Ucapan Pembukaan Rasmi Persidangan Kebangsaan DAPSY (m/c)

Ucapan Pembukaan Rasmi Persidangan Kebangsaan DAPSY Oleh Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di ibupejabat DAP Di Kuala Lumpur Pada 3.12.2017.

Sayap Berjiwa Muda Sebagai Penggerak Gelombang Pembaharuan Menggantikan Kleptokrasi, Autokrasi, Kroni Kapitalis Dengan Integriti, Demokrasi, Keusahawanan Dan Kebajikan.

Golongan muda dan DAP sudah menjadi sesuatu yang sinonim. Tahukah anda bahawa DAPSY hanya wujud 7 tahun selepas DAP ditubuhkan? Mengapa sayap pemuda DAP agak lewat ditubuhkan? ini adalah kerana kepimpinan DAP, iaitu Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau CEC yang pertama kebanyakannya terdiri daripada orang muda. DAP dari mula lagi merupakan parti anak muda! Sewaktu ditubuhkan, Pengerusi pertama Dr. Chen Man Hin berumur 42 manakala Sdr Lim Kit Siang pada masa itu hanya berumur 25 tahun. Pemimpin tertinggi pada dekad pertama DAP semuanya berumur di natara 20an dan 30an.

Memang sejak awal lagi, DAP diterajui oleh kepimpinan anak muda yang bersemangat Impian Malaysia, iaitu berjuang bagi mewujudkan Malaysia yang menjadi milik semua rakyat Malaysia. Lihat pada komposisi CEC kita, 7 daripada 30 orang ahli CEC berumur 40 tahun ke bawah. Ini menunjukkan bahawa kita serius dalam memperkasakan suara muda terutama meletakkan mereka di posisi untuk membuat keputusan. Ahli Parlimen dan ADUN termuda juga daripada parti DAP, seperti saudara Zairil Khir Johari, Steven Sim dan Saudari Liow Cai Tung.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Rasah dan bekas Ketua DAPSY Teo Kok Seong harus dipuji kerana berjaya mendesak di Parlimen agar peruntukan RM30 juta diberikan semula kepada TAR University College selepas meneliti Belanjawan 2018 tidak memberikan apa-apa pun. MCA patut mengucapkan terima kasih kepada DAP kerana Ahli Parlimen DAP buat kerja menuntut RM30 juta untuk 2018 yang telahpun dihapuskan. Sungguhpun jumlah RM30 juta jauh lebih kurang daripada RM60 juta yang diperuntukkan pada 2015, kegagalan MCA menuntut wang peruntukan untuk kolej pendidikan mereka sendiri dan terpaksa bergantung kepada DAP untuk mendapat balik peruntukan, membuktikan rakyat buat pilihan betul dan tepat menolak parti politik yang tidak berguna ini.

Bukan itu sahaja, DAP sentiasa mempunyai wakil rakyat dan pemimpin muda di dalam barisan pimpinan DAP. Saudara Wong Kah Woh Ketua DAPSY Kebangsaan dan Saudari Yeo Bee Yin baru sahaja dilantik sebagai ahli CEC. Kita juga mempunyai Saudara Howard Lee yang merupakan Presiden International Union of Socialist Youth atau IUSY, iaitu organisasi politik belia terbesar di dunia. Justeru, sayap berjiwa muda harus bertindak sebagai penggerak gelombang pembaharuan menggantikan kleptokrasi, autokrasi, kroni kapitalis dengan integriti, demokrasi, keusahawanan dan kebajikan.

Tabung RM1 Bilion Insentif Latihan Semula Untuk Majikan
Kita percaya pelaburan modal insan harus difokuskan kepada pemerkasaan, pendidikan dan pekerjaan untuk golongan muda. Kita mempunyai bilangan anak muda yang sangat ramai tetapi kebanyakan mereka terperangkap di dalam kesulitan hidup kerana kos sara hidup yang tinggi dan kekurangan peluang pekerjaan, terutama kerja layak, untuk upah yang layak(adil), menyebabkan kehidupan yang layak gagal untuk dicapai.

Pengangguran di kalangan belia adalah tinggi. Kadar pengangguran sebanyak 10.5% adalah lebih 3 kali lebih tinggi daripada kadar penggangguran negara sebanyak 3.3% pada 2016. Ini melibatkan 273,400 belia yang ditakrifkan sebagai warga bawah 25 tahun dan merupakan 17.8% daripada tenaga buruh Malaysia pada 2016. Peratus penggangguran lebih tinggi di kalangan graduan universiti. Pada 2015, daripada 405,000 belia yang memegang ijazah sarjana muda, 15.3% masih menganggur. Kalau dibandingkan dengan belia tanpa ijazah sebanyak 2.162 juta belia, kadar pengangguran hanya 9.8% pada 2015.

Kesatuan Majikan Malaysia Malayaian Employers Federation menganggarkan dalam2016, terdapat 200,000 graduan tempatan yang menganggur dan angka ini tidak termasuk mereka yang menghabiskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), program sijil dan diploma.Ini selari dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh yang menyatakan daripada 238,187 mahasiswa-mahasiswi yang habiskan pengajian mereka, 54,103 graduan tidak dapat pekerjaan dalam masa 6 bulan selepas tamat pengajian mereka.

Kerajaan haruslah melaburkan dalam latihan semula atau insentif pekerjaan kepada majikan yang mengambil belia yang menganggur ini. Masalahnya ialah sistem pendidikan kita gagal untuk menghasilkan graduan yang berkemampuan dan diyakini dalam sektor swasta sehingga majikan terpaksa melatih mereka semula. Secara jangka panjang, perlu untuk sistem pendidikan kita dirombak secara keseluruhan menghala ke arah pekerja yang relevan untuk industri.

Penyelesaian jangka masa pendek ialah untuk menubuhkan satu tabung RM1 bilion untuk memberikan insentif latihan semula kepada majikan yang mengambil belia ini yang menganggur. Golongan muda tersekat untuk maju kerana pelaburan yang sepatutnya dicurahkan untuk pemerkasaan, pendidikan dan pekerjaan anak muda telah dirampas oleh kerajaan yang kleptokratik. Anak muda terus terperangkap di dalam kitaran ganas dengan kesulitan hidup, kos sara hidup yang tinggi dan kekurangan peluang yang setimpal.

Sekiranya golongan muda hari ini menerima pendidikan berkualiti, peluang yang banyak, pemerkasaan yang mampan, mereka lebih mudah berpeluang mengumpul kekayaan, menyimpan wang dan berbelanja dengan cekap. Seterusnya mereka mendapat kuasa membeli yang lebih besar yang secara langsung dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Di peringkat pengajian tinggi, kita mahu gedung ilmu menjadikan golongan muda sebagai insan terpelajar yang bersih jiwa mereka serta berani menuntut hak-hak rakyat.DAP juga mengkritik Universiti Malaya yang menggantung Persatuan Bahasa Cina untuk kesalahan yang remeh yang boleh dihukum dengan denda., bukannya menggunakan peluang kesalahan kecil untuk mengharamkannya.
Mahasiswa dan mahasiswi perlu dilayan seperti orang dewasa, dan bukan seperti kanak-kanak. Jika ditutup mulut mata, mulut dan telinga mereka, maka negara hanya melahirkan graduan yang tidak peka dengan keperluan masyarakat dan hak-hak asasi. Dengan itu kita mengkritik tindakan Unit Integriti Universiti Malaya yang telah mengeluarkan notis larangan mengkritik dasar kerajaan dan ulasan mengenai universiti.

Pengundi muda generasi kritikal
Kali ini kita akan menghadapi PRU yang paling kotor dalam sejarah negara di mana segala fitnah, penipuan dan salahguna kuasa telah dan akan terus digunakan bagi mengekalkan regim yang kleptokratik dan korup.DAPSY perlu memahami aspirasi golongan muda mereka di samping menjelaskan kepada mereka isu-isu sebenar agar DAP dan Harapan menjadi wadah untuk mereka menyuarakan pendapat, keluh-kesah, dan kegembiraan mereka.

Semuanya ini bergantung kepada tawaran kita dan cara kerja kita. Tawaran anak muda kali ini perlu benar-benar menyentuh isu-isu yang dihadapi mereka. Isu perumahan, kos sara hidup meningkat, cukai GST yang menindas, kadar penggangguran yang tinggi dan kualiti hidup yang semakin menurun. Hal inilah yang perlu ditangani segera melalui tawaran-tawaran yang kita berikan kepada mereka.

Golongan muda kini bergelut dengan ekonomi yang mencabar. Keluar dari universiti sudah ditekan beban hutang PTPTN. Jika bernasib baik sedikit dapat kerja, masuk ke alam pekerjaan dengan gaji yang rendah pula. Di sekeliling kita, harga barang dan perkhidmatan semakin mahal dan ditambah pula cukai GST. Yang bakal mendirikan rumah tangga semakin tidak mampu membeli rumah idaman yang semakin mahal.

Akibat terlalu bergelut mencari nafkah hidup, sudah tiada masa berhibur dengan keluarga kerana terlalu sibuk bekerja, termasuk terpaksa melakukan kerja over-time atau lebih masa. Akhirnya generasi muda kita terdedah dengan masalah kesihatan yang bukan sahaja memudaratkan diri tetapi juga menjejaskan kehidupan keluarga.

Ya, semua ini adalah masalah sebenar yang dihadapi oleh kebanyakan golongan muda. Jangan terlalu tumpukan dengan anak muda di Lembah Klang sahaja. Ada jutaan anak muda di kawasan luar Bandar, di kampung-kampung dan di pedalaman Sabah dan Sarawak. Mereka memerlukan idea dan usaha DAPSY untuk membawa hasrat dan impian mereka. Jangan kita lupa mereka ini.

Tawaran Baru (New Deal) & Ekonomi Insani (Human Economy)

Kita bakal berdepan dengan Revolusi Industri ke-4 (Industri 4.0) di mana pasaran pekerja akan berubah wajah dengan ketara dan pantas. Model ekonomi serta pasaran pekerja sedia ada di bawah sistem kleptokrasi dan kapitalisme kroni UMNO-Barisan Nasional mempunyai masalah yang amat besar; dan ia hanya dapat diselesaikan dengan rombakan yang amat besar.

Dalam kata lain, kita perlukan satu pelan peralihan ke arah model ekonomi pasca Industri 4.0 dengan satu visi dan matlamat yang jelas. Kita perlukan ekonomi yang menyumbang kepada perkembangan insan,selain daripada kemajuan ekonomi yang tergantung kepada sumbangan insan. Model ekonomi Pakatan Harapan haruslah meletakkan golongan muda sebagai asasnya, dan saya mengajak DAPSY dan Pemuda Harapn untuk terus menekankan Tawaran Baru yang telah anda ketengahkan, iaitu konsep Ekonomi Insani atau The Human Economy.

Syabas dan tahniah!

Ekonomi Insani mengutamakan aktiviti yang mengembangkan kesejahteraan insan, serta berpaksikan kepada solidariti semua lapisan masyarakat. Ia sebuah model yang akan mewujudkan peluang perkerjaan yang memenuhi standard kerja layak, upah layak demi kehidupan yang layak.

Dasar Ekonomi Insani harus dijadikan pelaburan dan pemerkasaan modal insan di Malaysia sebagai tunggak utama pemerintahan Pakatan Harapan; di mana latihan, penyampaian ilmu, serta perkembangan kemahiran adalah sumber peluang pekerjaan serta kunci pelonjak kepada sebuah model ekonomi baru, yang seiring dengan zaman digital dan pasca Industri 4.0.

Saya menyambut baik cadangan DAPSY dan Pemuda Harapan dalam mensasarkan sebanyak 1 juta peluang pekerjaan pelbagai sektor kepada golongan belia dalam masa lima tahun pertama pemerintahan Pakatan Harapan. Peluang pekerjaan ini turut akan mengambil kira potensi Ekonomi Penjagaan (Care Economy) kerana menjelang 2030, Malaysia akan menjadi negara yang berusia dengan 15 peratus penduduk berumur 65 tahun ke atas yang memerlukan penjagaan.Pelaburan dalam sektor kesihatan haruslah ditambah dan bukannya dikurangkan seperti yang dibuat dalam Belanjawan 2018 sebanyak RM19 juta.

Pakatan Harapan sebagai cahaya dalam kegelapan

DAPSY sekarang, berbanding dengan zaman saya, sudah berkembangu besar. Dulu zaman saya, DAPSY adalah pelita kecil, hari ini, DAPSY adalah rumah api yang dapat memberi cahaya dan halatuju kepada keseluruhan golongan muda Malaysia.

Apapun tekanan dan penindasan. Apapun penganiayaan dan fitnah jahat,kita harus bersedia mananggung segala-galanya sekiranya kita nak bawa perubahan, menggantikan BN dan menyelamatkan Malaysia. Harapan-lah yang memberi semangat kepada kita semua untuk terus berjuang tidak kira betapa susah dan menyeksakan.

Gabungan 4 parti politik DAP, PKR, Bersatu dan Amanah mampu memberikan harapan untuk berjaya menghalang BN daripada mencuri dan merompak masa depan golongan muda kita. Di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan, kita mampu menolak fitnah jahat bahawa hak dan kuasa orang Melayu akan terhakis sekiranya Pakatan Harapan menang.

Berikanlah tumpun kepada isu ekonomi, khususnya kezaliman GST, yang merupakan isu utama yang boleh menyatupadukan rakyat menumbang kleptokrat, autokrat dan kroni kapitalis ini. Gantilah dengan Pakatan yang menjanjikan integriti, demokrasi dan negeri keusahawanan dan berkebajikan.

Hidup,hidup. Hidup Rakyat.
Bangkit, bangkit! Bangkit Harapan.

LIM GUAN ENG

— —-Mandarin —

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2017年12月3日假民主行动党全国总部举行的社青团代表大会上致开幕词:

属于年轻人的民主行动党

年轻人与民主行动党已经划上了等号。大家是否知道社青团是在民主行动党建党7年后才成立?为何我党这么久才设立青年臂膀?原因在于行动党第一届中央委员会大部分成员都是青年,我们在成立之时就已经是一个年轻人的政党!建党那一年,我们的首届主席曾敏兴同志42岁,而林吉祥同志才25岁。草创的十年里,我党中央领袖的年龄几乎介于20至30多岁。

打从早期开始,行动党就由怀抱马来西亚之梦的年轻人所领导,为建立属于全体马来西亚人的马来西亚而奋斗。

行动党清楚知道,国家乃至世界未来的决定者,就是年轻人。这绝对不是政治修辞,而是因为我们看到当今世界年轻人口,已是史上最多。在我国,约有三分之二的马来西亚人年龄低于40岁。

因此,行动党开放更多的机会给年轻人。除了栽培更多的优秀青年为国家奉献,我党也给他们十足的信心和信任,让他们扛起重任。

看一看我们的中委会,30人当中有7人不到40岁,这是我们对青年的重视,聆听他们的声音,让年轻人参与党务的决策。目前我国最年轻的国州议员,都是来自民主行动党,他们是再里尔同志、沈志强同志,以及廖彩彤同志。我们无时无刻都有年轻民代和青年领袖在党的领导层当中。全国社青团总团长黄家和,还有杨美盈同志,最近刚受委进入中委会。我们也有李存孝同志,担任社会党青年国际联盟主席,领导全球最大的青年政治组织。

与此同时,我要赞扬亚沙区国会议员暨前社青团总团长张聒翔同志,当他察觉2018年度的财政预算案并没有给予拉曼大学学院任何拨款,他成功在国会迫使当局重新发放3千万令吉拨款给该大学学院。马华公会应该感恩民主行动党,因为是民主行动党把已经被取消的拨款争取回来。无论如何,3千万令吉的拨款比2015年度的6千万令吉少了半截,马华公会无法为自家开办的大学学院争取拨款充分显示他们的无能,并且要依靠民主行动党来争取相关拨款,证明了选民拒绝这个无能的政党是明智之举。

赋权、教育和就业

我们坚信,人力投资必须专注在年轻人的赋权、教育和就业。我国有许许多多的年轻人,大部分面对着庞大生活开销的压力,也缺乏工作机会,尤其是政府无力创造能够提供体面薪资的体面工作,让他们享有体面生活。

青年的失业率高达10.5%,即273,400名25岁以下的年轻人,比2016年全国平均率的3.3%还要高3倍,这是非常严重的事情,因为他们占2016年度劳动群体的17.8%。大学毕业生的失业率更高。在2015年,405,000名拥有本科学位的青年,其中15.3%仍在失业状态;而216.2万名没有大学本科学位的青年,其失业率则是9.8%。

马来西亚雇主联合会预测,于2016年,共有200,000名大学毕业生失业,这还不包括只持有大马教育文凭(SPM),证书和文凭资格的青年。同时,高教部长伊德里斯也证实,238,187名大学毕业生当中,其中54,103名无法在毕业之后的首6个月获得工作。

政府必须投放资源在再培训计划,或提供就职津贴给愿意聘请失业毕业生的雇主。问题是我们的教育系统,无法培育具备即战力的毕业生给私人界,导致这些雇主必须重新再培训他们。长远而计,我们必须全面检讨教育系统,以培育切合未来工业的人才。

至于短期计划,我们必须成立一个1亿令吉的基金,提供就职津贴给愿意聘请失业毕业生的雇主。年轻人前途茫茫,主要是因为本来应该投入在青年赋权、教育和就业的资源,通通都已经被这个盗贼统治抢夺。年轻人继续受困在生活艰苦、生活开销巨大和缺乏机会的恶性循环之中。

如果今天的年轻人受到有素质的教育,得到更多的机会和赋权,他们将更容易积累财富,改善生活品质。与此同时,随着他们的购买力提升,也直接加速了经济增长和国家发展。

因此,行动党相信年轻人应该要有发言和决策的权力,为自己争取一个更光明的前景。国家的未来惨被当权者典当,年轻人必须要勇于发声。

高等教育方面,我们要学术殿堂致力把年轻人培育成社会的良知,为不公不义敢怒敢言的知识分子。大学生应被视为成年人,而不是小孩。如果控制他们的思想,打压他们的意见自由,我们最终只会有产生一班不符社会和民权实际需求的毕业生。

马大日前发出通告,禁止师生公开发表对政府和校方造成负面影响的言论。我们严厉谴责马大的压迫行为。

这样的举动无法帮助提升大学生的独立和批判思维。我希望校方立即撤回决定,把年轻人当成一个大学生看待,尊重他们的想法和意见。

年轻人作为关键选民

来届大选,年轻选民占了全体选民的多数。大部分的年轻人都相当独特,并没有特定的意识形态或政党倾向,他们的声音非常关键。我承认,行动党和希望联盟要争取年轻选民的支持,并不是一件容易的事。不过,这也不是一件不可能的事。

现在正是社青团抓紧机会的时候,以便更近一步贴近年轻人。我知道大家一直都与年轻人同在。然而,我们现在即将面对马来西亚史上最肮脏的大选,盗贼统治为了巩固政权,会继续使出许多手段,包括污蔑、谎言和滥权。

我希望社青团能更贴近年轻人,尤其是那些目前还对各党抱着观望态度者。社青团必须了解他们的愿景,也向他们解释当下各大议题,让行动党和希望联盟成为一个让他们发表喜怒哀乐的平台。

这全靠我们提出的政纲和实践的方法。这次我们给青年提出的政纲,必须真的回应到他们关心和有感的议题,包括房屋、生活开销、消费税、失业率、生活品质等。我们必须让年轻人知道我们的政纲,如何解决和改善当下的困境。

社青团必须成为争取青年权益的先锋,了解年轻人的心声。我们不只是要聆听,还要为他们想出最好的解决方案。

年轻人面对着充满挑战的经济环境。大学毕业刚出来社会,就得承受偿还国家高等教育基金局贷学金的债务压力。好运一点的可以找到工作,但却以很低的起薪入职。消费税和通货膨胀也造成了生活开销越来越大。准备成家立室的年轻人,也因为房价越来越昂贵,买不起属意的家园。

今天的年轻人只有生存,没有生活,因为忙于工作而失去了与家人共享天伦之乐的美好时光,包括加时或超时工作。最终,年轻人的健康也容易亮起红灯,自己面对痛苦之余,也影响了家人的生活。

是的,这些都是确确实实发生在大部分年轻人的真人真事。我们也不要只专注在巴生谷地区的青年,在郊外、乡区和沙砂内陆也有数百万计的青年,需要社青团帮助他们实现理想,我们千万不能忘了他们。

新政与人本经济

我们将面对第四波工业改革,劳动市场很快将会彻底被改头换面。纳吉与巫统盗贼统治和朋党资本主义之下的现有经济模式与劳动市场,拥有着非常大的问题,而这问题必须在巨大的冲击之下才能改变。

换言之,我们必须为第四波工业改革拟定明确的转型计划。我们需要的是一个能够为人类发展的经济,而不是一个奴役人类来发展的经济。希望联盟的经济模式必须以青年为本,我呼吁社青团与希望联盟青年团继续推行你们所提出的新政,也就是人本经济。

各位做得很棒!恭喜大家!

人本经济的主要活动是发展人们福祉,同时也致力增进社会各阶层的团结互助精神。它是根据体面劳动标准创造提供体面薪资的就业机会,让大家有个更体面的生活。

以人本经济作为基石的马来西亚,人力资本将会成为希望联盟的主要支柱。透过提供训练、知识的灌输、技术的发展,人们得以成为新经济的一分子,和数码时代及后第四波工业发展与时并进。

社青团与希望联盟青年团的目标是在首5年的执政期间,开发100万个各领域的就业机会给予青年群体。这些就业当中也将会考量照护经济的潜在性,因为在2030年时,马来西亚预计拥有15%人口是65岁以上的年长者,需要受到照护。其他还包括了表演艺术和传统手艺等等经济可能。我欢迎社青团与希望联盟在这方面所提出的建议。

让希望联盟点亮黑暗

我们正处在一个十字路口,全马人民必须做出一个抉择,一是让现有的暴政继续掌权,二是为了所有马来西亚同胞和下一代实现改变。

人民被迫承担国阵政策失败的后果,尤其是年轻人无疑是最大的受害者,饱受盗贼统治和一众国阵领袖的迫害与剥削。

身为青年,还有我党今天和未来的领袖,你们必须积极听取、了解和解决困扰我国年轻人的问题。我们要给年轻人带来希望。没有希望,我们的斗争就没意义。

我年轻的时候,遭到暴政援引内安法令扣留。我们在扣留营遭到的精神和肉体折磨,是难以想象的。作为政治犯,我们连接受审讯的权利也失去,我顿时觉得这个世界是黑暗的。这段时间,让我一直坚持下去的,就是心中的一丝希望。

即使是最微弱的光线,也足以在黑暗中闪耀。黑夜越黑,光明越亮。

无论是多么辛苦,多么痛苦,这一份希望让我勇于继续斗争。

由民主行动党、人民公正党、土著团结党和国家诚信党组成的希望联盟,将能够带给人民希望,阻止国阵继续掠夺我们后代的未来。在希望联盟名誉主席敦马哈迪医生和主席旺阿兹莎的共同领导之下,我们能够拒绝“马来人权益会被侵蚀若希盟执政”的恶毒谎言。

我们必须专注于经济议题,尤其是消费税暴政,这是能够团结全民,打倒盗贼统治、专制独裁和朋党主义的政权。就让我们以一个追求诚信、民主、福利和创新州属的希望联盟来替换国阵政权。

今天的社青团,已和我那个时候的社青团不一样。以前的社青团是一盏小灯,而今天的社青团则是一座灯塔,为马来西亚的青年朋友照亮前方。

我给大家一个任务:让你的战友们看到希望,无论他们来自社青团、希望联盟青年团,又或者是任何一位想要马来西亚获得改变的年轻人。请给他们光芒,让他们在黑暗之中突破心中的担忧和恐惧。