Adakah Malaysia sudah menjadi Negara Polis apabila pihak polis tidak boleh ditegur lagi sehingga Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan angkuhnya memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, supaya tutup mulut hanya kerana bertanya mengapa siasatan lambat dibuat?(e/c)

Kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, pada 20.9.2016 di Kuala Lumpur.

Adakah Malaysia sudah menjadi Negara polis apabila pihak polis tidak boleh ditegur sehingga Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan angkuhnya memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, supaya tutup mulut hanya kerana bertanya mengapa siasatan lambat dibuat?

Tindakan IGP memberi amaran terhadap Teo Nie Ching, semata-mata kerana wakil rakyat tersebut mendesak polis menjalan siasatan segera berhubung satu dakwaan ugutan terhadap pemimpin Bersih 2.0, membuktikan kebebasan bersuara yang sudah pun terhad di Malaysia kini semakin terhakis.

Teo Nie Ching hanya menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen yang menuntut keadilan dilaksanakan berikutan ugutan oleh ketua kumpulan Baju Merah, Mohd Ali Baharom yang mengancam nyawa Pengerusi Bersih 2.0. Maria Chin Abdullah. Teo Nie Ching membuat kenyataan beliau kerana mendapati pihak polis belum berbuat apa-apa selepas ugutan tersebut dibuat secara terbuka.

Semata-mata menyuarakan pandangannya, Teo Nie Ching diberi amaran keras agar tidak mencampuri urusan polis serta tidak mempolitikkan isu tersebut. Saya tidak faham apa yang tidak boleh dicampuri dan apa yang dikatakan dipolitikkan. Ahli Parlimen adalah wakil kepada rakyat dan beliau berhak bersuara. Apakah Ahli Parlimen hanya perlu membisu apabila melihat ugutan, ancaman dan hal-hal jenayah berlaku di depan mata?

Begitu juga dengan kes Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, yang terlibat dalam isu tweet tentang kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din. Saya sendiri telah membuat teguran terhadap tweet Jeff Ooi sebagai tidak sensitive dan melahirkan perassan kesal kepada keluarga Allahyarham.

Namun, apabila IGP mengeluarkan kenyataan bahawa Jeff Ooi “mulut gatal” dan menuntut agar Jeff Ooi menyerah diri atau menghadapi tindakan polis, ia menggambarkan seolah-olah berlaku jenayah besar. Apakah tweet yang “tidak sensitif” atau seorang yang “mulut gatal” sudah menjadi jenayah besar di Malaysia? IGP juga dilaporkan mengatakan bahawa Jeff Ooi akan disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan sesuatu yang menimbulkan kebencian atau berniat jahat untuk menjejaskan keharmonian.

Disamping itu, tindakan oleh IGP bersifat double-standard. Persoalannya, mengapa tindakan polis dan layanan yang sama tidak dikenakan terhadap Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad? Apa yang Datuk Nawawi lakukan jauh lebih teruk. Nawawi telah mengaitkan identiti “Malaysian Official 1” atau MO1 yang dituduh terlibat dalam pencurian dana 1MDB oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), dengan Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong adalah Raja dan Ketua Negara Negara Malaysia yang tidak boleh dihina, dituduh atau dipermain-mainkan. Ia adalah jaminan Perlembagaan Perseketuan. Tetapi martabat dan peranannya YDP Agung telah dihina sebagai MO1 yang terlibat dalam skandal 1MDB. Skandal 1MDB terjijik yang mencuri wang rakyat Malaysia sehingga kerajaan Amerika Syarikat ingin merampas asset USD1 Billion milikan pegawai 1MDB. Namun, tiada sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen UMNO itu yang lebih teruk daripada “mulut gatal”!

Bukankah ini pilih kasih atau “double standard”?

Malah, apabila pemimpin DAP, Karpal Singh, meninggal dunia pada April 2014, bekas pemimpin Perkasa, Zulkifli Noordin telah menulis tweet: “Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!”

Tetapi tidak ada sebarang tindakan dikenakan terhadap penulis tweet tersebut. Inilah yang menjadikan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia semakin tidak adil kerana berlakunya “double standard” yang jelas lagi terang.

LIM GUAN ENG
==========================================================
民主行动党秘书长兼峇眼国会议员于2016年9月20日在吉隆坡发表的文告

全国总警长丹斯里卡力竟然严厉警告古来国会议员张念群闭嘴,只因为质问警方为何调查缓慢。警察现在连被质问也不允许,马来西亚是否已经成为警察国家?

全国总警长丹斯里卡力竟然严厉警告古来国会议员张念群闭嘴,只因为质问警方为何调查缓慢。警察现在连被质问也不允许,马来西亚是否已经成为警察国家?

总警长警告张念群只因为这位人民代议士催促警方加速调查净选盟2.0领袖受威胁的案件,这足以证明大马原本就有限的言论自由如今更加被严重侵蚀。

张念群只是履行她身为一位伸张正义的国会议员所应有的指责,为受到红衫军阿里威胁其生命的玛丽亚陈讨公道。张念群有此言论是因为针对这项公然威胁,警方至今仍迟迟未采取行动。

张念群所表达的意见竟然受到强硬警告别插手警方事务及政治化此事件。我就不明白这件事到底有什么不可插手的地方?或哪里被政治化了?国会议员本来就是人民的代议士,有权发表意见。当眼前见到恐吓威胁、侵犯及各种罪案时却噤声的国会议员又算是哪门子的国会议员?

同样的,日落洞国会议员黄泉安推特留言关于伊斯兰党元老哈伦逝世的课题,我已经发表声明告诫黄泉安不够敏感,并对哈伦家属表示遗憾,但是总警长竟然因为这件事认为黄泉安“嘴痒”,要求黄泉安自首,否则警方将采取行动,把这件事看成好像很重大的罪案。

难道现在连一则“不够敏感”的推特或一个“嘴痒”的人在大马也已经成为大罪案?根据报道,总警长还说黄泉安将在第298刑事条文下,牵涉引起仇恨及破坏和谐而被调查。

足见全国总警长办案根本双重标准,不然为何至今仍然未对浮罗交怡国会议员拿督纳瓦威采取任何行动?纳瓦威的言论难道不是远更糟糕吗?他竟然将美国司法部指控盗窃1MDB基金的“马来西亚1号官员”或“M01”指称为我国最高元首。

最高元首是马来西亚的国家君主,绝不可侮辱,指责及玩弄,君主是联邦宪法的根基。可是最高元首尊崇的地位却被羞辱为牵涉1MDB丑闻的“M01”。1MDB丑闻盗窃了大马人民的财产,导致美国政府必须充公1MDB官员高达10亿美金的财产。然而,却不见这位比“嘴痒”还更严重的巫统国会议员遭到对付!

这不是偏袒与双重标准又是什么呢?

2014年4月,当行动党领袖卡巴星逝世的时候,土权前领袖祖基菲诺丁曾写过如此的推特“在伊斯兰党与巫统联手在吉兰丹推行伊刑法面对困难的当儿,阿拉赐死了法案最主要的阻碍者卡巴星!”

但是,这则推特留言者完全不必受到对付。这就是为何大马越来越执法不公,因为双重标准已经搞到路人皆知。

林冠英