Pihak kerajaan negeri akan berikan kerjasama penuh kepada kerajaan persekutuan seperti pengambilan tanah dan kebenaran kerja untuk menjayakan projek jalan di bawah Kementerian Kerja Raya. (m/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 13.4.16

Pihak kerajaan negeri akan berikan kerjasama penuh kepada kerajaan persekutuan seperti pengambilan tanah dan kebenaran kerja untuk menjayakan projek jalan di bawah Kementerian Kerja Raya. Dalam jawapan bertulis kepada saya, Menteri Kerja Raya Datuk Sri Fadillah Yusof menyatakan bahawa 7 projek bernilai RM1.96 bilion telah diluluskan untuk 2016-2017 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Akan tetapi hanya satu daripada 7 projek tersebut adalah projek baru iaitu projek jalan dari Jambatan Tuanku Abdul Rahman hingga Jambatan Merdeka Seberang Perai Utara dengan kos RM340.4 juta. Enam lagi projek yang disebut adalah projek sambungan. Sungguhpun begitu, kerajaan negeri ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya atas kelulusan projek ini dengan harapan lebih banyak projek jalan baru, dan bukan sambungan, perlu boleh diluluskan seperti

-Membina Jejambat Jalan Tun Dr Awang ke Relau

-Jejambat di Persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Tengah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

-“Underpass” Jalan Mahsuri ke Kampung Jawa di Bayan Baru

-Jejambat dari Jalan Permatang Pauh ke Jalan Tun Hussein Onn, Seberang Jaya ke Toll Juru

-Jalan Pintasan Jalan Permatang Tengah ke Seberang Jaya

-Peleberan Jalan Juru ke JalanTok Kanggar

-pelebaran Jalan Kulim, Bukit Mertajam

-menaik taraf jalan di taman perindustrian

-Jalan daripada Teluk Kumbar to Balik Pulau

-pelebaran Jalan daripada Tanjung Tokong ke Batu Ferringhi dan Teluk Bahang

-pelebaran Jalan Paya Terubong

-Jejambat Di Jalan Air Itam

Jawapan bertulis YB Menteri adalah seperti berikut:-

SOALAN NO.:186

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BERTULIS

DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG

KAWASAN : BAGAN

SOALAN :

YB. TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan semua projek-projek jalan yang dirancangkan di Pulau Pinang pada tahun ini, termasuk lebuh raya RM300 juta di daerah Seberang Perai Utara yang diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri baru-baru ini.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua;

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 7 projek dengan kos keseluruhan sebanyak hampir RM1.96 bilion telah diluluskan dalam Rolling Plan Pertama (2016-2017), RMKe-11 di bawah Kementerian Kerja Raya, iaitu seperti berikut:

-Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT006 Dari Teluk Kumbar Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kos Projek RM390 juta;

-Membina Jalan Dari 2 Lorong ke 4 Lorong Dari Jambatan Tuanku Abdul Rahman (Sek.757) Hingga Jambatan Merdeka (Sek.782) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kos Projek RM340.4 juta;

-Naik Taraf Bayan Lepas Expressway Daripada Batu Maung Ke Jambatan Pulau Pinang. Kos Projek RM373.2 juta;

-Menaik Taraf Laluan Persekutuan FT001 Dari Persimpangan Permatang Keling (Sek.720) Ke Jambatan Di Atas Sungai Junjung, Simpang Ampat (Sek.740), Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kos Projek: RM344 juta;

-Membina Jejambat Menghubung Jalan Nangka – Jalan Perda Timur Merentasi Jalan Padang Lalang/ Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam. Kos Projek RM184.8 juta;

-Membina ‘Flyover’ Merentasi Persimpangan Bulatan Batu Maung Dan Persimpangan P222/P10. Kos Projek RM165.944 juta; dan

-Menaik Taraf Jalan Negeri (P10) Daripada Batu Maung Ke Persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang. Kos projek RM160 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek lebuh raya baru di Seberang Perai Utara itu ialah merujuk kepada projek seperti bilangan no.2 di atas; iaitu Membina Jalan Dari 2 Lorong ke 4 Lorong Dari Jambatan Tuanku Abdul Rahman (Sek.757) Hingga Jambatan Merdeka (Sek.782) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Projek ini telah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan dalam tempoh RMKe-11 (2016-2020).

Sekian, terima kasih.

===========Mandarin Version ==============

槟城州首席部长林冠英于2016年4月13日在乔治市光大发表的文告:

州政府将给予联邦政府在征地及施工准证的合作与配合,以顺利进行工程部的道路工程。

在工程部长拿督法迪拉给我的国会回答中共列出了耗资19亿6000万令吉的7项道路工程已经在第11大马计划下获得批准为2016至2017年的工程项目。不过7个项目中只有耗资3亿4040万令吉的东姑阿都拉曼桥至默迪卡桥路段的道路是属于新的计划。其余6项工程项目只属于延续之前已经拟定的项目。虽然如此,州政府还是要感谢工程部批准这些工程项目,并希望将有更多新的道路工程项目获得批准,而不再只是执行之前已经拟定的延续项目。当中还等待批准的新项目如下:

-建造敦阿旺路至湖内的路桥。

-建造苏丹阿兹兰沙与惹兰丁雅交界至槟城国际机场的路桥。

-峇央峇鲁的玛苏丽路至甘榜爪哇地下通道。

-诗布朗再也敦胡先翁路至柔府收费站的路桥。

-巴当丁雅至诗布朗再也的快速道。

-柔府路至JalanTok Kanggar的快速道。

-居林路扩建计划。

-工业园区的道路提升。

-公芭至浮罗山背的公路。

-扩建丹绒道光至峇都丁宜与直落巴巷的公路。

-垄尾路扩建计划。

-亚依淡路路桥。

工程部长所给予的国会答案如下:

第186道问题

国会下议院咨询

问题:书面提问

提問者:林冠英

国会选区:峇眼

问题:

峇眼区国会议员林冠英要求工程部长详细列明今年在槟城计划进行的各项工程项目,当中包括由首相刚宣布的3亿令吉威北高速公路。

答案:

共有耗资近19亿6000万令吉的7项计划已经在工程部的第11大马计划之首循环策划(2016至2017年)中获得批准,详细如下:

1)提升公芭至峇六拜槟城国际机场的FT006联邦公路,工程项目耗资3亿9000万令吉

2)将东姑阿都拉曼桥至默迪卡桥路段的道路从2车道扩建为4车道,工程项目耗资3亿4040万令吉。

3)提升峇都茅至槟二桥的高速公路。工程项目耗资3亿7320万令吉。

4)提升威南新邦安拔Permatang Keling路至润荣河上游桥的联邦公路,工程项目耗资3亿4400万令吉。

5)在大山脚建造联系囊加路(Jalan Nangka)、东柏达路Jalan Perda Timur越过巴当拉让路/鱼池的路桥。工程项目耗资1亿8480万令吉。

6)在峇都茅建造越过峇都茅交通圈及P222/P10的交界路口的路桥。工程项目耗资1亿6594万4000令吉。

7)提升槟岛峇都茅至苏丹阿兹兰沙路交界的P10州级道路。工程项目耗资1亿6000万令吉。

至于问题所提及的威北高速大道,是上述所列的第2项目,也就是将威北东姑阿都拉曼桥(第757段)至默迪卡桥路段(第782段)的道路从2车道扩建为4车道的工程项目,此计划已经获得联邦政府批准,将会在第11大马计划下于2016至2020年间进行。