Parti Tindakan Demokratik mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Brussels pada hari Rabu lalu yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan 260 orang yang lain.(m/c)

Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 24 Mac di Kuala Lumpur:

Sepanjang 10 hari lalu, terdapat juga beberapa serangan kejam yang berlaku di seluruh dunia, termasuk pengeboman kereta di Ankara, Turki yang telah mengorbankan 37 orang pada 13 Mac 2016, dua pengeboman berani mati di Maiduguri, Nigeria pada 16 Mac 2016 yang menyebabkan 24 kematian, dan satu pengeboman berani mati di Istanbul, Turki pada 19 Mac 2016 mengakibatkan 5 orang terbunuh.

Setiap kehilangan nyawa adalah tragis. Seperti semua rakyat yang cintakan keamanan di dunia, kami menolak keganasan dan serangan tidak berperikemanusiaan ini.

Marilah kita bersatu dan bersolidariti untuk Brussels bagi membuktikan bahawa apa juga bentuk ancaman dan keganasan tidak boleh sama sekali dibiarkan berlaku. Ia hanyalah akan menyemai kebencian dan kebencian bukanlah penyelesaian kepada konflik. Kita perlu kekal komited kepada nilai-nilai demokrasi dan perpaduan untuk menegakkan keamanan dalam menghadapi konflik.

Lim Guan Eng

—-

民主行动党秘书长暨峇眼区国会议员林冠英,于2016年3月24日(星期四),在吉隆坡所发表的文告:

民主行动党谴责布鲁塞尔遭袭击事件

星期三,比利时首都布鲁塞尔遭到袭击,造成至少31人死亡和260人受伤的惨剧。民主行动党对此表达严厉谴责。

在过去10天,世界各地也发生了连串令人发指的攻击事件,包括:3月13日土耳其

的安卡拉发生汽车爆炸事件(37人死亡);3月16日尼日利亚的迈杜古里,有两人发动自杀式炸弹袭击,导致收费站爆炸24人死亡;以及3月19日在土耳其首都伊斯坦布尔一宗自杀式炸弹袭击,夺走了5条人命。

民主行动党对性命的凭白牺牲感到痛心。我们跟全球爱好和平的人们站在同一阵线,坚决反对暴力和袭击举措,并认为这是懦者的行为。

让我们向布鲁塞尔展示团结互助的精神,勿让威胁和恐怖主义点燃仇恨。仇恨并非解决冲突的方法。反之,在冲突面前,我们必须继续致力于对民主和团结互助的价值观以维护和平。

林冠英