia berjumlah US$4.9 bilion.<\/p>\n<p>7.\tMenurut TIAM, keperluan visa untuk memasuki Malaysia telah menyebabkan kos operasi\/pengurusan bagi ahli-ahli perniagaan Taiwan ke Malaysia meningkat disebabkan perlunya bantuan teknikal daripada pusat terutamanya juruteknik dan jurutera yang kerap melawat Malaysia. Masa dan kos yang terlibat semasa permohonan visa juga telah membantutkan kecekapan sesuatu perniagaan. Ada juga di kalangan ahli perniagaan dan pelabur Taiwan yang gagal menghadiri atau menyertai pameran perdagangan atau mesyuarat di Malaysia disebabkan kegagalan mendapatkan visa pada masa yang tepat.<\/p>\n<p>8.\tBagi mempromosikan perdagangan global, pelancongan dan pelaburan, kebanyakan negara telah mengamalkan kemudahan \u201cvisa-free\u201d kepada para pengunjung. Malaysia, sebagai sebuah negara yang kompetitif di dalam kedudukan global dalam aspek perniagaan dengan pelabur asing, boleh mempertimbangkan pengecualian visa bagi penambahbaikkan kepada kedudukan yang sedia ada dan lebih menarik.<\/p>\n<p>9.\tKami berharap agar Yang Berhormat Dato\u2019 Seri dapat mempertimbangkan perkara-perkara berikut :<\/p>\n<p>a)\tmembalas baik dasar pengecualian visa oleh Taiwan kepada pengunjung Malaysia ke Taiwan dengan menyokong permohonan pengecualian visa kepada pengunjung dari Taiwan dengan membenarkan pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat Taiwan;<\/p>\n<p>b)\tBantuan daripada Kerajaan Malaysia dengan mempercepatkan proses kelulusan permohonan visa. <\/p>\n<p>10.\t Sekiranya Malaysia tidak membalas baik pengecualian visa oleh Taiwan, kami khuatir jumlah pengunjung dan pelabur Taiwan ke Malaysia akan berkurangan yang sedikit sebanyak akan memberi impak dan menjejaskan ekonomi Pulau Pinang. Kami amat mengharapkan pertimbangan dan jawapan yang positif daripada pihak Yang Berhormat Dato\u2019 Seri.<\/p>\n<p>Sekian, terima kasih.<\/p>\n<p>LIM GUAN ENG<br \/>\nKetua Menteri Pulau Pinang<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>3 Disember 2010 YB Dato\u2019 Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri Blok D1, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 Putrajaya Tel : 03-88863000 Fax : 03-88891613 Yang Berhormat Dato\u2019 Seri, MEMOHON PEMANSUHAN PERMOHONAN VISA PERJALANAN DI ANTARA TAIWAN DAN MALAYSIA BAGI MEMPROMOSIKAN PERDAGANGAN DAN PELABURAN<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"site-sidebar-layout":"default","site-content-layout":"default","ast-global-header-display":"","ast-main-header-display":"","ast-hfb-above-header-display":"","ast-hfb-below-header-display":"","ast-hfb-mobile-header-display":"","site-post-title":"","ast-breadcrumbs-content":"","ast-featured-img":"","footer-sml-layout":"","theme-transparent-header-meta":"","adv-header-id-meta":"","stick-header-meta":"","header-above-stick-meta":"","header-main-stick-meta":"","header-below-stick-meta":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1179"}],"collection":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1179"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1179\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1181,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1179\/revisions\/1181"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1179"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1179"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/limguaneng.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1179"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}