Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Akan Diperbesarkan Hampir 100% Daripada Kapasiti 6.5 Juta Penumpang Kepada 12 Juta Penumpang(m/c)

Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Di Komtar, George Town, Pada 30 November 2017.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Akan Diperbesarkan Hampir 100% Daripada Kapasiti 6.5 Juta Penumpang Kepada 12 Juta Penumpang.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan diperbesarkan hampir 100% daripada kapasiti 6.5 juta penumpang kepada 12 juta penumpang.

Ini dinyatakan dalam jawapan bertulis pada 27 November daripada YB Menteri Pengangkutan kepada saya di Parlimen.

TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapakah program pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) yang sudah lebih kapasiti 6.5 juta penumpang masih belum diluluskan apabila jumlah penumpang adalah 6.7 juta pada tahun 2016 dan dijangka meningkat melebihi 7.1 juta penumpang tahun ini. Nyatakan kos projek pembesaran yang dicadangkan. Apakah jumlah penumpang dan kadar pertumbuhan PIA tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2016 untuk semua lapangan terbang lain.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 telah bersetuju untuk menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Menerusi projek naik taraf ini, kapasiti penumpang akan meningkat kepada 12 juta penumpang setahun (mppa) berbanding kapasiti terminal sedia ada iaitu 6.5 mppa. Pada masa ini, perbincangan dengan MAHB mengenai pelaksanaan naik taraf LTAPP sedang dijalankan. Oleh yang demikian, kos untuk naik taraf LTAPP masih belum dikenalpasti.

Sehingga Oktober 2017, jumlah penumpang yang dikendalikan di LTAPP telah meningkat sebanyak 449,580 orang kepada 5,922,259 orang penumpang berbanding 5,472,679 orang penumpang pada tempoh yang sama tahun 2016. Ini merupakan pertumbuhan sebanyak 8.2% berbanding lapangan-lapangan terbang lain yang merekodkan pertumbuhan di antara -8.5% sehingga 13.5%.

槟州首席部长林冠英于2017年11月30日在乔治市光大发表文告:

槟城国际机场即将翻倍扩充,从原本650万的年乘客流量提高到1200万。

槟城国际机场即将翻倍扩充,从原本650万的年乘客流量提高到1200万。这是交通部长于11月27日回答我的书面提问时,所给予的答复。以下为相关问答:

峇眼区国会议员林冠英要求交通部长解释,槟城国际机场在去年已达670万乘客流量,今年预计将超越710万乘客流量,这些数字已超过了槟城国际机场可以负担的650万乘客流量,但联邦政府却还不批准其扩建计划?请列明扩建经费为多少?和2016年同比,今年的槟城国际机场的乘客流量与成长率为何?其他机场又如何?

答案:

联邦政府在2017年10月27日提呈2018年财政预算案时,同意提升槟城国际机场。透过相关计划,槟城国际机场的年度乘客流量将能提升到1200万,原有可负荷的流量则为650万。目前,马来西亚机场控股正商讨提升事项中,因此暂时无法确定提升机场的经费为何。

截至2017年10月,槟城国际机场的乘客流量为592万2259人,同比2016年的547万2679人,增加了44万9580人,成长率为8.2%。其他机场的成长率则分别在-8.5%至13.5%之间。